Review Botol Susu - Puting NUK dengan botol susu Pigeon


"SIS SAYA DAH ADA BOTOL SUSU PIGEON, NAK TUKAR PUTING NUK BOLEH?"



Boleh ke boleh?
YA, BOLEEEEEHHHH!

Mommy EEZ memang suka share tips. Tambah2 pasal botol susu. Mommy EEZ faham sebab sekali beli botol susu ni mahu cecah sampai RM50-70 ringgit sebotol kan. Sekali anak reject pula memang SAKITNYA TUH DI SINI DI DALAM HATIKU gitu rasanya. Hehehe~

Hokey mommy2 tersayang sekalian. Tengok pada gambar di atas memang puting NUK jenis wide neck bole diguna pakai dengan botol susu Pigeon jenis wide neck juga! Terletak cantik elok je dan Insya Allah tak bocor. So kalau baby masih lagi belum serasi dengan puting Pigeon boleh tukar dengan puting NUK pula hokey!


Mommy EEZ selalu dapat soalan macam ni...

"SIS, ANTARA PUTING NUK DENGAN PUTING PIGEON MANA LEBIH LEMBUT?'

"SIS, ANTARA PUTING NUK DENGAN PUTING PIGEON MANA YANG LEBIH MIRIP KEPADA NIPPLE IBU?"

Untuk soalan pertama Mommy EEZ boleh jawabkan. Bagi Mommy EEZ, puting Pigeon lebih lembut walaupun dua2 brand diperbuat daripada silikon. Yang membezakan antara 2 puting tu ialah dari segi bentuk, design dan ketebalan puting.

Untuk soalan kedua, memang payah sikit nak jawab sebab bagi Mommy EEZ agak sukar nak samakan puting botol susu dengan nipple ibu sebenar. Mommy EEZ cuba ya sebab ini hanya pendapat peribadi saja. Dari segi kelembutan, puting Pigeon lebih mirip kepada nipple ibu. Tapi kalau dari segi bentuk, puting NUK seakan2 menyerupai bentuk nipple ibu. Personally, ramai customer Mommy EEZ akan pilih 2 brand ni kalau anak2 mereka ada masalah untuk train minum susu dengan botol. Kalau ada brand lain mungkin ada cuma preference Mommy EEZ ialah lebih cenderung kepada 2 brand ni saja. 

Harap dapat membantu serba sedikit mommy2 di luar sana untuk memilih puting botol susu apa yang sesuai untuk anak2 anda.

Lav,

Mommy EEZ

Review Botol Susu - Jenis-jenis Botol Susu

Photo source - Pak Cik Google

PERNAH TAK MOMMY2 AMBIL TAHU APA BAHAN BUATAN BOTOL SUSU ANAK ANDA?

Botol susu ni banyak jenis. Ada yang jenis plastik biasa. Plastik tebal sikit. Ada jenis plastik keruh. Ada yang plastik tapi nampak macam kaca.. Hohoho.. mostly mommy2 mesti nak beli yang design cantik saje kan. Sebagai ibu2 yang terlebih prihatin, kita kenalah ambil tahu apa jenis2 material botol susu yang kita belikan untuk bayi comel kita.

Jom check apa jenis botol susu anak kita tu:

1. Polypropylene (PP) - jenis plastik standard utk brand Avent, Tommee Tippee, NUK, Pigeon dan lain2. Plastik PP ni pun berlainan kualiti bergantung kepada brand. Ada yang nampak tebal dan ada yang nampak nipis. Botol jenis plastik PP ni mampu bertahan kepanasan sehingga 120degC. Namun, jangka hayat botol agak pendek sekitar dalam 6 bulan saja untuk 1 botol yang digunakan berterusan. Ini kerana bahan kimia seperti Bisphenol-A (BPA) akan terbebas disebabkan kekerapan mensteril, boiling dan terkena air panas.




2. Polyethersulfone (PES) - jenis plastik keras dan lebih tegap dari plastik PP. Ada pada brand Avent dan juga brand lain. Botol ni pun ala2 kaca cuma warna dia jernih kekuningan. Sangat long lasting compared to plastik PP. Kalau jatuh pun tak senang kemek la.

Photo source - Pak Cik Google

3. Polyamide (PA) - jenis plastik keras tapi warna putih clear. Ada pada brand NUK. Material botol susu jenis Polyamide (PA) ni memang cantik. Boleh see-through. Keras pun ye dan tahan lebih kuat dari plastik PP. 


4. Kaca - memang tahan lama tapi kena pakai 'sleeve' utk tahan haba bila baby pegang. Lagi satu botol susu jenis kaca ni bole tahan berat juga. So kalau baby bawah setahun tu memang kena tolong pegangkan botol susu masa feeding time tu


Photo source - Pak Cik Google

5. Polyphenylsulfone (PPSU) - jenis plastik keras berwarna kuning keruh. Ada pada brand Pigeon dan Autumnz. Botol jenis ni tak banyak beza dari jenis PES. So far memang paling hotselling la dekat online shop Mommy EEZ di Baby Oasis. Autumnz ni pun baru je keluarkan botol susu terbaru dengan material PPSU ni. Kalau nak cuba jangan segan silu tinggalkan komen ataupun trace anda di mana2 saje di blog ni hokey!





