Anak-anak bukan ROBOT | Tips Parenting Malaysia

Hari ni rasa macam nak emo sikit.


Ada parents yang anggap anak2 ni macam robot agaknya. Anak2 dekat sekolah kakak Raihan dah mula menghadap peperiksaan sejak 8 Januari lalu. Bermula dengan ujian akhir tahun kemudian bersambung dgn UPKK sehingga ke minggu depan. Maksudnya, anak2 ni menghadap exam selama 3 minggu berturut2. Lama tuuuu~~~

 


 


Masa ni lah mental kakak Raihan diuji. She's struggling to regulate her mood because she is so prone to overthinking. Cepat risau and so much lack of confidence. Mommy eez cuba balance out dan pujuk dia sehabis baik. So far, Alhamdulillah she's doing fine.


Yang buat mommy eez emo hari ni adalah ada parents yang marah cikgu2 di sekolah Raihan sebab tak buat ulangkaji hari ni untuk UPKK sedangkan pihak sekolah dah pun sediakan jadual ulangkaji setiap subjek sebelum exam bermula. Hari ni tak ada exam, jadi cikgu memberikan kelonggaran pada anak2 untuk belajar sendiri dan ada yang buat latihan untuk majlis ihtifal. Bagi mommy eez tak salah pun. Ada masa anak2 perlu rehat dan perlukan distraction dari nak menghadap buku setiap masa. 


Entahlah, mommy eez bukan jenis boleh hadap buku straight 3 minggu tanpa buat benda2 lain. Mommy eez still ingat lagi masa exam dekat universiti, waktu pagi tu sempat layan cerita GTO dan petang tu exam. Tak kata itu perkara yang bagus untuk dibuat, pasti ada cara lain yang lebih baik cuma nak cakap please go easy with the kids. Diorang baru 11 tahun kot!!!! They have my utmost respect because at the age of 11, they have to carry out 16 subjects in their studies (untuk pelajar yang ambil silibus KAFA). Tu tak masuk hafazan lagi tau. 


Mommy eez sendiri tak expect banyak dari kakak Raihan untuk score UPKK ni. Bagi mommy eez, ujian besar mcm UPKK ni ialah latihan untuk dia supaya dia biasakan diri nanti nak hadap the real exam macam SPM. Bab sekolah plak, mommy eez tak kisah pun nak hantar sekolah mana2 asalkan environment sekolah sangat2 terbaik untuk anak2 mommy eez. Buat apa sekolah kononnya kluster tapi adab cikgu dengan ibubapa pun tak ada. Ye, mommy eez dah pernah kena dan ianya sangat2 menyedihkan. Mommy eez sangat2 menghormati kerjaya guru. Mommy eez sangat2 terhutang budi dengan guru2 di sekolah kakak Raihan sekarang yang sangat prihatin dengan masalah Raihan. Alhamdulillah. 


Jadi pada parents yang tahu komplen je dan mengharap anak2 belajar 24 jam, apa kata korang tanya anak2 sama ada mereka perlukan rehat ke tak daripada exam ni. Percayalah. They desperately need it.


Ini hanya pendapat peribadi mommy eez. Mana2 yang tak setuju, it's ok to disagree. Masing2 punya pendapat masing2. Setiap anak berbeza2 keperluannya dan yang penting parents kena tahu keperluan setiap anak2. Sekalipun adik-beradik, belum tentu keperluan kakak/abang sama dengan keperluan adik2 di bawahnya. Ambil cakna tentang anak2 kita sebab merekalah yang bakal mewarnai masa depan kita.

 

 *Update*

Masa weekend baru ni pun ada parents yang tanya pada cikgu bila nak dapat markah ujian akhir tahun... Ujian UPKK masih lagi berlangsung dan dia ingat cikgu ni banyak masa ke nak tanda kerta pelajar je. Pelajar pun bukan ada 10-20 orang. Banyak kelas dah tentu lebih dari 50 orang. Kalau seorang cikgu ajar lebih daripada 1 mata pelajaran? Mahu tak menimbun kertas peperiksaan yang nak kena tanda???? Sekalipun sekolah swasta tak bermaksud parents boleh tekan cikgu sesuka hati. EEeeeeee marahhhhhhnyeeeeeeee laaa parents macam ni.

