Assalamualaikum semua...
Dah few weeks mommy eez tinggalkan Nota My #QuranTime ni disebabkan kekangan masa yang sangat2 padat. Mommy eez berharap sangat diri ni istiqamah sekalipun dah tertinggal jauh dari episod2 terbaru. Tak apa, yang penting mommy eez teruskan niat untuk belajar dan belajar dan belajar tanpa henti Insha Allah.
Jom kita mulakan nota kita dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Episod 12 ini disampaikan oleh:
Ustaz Fazrul Ismail
Ustaz Tirmizi Ali
- Sinopsis bagi episod kali ni melibatkan 1 ayat saja:
- Kita lihat terjemahan pada ayat ke-25 ini yang agak panjang dan mempunyai 3 baris:
Berdasarkan ayat ini, sekecil mana iman yang ada pada kita, masih lagi ada peluang untuk mendapat khabar gembira dari Allah SWT iaitu ganjaran syurga bagi orang2 yang beriman. Allah SWT menggunakan perkataan وَبَشِّرِ membawa maksud Allah SWT menyeru kepada Nabi Muhammad SAW supaya 'menyampaikan khabar gembira' kepada orang yang beriman dan yang beramal soleh. Ini kerana, orang2 munafik menganggap bahawa orang2 beriman ni bodoh, miskin dan tidak setaraf dengan mereka (seperti yang dinyatakan dalam ayat ke-13 dan ke-14). Maka Allah SWT memberi galakan kepada orang2 beriman melalui ayat ini.
Namun, menjadi orang beriman saja tidak cukup kerana dinyatakan di sini khabar gembira itu untuk orang beriman yang BERAMAL SOLEH. Ini kerana orang munafik juga mengaku mereka beriman tetapi mereka tak mengerjakan amal soleh seperti yang Allah SWT perintahkan.
Ayat " أَنَّ لَهُمْ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ ۖ " menunjukkan ganjaran syurga ini ialah kebun2 ( جَنَّـٰتٍۢ ) di mana ada air sungai yang mengalir di bawahnya. Allah SWT tidak pula menyebut tasik kerana mungkin airnya tak mengalir dan mungkin mengeluarkan bau yang tak menyenangkan. Tidak pula disebut laut kerana mungkin laut itu berbahaya ada haiwan laut yang ganas. Maka dipilih air sungai yang mengalir tu kerana menggambarkan keadaan yang tenang dan rasa nyaman.
Selain itu, Allah SWT ingin menunjukkan ganjaran syurga ini lebih hebat dari tempat tinggal orang2 kaya munafik kerana adanya sungai, buah-buahan dan pohon yang rendang. Ini kerana sungai itu susah dicari di kawasan gurun seperti di Tanah Arab. Dan adanya buah-buahan dan pohon yang rendang di dalam kawasan rumah mereka melambangkan kekayaan. Semuanya ada di dalam syurga dan dikurniakan kepada orang2 beriman yang beramal soleh seperti para sahabat Rasulullah SAW.
Allah SWT menekankan perkataan أَنَّ لَهُمْ iaitu bermaksud 'sesungguhnya bagi mereka' buat orang2 beriman yang selalu rasa sedih dan kecewa kerana mereka selalu dipandang rendah dan dikutuk oleh orang2 munafik. Maka perkataan tersebut bagi memujuk dan meyakinkan orang2 beriman bahawa ganjaran mereka sangatlah besar iaitu syurga apabila mereka kekal beriman dan beramal soleh.
