Review Botol Susu - Puting NUK dengan botol susu Pigeon


"SIS SAYA DAH ADA BOTOL SUSU PIGEON, NAK TUKAR PUTING NUK BOLEH?"



Boleh ke boleh?
YA, BOLEEEEEHHHH!

Mommy EEZ memang suka share tips. Tambah2 pasal botol susu. Mommy EEZ faham sebab sekali beli botol susu ni mahu cecah sampai RM50-70 ringgit sebotol kan. Sekali anak reject pula memang SAKITNYA TUH DI SINI DI DALAM HATIKU gitu rasanya. Hehehe~

Hokey mommy2 tersayang sekalian. Tengok pada gambar di atas memang puting NUK jenis wide neck bole diguna pakai dengan botol susu Pigeon jenis wide neck juga! Terletak cantik elok je dan Insya Allah tak bocor. So kalau baby masih lagi belum serasi dengan puting Pigeon boleh tukar dengan puting NUK pula hokey!


Mommy EEZ selalu dapat soalan macam ni...

"SIS, ANTARA PUTING NUK DENGAN PUTING PIGEON MANA LEBIH LEMBUT?'

"SIS, ANTARA PUTING NUK DENGAN PUTING PIGEON MANA YANG LEBIH MIRIP KEPADA NIPPLE IBU?"

Untuk soalan pertama Mommy EEZ boleh jawabkan. Bagi Mommy EEZ, puting Pigeon lebih lembut walaupun dua2 brand diperbuat daripada silikon. Yang membezakan antara 2 puting tu ialah dari segi bentuk, design dan ketebalan puting.

Untuk soalan kedua, memang payah sikit nak jawab sebab bagi Mommy EEZ agak sukar nak samakan puting botol susu dengan nipple ibu sebenar. Mommy EEZ cuba ya sebab ini hanya pendapat peribadi saja. Dari segi kelembutan, puting Pigeon lebih mirip kepada nipple ibu. Tapi kalau dari segi bentuk, puting NUK seakan2 menyerupai bentuk nipple ibu. Personally, ramai customer Mommy EEZ akan pilih 2 brand ni kalau anak2 mereka ada masalah untuk train minum susu dengan botol. Kalau ada brand lain mungkin ada cuma preference Mommy EEZ ialah lebih cenderung kepada 2 brand ni saja. 

Harap dapat membantu serba sedikit mommy2 di luar sana untuk memilih puting botol susu apa yang sesuai untuk anak2 anda.

Lav,

Mommy EEZ

No comments:

Post a Comment

Popular Posts