Recap 2022 : The Story of Mommy EEZ

Pejam celik, pejam celik dah hari terakhir untuk 2022. Banyak kejadian yang berlaku sepanjang tahun ni... Pahit, manis, pedas dan berangin semua ada. Mommy eez percaya semua orang pasti melalui pengalaman jatuh dan bangun cuma yang berbeza pelbagai jenis dugaan yang dihadapi bagi setiap orang. Segala apa yang terjadi semuanya atas izin Allah SWT. Kita kena redha dan teruskan berjuang dalam hidup yang serba mencabar dan makin mencabar hari demi hari.



Alhamdulillah a'la kulli hal sama ada baik mahupun tak berapa baik. Fokus #tahunbaru2023 ni ialah lebih kepada #selfcare dan #bepositivealways . Dengan mental yang sihat, badan dan persekitaran juga akan sihat insha Allah.


Mommy eez ambil kesempatan di sini utk ucapkan terima kasih super banyak kepada semua yang masih sudi menjadi followers tegar di mana saja platform media sosial #kiddieoasisonlinestore berada. Terima kasih juga kepada yang sudi berurusniaga dengan mommy eez. Harap sokongan anda pada bisnes comel ni berterusan dan Allah SWT berkati hidup kita pada setiap saat aaameeen.



Memang ada kalanya mommy eez rasa nak give-up sebab rasa buat bisnes ni lebih kepada buat charity berbanding untung. Tapi, mommy eez pilih saham pahala berbanding saham fizikal. Semoga #kiddieoasisonlinestore dapat terus berbakti kepada masyarakat dan memberikan servis yang
terbaik
kepada semua insha Allah.


Di sini mommy eez bagi list tempat2 yang mommy eez dan famili pernah explore sepanjang tahun 2022:


Genting Highland Premium Outlet (GPO), Pahang



Pintasan Saloma (Saloma Bridge) di Kg. Baru, Kuala Lumpur



De Wan (Chef Wan) Restaurant, Kuala Lumpur



Taman Tasik Shah Alam, Selangor



Restoran UAK, Bukit Jelutong, Selangor



Maya Park Eco-Ardence, Setia Alam, Selangor



Taman Tasik Empangan, Presint 5 Putrajaya





Elmina Central Park, Selangor


Cemeon Cat Cafe, Bangsar, Kuala Lumpur



Pet Mamma Mia Exhibition at Mid Valley, Kuala Lumpur



View from Tamu Suites Hotel, Kg. Baru, Kuala Lumpur


Temuan Hills Glamping Site, Rembau, Nogori Sombilan



Mommy eez dan famili banyak explore tempat di sekeliling (local places) berbanding travel jauh2 pergi oversea buat masa ni. Memanglah teringin nak jalan2 ke luar negara cuma pengerasnya belum ready lagi. Hihihi~ Takpe yang penting, kita happy dan luangkan masa bersama2 dengan famili tersayang!

Korang boleh terus tekan link di bawah setiap gambar untuk tengok review tempat2 di situ, hokey.


Looking forward to more places to explore insha Allah 💜🐳 . Selamat tinggal 2022!


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Review Gigi Coffee (lagi) : Mommy Eez dan Kopi Siri #3

Post ni ialah post kedua terakhir mommy eez untuk tahun 2022 ni. 


Mommy eez baru balik dari glamping site di Temuan Hills, Rembau di Negeri Sembilan. Rasa sangat refresh bila dapat luangkan masa dan mendekatkan diri dengan nature. Untuk orang fully bandar macam mommy eez ni bukan senang nak decide nak masuk hutan dan camping bagai. So, as a start, mommy eez pun cuba lah glamping. Nampak sangat tak thrill kan. Kalau yang hardcore tu, siap camping ada tent sendiri dan main redah je dengan kemudahan yang ada di campsite. Tapi, mommy eez tak ready lagi ke tahap itu dan setelah percubaan pertama glamping, mommy eez rasa cukuplah sekadar glamping je. Seketul mommy eez memang sangat tak sesuai nak jadi hardcore campers sebab sejenis penggeli, takut pacat dan apa saja jenis reptilia berbadan licin dan sewaktu dengannya eiyewww hahaha~


Post kali ni mommy eez tak nak cerita pasal glamping sebab gambar semua tak habis compile lagi. Gambar bersepah2 dekat 3 phone (cess budget professional photographer la sangat sedangkan ambil gambar pun senget benget dan nak cepat kali 10). Biasalah bila dah jadi mak budak jangan haraplah sempat nak berposing bagai. Yang penting ambil gambar dulu, angle cantik tak cantik belakang kira.


