Hi Assalamualaikum semua,
Hari ni mommy eez dapat luangkan masa untuk catch-up nota My #QuranTime versi 2.0 yang tertinggal. Mommy eez ingatkan hari Ahad tak ada, sekali ada daaa~ Kabut lah nak siapkan sebelum siri seterusnya bermula tengah hari ni. Mommy eez teringin sangat nak siapkan nota ni on time so tak ada lah bertimbun2 kerja yang backlog dan tak nak jadi orang yang jauh ketinggalan di belakang. Masa program khatam My #QuranTime 1.0 yang lepas tu rasa best je tengok orang2 lain dapat berkumpul meraikan yang diorang dah tamat belajar. Harapnya dapatlah cita2 mommy eez ni tercapai insha Allah.
Jom kita mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Episod 5 ini disampaikan oleh:
Ustaz Fazrul Ismail
Ustaz Tarmizi Abdul Rahman
- Sinopsis bagi ayat 6-9, Surah Al-Baqarah:
- Ada 3 jenis hati yang Allah SWT ceritakan di dalam surah ini:
- Hati yang bersih/hidup pada ayat 1-5 merujuk kepada orang yang bertaqwa
- Hati yang mati pada ayat 6-7 merujuk kepada orang kafir
- Hati yang sakit pada ayat 8-20 merujuk kepada ciri2 orang munafik
- Ayat ke-6:
Sekalipun Nabi Muhammad SAW telah berdakwah/memberi peringatan berkali2 kepada orang2 kafir tentang Islam, namun mereka tidak mahu mendengarnya. Orang2 kafir ini merujuk kepada orang musyrikin Mekah dan orang Yahudi pada ketika ayat ini diturunkan. Maka, istilah kafir itu sebenarnya hanya boleh digunakan kepada orang yang telah menerima peringatan berkali2 tapi tidak mahu beriman. Malah, orang kafir ini melawan dan mengugut Nabi Muhammad SAW dan para sahabat semasa mereka sedang berdakwah.
Jadi, bagi orang yang belum mendapat peringatan dan tidak melawan ajaran Rasulullah SAW tidak boleh digelar sebagai kafir dan dipanggil sebagai bukan muslim (non-muslim).
Pengajaran di sini, kita tidak boleh melabel orang bukan muslim ini sebagai orang kafir dan memulaukan mereka dengan tidak memberikan hak yang sepatutnya kepada mereka. Hak yang sepatutnya itu ialah dakwah tentang agama Islam. Jadi, kita harus berhati2 dan lebih cakna sebelum melabel orang lain.
Allah SWT menggunakan perkataan أَنذَر (inzar) bermaksud memberi peringatan dalam jangka masa panjang. Perkataan ini juga dipilih sebagai perkataan pilihan pada Halaman 3 ini:
Ayat ini juga merupakan ayat pujukan kepada Nabi Muhammad SAW kerana Baginda sudah bertungkus-lumus berdakwah namun tidak diterima oleh orang2 kafir. Maka, segala urusan mereka dikembalikan kepada Allah SWT. Sama juga konsep kepada diri kita, jika kita sudah berusaha keras untuk menyampaikan ilmu, tetapi tidak diterima oleh masyarakat sekeliling, kita serahkan segalanya kepada Allah SWT.
- Ayat ke-7:
Hati2 orang2 kafir ini ada sudah ada kebenaran yang dibekalkan dalam kitab2 sebelumnya namun mereka tutup kebenaran itu disebabkan perasaan ego, dengki dan sombong lalu akhirnya mereka tidak mahu mendengar peringatan dari Rasulullah SAW.
Pada hujung ayat ke-7 ini dinyatakan orang2 kafir ini akan diseksa dengan azab yang besar ( عَظِيمٌۭ ). Dalam ayat ke-176-178 dalam Surah Ali-Imran, Allah SWT menunjukkan level2 berbeza bagi azab seksaan ini iaitu:
- .عَذَابٌ عَظِيمٌ bermaksud azab yang besar dan berat
- عَذَابٌ أَلِيمٌۭ bermaksud azam yang ngeri, perit dan ngilu (contoh perumpamaan seperti sakit gigi)
- عَذَابٌۭ مُّهِينٌۭ bermaksud azab yang menghinakan di akhirat
- Ayat ke-8:
Menurut Imam Al-Baghawi ayat ini menerangkan orang2 yang mempunyai hati yang sakit. Orang yang ada hati yang sakit ini adalah lebih teruk berbanding orang kafir. Mereka berkata mereka beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat namun mereka sebenarnya tidak pernah ( وَمَا ) pun beriman.
Pengajarannya, kita perlu berhati2 dalam percakapan kita kerana apa saja yang kita tuturkan mestilah ikhlas dari hati. Bukannya bermuka2 seperti orang yang hatinya sakit. Begitu juga bila kita nyatakan bahawa kita beriman, hati kita perlu juga mengakui kenyataan yang sama.
- Ayat ke-9:
Orang yang hatinya sakit ini cuba menipu Allah SWT dan orang beriman tapi sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri. Sikap munafik (nifak) ini terjadi dalam 2 bentuk; akidah dan perbuatan. Untuk ayat ini lebih kepada akidah. Salah satu contoh orang yang bersikap munafik ialah Abdullah bin Ubay. Semoga kita semua dijauhkan dari sikap begini.
- Segmen tajwid bermula pada ayat ke-7:
- Huruf خ dibunyikan melalui rongga tekak bahagian atas.
- Seterusnya, kita nak belajar Hukum Ikhfak Hakiki di mana ن mati bertemu dengan ذ . Bacaannya ialah dengung sepanjang 2 harakat.
- Dalam episod ini, bermulanya siri hafazan yang pertama:
Alhamdulillah lengkap sudah nota untuk episod kali ni. Tinggal 1 lagi nota untuk episod 6 hari ni dan insha Allah mommy eez akan sambung buat malam ni. Bila mommy eez sempat catch-up nanti, barulah hati senang nak buat post yang lain. Banyak aktiviti yang mommy eez dah buat bersama anak2 masa cuti sekolah ni untuk mommy eez review di sini. Salah satunya cat cafe, tengok movie Mechamato daaaaaannn kopi jangan dilupa! Hihihi~ Semoga Allah SWT berikan kelapangan masa dan kepantasan dalam menulis segala post tu nanti. Aaaameeen~~~
Till we meet again in the next post~
Eh, cop!
Ni link nota untuk siri yang pertama dan juga link video. Segala nota yang mommy eez tulis ni semuanya berdasarkan video di bawah.
My #QuranTime 2.0 : Episod 5 Surah Al-Baqarah, Ayat 6-9
Nota My #QuranTime 1.0 : Halaman 3 Surah Al-Baqarah Ayat 6-16
Lavvv,
Mommy EEZ