Alhamdulillah untuk hari ni, mommy eez teruskan perjuangan untuk menyambung Nota My #QuranTime versi 2.0 Episod yang ke-7.
Sekalipun tengah tunggang terbalik dengan anak2 yang sedang bercuti sekolah, mommy eez sempat curi2 masa untuk buat post ni demi mencari ilmu yang sangat penting untuk berjaya di dunia dan akhirat insha Allah.
Tanpa membuang masa, jom kita mulakan nota kita dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Episod 7 ini disampaikan oleh:
Ustaz Fazrul Ismail
Ustaz Tarmizi Abdul Rahman
- Sinopsis bagi 3 ayat ini ditunjukkan di bawah:
- Ayat ke-14:
Ayat ini mengulang semula maksud ayat ke-8 di mana orang2 munafik ni bila berjumpa dengan orang2 beriman, mereka akan katakan yang mereka pun beriman padahal sebenarnya mereka hanya berolok2/berlakon saja. Kemudian apabila orang2 munafik ini kembali berjumpa dengan pemimpin2 mereka (dirujuk sebagai syaitan2 mereka), mereka masih bersama2 mengikuti pengaruh buruk pemimpin mereka. Ini yang dikatakan sebagai talam dua muka. Pemimpin2 mereka ini ada dinyatakan di dalam Surah An-Nas di mana pemimpin2 mereka ini suka meniup2kan fitnah ke dalam dada manusia.
Perkataan خَلَوْ pada ayat ini bermaksud 'khalwah'. Kalau Nabi Muhammad SAW berkhalwah, Baginda mencari jawapan untuk menguatkan diri. Tetapi bagi orang munafik ini, hati mereka sudah sedia sakit dan kosong maka, sebab itulah mereka mencari pemimpin2 mereka supaya dapat mengisi hati mereka dengan fitnah2. Mereka selesa dengan fitnah yang buruk berbanding perkara2 kebaikan.
Pemimpin2 orang munafik ni terdiri daripada golongan2 elit, itu sebabnya orang2 munafik ni suka berdampingan dengan mereka. Manakala orang2 beriman kebanyakannya adalah orang2 miskin yang mereka pandang hina.
Pengajarannya, jika kita rasa kosong, kita perlu mencari Allah SWT dan Al-Quran, bukannya mencari syaitan.
Perkataan pilihan ada terdapat pada ayat ke-14 ini:
- Perkataan ini dipilih kerana menggambarkan 'pertemuan' orang2 munafik antara orang beriman dengan pemimpin2 orang munafik (shayatinihim). Untuk orang2 beriman jika mereka 'berjumpa' tak kira sama ada orang munafik atau orang miskin atau siapa saja, hati orang2 beriman tetap jujur dan ikhlas tak seperti orang munafik yang hatinya sentiasa sakit dan ada sifat bermuka2.
- Ayat ke-15:
Orang2 munafik ni lebih suka menerima daripada memberi sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Mereka juga suka mencari perhatian dari pemimpin2 syaitan mereka ini. Maka, Allah SWT membalas olokan mereka dengan memberi hukuman yang berterusan (merujuk kepada perkataan يَستَهزِئُ ) di dunia sampai ke akhirat.
Ada dinyatakan di dalam tafsir, orang2 munafik ni diletakkan di dalam neraka yang paling bawah. Di dalam neraka itu, ada pintu menuju ke syurga. Jadi, orang2 munafik pun berharap mereka dapat lari dari neraka melalui pintu itu menuju ke syurga tetapi apabila mereka mendekati pintu itu, lalu pintu itu tertutup. Orang2 beriman yang menyaksikan hal tersebut pada ketika itu nanti mentertawakan orang2 munafik ini seperti mana orang2 munafik ini mentertawakan orang2 beriman sewaktu di dunia.
Allah SWT masih ingin memberikan peluang yang panjang (merujuk kepada perkataan وَيَمُدُّهُم ) buat orang2 munafik ini supaya sempat untuk kembali ke jalan Allah SWT. Tetapi kalau orang2 munafik ini masih degil dan ingkar, mereka akan terus terjerat dalam kedustaan dan menjadi buta hati (membawa maksud perkataan يَعمَهونَ ).
- Ayat ke-16:
Ayat ini merupakan maksud yang berlawanan kepada ayat ke-5, Surah Al-Baqarah di mana Allah SWT memberikan khabar gembira buat orang2 beriman berbanding orang2 munafik di dalam ayat ini.
- Segmen tajwid kali ini bermula pada ayat ke-14, pada perkataan وَإِذا لَقُو di mana kita perlu berhati2 dalam menyebut huruf ق supaya tak tertukar dengan huruf ك. Begitu juga dengan perkataan قالو .
Perkataan إِنَّمَا , إِنَّا , ءآمَنّا terdapat hukum Wajibul Ghunnah dan perlu dibaca sepanjang 2 harakat.
- Seterusnya, bunyi huruf ﻫ mestilah dibunyikan pada bahagian pangkal/bawah rongga tekak.
- Hafazan kali ini pada ayat ke-15:
- Resolusi untuk episod kali ni:
Alhamdulillah selesai sudah nota kali ni. Mommy eez buat penambahbaikan dengan meletakkan setiap ayat dan terjemahannya supaya lebih mudah dirujuk. Nanti mommy eez akan update semula pada nota2 sebelum ni juga insha Allah.
Terima kasih sudi membaca nota yang tak seberapa ini. Semoga kita semua diberikan syafaat yang besar dari kalamullah ini dan berjaya di akhirat sana dengan masuk ke syurga insha Allah. Aaameeennn~~~
Seperti biasa, mommy eez letak link video dan nota dari siri MQT 1.0 di sini:
My #QuranTime 2.0 : Episod 7 Surah Al-Baqarah, Ayat 14-16
Nota My #QuranTime 1.0 : Halaman 3 Surah Al-Baqarah, Ayat 6-16
Lavvv,
Mommy EEZ
www.kiddieoasis.com.my