Mostly botol yg jenis plastik keras ni macam PES, PPSU dan PA; feature dia mmg lebih kuat dan tahan lama berbanding standard plastik polypropylene. Sebagai contoh macam PPSU bole tahan suhu sampai 180degC berbanding plastik PP sampai 120degC je. Fizikalnya umpama gabungan antara plastik dan kaca. Mommy EEZ saje tak masukkan botol jenis Policarbonate dlm list sbb botol susu jenis ni dah DIHARAMKAN sbb bukan BPA Free. Kesemuanya jenis botol susu yang Mommy EEZ mention di sini semuanya BPA Free tau. Hapekebenda BPA tu.. boleh refer post ni ---> 'Bila nak tukar botol susu?'


Jadi AMBIL TAHU jenis botol susu anak anda walaupun designnya comey2 skali 😎 hokey!


Lavveyeww,

Mommy EEZ

Sultan Kedah mangkat - Pengalaman bersama Almarhum Sultan Abdul Halim


Salam takziah dari patik, seorang rakyat dari Kuala Lumpur buat semua rakyat Kedah. Semoga roh Almarhum DYMM Sultan Abdul Halim ditempatkan bersama2 dgn orang2 beriman..

Mommy EEZ ada pengalaman istimewa dengan Almarhum Sultan Kedah ni..hehehe. Mommy EEZ pernah berjumpa dengan Almarhum Sultan Abdul Halim ni secara LIVE sekali je dengan anak perempuan beliau pada tahun 2011. Masa tu dalam flight. Memang blur sangat masa tu dgn perut sedang memboyot (preggy kan kakak Raihan) Semua escort2 istana masa tu pandang slack je kat Mommy EEZ. Ye la mungkin mereka fikir pakaian Mommy EEZ tak berapa proper agaknya yang hanya dibalut sweater gebu belang2 dengan seluar yankee.. hokey tipu. Seluar maternity le.. hehehe. Apakan daya baju kemeja dah tak muat masa tu sebab perut dah memboyot 5 bulan. Nak dibandingkan dengan para escort orang istana yang segak bergaya dengan memakai blazer dan songkok manakala yang perempuan memakai baju kurung nan indah bertatahkan intan permata swaroski.. agaknye la. Hahaha.. or maybe sebab Mommy EEZ tak buat sembah duli kot. Sorry la sebab masa tu memang blur yg amat sangat tak tau nak buat apa. Rasa awkward sangat macam out of nowhere tetiba datang menyembah duli dengan gaya ala2 penguin tu. Papepun dapatlah tengok adat istiadat sultan bila naik flight kan. Kerusi kena alas dgn kain kuning. Towel pun kena warna kuning. Barang2 cutlery yang disediakan utk kegunaan sultan dan kerabat diraja pun mestilah berbeza daripada rakyat marhaen kan. Lepas tu semua pramugari/pramugara dan pilot/co-pilot datang menyembah duli menghadap Almarhum kemudian Almarhum dibawa melawat kokpit kapal terbang oleh Mr. Pilot. Masa tu dah nampak sangat Almarhum agak uzur sebab beliau jalan pun agak slow. Untuk pengetahuan am buat kita semua, Almarhum sempat jadi Yang Dipertuan Agong sebanyak 2 kali. Anak perempuan beliau (tak silap yang Mommy EEZ nampak ialah Tunku Intan Safinaz kot) duduk sebelah Almarhum dalam flight tu di seat bahagian depan sekali sebelah kiri. Nampaklah beliau tegur2 mat saleh2 dekat seat2 berdekatan. Mommy EEZ duduk kat belakang cuba untuk mengecilkan (sembunyi) diri yang tak berapa nak kecik ni.. hahaha!

Memang pengalaman yang tak boleh nak dilupakan. Sepanjang flight tu asyik fikir nak pergi sembah duli ke tak. Perasaan malu dan bersalah tu sangat menghantui betul. Last2 disebabkan flight memakan masa dalam 5 jam dengan otak yang serabut mabut tu,  lebih baik Mommy EEZ layan tido dapat juga melegakan pinggang yang sakit menampung perut yang memboyot tu. Unfortunately seat MAS tu agak tak berapa selesa walaupun dah buat full stretched utk baring. Dilema orang berkaki sepanjang 1 meter.

Apa2 pun, sebagai rakyat marhaen, patik doakan semoga Allah mengurniakan limpah rahmat  ke atas roh Almarhum dan ditempatkan bersama2 dengan para solihin.. aaaminn!