 

RASA NAK MARAAAHHHH~~~ tapi kena SABARRRR...


Tak boleh nak letak Luvvv macam biasa sebab tengah bertabah menengokkan perangai segelintir parents yang sangat pushy ni... Haaaiiihhhh...


Mommy EEZ

UPKK 2023 DITANGGUHKAN?

DRAMA HARI INI...


Kecoh kejap hari ni bila anak2 yang ambil UPKK terpaksa direhatkan daripada menduduki peperiksaan kertas Sirah. 

 

 

Boleh tekan pada gambar untuk melihat original post dari JAKIM


Peperiksaan kertas Sirah #UPKK hari ni dibatalkan disebabkan berlakunya perlanggaran SOP oleh salah sebuat pusat pemeriksaan/sekolah. Kemudian, JAKIM kata nak tangguh paper Sirah ni pada hari Selasa depan (23/1/24), iaitu pada hari yang sama budak2 ni ada paper Bahasa Arab. Terkejut beruklah mommy eez dengan berita ni pagi tadi. Bertambah risau bila budak2 nak kena hadap 2 paper killer dalam 1 hari. 2 subjek ni memang agak berat sebab melibatkan lebih banyak hafalan berbanding subjek lain. Paper Bahasa Arab tu saja akan ambil masa 2 jam untuk dijawab. Dahlah budak2 yang ambil exam UPKK ni baru je berumur 11 tahun dan pertama kali nak ambil ujian besar dalam hidup diorg. Mahu berasaplah kepala diorg hari Selasa nanti...


Mommy eez pun lepas dapat berita ni, terus menyerbu ke page JAKIM dan terus meluahkan kerisauan yang terbuku di dada. Hahaha~. Semangat tau tulis komen dgn harapan JAKIM boleh considerate. 


 

Alhamdulillah petang tadi, ada parent share dalam group kelas kakak Raihan yang JAKIM setuju untuk asingkan subjek Sirah ke hari seterusnya iaitu hari Rabu depan (24/1/24). Legaaaaa mommy eez dengar. Tak sangka JAKIM boleh bertoleransi dengan keadaan anak2 dan juga komen2 dari ibu bapa. Ada yang marah dengan kejadian ni, tapi untuk mommy eez benda dah jadi nak marah pun tadaguna. It's beyond our control pun.



 

So, petang tadi mommy eez ambil kakak Raihan dari sekolah dengan harapan happy lah sikit anak sorang tu sebab dapat rehat kejap dari exam. Sekali dia membebel..

"Penatlaaaahhh orang dah ready and study tiba2 kena tangguh plak. Letihlaaah nak tunggu habis exam..."

Mommy eez pun terpaksalah pujuk..

"Apa boleh buat benda dah jadi. Takdir Allah tak ada siapa boleh halang. Mana tahu mungkin apa yang Raihan jawab dalam paper Sirah minggu depan jadi lebih baik dari hari ni wallahua'lam. Mana Raihan nak?"

Terus dia tersengih2. Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu walaupun kita rasa macam nak question apa yang jadi. Baik redha je walaupun ambil masa hati tu nak jadi tenang. Siapa kita untuk menidakkan apa yang Allah nak benda tu jadi sedangkan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Mommy eez pun letih juga, yang ambil exam nya kakak Raihan tapi yang over risau mak nye lah...


Ini jadual UPKK 2023 terbaru yang JAKIM kongsikan di Facebook semalam.



Harapnya sempatlah anak2 ni study betul2 masa weekend nanti dan dapat jawab kertas soalan dengan lebih baik insha Allah...


Lavvv,

Mommy EEZ

Giveaway by Blog Roziah Muhammad Nor

Saka mood melayan giveaways sudah mariiiii~~~


Jom kali ni kita join Giveaway by Blog Roziah Muhammad Nor plak..

