Catering review - Ekhwan Services

Yahoo!!! Ini adalah entri terakhir untuk wedding review saye. Aaaaahh tak sabarnye nak cerita pasal benda lain plak kan. Apa2 pun konsep review dan fakta tetap akan diketengahkan kerana setiap perkara yang saye lalui, ade pengajaran dan boleh dikongsi pada mereka yang membace blog ni. Seronok bile dpt kongsi pengalaman dan orang lain bole ambil langkah berjaga2 sebelum membuat ape2  plan kan...

Saya mmg guarantee dalam pemilihan catering adelah satu benda yg sgt MEMENINGKAN dan PALING MEMBEBANKAN!! Sebabnye servis catering yang paling banyak mengundang masalah dan silap2 boleh mengundang malu kepada pihak keluarga pengantin. Dahla tu catering ni antara penyumbang kos2 yang MAKAN DALAM jiwa kepada bakal2 pengantin kan... kalau di KL, tak sah kalau tak cecah LEBIH RM10k.


Sekarang ni saye akan bercerita pasal Ekhwan Services iaitu caterer yang telah menjayakan wedding saye pada tahun lepas. Apa2 maklumat tentang no. telefon, alamat dan sebarang soalan bole klik terus pade link..


Makanan yang disajikan boleh tahan rasenye (bagi saye) tapi saye ade juga mendapat pujian daripada tetamu yang sukekan lauk yg mereka hidangkan pade hari tu. Menu2 yang saye pilih untuk para tetamu ialah:

  1. Nasi Beriani Ekhwan (90% dari keseluruhan hidangan)
  2. Nasi putih (10% dari keseluruhan hidangan)
  3. Ayam masak merah
  4. Daging beriani
  5. Dalca sayuran
  6. Acar buah
  7. Papadom
  8. Air blackcurrant (anggur) - tema saye warna purple make saye request utk air ni.. hehehe
  9. Air mineral
Menu untuk pengantin plak:

  1. Hiasan buah-buahan
  2. Udang panjat
  3. Ikan sweet sour
  4. Ayam Golek
  5. Puding koktel
  6. Air mineral
  7. Peralatan untuk hidangan pengantin - termasuk 12 kerusi banquet meja makan beradap
  8. Kek Pengantin - perisa vanilla 3 tingkat
Bila dah ada main course takkan tak ada dessert kan?
  1. 2 Jenis Kuih Tradisional – Talam Keladi (500 biji) & Talam Seri Muka (500 biji)
  2. Buah Orange
Pakej Katering termasuk:
1 Set ‘Coffee And Tea Station’-self service
1 Set Meja Makan Beradap – standard hiasan (scallop + bunga artificial spjg dewan)
4 Set Meja Keluarga Pengantin/VIP
26 Set Meja Tetamu
2 Set Meja Buffet 
1 Set Meja Hadiah (Sekali scallop dengan alas)
6 Set Meja Tambahan
160 Helai Riben
1 Set Meja Door Gift (ada sarung alas sekali)
Pelayan beruniform – 12 org

Jumlah keseluruhan pada mulanya dalam RM10k++. Tapi last minit jumlah tu semakin naik dan naik sebab Mama saya sangat risau akan tetamu yang hadir sebab maklumlah anak bongsu kan. Sebagai penutup wedding ceremony dalam keluarga jadi mesti dianggar tetamu akan lebih ramai dari yang dijangkakan. Sememangnye instinct Mama tu BENAAAARRRR BENAARRR BELAKA!!! Mama dah pun topup lagi makanan untuk 200 orang (tak silap) utk genapkan jadi total bayaran dalam RM12k++ Homaaaaaiiiiiigadddd... Nak jamu orang makan sampai berbelas2 KKKKK.. takpela.. kira halalan la ye. Semoga semua orang dimurahkan rezeki huhuhu~~

Tengoklah serba sikit gambar supaya dapat sikit gambaran untuk meja makan pengantin masa di hari persandingan tu. Perhiasan meja dibuat oleh RassDeco Wedding. So nak tengok review bahagian pelamin boleh tekan pada link tu ye..






Wedding kek sempoi je sbb nanti masuk ke mulut juaaaaa~~~

So BAB RASA, Oklah not bad juga walaupun bagi saya macam ada sikit terlebih manis lauknya tapi adala rasa. Air pun OK sedap jugak. Tak manis sangat walaupun sebenarnya tekak ni tak berapa nak rasa sangat. Masa majlis tu pun saya demam panas so memang bertahan ajela sepanjang persandingan sampailah turun dari pelamin untuk sesi salam2. Lepas tu nak beraksi2 ambil gambar plak luar dewan tu.. Ya Ampunnn.. penat baq hanggggg! So berapa bintang nak bagi untuk catering wedding saya ni?

4.5 BINTANG!!!

So itu saje review yang saya mampu buat setakat ni.. hahaha.. kalau ada bakal2 pengantin yang tak nak pakai wedding planner nak organize sendiri wedding anda pun boleh sebab saya memang organize sendiri wedding saya ni. Yelah nak jimat belanja satu hal, lagi satu sebab saya sangat fussy dan detail orangnye. So I want to know every penny that I spent for which purpose gitu. Kalau pakai wedding planner pun ok jugak so kuranglah sikit tahap stress tu.. Agaknye laaa hahaha saya tak pasti. Idea asal wedding checklist ni dari Abang saya sendiri, Abijad the EngineerGeek. Beliau banyak membantu sampai bagi banyak info dalam bentuk Microsoft Excel. Jadi saya buat list saya sendiri ikut kefahaman dan kesenangan saya la waktu tu. 

KALAU ANDA NAK WEDDING CHECK LIST NI PUN BOLEEEYYY.. drop komen bawah ni nnt saya share file wedding organizer saya dengan anda semua hokey! Semoga dapat membantu mengGORGANIZE dream wedding anda!

Papepun Alhamdulillah.. semuanya sudah selesai dengan jayanya.. tazaba2 nak pergi hanimoooon di tempat dream place saya iaitu... PARISSSSS Yippeeee! Seeeyewwwwsoooonnnn muaaaahh!




No comments:

Post a Comment

Popular Posts