Tips Breastfeeding - Apa itu Rusty Pipe Syndrome?



Photo Source - Pak Cik Google

APA ITU RUSTY PIPE SYNDROME?



Jangan ingat paip je berkarat.. salur susu dalam breast kita pun boleh berkarat tau. Keadaan ini yang sering berlaku terutamanya pada awal kelahiran atau penghujung kehamilan. Sindrom ini tidaklah berbahaya. Fenomena ini terjadi akibat peningkatan bekalan darah dan pembengkakan pada salur darah kepada sel-sel tisu alveoli (kantung susu). Selalunya keadaan ini beransur pulih dengan sendiri tanpa memerlukan sebarang rawatan dalam tempoh 3-7 hari. Ibu masih boleh meneruskan penyusuan kepada bayi tanpa rasa was-was kerana kuantiti darah yang bercampur adalah sedikit untuk menyebabkan masalah kepada perut si comel.

So far Alhamdulillah Mommy EEZ tak pernah alaminya. Cuma bila kita tengok warna susu bertukar dari putih susu ke merah2 pink tu rasa seriau juga kan. Tambah2 nak bagi dekat baby.. wuwuwu.
.
So jangan panik ye mommy2 gojes. Teruskan menyusu dengan yakin Insya Allah. .
Kredit info dari Pakar Laktasi Puan Zatihanani di WhatsApp Group Support Breastfeeding Lunatots.

Lavveyewww,

Mommy EEZ

Tips Breastfeeding - Teknik Marmet | Cara Memerah Susu Ibu Dengan Tangan


*TONTONAN UTK MOMMY2 SAJE* 

TEKNIK MARMET YG BERKESAN


Video Source - WhatsApp Group Support Breastfeeding Lunatots dan Cikgu Susu


Teknik marmet atau memerah susu dengan tangan ni sangat sangat sangat sangat SSSAAANGAAATTT penting tau. Sebab kadang2 bila breast kita dah penuh dan start membengkak tiba2 breastpump tertinggal dekat rumah atau rosak ke, jadi teknik marmet ni memang jadi penyelamat!

Mommy EEZ sendiri pernah mengalami bila baby Wafa tiba2 kena admit ward sebab jaundice dan masa tu tak bawak breastpump plak. Mommy EEZ pun tak expect akan kena warded sebab kalau ikutkan reading jaundice baby Wafa tak tinggi sangat. Tapi disebabkan trauma dengan Severe Jaundice yang kakak Raihan dapat dulu (jaundice within 24 hours of life) jadi Mommy EEZ sendiri request pada doktor untuk warded. Nipple plak tengah crack. Masya Allah pedihnyeee Allah saje yang tahu. Nurse plak tak bagi minum susu formula. Masa ni la nak tanya Pak Cik Google dan Youtube. Alhamdulillah memang berkesan. Dapat sekali marmet 1oz utk hari-3 selepas bersalin rasa cam seronok sgt.. hehhee.. Alhamdulillah utk 2nd baby ni dapat fully breastfeed 😍❤

Kalau masih belum jelas cara2 untuk stimulate atau marmet ni boleh refer pada gambar di bawah ni ye.


Photo Source - Pak Cik Google

Semoga dapat membantu mommy2 kat luar sana untuk memperjuangkan breastfeeding ya!

Lavveyeww,

Mommy EEZ

Tips Breastfeeding - Jenis-jenis Susu Ibu dari segi Warna dan Tekstur

Photo Source - Pak Cik Google


Hollaa mommiess.. ada tak yang perasan kenapa susu ibu ni ada lain2 warna? Jom kita tambah ilmu pasal jenis2 susu ibu ni..

Susu ibu ni ada 3 jenis..

1. Colostrum - susu yang berwarna kuning pekat yang keluar masa sehari lepas bersalin. Sgt2222 penting utk baby dapat minum susu colustrum ni sbb kita bagi the best antibody utk anak kita masa awal2 kelahiran baby. Utk bagi susu colostrum ni tak perlulah sampai 3-4oz sbb baby baru lahir perutnya hanya sebesar buah cherry saje. Cukup utk beberapa sudu teh je.