Kali ni mommy eez nak sambung review #gigicoffee . 



Sebelah kiri Dark Choco G-Frappe dan yang belah kiri Pecan Praline Hot Latte.

Tengok pada design packaging cup dia, comel kan. Rasanya design warna tu bersempena sambutan perayaan Krismas baru2 ni. Kalau ikut original warna #gigicoffee ni warna biru dan putih je. Very minimalist gittew.


Serious laaahhh mommy eez dah 'get hooked' dengan brand kopi dari Indonesia ni. Yang buat mommy eez suka sangat ialah:


1. Price yang berpatutan - tak murah dan tak mahal sangat. Murah lagi berbanding Gloria Jeans, Starbucks dan Coffee Bean. Rasa pun tak manis sangat berbanding 3 well-known brands tu. Kalau korang sejenis yang suka manis, boleh pilih biji kopi dari Colombia.


2. Ada macam2 flavour - sebelum ni mommy eez cuba Seasalt Caramel Macchiato. Boleh baca review dekat sini ---> Mommy Eez dan Kopi Siri #2 . Kali ni mommy eez cuba Pecan Praline Latte plak. 


3. Ada flavour untuk kanak2 juga - brand lain pun ada juga cuma mommy eez suka lagi #gigicoffee ni sebab lebih banyak variety. Mommy eez baru try flavour Dark Choco untuk kakak Raihan. Mommy eez siap tanya pada staff untuk recommend flavour mana yang sesuai untuk kanak2. So, dia suggest Dark Choco sebab tak berapa manis dan ada sikit pahit. Ikut tekak mommy eez memang lah sedap tapi bila ikut tekak kakak Raihan katanya kureng sebab tak manis dan pahit. Memang mommy eez saja nak biasakan kakak Raihan minum kurang manis sebab tak berapa elok untuk kanak2 kan. Bila terlebih manis nanti jadi hyper plak anak sorang ni. 


So, apakah verdict untuk kopi perisa Pecan Praline Latte ni?


Sebelum tu mommy eez tanya pada staff #gigicoffee apa beza antara Hazelnut Coffee dan Pecan Praline Latte ni. Ye lah dua2 pun peanut base kan. Katanya, Pecan Praline Latte ni rasanya lebih caramelized berbanding Hazelnut. Mommy eez dah biasa rasa Hazelnut Latte so saja pilih Pecan Praline Latte. Macam biasa mommy eez pilih yang panas sebab cuaca tengah dingin2 sekarang, memang lebih layan minum kopi panas berbanding sejuk.


Bagi mommy eez, Pecan Praline Latte ni agak manis disebabkan rasa caramel tu. Tapi still acceptable sebab rasa pahit masih ada. Memang sedap dan layaaaannnzzz bila minum masa kopi tengah panas2. Mommy eez suka cuma mommy eez memang tambah air kosong panas untuk kurangkan tahap manis dia. So far, #gigicoffee ni agak soft untuk perut mommy eez yang senang gastrik ni. Perut mommy eez jarang bloated dan mommy eez selalunya minum lepas makan makanan berat macam nasi berlauk dinosaur. Hihihi~


Hokey tu saja bebelan di kala tengah malam ni. Tinggal kurang 1 hari saja lagi nak menuju ke Tahun Baru 2023. Insha Allah, mommy eez nak share apa azam tahun baru mommy eez nanti. Manalah tahu, kita share azam yang sama kan. Salah satunya yang pasti, mommy eez nak tukar huruf 'A' ke huruf 'I' dalam perkataan FAT. Muahahahha~~~~


Tunggu kemerepekan mommy eez dalam post yang akan datang~~~~


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

My #QuranTime 2.0 Episod 9 - Ayat 20-22 Surah Al-Baqarah (Halaman 4)

Alhamdulillah mommy eez masih lagi diberi kesempatan untuk menyambung nota untuk episod 9 Nota My #QuranTime versi 2.0 ni. Walapun hari dah lewat malam, mommy eez gigih nak belajar sebab mommy eez dapat rasakan keberkatan hari2 yang mommy eez lalui sekalipun ada cabaran dan dugaan, ianya selalu dipermudahkan Alhamdulillah.


