Mommy eez mulakan hari ni dengan mood yang agak kacau bilau. Bila dah down tu bukan senang ye nak bounce balik. Kadang2 ambil masa 1 hari atau 1 hari punya tenaga untuk bangun semula.
Tapi hari ni Alhamdulillah ala kulli hal. Allah SWT beri kekuatan dan jalan penyelesaian buat semua masalah mommy eez hari ni.
Bermula dengan kakak Raihan buat hal di pagi hari, disambung dengan hal order yang tak dapat nak fulfill sebab banyak stok tak ada. Dah berapa kali frust menonggeng sebabnya sales kita tak meletops macam sales orang lain. Tambah2, baru nak meriah semula setelah beberapa bulan sendu dan struggle untuk meet minimum sales supplier. Siapa kata jadi peniaga online ni senang?
Memanglah senang bagi sesetengah orang. Ada orang buat sikit, terus sales cecah ratus ribu malah juta2 sebulan. Namun, mommy eez punya style, Allah SWT dah tentukan biar sederhana asalkan sustainable. Ya, mommy eez dah berkecimpung dalam bisnes online sedar tak sedar dah masuk 10 tahun. Once in a while pernah la cecah 5 angka itupun tercungap2. Tapi, sejak buying power makin kurang, masalah ketiadaan stok makin berleluasa, supply over demand dan profit margin yang makin tercekik, mommy eez sangat struggle untuk maintain sales sedia ada. Memang ada penurunan yang ketara dan sekarang masih dalam pertimbangan sama ada nak teruskan atau tak online bisnes ni. Siapa kata jadi peniaga online ni senang?
Ikutkan hati ni memang nak quit, tapi rasa sayang sebab hasil titik peluh bertahun2. #kiddieoasisonlinestore pun dah well established di Shopee dan Lazada. Rating produk semua ada dan mostly 5-star. Order tetap masuk macam biasa. Bagi mommy eez, setiap order yang masuk adalah amanah. Rasa lemau macam mana pun, tetap gagahkan diri untuk penuhi order tu.
Melayankan 2 order je pun pagi tadi dah habis separuh hari. Bukan apa, mommy eez dapat bulk order tapi supplier tak dapat fulfill. Ini bukan kali pertama terjadi tapi dah berkali2 jadi sampai rasa fed-up. Hari ni tak tau lah rasa berganda plak stress ni, mommy eez paused dari kerja sekejap dan buat super nap. Itupun struggle sebab jantung berdegup laju sangat sebab sangat stress. Haihh.. tanda2 dimamah usia semakin ketara. Petang pula kena buat COD Al-Quran Multazam saiz A5. Customer ni repeat order sebab sebelum ni beli Nota My Quran Time dengan mommy eez. Kali ni, dia order 2 buah Al-Quran Multazam untuk ibunya.
Dah COD, sambung drop barang untuk order Lazada. Begitulah rutin harian. Walaupun tak kena drop hari2 tapi dalam seminggu tu kadang2 ada lah dalam 3 kali kena menyinggah tempat drop off sebab supplier mommy eez tak cover shipping Lazada.
Kemudian, menambahkan drama hari ni, website official www.kiddieoasis.com.my plak problem. Customer tak dapat nak masukkan alamat dan buat payment. Bila check dekat system, memang semua function disable. Uwaaaaa dah kenapaaaa~~~ di waktu2 getir customer nak urgent order tapi website problem. Nasib baik Allah SWT hantar customer tu untuk highlight masalah di website tu. Kalau tak, buta2 je bayar sewa e-commerce site ni. Patutlah tiba2 sendu je sales dari website. Rupanya, ada kecacatan. Website tu lah virtual office mommy eez di mana mommy eez mengawal semua produk listing di situ, analisis profit dan sales dan macam2 lagi. Produk listing ni umpama bullet. Setiap bullet bila ada customer beli rasa seronok sangat. Bukan saja dapat beri apa yang customer nak, tapi seronok sebab kerja kita berjalan seperti yang sepatutnya.
Bukan senang tau nak develop website seorang diri. Design banner semua sendiri. Plugin payment gateway sendiri. Stock checking sendiri. Produk listing dah tunggang langgang bak dilanggar garuda. Financial tak payah tanyalahhh memang ke dasar laut sana terbenamnya. Tu belum kira profit margin yang makin hari makin menipis bak setipis bulu hidung. Tapi mommy eez tak ada lah hebat sampai develop website pakai coding2 dan HTML bagai. Kalau macam tu, mahu 10 tahun tak siap le websitenya 😂😂😂
Dulu pergi gatai kacau HTML website blogspot ni pun habis hilang mana pergi ads dari Google Adsense. Dah setup cantik sekali dapat view dari mobile je untuk display ads tu. Kalau korang tahu macam mana nak repair benda ni untuk display ads utk desktop view juga plsssssss helpppp meeee~~~
Kepeningan tidak habis lagi tau. Peningnya jadi online seller ni ialah kena jaga after sales service. Mommy eez tahu ramai yang tak jaga bab ni. Bagi mereka once barang dah pos, kira settle. UNTUK MOMMY EEZ, NOT YET SETTLED ye. Selagi barang tak sampai dengan selamat pada customer, selagi tu lah mommy eez takkan complete kan satu2 order tu. So mommy eez kena tengok tracking status parcel, delivery kena on time dan item kena sampai dalam keadaan tip-top. Kalau item sampai slack sikit, bersiap siagalah diri ni kena bebel dan complaint dengan customer. Refund tu memang standby je. Apa boleh buat, itulah perniagaan. Ada masa untung dan ada masa rugi. So far mommy eez jarang jumpa customer yang tahap langit ke-7 lagak divanya. Mostly behave dan sangat memahami. Alhamdulillah. Kalau ada pun, mostly jenis nak cepat nak cepat nak cepat nak cepat nak cepat nak cepat 100000x...
So siapa kata jadi peniaga online ni senang? Goyang kaki je dapat duit? Semua pekerjaan pun memerlukan usaha tau.
Hokey itu saja nak bebel di malam hari. Lepas sudah segala yang terbuku di hati. Kalau terasa ada negatif vibes di sini, mommy eez minta maaf ye. Atas nasihat psychologist mommy eez, writing can be a therapy for me.
So, mommy eez nak melabuhkan diri dulu. Tata titi tutu~~~
Lavvv,
Mommy EEZ