Mommy boleh lihat pada gambar bawah ni berapa banyak baby newborn perlukan untuk minum ikut umur harinya.



Photo Source - Pak Cik Google

So jangan panik kalau awal2 lepas bersalin tu susu masih segan2 nak keluar sbb badan kita produce susu betul2 ikut keperluan baby kita.

2. Foremilk - susu cair warna kuning pucat atau seakan2 putih. Susu ni lebih byk air daripada lemak. Susu ni selalu dpt masa awal2 sesi mengepam atau di awal2 baby tgh menyusu. Foremilk ni berperanan untuk hilangkan dahaga baby dan mengandungi sedikit laktosa, protein dan lemak.

3. Hindmilk - inilah kualiti susu yang kita nak sebab penuh lemak berkrim. Hehehe..selalunya akan terhasil di akhir2 sesi mengepam atau di hujung2 baby dah nak habis menyusu. Hindmilk ni mengandungi lebih banyak lemak dari foremilk jadi pastikan baby habiskan 1 sesi menyusu pada sebelah breast dalam lebih kurang 20-30min untuk cukupkan kandungan hindmillk ni.

Apa jadi kalau baby banyak minum foremilk saje? Najis baby akan bertukar menjadi kehijauan berbanding warna kuning (najis normal) disebabkan hanya minum banyak foremilk berbanding hindmilk. Lepas tu akan memberi kesan kepada berat badan baby yang tak naik2 ikut growth chart baby yang sepatutnya. Jadi jika mommy ada masalah begini, disarankan bila selesai sudah sesi pam, bahagian susu foremilk dan hindmilk diasingkan dan beri baby minum susu hindmilk saje bagi menambahkan berat badan baby. 

Macam mana nak bezakan antara foremilk dan hindmilk pada susu kita?

Hokey cuba tengok betul2 gambar di bawah:


Gambar atas tu ialah susu ibu yang telah disejukkan di dalam chiller untuk beberapa jam. Bahagian atas susu dalam storage bottle ni yang berwarna putih pekat tu adalah bahagian lemak susu. Kemudian bawahnya ialah hindmilk tadi dan bawah sekali ialah foremilk.
Pastikan mommy2 gojes ni cukup makan dan minum untuk dptkan nutrien yg cukup utk keperluan si bambam anda yee~~

Lavveyewww,

Mommy EEZ

Tips Breastfeeding - Expiry date for Autumnz Storage Bags



Ada mommy2 yang tanya Mommy EEZ, mereka ada baki storage bags utk simpan breastmilk yang berlebihan dan tak pernah pakai sejak berkurun2 lamanya.. hehehe.. tak adalah sampai berkurun tapi dlm 3-4 tahun sejak anak 1st ke 2nd ke kan. So bila dah keluar baby baru...

Masih boleh pakai ke?

Jawapannya YA! Dengan syarat kotak storage bags tu masih sealed dan tersimpan dlm keadaan kering dan bersih. 



Seal tu ada dua bahagian:
1. Seal plastik besar yang simpan kesemua 25 bags tu (1 box ada 25 bags) 
2. Seal pada bahagian individual storage bag. Selalu sebelum kita simpan susu dlm bag tu kita akan koyakkan seal dan baru tuangkan susu kita ke dalam storage plastic tu


So di situ saja dah ada double protection. Selain itu, breastmilk plastic storage dari Autumnz ni memang tahan lama sebab tak ada 'degrading effect' macam explanation dkt bawah ni setelah tanya Pak Cik Gugel.
"There is no expiration date on Autumnz Breastmilk Storage Bags. The bags are made to ensure there is no degrading or interfere with the taste or smell of the milk. To ensure no damage is done to the bags, they should be kept in a clean, dry environment"
So jgn risau ye mommy2 sekalian. Beli banyak2 storage bags pun takkan membazir hokey 👌🏼

Mommy EEZ ada jual juga Autumnz Storage Bags ni saiz 5oz dan 7oz. Saiz 12oz buat masa ni dah habis stok.. hehehe~

Papepun bole tinggalkan komen atau click saje dekat Instagram atau Facebook Page untuk order hokey.