Review Botol Susu - Botol susu Avent Made in Indonesia ni botol susu TIRUAN / FAKE ke?

Zaman sekarang dah banyak online shop yang tumbuh macam cendawanzzz. Jadi bukan senang nak cari trusted seller online shop yang betul2 menjual barangan ORIGINAL dan AUTHENTIC gittew. Sepanjang Mommy EEZ berniaga so far tak pernah lagi jumpa botol susu Avent yang tiruan. Mungkin ada rumors yang kata botol susu Avent yang 'Made in Indonesia' ni ialah botol susu tiruan sebab kalau ikut brand botol susu Philips Avent kan datangnya dari England/UK. Jom kita jadi 'detective Conan' apakah betul apa yang dikata?? Ececece.. =P

Kita tengok dulu contoh botol susu yang dikatakan Made in Indonesia tu..



Mommy EEZ tengok kualiti botol susu Avent Natural Blue Monkey 9oz ni sama je dengan botol susu Avent yang lain. Pada kotak botol susu dan juga bawah botol susu Avent ni pun ada tertulis 'Made in Indonesia'.


Takkanlah Philips Avent ni saje gatal2 siap engraved lagi wording 'Made in Indonesia' tu pada botol susu Avent tu. Jadi setelah digodek2 dengan Pakcik Google, maka terjawablah yang sebenarnya Philips Avent ada kilang yang beroperasi di Indonesia malah di China pun hado! Tak percaya lagi.. silalah angkat jari telunjuk yang runcing itu ke link bawah ni:

PHILIPS AVENT INDONESIA

Kita bagi screenshot sikit untuk authorised distributor Philips Avent di Indonesia


So pleassseee mommy2 sekalian jangan terlampau skeptikal sangat dengan botol susu Made in Indonesia mahupun China (selalu botol susu dari Walmart USA is made in China). Yang penting beli dengan authorized reseller atau pun TRUSTED ONLINE SELLER macam Mommy EEZ. Eh? Hehehe~

Kalau ada yang berkenan dengan design botol Avent Natural Blue Monkey 9oz ni atau pun nak tengok design2 rare lain boleh terus godek2 Mommy EEZ punya FB Page The Kiddie Oasis atau pun follow Instagram @baby.oasis hokey. Sorry terpaksa buat private sebab atas menjaga keselamatan dan info2 yang Mommy EEZ share di situ. Biasalah ramai juga orang2 malas yang tau nak kopipes lepas tu claim sendiri punya info kan. Apa2 pun ilmu kenalah share jugak ye tak?

HOHOHO! Kiddie Oasis is now on LAZADA. Mommy2 sekalian boleh membeli melalui LAZADA dengan FREE POSTAGE juga dengan click link di bawah tu taw!

Buy Avent Natural Blue Monkey from LAZADA!

So kalau ada sebarang kemusykilan jangan dipendam di dalam hati, buruk padahnya. Hehehe~ jumpa lagi dalam next post hokey pokey!

Lavveyeww,
Mommy EEZ

Tips Parenting - Segala bait kata ibu bapa ialah doa buat anak-anak



*APA YANG TELAH MOMMY2 UCAPKAN PADA ANAK2 PAGI NI?*
.
Adakah kata2 pujian atau makian? Ingatlah bahawa setiap kata2 dari mulut kita mahupun suami kita adalah doa buat anak2. Sekalipun perangai anak2 melasak tak kira siang malam, sebenarnye itu tanda sel2 otak sedang berhubung. 

Cuba bayangkan pada mereka yg ada anak tapi tak seaktif anak kita?

Tak mampu bercakap macam anak kita.

Tak mampu berlari macam anak kita.

Tak mampu tersenyum macam anak kita.

Jadi kita marah sehebat manapun doakan yang baik2 buat mereka.

Waktu yg paling mujarab supaya anak2 ni boleh mendengar kata ialah di waktu mereka sedang tidur. Sedekahkan Al-Fatihah, surah Al-Insyirah dan zikir Ya Latif (Maha Lembut - untuk lembutkan hati) pada ubun2 anak2. Kemudian puji mereka dulu baru doa yg baik2
Apa2 pun cuba untuk tak spoilt kan waktu pagi mereka dengan kekuatan suara anda. 

Kalau ada rasa nak jerit2, tarik nafas dalam2 sampai perut tu naik atas dada dan tahanlah sampai rasa marah tu hilang.. hahaha. Tapi Mommy EEZ tak buat gitu. Kalau tak bole control marah sgt suruh anak2 masuk bilik je. Bila dua2 dah cool baru jumpa balik dan minta maaf. Hokey melampau panjang bebelan di pagi hari. Semoga bermanfaat info di atas. Ingat anak2 ialah amanah Allah yg diberi pinjam kepada kita. Parenting is an ART. Cara kita mendidik mencorak masa depan mereka. Insya Allah.

Lavveyeww,
Mommy EEZ

Popular Posts