Sampai sudah kita ke pertengahan bulan Ramadan tahun 2024. Alhamdulillah masih mampu bernafas dan berjuang. Apabila dah sampai hari yang ke-16 Ramadan ni, kita disunatkan membaca doa qunut di akhir rakaat solat sunat witir. Mommy eez pun tak ingat sama ada mommy eez ada buat ke tak tahun lepas... Hahahaha~ rasa macam doa qunut ni buat masa solat subuh je. Wuwuwu~ maafkan mommy eez yang agak jahil ni.
Takpe, yang penting Allah SWT bagi kita ilmu daripada kita tak tahu langsung kan. Mommy eez pun sejak dimamah usia, banyak memory dah kena delete hahaha~ . Tu sebab kita digalakkan untuk terus menerus belajar dan belajar supaya ilmu tu tak hilang insha Allah.
Hokey jom kita masuk je juzuk seterusnya iaitu Juzuk 17.
RINGKASAN NOTA JUZUK 17
disampaikan oleh
Ustaz Akram dari Tadabbur Centre
- Juzuk 17 mengandungi 2 surah penuh iaitu surah Al-Anbiya' (ayat 1-112) dan surah Al-Hajj (ayat 1-78).
- Surah Al-Anbiya' bermaksud Nabi2 adalah surah yang paling banyak menghimpunkan kisah2 Nabi seperti kisah Nabi Musa AS bersama saudaranya, Nabi Harun AS, Nabi Ibrahim AS, Nabi Ishak AS, Nabi Yaakub AS, Nabi Luth AS, Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Ayub AS, Nabi Idris AS, Nabi Zulkifli AS, Nabi Yunus AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya, Nabi Isa dan akhir sekali Nabi Muhammad SAW.
Kisah Nabi Ibrahim AS merupakan kisah yang paling panjang disebut dalam surah ini kerana Nabi Ibrahim AS digelar Abul Anbiya' iaitu bapa bagi para Nabi. Selain itu, Allah SWT ingin menunjukkan cara pendekatan dakwah yang dibuat oleh Nabi Ibrahim AS adalah sangat menarik dan tidak membosankan.
- Surah Al-Anbiya' diturunkan kerana Allah SWT mahu menjawab segala pertuduhan yang dilemparkan oleh orang2 kafir Quraisy atas kesyirikan mereka pada ayat 1-47. Beberapa tuduhan yang dibuat oleh mereka ialah:
Nabi datangnya dari kalangan manusia biasa
Nabi merupakan ahli sihir yang hebat
- Hidup hanya sekali jadi, baiklah digunakan untuk berseronok dan bersuka-ria
Mereka mempersoalkan bilakah akan datangnya azab Allah SWT
Selain itu, di bahagian akhir surah ini, Allah SWT memberitahu sebab kenapa didatangkan para Nabi ini iaitu sebagai rahmat bagi seluruh manusia.
- Sekalipun Nabi adalah dari kalangan manusia biasa, tetapi kualiti seorang manusia yang dilantik menjadi para Nabi sangat tinggi berbanding dengan orang biasa. Ini kerana, ada Nabi2 yang dilantik menjadi Rasul dan menghadapi ujian2 yang sangat mencabar.
- Surah Al-Anbiya' terdiri daripada ayat2 Makkiyah dan diturunkan ketika fasa ke-3 terakhir semasa para sahabat Nabi mendapat tekanan dari segi fizikal di Mekah. Maka ketika itu, surah ini diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bagi menyuntik semangat dan memberikan motivasi buat diri Baginda agar terus melakukan kerja2 dakwah kepada orang2 kafir Quraisy.
- Perkaitan antara surah sebelumnya iaitu surah Taha dengan surah Al-Anbiya' ialah:
- Surah Taha menceritakan tentang bagaimana manusia tumpas dengan perhiasan dunia dan cara Nabi Muhammad SAW bersikap tegas terhadap mereka. Manakala surah Al-Anbiya' melengkapkan cerita di surah Taha dengan menekankan kisah kelalaian manusia dan bagaimana fungsi para Nabi secara hakikatnya.
- Ustaz Akram menyuruh kita merujuk pada ayat 35 surah Al-Anbiya' sebagai motivasi untuk kita berlumba2 melakukan amal soleh terutama sekali dalam bulan Ramadan.
Didiklah jiwa kita untuk sentiasa memperingati mati dengan melazimi istigfar ataupun menghadiri solat jenazah supaya dapat bermuhasabah diri.
- Perkaitan surah Al-Anbiya' dengan surah Al-Hajj ialah:
surah Al-Anbiya' berakhir dengan gambaran Hari Kiamat manakala surah Al-Hajj melengkapkan lagi kejadian2 yang berlaku semasa Hari Kiamat pada ayat 1-24 surah Al-Hajj
surah Al-Anbiya' menceritakan kisah2 umat terdahulu manakala surah Al-Hajj menceritakan keadaan umat sekarang.
- Surah Al-Hajj diberi nama berdasarkan pada ayat 27 surah ini yang mana Allah SWT menyeru umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji. Perintah ini diturunkan pada zaman Nabi Ibrahim AS dan Baginda berjuang selama lebih 20 tahun bagi membersihkan Baitullah (Masjidil Haram) daripada pencemaran patung2 berhala yang diletakkan di sekeliling Kaabah.