Semoga bermanfaat info di atas ye~~

Lavveyeww,

Mommy EEZ



Tips Breastfeeding - Doa banyakkan susu ibu | Breastfeeding is AWESOME!


Alhamdulillah.. Kali ni Mommy EEZ bersyukur sangat2 sebab dpt fully breastfeed anak yg ke-2 ni. Ada jugalah 2 hari terkantoi bagi susu formula milk (FM) sebab ingatkan baby Wafa tak cukup susu. Sekali dia muntah sampai keluar ikut hidung lagi. Terus mak insaf nak. Cuak betul masa tu.

Walaupun perjalanan masih jauh nak mencapai 2 tahun tu, tapi didoakan semoga semua mommy2 yg menyusu termasuk Mommy EEZ kuat dan tabah utk mengharungi perjalanan breastfeeding ni Insya Allah.

Bila dah mula breastfeed 2nd baby ni, barula Mommy EEZ sedar pengorbanan yang sangat besar seorang ibu yang menyusu. Dahlah penat bersalin tak habis lagi. Macam2 dugaan kena hadap untuk menyusukan anak seperti:

Nipple crack

Bengkak susu pada breast

Sakit pinggang sebab terpaksa bertahan dengan posisi untuk menyusukan anak

Tak cukup tidur sebab nak kena pam susu

Bertahan dengan suara2 sumbang yang kata kita tak cukup susu

Bau badan masam dengan susu

Nak kena basuh parts breastpump yang leceh dan storage bottle yang berlambak2

Breast terdedah di sana sini (dalam rumah je la.. hehehe)

24/7 dengan baby tanpa ME TIME

Jadi, bertabahlah mommy2 sekalian. Semoga segala kesakitan dan kesengsaraan yang kita hadapi Allah ganti dengan pahala.. Aaaminn.

Tak lama lagi kita akan berpuasa. Jgn risau dan terus yakin bahawa susu kita akan sentiasa ada dan cukup buat anak2 kita Insya Allah 😊 Tawakal dan terus berdoa ❤

Lavveyeww,

Mommy EEZ
.

Tips Botol Susu - Nak bagi puting botol susu tahan lama


Photo Source - Pak Cik Google

Jenuh kan bila puting botol susu ni cepat sangat kuning2 tak pun koyak digigit anak2? Dah basuh beriye2 pun masih tak hilang lagi kuning2 keruh pada puting. Bau pun semerbak harum dengan susu basi.. eeiyyewwww. Apa cara nak kurangkan kesan degil ni ye? Jom kita rajinkan mata tu buka luas2 dan baca dengan 1 nafas untuk setiap nombor. Hokey gurau melampau.

1. Bila anak dah habis minum susu, terus rendam puting botol susu tu dalam air panas supaya kerak2 susu tu tak melekat pada puting bila kering. 

2. Kalau nak lebih efektif boleh rendam puting botol susu ni dengan air garam dalam 2 kali seminggu ke.. sbb kita pun tahu garam bersifat asid kan. Sure dapat membersihkan puting kembali jernih, Insya Allah.

3. Kena rajin ye buat rutin nombor 1 tu sebab bila kita biar botol susu lama2, puting akan berbau masam. Kalau susu ibu dahlah berminyak2. Kalau susu formula lagi la bau dia.. wuwuwu horror hokey! Memang lagi cepat berkulat la puting botol susu tu.

4. Gunakan lebih dari satu botol jadi jangka hayat puting botol susu tu lama la sikit. Tukar2 hari ni botol susu ni. Esok botol susu lain. Guna botol susu lain secara bergilir-gilir. Bukan saja bole panjangkan hayat puting dan botol susu, kalau berlaku emergency satu botol susu hilang pun tak perlu nak risau sangat sebab ada spare.

