My #QuranTime 2.0 Episod 8 - Ayat 17-19 Surah Al-Baqarah (Halaman 4)

Hari ni mommy eez rasa seronok sebab dapat khatam baca Al-Quran setelah bertahun2 ambil masa nak habiskan baca. Mommy eez hanya dapat baca dalam 2 mukasurat sehari je sebab sibuk menguruskan hal anak2 dan family yang lain. Itupun kadang2 ada masa tertinggal juga. Kalau tertinggal tu, mommy eez sempat baca mana2 surah yang mommy eez hafal sebagai ganti. Semoga Allah SWT terima lah serba sikit amalan mommy eez yang tak seberapa ni insha Allah.


Pejam celik kejap je dah masuk Episod ke-8 MQT 2.0. Lagi banyak belajar lagi banyak tak tahu. Allahu.. kerdil rasa diri ni. Jom kita sambung belajar dan semoga pembukaan tahun 2023 ni dapatlah kita raikan dengan azam baru untuk consistent belajar tadabbur Al-Quran setiap hari, aaameeen.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Episod 8 ini disampaikan oleh:


Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tirmizi Ali




- Sinopsi bagi 3 ayat ini ialah:



- Ayat ke-17: 


Allah SWT menggunakan perumpamaan/misal bagi menerangkan lagi ciri2 orang munafik. Terdapat 2 perumpamaan yang Allah SWT sebutkan pada ayat ke-17 dan ayat ke-19. 

Mengikut Imam Ar-Razi, perumpamaan yang pertama pada ayat ke-17 ini seperti orang munafik yang menyalakan api iaitu perbuatan mereka berkait rapat dengan masalah hati. Nyalaan api ( نَارًۭا ) tersebut bukannya dinyalakan sendiri oleh mereka, tapi dinyalakan oleh orang2 yang beriman atas kesan keimanan mereka. Kiranya, orang munafik ini hanya menumpang manfaat dari orang2 beriman saja. 

Api ini ialah cahaya terang dan panas ( أَضَآءَتْ ) dari matahari yang mengelilingi orang munafik. Allah SWT tidak menggunakan perkataan 'nur' kepada orang munafik kerana 'nur' itu cahaya yang sejuk yang dipantulkan dari bulan. Namun, apabila Allah SWT melenyapkan cahaya dari orang munafik ini, bukanlah cahaya api (narr), tetapi cahaya (nur) dari orang2 munafik ini. Maka, tinggallah orang munafik ini di dalam kegelapan, tidak tahu hala tuju malah lebih padah menjadi buta hati seperti yang dinyatakan di dalam ayat ke-15.

Kesimpulannya, orang2 munafik takkan dapat cahaya nur, tapi mereka hanya dapat cahaya api untuk kegunaan mereka saja. Cahaya nur khas buat orang2 yang beriman. 


- Perkataan pilihan ada dinyatakan pada ayat ke-17 ini:


- Perkataan ذَهَبَ merujuk kepada hilangnya cahaya dengan sendirinya dari orang munafik dan bukan kerana Allah SWT yang lakukan. Walaupun ianya terjadi atas izin, Allah SWT, tetapi orang munafik sendiri yang memilih untuk hilangkan cahaya itu.


- Ayat ke-18:


Perkataan صُمٌّۢ bermaksud mendengar, بُكْمٌ bermaksud bercakap manakala عُمْىٌۭ bermaksud melihat. Orang2 munafik ni tidak dapat mendengar kebenaran malah mereka suka bercakap dusta/menipu orang2 beriman. Dan yang terakhir sekali, mereka itu buta dari melihat kebenaran sehingga mereka tidak ada keinginan untuk kembali bertaubat kepada Allah SWT. Ketiga2 perkataan ini bukannya berbentuk zahir tetapi secara batin. 

Allah SWT menyebut لَا يَرْجِعُونَ dan bukannya لَن (tidak mungkin) kerana sekalipun orang2 munafik ini ada penyakit hati, tapi ruang taubat masih terbuka buat mereka jika mereka ingin kembali kepada kebenaran. 


- Ayat ke-19:

- Asbabun nuzul (sebab ayat ini diturunkan) bagi ayat ini ialah terdapat 2 orang munafik yang cuba lari dari Nabi Muhammad SAW untuk bertemu dengan orang2 musyrikin pada malam hari. 

Di sini Allah SWT menyatakan perumpamaan yang kedua, iaitu orang2 munafik ini ditimpa hujan lebat yang mencurah2 ( كَصَيِّبٍۢ ) dari langit. Hujan itu umpama hidayah buat orang2 beriman, tetapi tidak kepada orang2 munafik. Orang2 munafik ini merasakan hujan yang menimpa mereka membawa kegelapan berbanding cahaya. 
Perkataan رَعْدٌۭ bermaksud guruh membawa erti bunyi yang kuat dan bising. Orang2 munafik ini tidak suka mendengar kata2 kebenaran dari orang2 beriman dan mereka rasa ianya bising, bingit dan merimaskan. Ini yang dinyatakan dalam ayat ke-11 di mana orang2 munafik ini tidak boleh ditegur kerana mereka tidak sedar mereka membuat kerosakan di atas muka bumi ini.
Perkataan بَرْقٌۭ bermaksud kilat/cahaya yang merujuk kepada Al-Quran.

Maka, response orang2 munafik terhadap 3 perkataan di atas ialah mereka menutup telinga mereka sekuat2nya kerana tak suka mendengar ayat2 Al-Quran. Mereka ingin lari (merujuk kepada ayat 'mereka takut mati') tetapi Allah SWT meliputi/mengepung orang2 munafik (orang munafik dikira sebahagian dari orang kafir) ini.


- Segmen tajwid bermula dengan huruf ص . 


- Bunyi makhraj huruf ص  sama dengan huruf  زس . Bunyinya dari hujung lidah menekan belakang gigi di bawah.


- Seterusnya Hukum Izhar Halqi:


 - Hukum Izhar Halqi iaitu tanwin bertemu dengan
 ع. Hukum bacaannya tiada dengung dan jelaskan (Izhar) bunyi huruf ن mati. 

- Sesi hafazan pada ayat ke-18:



- Resolusi dari episod kali ini:


Alhamdulillah, tamat dah nota untuk episod 8 nota My #QuranTime 2.0 ni. Semoga bermanfaat buat semua yang membacanya insha Allah. Link video dan nota dari siri pertama disediakan di bawah ni ye:


My #QuranTime 2.0 : Episod 8 Surah Al-Baqarah, Ayat 17-19

Nota My #QuranTime 1.0 : Halaman 4 Surah Al-Baqarah, Ayat 17-24


Kalau terdapat mana2 kesalahan di dalam nota ni, mohon perbetulkan dan highlight pada mommy eez ye. Mommy eez ni #budakbarubelajar dan amat2 menghargai bagi mereka yang boleh tolong semak semua nota yang mommy eez semak di sini. 


Sehingga jumpa lagi dalam nota yang akan datang, insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

No comments:

Post a Comment

Popular Posts