Pada ayat ini:
" كُلَّمَا رُزِقُوا۟ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍۢ رِّزْقًۭا ۙ قَالُوا۟ هَـٰذَا ٱلَّذِى رُزِقْنَا مِن قَبْلُ ۖ وَأُتُوا۟ بِهِۦ مُتَشَـٰبِهًۭا ۖ "
memberitahu di dalam syurga kelak, orang2 beriman ini akan dapat makan buah-buahan yang pernah mereka makan sebelum ni di dunia. Malah, apabila makan buah yang mereka suka, rasanya sedap yang sama tapi tidak serupa ( مُتَشَـٰبِهًۭا ) kerana lagi banyak mereka makan lagi bertambah2 sedapnya. Sedangkan di dunia, jika makan berlebihan akan membawa mudharat. Itulah hebatnya syurga. Pada ayat ini juga menurut tafsir Ibnu Katsir, sifat orang beriman apabila diberi nikmat, mereka senang berasa ta'jub/kagum dan syukur. Ini mengingatkan kembali nikmat yang mereka dapat semasa di dunia.
Seterusnya pada ayat " وَلَهُمْ فِيهَآ أَزْوَٰجٌۭ مُّطَهَّرَةٌۭ ۖ " , Allah SWT menyatakan penduduk2 syurga itu tidak akan bersendirian dan mereka dikurniakan pasangan2 yang bersih/disucikan di syurga. Bersih di sini mengikut Imam Al-Sa'di, dari segi terjaganya akhlak, lidah percakapan dan penglihatannya. Ada banyak perbincangan yang berkaitan dengan ayat ini iaitu:
- Jika seseorang itu belum berkahwin di dunia, beliau akan dikahwinkan dengan penduduk di syurga.
- Jika seseorang itu berkahwin dengan pasangan yang tak baik di dunia, di syurga nanti beliau akan dikahwinkan dengan pasangan yang lebih baik
- Jika seseorang itu berkahwin dengan pasangan yang sememangnya baik di dunia, ianya merupakan preview bahawa pasangan itulah yang akan kekal bersamanya di syurga nanti
Terdapat hadiths yang menyatakan penduduk syurga akan menjadi kekal cantik dan semakin cantik pada setiap hari Jumaat umpama berumur 33 tahun dan ini merujuk kepada ayat " وَهُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ". Dan ada juga yang berpendapat bahawa jika kita dan pasangan kita sama2 dapat masuk ke syurga, pasangan kita itu akan menjadi ketua kepada bidadari2 yang ada di syurga.
Maka, pengajaran dari ayat ke-25 ini ialah jangan memandang rendah kepada sesiapa tak kira sekecil mana iman mereka. Malah, kita perlulah memberi galakan dan khabar gembira kepada sesama muslim seperti yang diseru oleh Allah SWT dalam ayat ini.
- Perkataan pilihan pada kali ni:
- Segmen tajwid kali ni bermula dengan tanda huruf لا yang bermaksud tidak boleh berhenti di situ. Maka, pilih perkataan قَالُو untuk berhenti/waqaf.
- Seterusnya apabila م mati bertemu dengan huruf ج hukumnya ialah Izhar Syafawi. Bacaan perlu mengikut hukum Izhar iaitu terang, jelas serta bunyi dengung م mati tidak dipanjangkan;
- Kemudian menebalkan bunyi huruf ط dan berjaga2 dengan sebutan huruf ﻫ pada perkataan مُّطَهَّرَةٌۭ ۖ supaya tak menjadi 'muthohhoroh'. Sepatutnya menjadi 'muthohharoh'.
- Bahagian hafazan pula;
- Resolusi bagi ayat ini ialah:
Alhamdulillah selesai lagi 1 nota untuk MQT 2.0 Episod 12 buat para pembaca mommy eez yang nak belajar tadabbur Al-Quran secara santai. Jika ada kekurangan ataupun kesilapan di dalam nota ni, tolong perbetulkan dan drop komen korang di bawah hokey. Mommy eez hanya manusia biasa yang baru nak belajar mendalami Al-Quran dan tidak punya background spesifik langsung dalam bidang agama Islam.
Semoga usaha mommy eez ni, Allah SWT berkati dan bermanfaat bagi semua yang membaca Aaameeen.
Bawah ni link video dan juga nota MQT 1.0 untuk rujukan korang semua.
Jumpa lagi dalam next post insha Allah.
Lavvv,
Mommy EEZ