5. Gunakan pencuci khas macam liquid cleanser utk basuh botol susu baby tu. Mcm2 jenama ada mcm Pureen, Pigeon, Sleek and etc. Jangan guna sabun basuh pinggan tu sebab tahap pH alkali sabun basuh pinggan ni tinggi lagi. Sabun khas basuh botol tu pH nya neutral so tak kasar sangat nak basuh puting botol susu tu dan tak mudah koyak.

6. Kalau dah tahu anak suka menggigit, cuba cari puting botol susu yang material nya lebih tahan lama. Contoh macam jenis latex. Latex ni walaupun lebih lembut dari silikon tapi tak mudah koyak sbb sifat elastik yang lebih tinggi.

7. Gunakan puting botol susu mengikut kesesuaian flow yang diperlukan oleh baby mommy2 semua. Semua jenis puting botol susu ada level atau kelajuan aliran ikut saiz lubang pada puting botol susu. Saiz lubang pula bergantung kepada had umur baby. Contoh macam puting Avent, untuk Medium Flow sesuai untuk baby 3 bulan++. Jika mommy2 bagi baby minum puting level medium flow tapi umur baby dah 6 bulan ke atas, memang puting botol susu tu akan selalu kemek ataupun lebih cepat koyak sebab baby 6 bulan ke atas akan prefer untuk minum susu dengan flow yang lebih laju. Mereka akan selalu gigit2 puting tu sebab tak puas menyusu dan bertambah parah kalau mereka mula rebel dengan menangis2 dan membaling botol susu tu.. wuwuwuwu.

Jadi, perhatikan habit anak2 mommy semua ya. Kita pun kenalah super extra rajin untuk bersihkan segala keperluan anak kita terutama part botol susu ni supaya anak2 tak terdedah dengan jangkitan kuman.

Semoga bertemu lagi dalam post yang akan datang dan Mommy EEZ harap info di atas bermanfaat buat pembaca semua.


Lavveyeww,

Mommy EEZ


Bila nak tukar botol susu? | When is the best time to change feeding bottle?

Have you seen THESE at your children's bottle? The yellowish colour at the teat..
The brand label is faded...
Photo source - www.mommyfleur.com

Most people are not aware that they need to change their children’s feeding bottle at certain duration of time. The outer looks of the bottle might be good and shows no flaws but we did not know what is actually happen inside the bottle.

We can see that sometimes the bottle changes colour from clear white to yellowish or those coloured bottle is faded. More worst when it started to produce 'smell' and leave marks on the bottle or on its nipple/teat.

 Here are the main reasons WHY we need to change our childrens' bottle:

1. Frequent sterilizing the bottle - or even worse you put the bottle into the hot boiling water!
2. Regular use of liquid cleanser - we never know the long-term effect!
3. Scratch/dent on the bottle
4. Label/Logo or the scale at the bottle is faded
So, WHEN IS THE BEST TIME TO CHANGE THE BOTTLE??

It is recommended that we change the BOTTLE for EVERY 6 MONTHS (especially for PP - polypropylene bottle) while the TEATS for EVERY 3 MONTHS.

The reason is the quality of the plastic (even with BPA free) will deteriorate due to wear and tear. The wear and tear might caused by the high temperature of the hot boiling water that we used to make the formula milk.

The chemical culprit or used to be named as BPA (Bisphenol-A) could be released if the bottle is exposed too long or too often with the hot boiling water. This chemical can imitate our body's hormone in a way that could be hazardous for health. Babies and young children are said to be especially sensitive to the effects of BPA. The possible health effects of BPA to us are such as heart disease, diabetes, brain malfunction, breast cancer, asthma and etc.

So what do WE DO to prevent these diseases? Remember, PREVENTION is better than cure! So you better check your kids' bottles mommies!

Lavveyew,
Mommy EEZ

Review Botol Susu - Puting Tommee Tippee sama macam puting ibu?


 BETUL KE PUTING TOMMEE TIPPEE NI LEBIH KURANG SAMA MACAM PUTING IBU?