 

 Boleh klik dekat gambar atas tu untuk link ke post asal giveaway


Beliau siap nak bagi 8 PEMENANG tau untuk giveaway kali ni. Best betul! So, apa nak kena buat untuk giveaway ni?

 

1. Ok, post dah ready once published! - DONE

2. Banner pun dah letak siap sekali dengan link. So, korang boleh tengok post giveaway asal dengan tekan pada gambar banner. - DONE

3. Dah follow blog www.roziahmuhammadnor.com juga. - DONE

4. Dah follow akaun Instagram dengan menggunakan akaun IG @thestoryofmommyeez . - DONE

5. Dah follow akaun Facebook dengan menggunakan akaun Facebook Eda Edlina Zakaria. - DONE

6. Hokey tinggal last part je belum buat. Kita buat semua tu bila post ni dah published ye.


Giveaway ni berlangsung selama sebulan tau. Tarikh tamat ialah pada 29 Januari 2024 pada pukul 8pm. So, mana yang teringin nak join, jom kita sama2 meriahkan giveaway sis Cie kita~~~~


Semoga ada rezeki mommy eez dan kawan2 blogger lain dalam giveaway ni, aaameeen...


Lavvv,

Mommy EEZ

My legend Ukulele sudah hancur...

Hancur hatiku... wuwuwu~~~
 


Insiden yang berlaku petang tadi.. Incik Boss tak perasan ukulele ni atas kerusi. Dia terlanggar sekali jatuh terus terputus tali. Tak ada lah hancur teruk sampai patah ke.. tapi frust juga bila tali dah barai satu. Agaknya merajuk sebab mommy eez memang ada plan nak beli ukulele baru. Rabu ni ada kelas. Dahlah nak kena praktis lagu2 terakhir utk complete Book 2 Ukulele Method by Hal Leonard. 

Dan benda sedih to share juga yang this month will be my last class Ukulele. Bukan tak nak sambung tapi nak prepare budget for kanak2 ribena nak masuk sekolah tahun ni. By right, kalau sambung dah kena ambil exam Grade 1 guna method Rockschool. How much I wanted to pursue tapi even continue pun will not really bring benefits to me pun. Tak silap grade paling tinggi sampai Grade 9 ke 10. If I wanted to apply to be a Ukulele instructor pun, they still want me to master other instrument as well, at least guitar. Mommy eez sangat tak minat guitar. Instead of guitar, baik main violin or piano. Those 2 instruments memang dalam wish list juga. Tapi mommy eez fokus ukulele dulu sebab nak betul2 master boleh main dengan super smooth insha Allah... aaameeen.

So doakan esok mommy eez sempat repair ukulele yang dah berusia lebih 10 tahun ni. Ada rezeki lebih dapat jumpa ukulele best juga untuk diri sendiri. So, yang ni boleh bagi dekat adik Wafa. Actually, sebelum ni ada 1 lagi Ukulele kitorg beli tapi mommy eez sakit jari bila main. Ye lah masa awal2 beli tak pandai sangat nak pilih. Sekarang dah tahu pasal jenis kayu, beza bunyi dan string yang elok so harapnya dapatlah memenuhi budget yang ada huhuhu~

Brand RCStromm dengan body jenis kayu Sapele dan Fretboard guna Rosewood. Concert type, 24inch with 18 frets


Anyway, yang ukulele ni dah kena jual. Mommy eez beli dengan harga RM90 tapi jual balik dapat dalam RM65. Oklah at least dapat support sebahagian untuk ukulele baru nanti kan hihihi~~~
 
Doakan mommy eez dapat jumpa Ukulele yang sesuai dengan diri sendiri dan dapat main dengan gembira. Aaameeen.
 