Hari ni mommy eez ada family gathering di Tamu Suites Hotel di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Rasa seronok sangat sebab memang dah lama tak berkumpul borak2 sambil makan di hotel dan makanan2 di situ semua sedap2 belaka Alhamdulillah. Kemain layan lagi macam2 jenis makanan di situ, sekali balik rumah terus memerut. Huhuhu~ . Takpelah, better keluarkan daripada terus bertapa dekat dalam tu kan. Hihihi~. 


Hokey stop merepek. Jom kita sambung nota seterusnya dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Episod 9 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tirmizi Ali



- Sinopsis untuk episod kali ni:


- Ayat ke-20:

Menurut tafsir Ibnu Katsir, pada ayat ke-17, Allah SWT menceritakan orang2 munafik yang betul2 sudah tidak beriman manakala pada ayat 19-20, Allah SWT menceritakan orang2 munafik yang 50-50 imannya (ada masa beriman, ada masanya tak beriman).

Ayat ke-20 ini menyatakan ada kilat yang hampir2 menyambar penglihatan orang munafik tapi ianya tidak berlaku. Apabila kilat memancarkan cahayanya, ia umpama orang2 munafik ini mendapat cahaya terang dan panas ( أَضَآءَتْ ) dan mereka berjalan di bawah cahaya tersebut. Apabila cahaya kilat itu hilang, orang2 munafik ini berhenti di satu kawasan kerana kegelapan. Ini membawa erti bahawa, apabila orang2 beriman mendapat rahmat contoh seperti mendapat harta rampasan perang, orang2 munafik ini juga yang dapat manfaatnya. Cahaya yang panas itu membawa maksud peraturan yang Allah SWT dah tetapkan dalam Islam bagi menjaga kemaslahatan umat Islam. Jadi peraturan2 ini ada kebaikannya yang dinikmati oleh orang2 munafik. Namun begitu, apabila orang2 beriman ini mengalami dugaan seperti kalah dalam perang ataupun menghadapi kemarau, orang2 munafik ini berhenti ( قَامُوا۟ ۚ) dan tidak mahu mengikut ajaran agama Islam itu sendiri. Malah, mereka mengejek2 dan menyalahkan orang2 beriman atas apa yang berlaku. 

Jika Allah SWT mahu, pasti hancurlah pendengaran dan penglihatan mereka di atas kemunafikan mereka. Tetapi Allah SWT, masih lagi membuka peluang kepada orang2 munafik ini supaya bertaubat. Dan di akhir ayat ini, Allah SWT mengingatkan kita bahawa yang Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. 

Pengajarannya, kita harus hargai peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk kembali kepadaNya sekalipun ada kadangkala satu masa kita rasa sangat rajin membaca Al-Quran, dan ada kalanya kita rasa macam malas nak baca Al-Quran. Kita harus cepat2 sedar dan cuba jauhkan diri kita daripada adanya sifat munafik dalam diri ini.


Perkataan pilihan dipilih dari ayat ke-20 ini:

- Perkataan يَخْطَفُ membawa maksud yang Allah SWT berupaya untuk 'menyambar' apa saja nikmat yang telah Dia kurniakan sebelum ini kepada kita.


- Ayat ke-21:

Ayat ini merupakan ayat pertama dalam Al-Quran yang mengandungi seruan dan suruhan/perintah dari Allah SWT.

Dalam ayat ini, Allah SWT menyeru kepada seluruh manusia termasuk orang2 beriman, orang kafir ataupun orang munafik supaya beribadah (menghambakan diri) kepadaNya iaitu Tuhan yang telah menciptakan seluruh manusia. Allah SWT yang Maha Pengasih ini menciptakan manusia dari kosong/tiada apa2 sejak dari nenek moyang kita lagi. Seruan ini dibuat kerana Allah SWT mahu menjaga kita dari membuat perkara yang merbahaya yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Maka, apabila kita mengikut peraturan yang Allah SWT telah tetapkan, kita akan menjadi orang bertaqwa yang selamat dipandu dan dilindungi oleh Allah SWT di dunia dan juga di akhirat.