Kalau ikut pada rupa memang ada la persamaan sikit tapi 'rasanya' tetap takkan sama hehehe.. sbb puting Tommee Tippee ni materialnya jenis silikon. Tapi silikon yg lembut la. Semestinya BPA Free tapi better tukar setiap 3 bulan utk keselamatan anak2 kita ya. Puting ni jenis anti-colic atau dipanggil anti-kembung cuma jenis valve nya dipanggil Easi-vent. Ada satu lagi jenis puting Tommee Tippee yang lain dan lebih spesifik untuk anti-colic plus. Bezanya ada design botol Tommee Tippee yang macam ada 'straw' kat dalam botol tu, tapi tidak le Mommy EEZ explore yang itu. Kotak dia yang warna hijau. Boleh tengok beza puting untuk botol Tommee Tippee biasa (easi-vent) dan yang khas untuk anti-colic plus tu:






Ada pelbagai flow puting Tommee Tippee ni:
🍼Slow Flow (1 hole) for newborn
🍼Medium Flow (2 holes) for 3months++
🍼Fast Flow (3 holes) for 6months++
🍼Variflow (X Cut) for newborn and above - sesuai utk ajar baby hisap or kawal flow susu sendiri sebab untuk puting ni susu hanya keluar bila dihisap saje
🍼Thick Flow (Y Cut) for 6months++ - utk campuran susu dan nestum.

Semoga bermanfaat info2 dia atas utk mommy2 semua ya 😊. Kalau ada yang sudi nak share info dekat sini pun bole drop komen hokey!

Lavveyewww,
Mommy EEZ

Review botol susu - Puting NUK boleh masuk dengan botol susu Tommee Tippee?



*SIS, ANAK SAYA SUKA PAKAI PUTING NUK TAPI BOTOL TOMMEE TIPPEE NI CANTIKLA. BOLE MUAT TAK?

Ok, disebabkan ramai customer yg tanya soalan dekat atas tu, jadi Mommy EEZ pun explore la sendiri memandangkan memang dah ada botol dua2 brand ni. Mommy EEZ bagi gambar REAL puting NUK yang memang 'comel' terletak je dekat tengah2 ring botol Tommee Tippee. Obviously puting NUK wide neck tu tak dapat nak fit/muat dengan botol Tommee Tippee walaupun sama2 jenis wide neck. Sebabnye design dan size adalah berbeza. Memang nampak longgar lah siap puting NUK tu boleh tembus je ring botol Tommee Tippee tu dengan senang hearty hahaha..

Jadi Mommy EEZ recommend better pakai puting dengan botol ikut brand masing2 untuk elakkan kebocoran dan juga jimat duit utk test2 botol kan? 

*Update*
*Ataupun untuk botol susu Tommee Tippee, brand puting lain yang sesuai dengan botol susu Tommee Tippee ni ialah brand Nuby*

So clear ye semua 👌 Bole share info ni dengan kawan2 yang tengah pening cari botol susu sesuai untuk anak mereka ye.. Agak2 tak sure mana nak cari TRUSTED SELLER jual botol susu atau barang2 baby lain, buka je Facebook Page The Kiddie Oasis. Bukan setakat botol susu je, educational toys/books pun hadoooo =D

Nak beli puting NUK direct from website Shopee pun boleh. Klik button di bawah hokey.


https://shopee.com.my/NUK-Wide-Neck-Silicone-Teats-0-6months-(size-M)-i.4491129.24308067

Kalau ada apa2 kemusykilan atau info2 menarik nak share dgn Mommy EEZ, bole WhatsApp atau PM mana2 yang selesa via email vole, Facebook vole, Instagram pun vole! Paling senang drop je komen dekat bawah Insya Allah Mommy EEZ akan response hokey!

Lavveyewww!
Mommy EEZ

Review Botol Susu - Puting Avent Natural dengan botol susu Tommee Tippee


*SIS, ANAK SAYA REJECT PUTING TOMMEE TIPPEE, KALAU SAYA NAK PAKAI PUTING AVENT NATURAL BOLEH TAK?

