My #QuranTime 2.0 Episod 10 - Ayat 23-24 Surah Al-Baqarah (Halaman 4)

Post pertama untuk tahun 2023 ni, mommy eez mulakan dengan nota My #QuranTime 2.0 Episod yang ke-10. Jauh juga mommy eez ketinggalan sebab sibuk bercuti di hujung tahun lepas. Kemain berjimba tapi belajar terus tinggal wuwuwu~... Ampunkan hambaMu ni ya Allah yang cepat sangat lupa diri.. Apa2 pun, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan selamat pulang ke pangkal jalan. Hihihi~


Maka, dah sampai ke pangkal jalan ni kita jalan terus menuju ke jalan yang benar dan lurus dipimpin melalui Al-Quran Nur Karim.


Kita mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Episod 10 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tirmizi Ali




- Sinopsis episod kali ni:



- Kita recap semula di bahagian awal Surah Al-Baqarah yang telah dibincangkan sebelum ini:

  • Ayat 1-5: Ciri2 hati yang hidup pada orang beriman
  • Ayat 6-7: Ciri2 hati yang mati pada orang kafir
  • Ayat 8-20: Ciri2 hati yang sakit pada orang munafik
  • Ayat 21: Allah SWT menyeru kepada seluruh manusia supaya beribadah dengan menghambakan diri kepadaNya supaya manusia ini terhindar dari segala marabahaya yang lari jauh dari landasan agama Islam
  • Ayat 22: Allah SWT membawakan bukti kekuasaanNya dengan melihat alam sekeliling di bumi dan di langit. Manusia tahu bahawa patung2 berhala/makhluk lain tidak ada kuasa seperti Allah SWT.


- Ayat ke-23:

Kesinambungan dari ayat2 sebelumnya, maka Allah SWT mencabar orang2 munafik ini dengan membuat satu surah yang setanding dengan Al-Quran. 

Perkataan رَيْبٍۢ merujuk kepada orang2 munafik yang hatinya ada perasaan ragu terhadap Al-Quran. Orang yang ragu2 ni ada 3 kumpulan:

  • Orang yang mahu mencari kebenaran dan taufiq
  • Orang yang tidak suka dan terus jauh dari kebenaran
  • Orang yang melawan orang2 beriman dan tidak akan dapat kembali ke jalan yang benar (berkait dengan ayat ke-18, surah Al-Baqarah)


Perkataan نَزَّلْنَا pula merujuk kepada Al-Quran yang diturunkan secara berperingkat/sedikit demi sedikit. Perkara ini tidak disukai oleh orang2 munafik kerana mereka rasa rimas apabila Al-Quran diturunkan secara berterusan. Allah SWT mengadakan keadaan ini supaya manusia dapat belajar Al-Quran dengan lebih teliti/perlahan2 dan mendidik hati ini dengan penuh rasa kehambaan. Jika Al-Quran ini diturunkan sekaligus 30 juzuk, ini bertentangan dengan sifat fitrah seorang manusia. Malah pembelajaran secara cepat dan banyak sekaligus tidak begitu berkesan.

Allah SWT mencabar orang2 munafik ini dengan bantuan pakar2 bahasa, jin mahupun patung berhala mereka untuk ciptakan surah yang sehebat Al-Quran. Namun, ianya mustahil bagi mereka. Menurut Imam Jalalain, surah yang nak diciptakan itu mestilah:

  • Mempunyai minimum 3 ayat
  • Sempurna dari segi bahasa dan makna 
  • Mengandungi perkara2 ghaib yang tidak diketahui oleh manusia.


Pengajaran dari ayat ini ialah, janganlah kita ragu2 dengan kekuasaan Allah SWT mahupun pembawa2 risalah kalamullah (nabi2). Kita selalu rasa ragu2 dengan rezeki yang Allah SWT dah tetapkan untuk kita, kurang percaya dengan apa yang telah ditetapkan di dalam Al-Quran dan perasaan ini akan membawa bibit2 munafik ke dalam hati kita.