Perkataan يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ itu membawa 2 maksud iaitu; yang pertama, Allah SWT memanggil orang yang jauh supaya datang dekat dan yang kedua, untuk orang yang dekat, jangan lalai dengan mesej yang Allah SWT sampaikan.

Pengajaran dari ayat ini ialah, kita mestilah menghambakan diri kepada Allah SWT, bukannya menghambakan diri kepada makhluk lain, contohnya menghambakan diri kepada isteri, suami, anak dan sesiapa saja. 


- Ayat ke-22: 


Allah SWT menjelaskan lagi bukti kekuasaanNya dan mengapa kita perlu menghambakan diri kepadaNya. Ayat ini menerangkan bukti adanya Hari Akhirat/Qiamat. Pada ayat ke-13, Surah Al-Baqarah menceritakan orang2 munafik yang ada penyakit hati ni tidak ada ilmu. Maka, pada ayat ini, Allah SWT menyatakan orang2 yang beriman pasti ada ilmu. 


Apakah ilmu itu?

  • Ilmu pertama ada pada ayat ke-21, iaitu Allah SWT menciptakan manusia dan mudahnya Allah SWT untuk bangkitkan kita di Hari Akhirat nanti. 
  • Ilmu yang kedua, Allah SWT menjadikan bumi sebagai hamparan, langit dan bumi. 
  • Ilmu yang ketiga ialah Allah SWT menjadikan dari air hujan yang turun dari langit lalu Dia mengeluarkan pelbagai buah2an untuk dijadikan rezeki buat kita. Begitu juga nanti di akhirat, Allah SWT berkuasa untuk bangkitkan seluruh manusia, menjadikan syurga dan neraka dan kesemua itu mudah bagi Allah SWT.

Pengajarannya di sini ialah, kita mestilah teruskan usaha mencari ilmu supaya kita sedar kita tidak akan menyekutukan Allah SWT dengan mana2 berhala. Kita tahu yang patung2 berhala ataupun mana2 makhluk tidak mampu menciptakan makhluk, bumi dan langit apatah lagi memberi rezeki. Kita kena menghambakan diri kepada Allah SWT kerana Dia lah Maha Pemberi segalanya tanpa ada had dari segi ilmu, rezeki, kesihatan dan sebagainya.


- Segment tajwid:


- Hukum Mad Jaiz Munfasil ialah apabila huruf mad 
ي dan ا bertemu dengan huruf ء dalam 2 kalimah. Hukum bacaannya ialah 4-5 harakat.


- Seterusnya:


- Perlu menjelaskan dan membezakan kedua2 huruf ق dan ك di mana huruf ق  bunyinya tebal dan huruf ك bunyinya nipis dan ringan. 


- Segmen hafazan melibatkan ayat yang ke-21:


 

- Resolusi bagi episod ini ialah:



Alhamdulillah settle sudah nota Episod 9 ni. Lepas ni mommy eez akan pergi bercuti selama seminggu dekat bahagian selatan Malaysia. So, tunggu tahun barulah akan siap nota2 untuk episod akan datang ye.

Macam biasa mommy eez sertakan link untuk video dan juga nota dari siri MQT edisi pertama:





Jumpa lagi dalam next post insha Allah jika diberikan umur yang panjang dan masa.


Lavvv,

Mommy EEZ

My #QuranTime 2.0 Episod 8 - Ayat 17-19 Surah Al-Baqarah (Halaman 4)

Hari ni mommy eez rasa seronok sebab dapat khatam baca Al-Quran setelah bertahun2 ambil masa nak habiskan baca. Mommy eez hanya dapat baca dalam 2 mukasurat sehari je sebab sibuk menguruskan hal anak2 dan family yang lain. Itupun kadang2 ada masa tertinggal juga. Kalau tertinggal tu, mommy eez sempat baca mana2 surah yang mommy eez hafal sebagai ganti. Semoga Allah SWT terima lah serba sikit amalan mommy eez yang tak seberapa ni insha Allah.


