Post kali ni mmg tersggggtla panjang sbb nak meluahkan perasaan terima kasih kepada Julia yang sudi membawa haku dan Sharmi berjalan2 ke Penang dgn gumbire bulan 5 lps! Ini haku kenalkan..
Julia the Bubbles - gambar dia paling cun pernah haku tangkap! (gle bodek)
Mule2 haku dan Sharmi smp, Julia dan Amin (teman tapi mesra Julia) datang mjemput dkt stesen komuter Parit Buntar.Gle sakit pinggang sbb sgt tak selesa ambil coach duduk dlm keretapi. Hampeh! Nak stretch badan pun susah apetah lg dgn bdn sepanjang 170cm ni terpaksa menahan selama 5 jam utk sampai ke destinasi. Lain kali belilah coach yg ade katil, walaupun mahal sikit tapi sgtlah berbaloi! Sampai sana dalam pukul 5 pagi then Julia singgah kejap dekat fakulti dia sbb nak ambil barang.
Nasib baik workstation dia kemas.. hehehe..
So, da slamat smp hostel Julia, kami pun tdo dan setelah puas menyepah2kan bilik Julia bermulalah pengembaraan kami di pagi yg indah itu..
Hari pertama - 14/5/10
Kami pergi berjalan2 di Fort Cornwallis utk melawat Abg Francis Light yg dah 6 tahun tunggu haku dan Sharmi datang. Hehehe.. (sebenarnya Julia yg tunggu..)
Fort Cornwallis ni ada dekat bandar George Town. Tempat ni bekas kubu tentera British dan diberi nama sempena General Charles Cornwallis. Haku tak pandai sgt sejarah maka kalau nak tahu lebih lanjut mungkin boleh tanya Pakcik Google.
Tak sah kalau tak de meriam dalam kubu. Haku mmg suka kumpul koleksi bergambar bersama Encik Meriam. Haaa... nanti haku upload lagi satu gambar haku bersama saudara En. Meriam dekat Melaka ye..
Memang kami agak pelik sbb tiba2 dalam kubu ada bot naga dan juga benda2 alah bawah ni.. mcm tak ada kena mengena dgn Fort Cornwallis je..
Patut bilik ni bekas penjara. Mungkin bilik ni digunakan untuk memenjarakan anak2 harimau yg tak makan saman ni. Mereka mmg gle excited ambil gambar dgn kami smp mcm2 aksi mereka buat. Ada yg cucuk langit, budget cool dan tidak kurang juga dgn aksi lari2 anak oleh Sharmi dan 'kawan barunya'..
So, itulah dia gerbang Padang Kota Lama sebelum kami meneruskan perjalanan ke tempat yg lain. Cuba tengok dekat atas pintu gerbang tu. Pun dia nak selitkan sepupu sepapat En. Meriam.
Kami sempat singgah rumah P.Ramlee mase zaman dia kecil2 dulu. Kira tempat kelahiran beliaula. Tapi kami tak sempat nak masuk dlm rumah tu sbb tutup utk bagi laluan solat Jumaat.
Eh.. kenapa dgn Sharmi? Mcm org kena penjara janji je. Haaa... next POI (places of interest) kami ialah Kek Lok Si Temple aka Temple of Supreme Bliss. Ta daa...
Mase nak naik dkt temple ni punyela tinggi tangga dia. Semput jugalah nak menapak ke atas. Budget dah sampai sane adela perigi suci ke, kot jumpe Datuk Karin ke kan.. skali kami jumpe segerombolan..
Adik beradik Datuk Kame!!! Kura2 sekalian dekat situ bertempiaran di sana sini (dlm kolam tu la) tatkala Sharmi membalingkan sayur kangkung tu. Dapatla buat amal kebajikan sikit.. Hehehe..
Dah penat merayau sakan dalam temple tu kami pun turun dan kembali berpijak ke bumi yg nyata. Kami pun tak teragak2 dgn lahapnye menjamah Nasi Kandaq Line Cleaq! (UuuUuu.. terliur haku di bulan puasa). Itu lauk Sharmi ye..ada ayam 2 ketul + daging + nasi separuh.
Kami singgah solat jamak Zuhur dan Asar dekat Masjid Kapitan Keling. Mmg cantik betul design masjid ni. Sejuk je rase hati nak solat dkt sini..
Lepas tu, kami meneruskan langkah ke Wat Chaiyamangalaram aka Buddhist temple yg menempatkan patung Buddha tgh baring kesenangan yg sama panjang dgn bangunan dlm gambar tu. Agak tidak bernasib baik sbb kami sampai lambat beberapa minit, temple ni dah tutup utk lawatan. Kalau tak, mesti dah letak gmbar patung Buddha tu.
Disebabkan keseniannye mengingatkan kami pada kartun yg paling digilai ramai - Dragon Ball Z, kami pun mmbuat aksi Cantuman Tubuh Potara!!!! - kipas susah mati Dragon Ball Z.
Next stop ialah Toy Museum. Haaa... inila maskot Julia kerana Julia tlh membuat senyuman yg sama mcm En. Jerung bila tibanya kami di sini. Cuma kami tak sempat nak ambil gmbar dia sbb Julia dah cilok semua kamera pada masa itu... Hahaha.. (ye ke?)
Dari sekecil2 patung smpla yg sebesar2nya pun ade dlm muzium ni. Jealous jgkla tgk pakcik aka tokei kepada muzium ni ada byk koleksi Dragon Ball Z.. Haku cube memujuk Sharmi utk kembali ke muzium tu pd malam hari utk mencilok koleksi tu tetapi aura dan kengerian muzium tu mmg terasela.. Wuuuu scary movie...(fhm2 je la kalau ade byk patung siapa lagi yg menumpang kan... gegegegege!)
