Tips Parenting - Segala bait kata ibu bapa ialah doa buat anak-anak



*APA YANG TELAH MOMMY2 UCAPKAN PADA ANAK2 PAGI NI?*
.
Adakah kata2 pujian atau makian? Ingatlah bahawa setiap kata2 dari mulut kita mahupun suami kita adalah doa buat anak2. Sekalipun perangai anak2 melasak tak kira siang malam, sebenarnye itu tanda sel2 otak sedang berhubung. 

Cuba bayangkan pada mereka yg ada anak tapi tak seaktif anak kita?

Tak mampu bercakap macam anak kita.

Tak mampu berlari macam anak kita.

Tak mampu tersenyum macam anak kita.

Jadi kita marah sehebat manapun doakan yang baik2 buat mereka.

Waktu yg paling mujarab supaya anak2 ni boleh mendengar kata ialah di waktu mereka sedang tidur. Sedekahkan Al-Fatihah, surah Al-Insyirah dan zikir Ya Latif (Maha Lembut - untuk lembutkan hati) pada ubun2 anak2. Kemudian puji mereka dulu baru doa yg baik2
Apa2 pun cuba untuk tak spoilt kan waktu pagi mereka dengan kekuatan suara anda. 

Kalau ada rasa nak jerit2, tarik nafas dalam2 sampai perut tu naik atas dada dan tahanlah sampai rasa marah tu hilang.. hahaha. Tapi Mommy EEZ tak buat gitu. Kalau tak bole control marah sgt suruh anak2 masuk bilik je. Bila dua2 dah cool baru jumpa balik dan minta maaf. Hokey melampau panjang bebelan di pagi hari. Semoga bermanfaat info di atas. Ingat anak2 ialah amanah Allah yg diberi pinjam kepada kita. Parenting is an ART. Cara kita mendidik mencorak masa depan mereka. Insya Allah.

Lavveyeww,
Mommy EEZ

No comments:

Post a Comment

Popular Posts