Alhamdulillah hari ni kakak Raihan dah boleh discaj dari hospital. Cuma, Raihan ni masih lagi tak bermaya dan moody. Memang sangat2 mencabar kesabaran mommy eez tapi nak tak nak kena hadap juga perangai anak seorang ni.
Mommy eez secara jujurnya rasa badan pun dah tak berapa best. Tapi kena kuatkan juga untuk anak2 ni. Wafa dah berapa hari terpaksa dicutikan sekolah buat sementara waktu sebab mommy dan abah memang tengah kabut sikit uruskan kakak Raihan. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kami semua aaameeen.
Jom kita sambung nota Juzuk 12 plak kali ni.
RINGKASAN JUZUK 12
disampaikan oleh
Dr. Azrul Azlan dari Tadabbur Centre
- Juzuk 12 ini mengandungi 2 surah:
- Surah Hud (ayat 6-123)
- Surah Yusuf (ayat 1-52)
- Surah Hud ini mendapat namanya kerana terdapat 5 kali perkataan 'Hud' disebutkan di dalam surah ini. Pada ayat 2 dan 123 surah ini, Allah SWT menyebutkan kepentingan beribadah kepadaNya. Perkataan ibadah di sini memberi manifestasi bahawa manusia diciptakan untuk beribadah kepada Allah SWT. Ini memberi perkaitan dengan ayat 4 surah Al-Fatihah yang membawa maksud 'kepada Engkau (Allah) kami sembah (beribadah) dan kepada Engkau kami meminta pertolongan'. Ini menunjukkan bahawa Allah SWT itu Maha Berkuasa dan Maha Sempurna manakala manusia sebagai hambaNya yang penuh dengan khilaf dan ketidaksempurnaan wajib beribadah kepadaNya.
- Dalam surah Hud ada menyatakan wasiat2 yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW buat para umatnya:
- Wasiat tentang ISTIQAMAH
- Istiqamah ini bertujuan untuk mengatasi hilangnya cita2 untuk kembali ke jalan yang benar menuju kepada Allah SWT.
- Kita perlu ada sifat istiqamah dalam bersangka baik dengan Allah SWT kerana tidak kira apa jua cabaran dan kesukaran hidup yang telah ditentukan oleh Allah SWT, kita haruslah sentiasa bersangka baik
- Istiqamah juga membantu kita untuk terus memperbaiki diri dengan menjadi orang yang lebih baik pada saban waktu.
- Wasiat tentang SIKAP TIDAK MELAMPAUI BATAS
- Sikap yang tidak melampaui batas ialah dengan tidak melakukan kezaliman sesama makhluk termasuk diri sendiri. Perkataan zalim ini merujuk kepada perlakuan dosa oleh seseorang yang tidak mahu mengikut perintah Allah SWT. Sebagai contoh, kita perlu bertegas dalam sesuatu perkara dan menggunakan sikap tegas ini pada cara dan tempat yang betul. Jika terlampau tegas ditakuti akan mengakibatkan perlakuan zalim ke atas manusia lain.
- Wasiat tentang MENJAGA SOLAT
- Pada ayat 114 surah Hud ada disebutkan tentang menjaga solat. Dirikanlah solat pada 2 bahagian iaitu waktu siang (pagi dan petang) dan waktu2 yang menghampiri malam.
- Solat ini mampu untuk membantu kita menghapuskan segala kejahatan sama ada dari luar dan dalam diri kita.
- Wasiat tentang SABAR
- Kita perlu bersabar dalam membuat perkara2 kebaikan. Ini kerana pada ayat 115 surah Hud ada menyatakan bahawa, "Bersabarlah, Allah SWT tidak akan menghilangkan ganjaran pahala bagi orang2 yang melakukan kebaikan".
- Surah Yusuf merupakan surah yang ramai umum ketahui tentang kisah Nabi Yusuf AS dan adik-beradiknya tanpa ada kisah nabi2 yang lain. Allah SWT menyebutkan kisah Nabi Yusuf AS ini ialah kisah yang terbaik kerana terdapat pengajaran bagi orang2 yang berfikir.
- 3 fakta menarik tentang Surah Yusuf:
- merupakan surah yang ke-12 dalam Al-Quran
- berada dalam juzuk ke-12
- terkait dengan jumlah bilangan anak2 Nabi Yaakub AS yang juga mempunyai 12 orang iaitu adik-beradik Nabi Yusuf AS termasuk dirinya.
- Apakah perkaitan surah Hud dan surah Yusuf?
- Surah Hud menceritakan tentang Nabi Ibrahim AS manakala surah Yusuf menceritakan kisah cucu2 Nabi Ibrahim AS
- Surah Hud menceritakan tentang Nabi Nuh AS dan anaknya, manakala surah Yusuf menceritakan tentang Nabi Yaakub AS dan juga anaknya.
- Anak Nabi Nuh AS menzalimi dirinya sendiri dengan mengingkari arahan ayahnya untuk naik ke atas kapal bagi menyelamatkan diri dari banjir besar. Disebabkan kedegilannya itu, anak Nabi Nuh AS membawa diri ke puncak gunung. Lalu Allah SWT menimpakan azab ke atas anak Nabi Nuh AS.
- Anak2 Nabi Yaakub AS pula telah mencampakkan adik mereka Nabi Yusuf AS ke dalam perigi lalu Allah SWT menyelamatkan Nabi Yusuf AS dan membawanya ke Mesir.
- Kedua2 surah ini mengajarkan erti kesabaran dan membicarakan tentang solusi kehidupan supaya kita selalu bergantung harap hanya kepada Allah SWT dalam menghadapi pelbagai ujian hidup ini.
- Kesimpulannya, kita harus mengambil iktibar dan pengajaran dalam setiap kisah yang dipaparkan di dalam Al-Quran. Jangan jadi seperti Abu Lahab yang sememangnya sedia tahu tentang kisah Firaun yang diazab oleh Allah SWT tapi masih tidak mahu mengambil teladan dari kisah tersebut. Akhirnya, dia mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Firaun dan dilaknat oleh Allah SWT seperti yang dirakamkan dalam surah Al-Masad.
Alhamdulillah sekian saja ringkasan nota untuk Juzuk 12. Selamat menghadam dan mendapat manfaat walaupun secebis insha Allah.
Lavvv,
Mommy EEZ
www.kiddieoasis.com.my