Hari sudah malam. Jam menunjukkan pukul 10pm malam. Masihkah ada tenaga untuk berjaga malam menyiapkan nota episod 6? لا حول ولا قوة إلا بالله ... Tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah SWT.
Jom kita cepat bergerak, moga ada sinar untuk menyiapkan nota ni on time insha Allah. Mommy eez rasa terharu sangat2 bila tengok dekat FB Page My #QuranTime Official ni. Dahlah bagi kita yang #budakbarunakbelajar ni tengok free je siri My #QuranTime versi 2.0 ni, rupanya diorang siap bagi free slide nota lagi! Allahu. Tengok gaya krew2 dan team penerbitan My #QuranTime ni betul2 berusaha untuk memudahkan orang ramai belajar tentang Al-Quran. Mommy eez gigih la screenshot setiap slide yang ditunjukkan dalam setiap episod. Ini dah betul2 bagi mudah, tapi masih ramai lagi yang tak nak belajar tadabbur Al-Quran, tak tahulah mommy eez nak cakap apa. Bak kata nenek tok moyang kita dulu, "nak seribu daya, tak nak seribu dalih".
Semoga dengan asbab adanya nota ni, dapat memberi serba sikit pahala bukan saja pada para pembaca dan juga mommy eez, tapi juga dikongsikan juga pahala ilmu ini kepada para ahli keluarga mommy eez yang telah pergi meninggalkan kita semua. Aaameeen.
Jom, tanpa melengahkan masa, mommy eez mulakan nota ni dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Episod 6 ini disampaikan oleh:
Ustaz Fazrul Ismail
Ustaz Tarmizi Abdul Rahman
- Sinopsis bagi episod kali ni:
- Ayat ke-10:
Dalam hati orang yang bersifat munafik ni ada penyakit, maka Allah SWT tambahkan lagi penyakit ke dalam hati mereka dengan memberikan kemenangan kepada orang2 beriman. Lalu bertambah2 lagi lah sakit hati orang munafik ini. Salah satu kejadian yang membuatkan orang munafik ini sakit hati ialah semasa berlakunya Perang Uhud, di mana orang2 munafik ini menarik diri dari peperangan, namun apabila berlaku kemenangan terhadap orang2 beriman, mereka berasa cemburu.
Dinyatakan di dalam ayat ke-7, Allah SWT menyediakan azab yang besar untuk orang kafir, manakala pada ayat ke-10 ini, Allah SWT menyediakan azab yang pedih bagi orang munafik. Itulah sebabnya, apabila mereka berasa cemburu, dengki dan ego, hati mereka menjadi sakit yang tak terperi pedihnya.
Hati yang sakit juga adalah kerana sering menafikan kebenaran. Contohnya, kita rasa sakit hati apabila melihat kawan kita mendapat nikmat dari Allah SWT atau kita rasa seseorang itu tak layak mendapat kenaikan pangkat/gaji, maka itu adalah tanda2 hati kita sakit. Semoga kita semua dijauhkan dari perasaan sebegitu dan menjadi umat Alhamdulillah insha Allah.
Perkataaan pilihan untuk episod kali ini ada pada ayat ke-10 ini iaitu:
- Huruf ف yang Allah SWT maksudkan pada perkataan ini ialah sesuatu yang cepat dan tidak mengambil masa yang lama. Jadi, apabila Allah SWT tambahkan rasa sakit di dalam hati orang menafik itu, ianya berlaku dengan cepat atas sebab2 yang kecil. Contoh seperti, mereka tak puas hati atau cemburu atas kebaikan orang lain sehingga mereka suka nak memperkecilkan atau memandang negatif atas usaha baik orang lain.
- Ayat ke-11:
Allah SWT menceritakan apakah perbuatan lain orang2 munafik ini. Apabila mereka diberi amaran untuk tidak melakukan kerosakan ke atas muka bumi ini, mereka menjawab "kami hanya melakukan kebaikan". Mereka tidak mahu mengakui perbuatan mereka salah malah merasakan tindakan mereka betul.
Semoga kita dijauhkan dari sikap 'tak makan saman' ini dan juga sikap tak boleh ditegur atas kesalahan yang kita buat.
Kesalahan2 besar yang dilakukan oleh orang2 munafik ni antaranya ialah:
- Menyalakan fitnah kepada orang lain
- Menyebarkan rahsia kaum muslimin kepada orang kafir yang ingin menghancurkan umat Islam
- Melakukan keingkaran
- Menghalang manusia untuk berjuang ke jalan Allah SWT
- Ayat ke-12:
Orang2 munafik ini tidak menyedari ( لَّا يَشعُرُونَ ) yang mereka membuat kerosakan dan masih tidak mahu mengakui kesalahan mereka. Pada ayat ke-9, orang munafik berfikir yang mereka ni masih selamat walaupun mereka nak menipu Allah SWT, tetapi akhirnya dinafikan oleh Allah SWT. Mereka betul2 tak pernah sedar akan hal ni sebab ada perkataan وَمَا .
- Ayat ke-13:
Apabila orang2 munafik ini diseru kepada kebenaran iaitu beriman kepada Allah SWT, mereka respon dengan cara yang sangat 'sarcastic'. Mereka menjawab, "patutkah kami beriman sama seperti orang2 bodoh itu?". Orang2 munafik berfikir sedemikian terhadap sahabat2 nabi kerana kebanyakan sahabat2 nabi adalah orang2 miskin dan tidak berpelajaran tinggi seperti Abu Jahal/Abu Hakam.
Mengikut Imam Ar-Razi, orang2 munafik ini berpendapat orang2 bodoh ni sanggup menjual akhirat dengan dunia. Orang2 munafik memilih dunia berbanding akhirat kerana tidak tahu nilai akhirat yang sebenar dan keutamaannya, walhal akhirat itu kekal selama2nya.
Namun, Allah SWT menempelak dakwaan mereka dengan mengatakan pada ayat ini bahawa orang2 munafik inilah yang bodoh dan mereka tidak mengetahuinya ( لَّا يَعلَمُونَ ). Dahlah tak berilmu, bodoh sombong pula.
- Segmen tajwid bermula pada ayat ke-10:
- Hukum bacaan Idgham Syafawi ( م mati bertemu dengan م ) di atas ialah dengung 2 harakat.
- Memperbetulkan sebutan huruf ض di bawah:
- Perkataan مَّرَضٌ yang ada tanwin di atas membawa maksud 'penyakit yang besar' yang merujuk kepada penyakit hati orang munafik.
- Kita perlu berhati2 apabila membaca perkataan وَإِذا قيلَ pada ayat ke-11 dengan fokus kepada bunyi huruf ق , ذ supaya tak tertukar dengan huruf ك , ز .
- Berhati2 juga apabila mewaqafkan perkataan فِي الأَرضِ supaya sebutan ض tu dimasukkan sekali apabila waqaf dan bunyinya berada pada tepi lidah di atas gigi geraham. Huruf ض bukan huruf qalqalah jadi, bunyinya tidak tebal.
- Lagi satu perkataan نَحنُ مُصلِحونَ perlu berhati2 dengan bunyi huruf ح supaya tak tertukar dengan huruf ﻫ.
- Bahagian hafazan:
- Resolusi untuk episod kali ini:
Nota My #QuranTime 1.0 : Halaman 3 Surah Al-Baqarah Ayat 6-16
Semoga kita berjumpa lagi dalam post yang akan datang, insha Allah.
Lavvv,
Mommy EEZ