Pejam celik kejap je dah masuk Episod ke-8 MQT 2.0. Lagi banyak belajar lagi banyak tak tahu. Allahu.. kerdil rasa diri ni. Jom kita sambung belajar dan semoga pembukaan tahun 2023 ni dapatlah kita raikan dengan azam baru untuk consistent belajar tadabbur Al-Quran setiap hari, aaameeen.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Episod 8 ini disampaikan oleh:


Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tirmizi Ali




- Sinopsi bagi 3 ayat ini ialah:



- Ayat ke-17: 


Allah SWT menggunakan perumpamaan/misal bagi menerangkan lagi ciri2 orang munafik. Terdapat 2 perumpamaan yang Allah SWT sebutkan pada ayat ke-17 dan ayat ke-19. 

Mengikut Imam Ar-Razi, perumpamaan yang pertama pada ayat ke-17 ini seperti orang munafik yang menyalakan api iaitu perbuatan mereka berkait rapat dengan masalah hati. Nyalaan api ( نَارًۭا ) tersebut bukannya dinyalakan sendiri oleh mereka, tapi dinyalakan oleh orang2 yang beriman atas kesan keimanan mereka. Kiranya, orang munafik ini hanya menumpang manfaat dari orang2 beriman saja. 

Api ini ialah cahaya terang dan panas ( أَضَآءَتْ ) dari matahari yang mengelilingi orang munafik. Allah SWT tidak menggunakan perkataan 'nur' kepada orang munafik kerana 'nur' itu cahaya yang sejuk yang dipantulkan dari bulan. Namun, apabila Allah SWT melenyapkan cahaya dari orang munafik ini, bukanlah cahaya api (narr), tetapi cahaya (nur) dari orang2 munafik ini. Maka, tinggallah orang munafik ini di dalam kegelapan, tidak tahu hala tuju malah lebih padah menjadi buta hati seperti yang dinyatakan di dalam ayat ke-15.

Kesimpulannya, orang2 munafik takkan dapat cahaya nur, tapi mereka hanya dapat cahaya api untuk kegunaan mereka saja. Cahaya nur khas buat orang2 yang beriman. 


- Perkataan pilihan ada dinyatakan pada ayat ke-17 ini:


- Perkataan ذَهَبَ merujuk kepada hilangnya cahaya dengan sendirinya dari orang munafik dan bukan kerana Allah SWT yang lakukan. Walaupun ianya terjadi atas izin, Allah SWT, tetapi orang munafik sendiri yang memilih untuk hilangkan cahaya itu.


- Ayat ke-18:


Perkataan صُمٌّۢ bermaksud mendengar, بُكْمٌ bermaksud bercakap manakala عُمْىٌۭ bermaksud melihat. Orang2 munafik ni tidak dapat mendengar kebenaran malah mereka suka bercakap dusta/menipu orang2 beriman. Dan yang terakhir sekali, mereka itu buta dari melihat kebenaran sehingga mereka tidak ada keinginan untuk kembali bertaubat kepada Allah SWT. Ketiga2 perkataan ini bukannya berbentuk zahir tetapi secara batin. 

Allah SWT menyebut لَا يَرْجِعُونَ dan bukannya لَن (tidak mungkin) kerana sekalipun orang2 munafik ini ada penyakit hati, tapi ruang taubat masih terbuka buat mereka jika mereka ingin kembali kepada kebenaran. 


- Ayat ke-19:

- Asbabun nuzul (sebab ayat ini diturunkan) bagi ayat ini ialah terdapat 2 orang munafik yang cuba lari dari Nabi Muhammad SAW untuk bertemu dengan orang2 musyrikin pada malam hari. 

Di sini Allah SWT menyatakan perumpamaan yang kedua, iaitu orang2 munafik ini ditimpa hujan lebat yang mencurah2 ( كَصَيِّبٍۢ ) dari langit. Hujan itu umpama hidayah buat orang2 beriman, tetapi tidak kepada orang2 munafik. Orang2 munafik ini merasakan hujan yang menimpa mereka membawa kegelapan berbanding cahaya. 
Perkataan رَعْدٌۭ bermaksud guruh membawa erti bunyi yang kuat dan bising. Orang2 munafik ini tidak suka mendengar kata2 kebenaran dari orang2 beriman dan mereka rasa ianya bising, bingit dan merimaskan. Ini yang dinyatakan dalam ayat ke-11 di mana orang2 munafik ini tidak boleh ditegur kerana mereka tidak sedar mereka membuat kerosakan di atas muka bumi ini.
Perkataan بَرْقٌۭ bermaksud kilat/cahaya yang merujuk kepada Al-Quran.