- Perkataan pilihan adalah dari ayat ini:

- Perkataan نَزَّلْنَا ini bermaksud turun sedikit demi sedikit kandungan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW dari langit. Berbeza pada perkataan أَنزَلْنَـٰهُ (pada ayat pertama, Surah Al-Qadr) yang bermaksud diturunkan kesemua kandungan Al-Quran itu dari Lauh Mahfuz ke langit dunia. 


- Ayat ke-24:


Perkataan لَّمْ merujuk kepada perkara yang sudah terjadi dan ini berbeza dengan perkataan لَن yang membawa maksud perkara yang akan terjadi. Ini menunjukkan bahawa manusia dengan pertolongan siapa pun takkan dapat mencipta surah setanding dengan Al-Quran sama ada pada masa dulu ataupun pada masa akan datang. Allah SWT memerintahkan supaya kita memelihara diri dari api neraka di mana api di sini berkait rapat dengan ayat ke-17, surah Al-Baqarah. Perkataan ٱلنَّارَ iaitu api merupakan cahaya yang digunakan oleh orang2 munafik untuk kepentingan hidup mereka tetapi mereka tidak menggunakan cahaya itu untuk menghambakan diri kepada Allah SWT. Akhirnya Allah SWT, jadikan api itu untuk membakar mereka kerana mereka tidak mahu bersyukur dengan nikmat kebaikan yang mereka dapat dari api itu. Begitu sekali Allah SWT memberi amaran kepada orang2 munafik ini kerana mereka dah tak takut pada Allah SWT, maka Allah SWT warning dengan beritahu akibat jika mereka tak mahu beriman, api nerakalah balasan buat mereka.

Allah SWT menyatakan di sini juga bahan bakar api neraka itu ialah manusia dan batu. Batu bermaksud patung2 berhala. Mengapa Allah SWT membakar manusia dengan batu, bukannya dengan bahan lain seperti kayu? Ini kerana bahan kayu apabila dibakar, panasnya tak setanding dengan batu. Bayangkan betapa panasnya batu yang dibakar dengan manusia, dengan ditambahkan azab kulit manusia itu diganti semula bila sudah habis dibakar. Nau'zubillahi minzalik. Itulah harga sebuah kedegilan manusia yang amat dahsyat kerana tidak mahu tunduk kepada Allah SWT yang telah mengurniakan bermacam2 nikmat di atas dunia ni. Bukan hanya degil, malah orang2 munafik (yang akhirnya kafir) memfitnah bahawa ayat2 Al-Quran ni hanyalah rekaan yang dibuat oleh Nabi Muhammad SAW.

Bahagian terakhir di dalam ayat ini ialah api neraka ini disediakan untuk orang kafir. Ini membuktikan bahawa api neraka itu sudah wujud dan ianya menunggu saja untuk menyambar mereka yang ingkar dengan perintah Allah SWT.


Pengajaran dari kedua2 ayat ke-23 dan ke-24 ini ialah jangan sesekali kita mencabar Allah SWT kerana tidak mahu mengikut risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Bacalah ayat2 ini dengan penuh rasa takut dan rasa rendah diri penuh kehambaan supaya kita dapat mengambil pengajaran dari ayat2 ini.


- Hukum tajwid bermula dengan menekankan makna huruf. Huruf ف yang bermaksud 'maka' sesuai menjadi permulaan ayat ketika membaca selepas waqaf ibtida'.


- Hukum Idgham Bilaghunnah pada kalimah فَإِن لَّمْ ialah memasukkan bunyi huruf ن ke dalam ل :



- Seterusnya:



- Hafazan:



- Resolusi bagi episod ini:



Alhamdulillah selesai sudah nota kali ni. Harapnya dapat memberi manfaat kepada semua pembaca insha Allah. Semoga pahala belajar dan juga pahala ilmu kebaikan dari tadabbur ni dapat kita kongsi bersama buat diri kita dan juga buat famili mommy eez yang dah pergi dulu menemui Ilahi ataupun yang masih hidup, aaameeen.


Bawah ni link video dan juga nota dari My #QuranTime versi 1.0 dulu ye sebagai rujukan.



Sekian saja, jumpa lagi dalam next post insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

No comments:

Post a Comment

Popular Posts