Hari yang selalunya mendung, kian menampakkan mentari.
Chewah~~ macam nak tulis novel plak kan 😆
Bukan apa, mommy eez ni dah bertahun2 menunggu untuk membeli e-scooter. Yelah, kita berniaga kecil-kecilan je so nak beli benda besar yang di tahap kehendak tu memang fikir beribu2 lemon sama ada nak beli atau tak. Akhirnya, kebetulan birthday kakak Raihan bulan 2 hari tu, mommy eez terfikir nak hadiahkan e-scooter. Kira macam 2 dalam 1 la. Hadiah birthday kakak Raihan serta nak memenuhi kehendak mommy nya juga. Hihihi~~~
Survey punya survey, mommy eez pun ingat nak beli je la e-scooter xiaomi yang basic tu. Harga lebih kurang dalam RM1600. Maka, kitorang pun gigih lah pergi ke outlet Xiaomi di Central i-City Shah Alam untuk dapatkan e-scooter tu. Setibanya di sana, kitorang agak kecewa sebab outlet Xiaomi di situ tak jual plak e-scooter. Kena pergi outlet lain pula... Bila dah jadi macam tu, Incik Boss (husband mommy eez) pun terdetik nak survey di tempat lain dengan harapan dapat harga lebih murah dengan specification yang sama macam e-scooter Xiaomi.
Survey punya survey untuk 2nd round, tiba2 Incik Boss terjumpa kedai bernama Ekolife - Electric Scooter Malaysia yang bertempat di Ara Damansara. Tengok review di google sangatlah tinggi ratingnya, 5-star with more than 300++ reviews.
Ekolife Electric Scooter Malaysia, Ara Damansara
Maka, kitorg pun pergi ke kedai tu dan Alhamdulillah layanan dari Mr. Jun sangat2 memuaskan. Kitorang siap dapat test lagi beberapa jenis e-scooter dekat situ untuk tahu jenis mana yang sesuai dengan kitorang. Asalnya, memang nak beli e-scooter yang lebih kurang macam Xiaomi tu dengan harga pun lebih kurang sama. Sekali, Incik Boss kata, setakat Raihan seorang je la boleh naik. Kalau nak naik berdua dengan Wafa memang tak muat. Mommy eez pun dah termenung dekat situ. Yang kakak Raihan tak habis2 menghunggah e-scooter tu ke sana ke mari sebabkan terlalu seronok. Mr. Jun tu seolah-olah tahu masalah kitorang, terus beliau suggest e-scooter Mobot Freedom 5S. Saiznya lebih besar dan tayar pun lebih besar. Bawah ni ada link untuk specification nya:
https://escooter.my/product/mobot-freedom-5s-electric-scooter
Bila Incik Boss pun dah test sambil bawa Wafa, terus rasa nak ambil Mobot 5S. Tapi harganya agak mahal. RM2688. Sekali Mr. Jun kata ada promotion harga jadi RM2080. Mommy eez dah senyum sampai ke telinga. Cuma masih berfikir2, berbaloi ke dengan tambahan RM400 untuk beli e-scooter yang high spec macam ni.
Yessss, sebenarnya sangat berbaloi sebab standard price untuk e-scooter high spec macam ni range dalam RM2500 hingga RM3500. Terus, Incik Boss swipe debit kad dan terus hangkut bawa balik. Kalau beli melalui credit card ada surcharge tak silap mommy eez.
Oh sebelum final decision tu ada drama sekejap.
Raihan masih berdegil nak e-scooter yang harga RM1600 sebab lebih mudah dan lebih ringan untuk dia handle dan maneuver. Mommy eez dan Incik Boss dah tak larat nak pujuk masa tu tapi tiba2 Mr. Jun cakap boleh test ride e-scooter Mobot 5S tu dekat ground floor. Kawasan lebih luas dan lagi senang nak test. Akhirnya, Raihan pun cair juga dengan e-scooter Mobot 5S tu sebab laju walaupun agak besar untuk dia. Alhamdulillah, mudah kerja mommy eez dan Incik Boss.
Sebelum kitorang balik, sempat lagi Wafa test duduk electric wheelchair ni. Harga dalam RM3000-RM4000. Baru sampai stock di kedai kata Mr. Jun.
- Boleh lanyak bumper tanpa risau tergesel dekat plat tu. So far lepas sebab tayar jenis pneumatic (kena isi angin) dan bersaiz 10 inch
- Boleh daki bukit tapi tak boleh naik sampai 2 orang sebab makan battery banyak
- Ada 3 gear kelajuan. Memang layan bila bawa laju dan naik kawasan berbukit
- Boleh bawa anak tapi kena ensure total weight not more than 120kg
- Boleh tambah accessories macam seat atau bakul. Tapi buat masa ni, mommy eez tak ada keperluan lagi nak tambah sebab kitorang naik pun untuk short distance je. Kalau tambah bakul akan jadi bulky dan susah nak lipat masuk dalam kereta plak.