Siapa ada masalah mcm ni? Sila angkat ketiak dan bau sendiri. Hokey gurau gurau main wau. Mostly mommies ramai kan yang ada problem macam ni..So, Mommy EEZ bagi contoh yang REAL punya kenapa puting Avent Natural TAK SESUAI dengan botol Tommee Tippee walaupun sama2 jenis wide neck. Sebabnye design dan size adalah berbeza. Ada jarak sikit di antara puting Avent Natural dengan ring botol Tommee Tippee tu jadi dikhuatiri akan ada kebocoran nanti. Tak payah nak tunggu botol tu digoyang2 inulkan, sekali terbalik je sure susu tumpah mencurah2. Kalau guna susu sendiri (breastmilk) then tertumpah mahu menangis 7 hari 7 malam tak habis.. exaggerate pula Mommy EEZ ni kan. Ye lah kita jenis susu 'asal hado' tak ada lah meriah sekali pam untuk satu hari dapat 30oz kan.. wuwuwuwu.. yang penting bersyukur selalu..ouch! 

*Update* *Ataupun untuk botol susu Tommee Tippee, brand puting lain yang sesuai dengan botol susu Tommee Tippee ni ialah brand Nuby*
Jadi Mommy EEZ recommend better pakai puting dengan botol ikut brand masing2 untuk elakkan kebocoran dan juga jimat duit utk test2 botol kan? So clear ye semua? Bole share info ni dengan kawan2 yang tengah pening cari botol susu sesuai untuk anak mereka ye.. Agak2 tak sure mana nak cari TRUSTED SELLER jual botol susu atau barang2 baby lain, buka je Facebook Page The Kiddie Oasis. Bukan setakat botol susu je, educational toys/books pun hadoooo.

Kalau ada apa2 kemusykilan atau info2 menarik nak share dgn Mommy EEZ, bole WhatsApp atau PM mana2 yang selesa via email vole, Facebook vole, Instagram pun vole! Paling senang drop je komen dekat bawah Insya Allah Mommy EEZ akan response hokey!

Lavveyewww!
Mommy EEZ

Review Botol Susu - Puting Tommee Tippee dengan botol susu Avent Natural?



*SIS, ANAK SAYA PAKAI PUTING TOMMEE TIPPEE TAPI DESIGN BOTOL AVENT NATURAL CANTIKLAH. MUAT TAK PUTING TOMMEE TIPPEE PADA BOTOL AVENT NATURAL?
.
Ok, disebabkan ramai yg tanya pada Mommy EEZ so mommy bagi contoh gambar REAL kenapa puting Tommee Tippee TAK SESUAI masuk botol Avent Natural walaupun sama2 jenis wide neck. Sebabnye design dan size adalah berbeza. Nampak macam muat kan tapi bila tengok pada gambar kedua (dekat bawah ni), bahagian bawah puting Tommee Tippee agak tebal so tak lepas masuk ke dalam ring botol Avent Natural 😊


Jadi Mommy EEZ sarankan better pakai puting dengan botol ikut brand masing2 utk elakkan kebocoran dan juga jimat duit utk test2 botol kan?


*Update*
*Ataupun untuk botol susu Tommee Tippee, brand puting lain yang sesuai dengan botol susu Tommee Tippee ni ialah brand Nuby*

So clear ye semua 👌 Bole share info ni dengan kawan2 yang tengah pening cari botol susu sesuai untuk anak mereka ye.. Agak2 tak sure mana nak cari TRUSTED SELLER jual botol susu atau barang2 baby lain, buka je Facebook Page The Kiddie Oasis. Bukan setakat botol susu je, educational toys/books pun hadoooo =D

Kalau ada apa2 kemusykilan atau info2 menarik nak share dgn Mommy EEZ, bole WhatsApp atau PM mana2 yang selesa via email vole, Facebook vole, Instagram pun vole! Paling senang drop je komen dekat bawah Insya Allah Mommy EEZ akan response hokey!