- Asbabun nuzul (sebab diturunkan) surah Al-Hajj ini ialah untuk memberi kita kefahaman betapa pentingnya melaksanakan ibadat haji sebagai Rukun Islam yang ke-5.
- Pada ayat 25-37 surah Al-Hajj, memaparkan kisah Nabi Ibrahim AS membina Kaabah dan juga menunaikan manasik haji (perlaksanaan ibadat haji mengikut rukun2nya) supaya orang2 Islam yang beriman dapat mengikutinya.
- Allah SWT memerintahkan semua umat Islam berjihad mempertahankan agama daripada serangan orang2 musyrikin yang direkodkan pada ayat 38-46 surah Al-Hajj. Jangan biarkan syirik mengatasi keimanan serta jangan biarkan kekufuran mengatasi keislaman.
- Tujuan ibadah haji dilakukan adalah:
supaya kita sedar bahawa asal usul manusia berasal dari tanah dan air mani.
apabila kita dihimpunkan secara beramai2 pada musim haji bagi menyaksikan kebesaran Allah SWT. Contohnya, sekalipun berjuta2 manusia berada di Masjidil Haram tetapi Allah SWT lindungi kita daripada dipijak/dirempuh akibat perhimpunan ramai itu. Malah pergerakan ritual ibadat haji itu sendiri sangat tersusun rapi dan mendamaikan. Itulah rahmat dari Allah SWT buat semua hamba yang beriman kepadaNya.
supaya kita sedar perkaitan haji dengan berjihad ke jalan Allah SWT pada ayat 39, 40 dan 78 surah Al-Hajj.
supaya kita mencari ibrah dengan memerhati alam sekeliling dalam keadaan kita bermusafir semasa mengerjakan haji pada ayat 46 surah Al-Hajj. Terdapat bacaan yang memerlukan kita membuat sujud sejadah pada ayat 18 dan 77 surah ini kerana Allah SWT menerangkan segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepadaNya.
supaya kita melakukan ibadat haji ini dengan hati yang ikhlas dan diraikan kemenangannya dengan kehadiran Aidil Adha berdasarkan pada ayat 37 surah Al-Hajj.
- Allah SWT menjawab kepada orang2 kafir Quraisy yang meminta supaya azab Allah SWT diturunkan dengan kadar segera pada ayat 47-59 surah Al-Hajj.
- Allah SWT menyatakan pada ayat 67-76 surah Al-Hajj bahawa Dia menundukkan alam ini bagi manusia sehinggalah sampai pada waktu yang ditetapkan sekalipun ada manusia yang masih memilih jalan kufur kepada Allah SWT.
- Pada ayat 73 surah Al-Hajj, Allah SWT mendatangkan cabaran kepada orang2 kafir Quraisy supaya meminta patung2 berhala mereka menciptakan lalat. Sekalipun, jika lalat itu mengambil sesuatu dari patung berhala itu, sudah pasti patung berhala itu tidak dapat berbuat apa2 dan membuktikan patung2 berhala itu bersifat lemah.
- Pada ayat 77-78 surah Al-Hajj, Allah SWT memerintahkan supaya umat Islam sujud dan berjihad dengan menggunakan semua kekuatan yang ada dari segi spiritual dan fizikal.
- Selama 13 tahun Nabi Muhammad SAW berjuang berdakwah kepada orang2 kafir Quraisy ini, mereka masih berdegil untuk kekal syirik (menyekutukan Allah SWT). Allah SWT mengatakan Dialah yang akan menguruskan mereka apabila tiba Hari Perhitungan nanti iaitu pada Hari Kiamat.
- Baitullah adalah milik semua termasuk orang2 Islam dan bukan Islam. Jika kita dihalang oleh orang2 bukan Islam untuk menunaikan haji, kita wajib berjihad.
- Surah Al-Hajj merupakan surah yang agak unik kerana menggabungkan ayat2 Makkiyah dan Madaniyyah. Ianya diturunkan dalam 2 masa iaitu sebelum dan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Ayat 1-24 surah ini diturunkan di Mekah manakala ayat 25-78 diturunkan pada bulan Zulhijjah tahun pertama Nabi Muhammad SAW berada di Madinah.
Alhamdulillah selesai sudah ringkasan nota Juzuk 17. Lagi banyak kita belajar, lagi banyak perkara2 baru yang kita discover dari Al-Quran. Nota ini belum lagi membincangkan secara detail lagi ye. Kalau lebih detail, memang panjang lagi lah nota ni nanti. Insha Allah, mommy eez akan buat nota yang lebih detail bila nak sambung nota My #QuranTime nanti. Sebabnya di situ akan membincangkan tafsir ayat demi ayat beserta dengan hukum tajwid dan sangat sesuai untuk orang awam macam mommy eez yang bukan dalam bidang Islamic studies tahap tinggi.
Doakan supaya mommy eez dapat cover semua nota sehingga ke Juzuk 30. Bukan senang tapi tak mustahil jika Allah SWT izinkan 😄. Jumpa lagi dalam next post untuk Juzuk 18.
Lavvv,
Mommy EEZ
www.kiddieoasis.com.my