Maka, response orang2 munafik terhadap 3 perkataan di atas ialah mereka menutup telinga mereka sekuat2nya kerana tak suka mendengar ayat2 Al-Quran. Mereka ingin lari (merujuk kepada ayat 'mereka takut mati') tetapi Allah SWT meliputi/mengepung orang2 munafik (orang munafik dikira sebahagian dari orang kafir) ini.


- Segmen tajwid bermula dengan huruf ص . 


- Bunyi makhraj huruf ص  sama dengan huruf  زس . Bunyinya dari hujung lidah menekan belakang gigi di bawah.


- Seterusnya Hukum Izhar Halqi:


 - Hukum Izhar Halqi iaitu tanwin bertemu dengan
 ع. Hukum bacaannya tiada dengung dan jelaskan (Izhar) bunyi huruf ن mati. 

- Sesi hafazan pada ayat ke-18:



- Resolusi dari episod kali ini:


Alhamdulillah, tamat dah nota untuk episod 8 nota My #QuranTime 2.0 ni. Semoga bermanfaat buat semua yang membacanya insha Allah. Link video dan nota dari siri pertama disediakan di bawah ni ye:


My #QuranTime 2.0 : Episod 8 Surah Al-Baqarah, Ayat 17-19

Nota My #QuranTime 1.0 : Halaman 4 Surah Al-Baqarah, Ayat 17-24


Kalau terdapat mana2 kesalahan di dalam nota ni, mohon perbetulkan dan highlight pada mommy eez ye. Mommy eez ni #budakbarubelajar dan amat2 menghargai bagi mereka yang boleh tolong semak semua nota yang mommy eez semak di sini. 


Sehingga jumpa lagi dalam nota yang akan datang, insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

My #QuranTime 2.0 Episod 7 - Ayat 14-16 Surah Al-Baqarah (Halaman 3)

Alhamdulillah untuk hari ni, mommy eez teruskan perjuangan untuk menyambung Nota My #QuranTime versi 2.0 Episod yang ke-7.


Sekalipun tengah tunggang terbalik dengan anak2 yang sedang bercuti sekolah, mommy eez sempat curi2 masa untuk buat post ni demi mencari ilmu yang sangat penting untuk berjaya di dunia dan akhirat insha Allah.


Tanpa membuang masa, jom kita mulakan nota kita dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Episod 7 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tarmizi Abdul Rahman



 

- Sinopsis bagi 3 ayat ini ditunjukkan di bawah:



- Ayat ke-14: 


Ayat ini mengulang semula maksud ayat ke-8 di mana orang2 munafik ni bila berjumpa dengan orang2 beriman, mereka akan katakan yang mereka pun beriman padahal sebenarnya mereka hanya berolok2/berlakon saja. Kemudian apabila orang2 munafik ini kembali berjumpa dengan pemimpin2 mereka (dirujuk sebagai syaitan2 mereka), mereka masih bersama2 mengikuti pengaruh buruk pemimpin mereka. Ini yang dikatakan sebagai talam dua muka. Pemimpin2 mereka ini ada dinyatakan di dalam Surah An-Nas di mana pemimpin2 mereka ini suka meniup2kan fitnah ke dalam dada manusia. 

Perkataan خَلَوْ pada ayat ini bermaksud 'khalwah'. Kalau Nabi Muhammad SAW berkhalwah, Baginda mencari jawapan untuk menguatkan diri. Tetapi bagi orang munafik ini, hati mereka sudah sedia sakit dan kosong maka, sebab itulah mereka mencari pemimpin2 mereka supaya dapat mengisi hati mereka dengan fitnah2. Mereka selesa dengan fitnah yang buruk berbanding perkara2 kebaikan.

Pemimpin2 orang munafik ni terdiri daripada golongan2 elit, itu sebabnya orang2 munafik ni suka berdampingan dengan mereka. Manakala orang2 beriman kebanyakannya adalah orang2 miskin yang mereka pandang hina. 

Pengajarannya, jika kita rasa kosong, kita perlu mencari Allah SWT dan Al-Quran, bukannya mencari syaitan.