Err.. adakah Sharmi percaya bahawa ogre jantan mcm Shrek boleh pregnant? Hehehe.. (haku baru perasan Sharmi punye baju pun dah ala2 same colour dgn baju Shrek..nasib baik kulit Sharmi bukan bwarna hijau..)
Kami terlampau gumbire sampai lompat kegirangan di depan entrance Toy Museum tu. Abg tiket dpn entrance tu pun mst menggeleng2kan kepala tgk aksi kami yg perasan konon mcm nak buat iklan TV.
Sblm balik ke hotel, kami sempat singgah ke Feringghi night market. Best jugak dapat cuci mata dgn brg2 unik dekat situ. Mmg mase ni energy level dah jadi negatif. Tapi kami kuatkan juga badan nak berjalan punye pasal. Tak silap, kami ada singgah ke Masjid Terapung dekat area Bukit Feringghi tu utk solat jamak Maghrib dan Isyak. Menurut kate tourist guide kami aka Julia, masjid tu tlh terselamat dpd ancaman bala tsunami pd tahun 2008. Alhamdulillah. Ada petunjuk di sebalik bencana alam tu.
Last skali kami akhiri jalan2 cari pasal kami hari tu dgn SUP HAMEED yg gle sedap tahap gaban! Gambar nnt akan upload sbb Julia masih lagi berhutang gambar2 dpd kamera satu lagi.. Haissshh.. (tak nak ambil dpd kamera Sharmi - nmpak Sup Hameed dah jadi warna hijau sbb flash camera) Sup Hameed ni dijual di restoran Pakcik Hameed yg terletak betul2 depan Hotel Malaysia yg kami duduk. Ruginya dapat rase satu malam je... akan haku dtg lg menghantui kamu SUP HAMEEEEEEEDDDD!!!
Hari kedua - 15/5/10
Hari kedua kami agak kepancitan sbb penat hari pertama masih tak hilang. Pagi2 lagi kami sude menyerang Chowrasta - Jeruk Haven.
Mcm kenal je perempuan bertudung hitam itu.. Hahaha.. Memang berbaloi beli jeruk kat sini sbb sedap dan boleh try on the spot. FOC (free of charge)!!! Tapi kalau anda tak malu bolela nak try dgn ambil skali byk.. hehehe..
Jangan tak tau Julia ni mase kecil2 berangan nak jadi ala2 Nancy Drew.. skali tak kesampaian. So, dia dapat pgg pistol ala2 James Bond pun ok kan. "Hi.. my name is Julia.. Julia the Jebon.."
Dua2 org kawan haku ni mmg ulat bulu. Eh.. salah ulat BUKU.. Buku senipis 200 mukasurat pun haku ambil masa 3-4 bulan nak habis baca, inikan pula buku Salina yang mungkin 2-3 kali ganda lg tebal dpd buku 200 mukasurat tu. Haku mmg tabik spring sama mereka.. (toiionngggg!!!)
Disebabkan Julia tgk kami yang dah kempunan sgt nak masuk rumah Arwah P. Ramlee ni, dia pun bawalah kami masuk ke sana. Masing2 pun mulela berangan konon2 hidup zaman2 60-70an..
Mase ni mmg kami tak tahan gelak sbb haku dan Sharmi tak henti2 berdialog ala2 dlm cerita P. Ramlee. Bukan sahaja dialog je kami hafal, sepanjang kami berada dlm rumah tu kami asyiklah menyanyi lagu2 yg pernah keluar dlm filem P. Ramlee. Tak tahu lirik kami ulang je la part mane yg tau.. hehehe..
Sudah puas menyanyi, menari dan posing di sana sini, kami balik ke hotel utk mandi. Tempat penutup utk lawatan kami ialah di rumah mentua Kok Leong. On the way nak pegi sana, Julia telah mmbuat kejutan utk kami di mana dia telah membawa kami menaiki feri bersama kereta MyVinye.
Lihatlah betapa Sharmi menggelabah biawak menaiki feri. Haku pun mcm gayat juge tu pasalla haku menghadap laut. Hahaha..
Mesti macam pelik kenapa naik feri pakai baju kurung. Ini kerana kami dalam perjalanan nak pergi ke majlis perkahwinan Kok Leong aka Taufiq. Kawan kami ni seorg mualaf dan telah memeluk Islam sewaktu kami Form 5 lagi. Hebat kan sbb dia baru masuk Islam dan tak lama lepas tu dah jadi tukang azan utk surau SABKL lg. Peh, bertuah yg empunya suami.
Selamat Pengantin Baru utk Kok Leong dan isteri. Semoga kekal bahagia sehingga ke akhirat.. Aamin. Kok Leong tetap maintain mcm dulu cuma dah lebih chubby berbanding mase sekolah.. Hahaha. Hati berbunga gumbire la katakan.. pengantin baru..
Sebenarnya ada lagi gambar aksi2 menarik utk dikongsi tapi banyak telah disimpan oleh Julia. Maka, kalau haku rajin akan haku tambah lagi gambar atau special post khas untuk memaparkan master piece haku yg 18SX dari Penang yg diambil menggunakan kamera Julia. HUAHUAHUAHUAHUAHUA!!!
Sekali lagi haku mengucapkan... TERIMA KASIH JULIA kerana membawa haku dan Sharmi berjalan2 meninggalkan angin di Penang... =D
No comments:
Post a Comment