Lavveyewww!
Mommy EEZ

Tips Melatih Bayi Minum Susu Botol



Arrrghhhhh dahlah penat dan sakit bersalin masih terngiang2 dekat badan mommy yang baru bersalin. Sememangnya cuti bersalin 2 bulan memang tak cukup bagi yang bekerja dalam sektor swasta. Kalau bekerja dengan kerajaan dapat juga lebihan cuti sebulan. Ni nak train baby cinonet ni minum susu pakai botol pula sebab minggu depan dah start bekerja semula. Baby dah beronok2 asyik melekap je nanti tak lama lagi dah kena tinggal dengan babysitter. Sure pening kan dengan baby yang sangat cerewet dan sangat memilih botol susu. Selalunya baby yang ambil masa nak train botol ni ialah bila baby dah biasa DF (direct feeding) semasa berpantang. Kalau untuk baby yang memang minum susu formula sejak lahir Insya Allah tak ada masalah melainkan mommy gatal2 nak cuba botol lain yang jenis bentuk puting botol susu tu lain dari yang asal. Hahaha~~ ada kan kan kan kan.. =P. Alasan paling cliche sebab botol susu lain ada design cecomel so mommy sendiri yang tak tahan nak beli untuk babynya. Bajet2 bila baby minum pakai botol susu design rare so baby pun nampak exclusive gittewwww!

Hokey STOP kemerepekan Mommy EEZ di situ, so jom tgk ape tips2 yg boleh kita guna!
  1. Start train baby untuk minum susu dengan botol seawal mungkin dalam 2-3 minggu sebelum bekerja. Memang akan ada cabaran terutama bila baby akan terkena 'Nipple Confuse' di mana tiba2 sama ada baby reject botol susu tu atau direct feeding. Hanya mommy saja yang mampu membaca baby dan nak train baby ni memerlukan KESABARAN yang TINGGI! Luangkan banyak masa dan jangan rushing sebab takut nanti baby stresssss pula.
  2. Jauhkan mommy dari baby. Boleh ganti daddynye untuk bagi minum susu dengan botol. Cara ni ialah untuk bagi mind set pada baby bahawa bila mommy nya tiada, botol susu diperlukan untuk menyusu.. hehehe~
  3. Guna puting botol susu mirip puting ibu. Inilah soalan yang selalu Mommy EEZ dapat dekat dlm Facebook The Kiddie Oasis dan juga di Instagram Baby Oasis. Based on Mommy EEZ punya observation selama 4 tahun buat bisnes online, most recommended puting botol susu mirip puting ibu ialah NUK dan Pigeon sebab dua brand ni memang paling hotselling. Nanti kita cerita lebih lanjut dalam post lain hokey (*to be updated with link*)
  4. Bagi baby minum sebelum dia lapar. Masa tu lah waktu terbaik utk pujuk baby. daripada nak tunggu dia mengamuk lapar memang TAK JALAN! 😅
  5. Kalau anak anda pakai pacifier, bole cari brand/jenis pacifier yg sama pada botol susu. Jadi boleh elakkan baby daripada terlampau bergantung pada puting ibu untuk tidur atau sekadar mengada2 nak melekap.. hehehe~
  6. Letak baby pada posisi yg lain mcm letak dekat rocker atau car seat ke supaya dpt timbulkan suasana baru utk minum susu dgn botol.
  7. Pastikan mommy bukan dalam keadaan marah atau stress bila nak train baby menyusu botol sebab baby boleh sense mood mommy. Kalau mommy jenis sabar, cool dan chillax Insya Allah mudah baby nak terima botol susu. Kalau mommy jenis tak zaba2 lepas tu jenis suka paksa2 dan sondol botol susu tu dalam mulut baby memang lamaaaaaa la baby tu nak sesuaikan diri dengan botol susu. Bawah ni ada jadual untuk mommy2 yang jenis lebih ORGANIZED:


Semoga bermanfaat segala info dekat sini. Kalau rasa nak personal advice dari Mommy EEZ boleh juga tinggalkan komen dekat bawah tu, Insya Allah Mommy EEZ tolong selagi terdaya hokey!

Lavveyewww,
Mommy EEZ

Popular Posts