Perkataan pilihan ada terdapat pada ayat ke-14 ini:


- Perkataan ini dipilih kerana menggambarkan 'pertemuan' orang2 munafik antara orang beriman dengan pemimpin2 orang munafik (shayatinihim). Untuk orang2 beriman jika mereka 'berjumpa' tak kira sama ada orang munafik atau orang miskin atau siapa saja, hati orang2 beriman tetap jujur dan ikhlas tak seperti orang munafik yang hatinya sentiasa sakit dan ada sifat bermuka2. 


- Ayat ke-15: 

Orang2 munafik ni lebih suka menerima daripada memberi sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Mereka juga suka mencari perhatian dari pemimpin2 syaitan mereka ini. Maka, Allah SWT membalas olokan mereka dengan memberi hukuman yang berterusan (merujuk kepada perkataan يَستَهزِئُ ) di dunia sampai ke akhirat. 

Ada dinyatakan di dalam tafsir, orang2 munafik ni diletakkan di dalam neraka yang paling bawah. Di dalam neraka itu, ada pintu menuju ke syurga. Jadi, orang2 munafik pun berharap mereka dapat lari dari neraka melalui pintu itu menuju ke syurga tetapi apabila mereka mendekati pintu itu, lalu pintu itu tertutup. Orang2 beriman yang menyaksikan hal tersebut pada ketika itu nanti mentertawakan orang2 munafik ini seperti mana orang2 munafik ini mentertawakan orang2 beriman sewaktu di dunia.

Allah SWT masih ingin memberikan peluang yang panjang (merujuk kepada perkataan وَيَمُدُّهُم ) buat orang2 munafik ini supaya sempat untuk kembali ke jalan Allah SWT. Tetapi kalau orang2 munafik ini masih degil dan ingkar, mereka akan terus terjerat dalam kedustaan dan menjadi buta hati (membawa maksud perkataan يَعمَهونَ ).


- Ayat ke-16: 


Allah SWT memberikan kesimpulan pada ayat ini bahawa orang2 yang ada penyakit hati ini menukarkan kesesatan dengan hidayah/ petunjuk (yang sememangnya sudah ada di dalam setiap hati manusia sejak azali). Orang2 munafik ini yang memilih kesesatan berbanding kebenaran bukannya Allah SWT yang tentukan. Maka, segala apa yang mereka lakukan menjadi rugi dan mereka tidak akan mendapat petunjuk sama ada di dunia mahupun di akhirat. 

Ayat ini merupakan maksud yang berlawanan kepada ayat ke-5, Surah Al-Baqarah di mana Allah SWT memberikan khabar gembira buat orang2 beriman berbanding orang2 munafik di dalam ayat ini.  


- Segmen tajwid kali ini bermula pada ayat ke-14, pada perkataan وَإِذا لَقُو di mana kita perlu berhati2 dalam menyebut huruf ق supaya tak tertukar dengan huruf ك. Begitu juga dengan perkataan قالو .

Perkataan إِنَّمَا إِنَّا ءآمَنّا  terdapat hukum Wajibul Ghunnah dan perlu dibaca sepanjang 2 harakat. 


- Seterusnya, bunyi huruf  mestilah dibunyikan pada bahagian pangkal/bawah rongga tekak.


- Akhir sekali perkataan
 شَيٰطينِهِم perlu berhati2 apabila menyebut huruf ط takut terbawa2 bunyi huruf ط ke dalam huruf ش dan ي


- Hafazan kali ini pada ayat ke-15:


- Resolusi untuk episod kali ni:



Alhamdulillah selesai sudah nota kali ni. Mommy eez buat penambahbaikan dengan meletakkan setiap ayat dan terjemahannya supaya lebih mudah dirujuk. Nanti mommy eez akan update semula pada nota2 sebelum ni juga insha Allah.


Terima kasih sudi membaca nota yang tak seberapa ini. Semoga kita semua diberikan syafaat yang besar dari kalamullah ini dan berjaya di akhirat sana dengan masuk ke syurga insha Allah. Aaameeennn~~~


Seperti biasa, mommy eez letak link video dan nota dari siri MQT 1.0 di sini:


My #QuranTime 2.0 : Episod 7 Surah Al-Baqarah, Ayat 14-16

Nota My #QuranTime 1.0 : Halaman 3 Surah Al-Baqarah, Ayat 6-16


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

Popular Posts