Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 6 oleh Ustaz Muhaimin

Mendung je hari ni semendung hati ni... Chewwah!


Tahu tak keadaan cuaca boleh mempengaruhi mood seseorang? Bila cuaca mendung macam ni, kita banyak cenderung untuk berehat, tidur dan bermalas-malasan. Tapi bila dilayan makin down pula rasanya. Maka mommy eez cuba melawan mode malas ni dengan menyambung nota Tadabbur Juzuk 6.


Mommy eez harap sangat dapat habiskan tulis nota ni sebelum Tahun 2023 bermula, sebab target bulan 1 nanti nak start belajar Nota #MyQuranTime . Semoga istiqomah, insha Allah!


Hokey, jom kita mulakan dengan bacaan Al-Fatihah buat kedua kesayangan mommy eez, Along dan Ayah dan semoga manfaat kebaikan dari post ni dapat sampai pahalanya kepada mereka berdua insha Allah. 


RINGKASAN JUZUK 6

disampaikan oleh 

Ustaz Muhaimin dari Tadabbur Centre


- Juzuk 6 ini mengandung Surah Al-Maidah yang bermaksud hidangan. Surah ini dimulakan dengan kisah orang2 beriman dituntut untuk menunaikan janji. Berbeza dengan orang munafik yang suka tidak menepati janji. Sikap menunaikan janji ini sangat besar peranannya di dalam Islam.


- Ada 3 tanda orang munafik seperti yang disebutkan di dalam hadith Nabi

  • Bila mereka bercakap, mereka berdusta
  • Bila mereka berjanji, mereka tak tepati
  • Bila mereka diberi amanah, mereka mengkhianati


- Terdapat juga kisah Nabi Musa A.S. yang membawa Bani Israel keluar dari negeri Firaun. Allah SWT telah menjanjikan tanah Palestin buat mereka, namun apabila tiba di sana, Bani Israel tidak mahu masuk ke tanah Palestin. Malah, mereka mengejek Nabi Musa A.S. untuk masuk seorang diri bersama2 dengan Tuhan Nabi Musa A.S (Allah SWT). Maka, Allah SWT menurunkan bala kepada Bani Israel dengan menyesatkan mereka di padang pasir selama 40 tahun kerana mengkhianati Nabi Musa A.S.


- Ada juga kisah tentang 2 orang anak Nabi Adam A.S. iaitu Habil dan Qabil. Kisah ini bermula apabila Nabi Adam A.S. mahu mengahwinkan Habil dan Qabil dengan adik perempuan kembar masing2. Namun, Qabil tidak berpuas hati kerana adik kembar Habil, Lubuda tidak secantik seperti adik kembarnya sendiri, Iqlima. Maka, Allah SWT memberi ilham kepada Nabi Adam A.S. supaya mereka berdua membuat korban dan dipersembahkan kepada Allah SWT. Namun korban Qabil tidak diterima oleh Allah SWT kerana Allah SWT menerima korban dari orang2 yang ikhlas bertaqwa. Maka, timbullah dendam di dalam hati Qabil dan akhirnya beliau membunuh saudara kembarnya sendiri, Habil atas sikap menurut hawa nafsu amarahnya dan dihasut syaitanirrajim. Cerita lebih lanjut ada pada link ni:

Kisah Habil Dan Qabil


- Surah Al-Maidah berkisarkan tentang hukum-hakam makanan yang halal dan haram dimakan oleh orang2 Islam. Salah satunya ialah Allah SWT telah mengharamkan daging khinzir, darah dan bangkai daripada menjadi makanan untuk orang Islam.


- Terdapat juga hukum tentang wudu' pada ayat 6, Surah Al-Maidah, "Wahai orang2 yang beriman, bila kamu ingin mendirikan solat, basuhlah muka, tangan kamu sehingga ke siku, sapulah rambut dan basuhlah kaki sehingga ke buku lali'.


- Allah SWT ada menyebut keringanan hukum wudu' buat orang2 yang sedang musafir dengan melakukan tayammum (menggunakan debu tanah sebagai ganti untuk berwudu') sebelum menunaikan solat. 


- Kita wajib untuk percaya dan beramal dengan kitab2 selain dari Al-Quran iaitu kitab Zabur, Taurat dan Injil . Jika kita tak beramal dengannya, kita tergolong dalam golongan orang2 yang fasik. Suruhan ini ada juga dinyatakan pada ayat 4, Surah Al-Baqarah.


- Pada sebahagian ayat 3, Surah Al-Maidah ini dinyatakan "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha/restui Islam sebagai agama kamu..." bermaksud tiada lagi syariat baru atau ayat2 Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Ia juga petanda bahawa tiada lagi nabi baru selepas Nabi Muhammad SAW. Maka, ayat ini menandakan syariat agama Islam telah lengkap. Terdapat 2 reaksi para sahabat Nabi apabila ayat ini diturunkan.

  • Pertama, para sahabat Nabi berasa gembira kerana syariat agama Islam telah lengkap sepenuhnya. 
  • Kedua, mereka berasa sedih bahawa saat kewafatan Nabi Muhammad SAW semakin hampir dengan lengkapnya syariat agama Islam. Selama ini, mereka sudah terbiasa dengan turunnya wahyu/ayat2 Al-Quran yang memandu hidup mereka, namun mereka harus bersedia sampai masanya mereka akan alami perpisahan dengan Nabi Muhammad SAW.


Itu saja ringkasan yang dapat mommy eez coretkan untuk Juzuk 6 dalam Al-Quran. Segala salah silap haraplah dimaafkan dan boleh highlight di ruangan komen bawah ni ye. Mommy eez bukan ustazah mahupun pelajar yang mengambil jurusan agama. Hanyalah seorang insan naif yang ingin belajar tentang Al-Quran.


Nanti jumpa lagi dalam post seterusnya!


Assalamualaikum.


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

No comments:

Post a Comment

Popular Posts