 
Lavvv,
 
Mommy EEZ

Review ROTI KITAB BY NIKAFE - Tempat Makan Breakfast Sedap Shah Alam

Alhamdulillah pagi Ahad minggu lepas, mommy eez discover satu tempat makan breakfast yang best dekat Shah Alam ni. Mommy eez dan famili saja nak cari tempat makan sarapan yang ideal untuk kitorang beriadah lepas makan. Hobi kitorang selalu round2 dekat kawasan tasik naik si Mobot (e-scooter) sambil bagi Incik Boss bersenam. Mommy eez macam biasa jadi bodyguard untuk kanak2 ribena. Dah puas tanya Pak Cik Google, akhirnya kitorang decide untuk pergi ke kedai makan Roti Kitab by Nikafe di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam.

 

 

Kitorang sampai di sini lebih kurang pukul 10pagi. Mommy eez ingatkan ada ramai orang sebab weekend, tapi tak ramai sangat sebab ada yang dah beredar mungkin sebab hujan mulai turun. Kami dapat spot meja makan kayu dan muat untuk duduk 4 beranak. Orang beratur agak panjang tapi service agak laju juga. 

 


Menu yang ada di Roti Kitab ni:



Mommy eez perasan ada 1 lagi kedai lain yang bersebelahan dengan Roti Kitab ni bernama Sweet Savoury 7. Mereka pun ada menu yang tersendiri:



Berikut makanan yang kitorang order:


1. Roti Kitab Barat (dari kedai Roti Kitab) - roti bakar disaluti planta dan kaya yang tebal siap dengan dua sosej, satu telur separuh masak dan baked beans.


 

2. Roti Butter Gula (dari kedai Roti Kitab) - untuk anak bongsu yang tak berapa pandai nak makan roti. Standard rasa roti bakar gula dengan butter.

 

3. Sand Toast Melayu Campur (dari kedai Sweet Savoury 7) - sedap dan kenyang untuk anak berusia 11 tahun. Terlupa plak nak ambil gambar dish ni sebab anak sorang ni dah kelaparan. Sampai2 terus ngappp!


4. Set Omelette Cammpa (dari kedai Sweet Savoury 7) - tidak mengecewakan dengan harga yang berpatutan. Rasa sangat berbaloi.


 

5. Minuman - Kopi Vietnam & Milo Ais. Mommy eez bukan peminat kopi Vietnam sebab rasanya agak manis untuk mommy eez dan ada serbuk2 kopi di dasar cawan.


Total semua kami belanja tak sampai RM50 utk 4 orang makan termasuk air.


Lepas makan, masa untuk membakar lemak dengan beriadah di kawasan tasik yang betul2 berdepan dengan kedai makan ni. Memang berbaloi2 datang ke sini. Cuma kalau datang awal pagi waktu weekend kemungkinan susah nak dapat parking sebab kawasan yang agak terhad. Lagipun area ni betul2 dekat dengan UiTM Shah Alam dan kawasan perumahan. Banyak gazebo disediakan dekat tasik ni, so ramai juga yang buat mini event untuk birthday party ataupun photoshoot dengan pemandangan tasik yang cantik. Playground pun ada. So memang port lepak terbaik untuk famili.


Mommy eez sempatlah 2 kali round lalu trek yang disediakan dengan ride si Mobot sambil bawa adik Wafa. Hahaha~ Tak rajin nak jogging sebab baru lepas makan. Tapi, tak sampai 30 minit lepas tu, hujan pun turun dengan agak lebat. Malang pun tak berbau, kakak Raihan terjatuh plak masa tengah ride si Mobot. Memang macam2 drama plak lepas tu. Mommy eez siap terlepas appointment doktor tengah hari tu sebab tersilap waktu setting dalam kalendar phone. Aaahhh… redha je laaaa…


Apa2 pun, pengalaman yang menariklah makan di situ. Mommy eez rasa memang ramai orang yang selalu datang ke situ sebab kedai makan pun yang ada 2 tu je la - Roti Kitab dan Sweet Savoury 7. So, kalau korang jenis light eater dan suka lepak2 dekat tasik silalah ke sana ye. Kedai makan tu beroperasi dari pukul 7.30am sampai pukul 12pm tengah hari.


Itu saja review ikhlas dari mommy eez tanpa ada sponsorship dari mana2 pihak. Hihihi~



Lavvv,

Mommy EEZ

Popular Posts