Mommy EEZ bukanlah ustazah nak bebel kita sebagai muslim wajib solat 5 waktu sehari semalam, ikut tertib, solat awal waktu bla bla bla. Tapi dalam pada nak menunaikan solat tu kita MESTI kena ada..
SEBAB MUSABAB yang sangat BESAR
barulah kita bersemangat nak solat.
Kadang2 kita solat pun macam melepaskan batuk di tangga atau di kaki lima je.
Ada yang solat macam ayam tengah patuk cacing pun ada.
Ada yang solat tergaru sana, tergaru sini sambil menahan kentuts.
Ada yang solat sambil tahan buang air kecil siap badan bergoyang2 lagi. Jangan goyang2 Inul sudah.
Ada yang solat sambil berangan nak masak apa, makan apa lepas ni, atau nak pergi jalan ke mana hari ni atau nak keluar jumpa kawan2 dekat mana.
Ada yang solat sambil risaukan kerja yang bertimbun2 tak berkesudahan sampai mati.
Ada yang solat saja2 nak tunjuk pada tunang, bakal mak/bapa mertua ataupun kawan2 yang diri tu seorang yang alim rajin solat.
Apa saja keadaan kita nak solat yang penting NIAT!
Mommy EEZ list kan 7 SEBAB yang paling KUAT bagi diri Mommy EEZ untuk terus solat dan berdoa supaya dapat istiqamah dan kusyuk insya Allah.
1. SOLAT boleh mendatangkan positif vibes / aura positif dalam diri kita sekaligus menjadikan mood kita sentiasa tenang dan ceria. Kalau ada rasa2 macam nak moody, marah atau rasa down je tu kenalah kuatkan diri pergi solat.
2. SOLAT beri kita peluang untuk luahkan segala perasaan tak best (e.g. rasa risau, marah, sedih, frust, geram, dendam etc. ) pada Maha Pencipta kita. Kalau kita luah pada manusia, segala negatif vibes akan dihantar pada mereka dan sekaligus mereka akan terasa sedih juga. Kenapa kena luah pada Allah? Sebab Allah lah TUAN SEBENAR yang mengawal hati setiap manusia. Allah yang jadikan kita kan? Contoh kalau kita nak anak2 kita dengar cakap, minta pada Allah supaya lembutkan hati anak2 kita.
3. SOLAT di awal waktu bagi kita masa yang lebih panjang walaupun Allah beri masa 24 jam sehari pada setiap manusia. Reason di sebaliknya ialah yang Mommy EEZ percaya bila kita utamakan solat dulu, Allah akan permudahkan setiap kerja kita selepas itu. Itu yang membuatkan kita rasa masa lebih panjang dan urusan pun lebih smooth dan pantas.
4. SOLAT ialah salah satu tanda kita bersyukur dengan setiap nikmat Allah beri. Tak kira sekecil2 rezeki seperti 'dapat makan sedap', atau sebesar2 rezeki 'yeayyyy menang cabutan bertuah kereta BMW', itu semua atas izin Allah yang membenarkan semua perkara berlaku di dalam pengetahuanNy. Kalau tak solat, serupa macam tak sedar diri tak tahu bersyukur sebab hidup di dunia ni pun atas ihsan Allah. Bumi ni pun Allah yang punya. Kita apa ada?
5. SOLAT boleh bantu kita untuk exercise badan jadi kurus atau jadi lebih sihat, kuat dan lebih stamina. Kita bukan setakat penuhi solat wajib saja, tapi solat sunat pun kena rajin buat juga. Ada yang kata solat wajib pun tak penuh ada hati nak buat solat sunat. Solat sunat tu kena buat juga sebab walaupun dah penuhi solat wajib, tapi sempurna ke solat wajib yang kita buat tu? Dapat ke markah 100% pahala solat tu? Haaa.. Tu pasal la kena top-up dengan solat sunat. Faham?
6. SOLAT boleh hindarkan diri kita dari buat benda tak elok. Bila diri kita dah biasa solat, Allah akan datangkan satu perasaan bersalah setiap kali kita buat dosa. Tapi kalau rasa kita dah solat tapi rasa macam best je setiap kali buat dosa silalah beristigfar banyak2. Takut Allah golongkan kita di kalangan orang2 istidraj. Istidraj tu ialah golongan manusia yang Allah bagi banyak nikmat tapi mereka tak solat pun. Agak2 boleh selamat ke bila nak jumpa Allah nanti?
7. SOLAT tu mengingatkan kita tentang hidup ni ada jatuh dan bangun. Cuba tengok pergerakan dalam solat dari angkat takbir, rukuk, sujud, duduk antara 2 sujud kemudian bangun berdiri semula. Ini mengingatkan kita yang macam mana susah satu2 dugaan dalam hidup, kita tetap kena gigih bangun berdiri semula untuk teruskan kehidupan. Betul tak? Macam dalam Surah Al-Insyirah ayat ke-5 dan ke-6 dalam Al-Quran sebut, "Sesungguhnya setiap kesukaran akan disertai dengan kesenangan" Betul tak?
Banyak lagi sebab2 kenapa kita kena solat. Mommy EEZ pilih 7 sebab paling kuat ni untuk yakinkan diri sendiri kenapa Allah wajibkan solat ke atas orang Islam. Walaupun kita lahir2 je dah terus beragama Islam tak semestinya kita betul2 tahu tujuan kita solat kan? Kadang2 kita sebagai ibu bapa pun sibuk suruh anak2 pergi solat tapi kita sendiri solat pun belum tentu sempurna. Ada yang anak2 dah seronok nak ikut kita solat tapi kita buat tak endah je dengan alasan anak2 masih kecil. Sedangkan anak2 kecil ni yang paling cepat ikut, cepat pick-up, cepat tangkap, cepat rakam segala perbuatan kita terhadap mereka.
Kredit gambar to Google, @muslimshow
Setiap apa yang Allah suruh tu pasti ada sebab terbaik untuk kita. Apa yang Mommy EEZ bebel2 dekat sini pun bertujuan sebagai peringatan buat diri sendiri. Kalau ada kekurangan sila highlight dan maafkan. Perfection is only from Allah S.W.T.
Apa lagi, jom solat!
Mommy EEZ