My #QuranTime 2.0 Episod 9 - Ayat 20-22 Surah Al-Baqarah (Halaman 4)

Alhamdulillah mommy eez masih lagi diberi kesempatan untuk menyambung nota untuk episod 9 Nota My #QuranTime versi 2.0 ni. Walapun hari dah lewat malam, mommy eez gigih nak belajar sebab mommy eez dapat rasakan keberkatan hari2 yang mommy eez lalui sekalipun ada cabaran dan dugaan, ianya selalu dipermudahkan Alhamdulillah.


Hari ni mommy eez ada family gathering di Tamu Suites Hotel di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Rasa seronok sangat sebab memang dah lama tak berkumpul borak2 sambil makan di hotel dan makanan2 di situ semua sedap2 belaka Alhamdulillah. Kemain layan lagi macam2 jenis makanan di situ, sekali balik rumah terus memerut. Huhuhu~ . Takpelah, better keluarkan daripada terus bertapa dekat dalam tu kan. Hihihi~. 


Hokey stop merepek. Jom kita sambung nota seterusnya dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Episod 9 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tirmizi Ali



- Sinopsis untuk episod kali ni:


- Ayat ke-20:

Menurut tafsir Ibnu Katsir, pada ayat ke-17, Allah SWT menceritakan orang2 munafik yang betul2 sudah tidak beriman manakala pada ayat 19-20, Allah SWT menceritakan orang2 munafik yang 50-50 imannya (ada masa beriman, ada masanya tak beriman).

Ayat ke-20 ini menyatakan ada kilat yang hampir2 menyambar penglihatan orang munafik tapi ianya tidak berlaku. Apabila kilat memancarkan cahayanya, ia umpama orang2 munafik ini mendapat cahaya terang dan panas ( أَضَآءَتْ ) dan mereka berjalan di bawah cahaya tersebut. Apabila cahaya kilat itu hilang, orang2 munafik ini berhenti di satu kawasan kerana kegelapan. Ini membawa erti bahawa, apabila orang2 beriman mendapat rahmat contoh seperti mendapat harta rampasan perang, orang2 munafik ini juga yang dapat manfaatnya. Cahaya yang panas itu membawa maksud peraturan yang Allah SWT dah tetapkan dalam Islam bagi menjaga kemaslahatan umat Islam. Jadi peraturan2 ini ada kebaikannya yang dinikmati oleh orang2 munafik. Namun begitu, apabila orang2 beriman ini mengalami dugaan seperti kalah dalam perang ataupun menghadapi kemarau, orang2 munafik ini berhenti ( قَامُوا۟ ۚ) dan tidak mahu mengikut ajaran agama Islam itu sendiri. Malah, mereka mengejek2 dan menyalahkan orang2 beriman atas apa yang berlaku. 

Jika Allah SWT mahu, pasti hancurlah pendengaran dan penglihatan mereka di atas kemunafikan mereka. Tetapi Allah SWT, masih lagi membuka peluang kepada orang2 munafik ini supaya bertaubat. Dan di akhir ayat ini, Allah SWT mengingatkan kita bahawa yang Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. 

Pengajarannya, kita harus hargai peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk kembali kepadaNya sekalipun ada kadangkala satu masa kita rasa sangat rajin membaca Al-Quran, dan ada kalanya kita rasa macam malas nak baca Al-Quran. Kita harus cepat2 sedar dan cuba jauhkan diri kita daripada adanya sifat munafik dalam diri ini.


Perkataan pilihan dipilih dari ayat ke-20 ini:

- Perkataan يَخْطَفُ membawa maksud yang Allah SWT berupaya untuk 'menyambar' apa saja nikmat yang telah Dia kurniakan sebelum ini kepada kita.


- Ayat ke-21:

Ayat ini merupakan ayat pertama dalam Al-Quran yang mengandungi seruan dan suruhan/perintah dari Allah SWT.

Dalam ayat ini, Allah SWT menyeru kepada seluruh manusia termasuk orang2 beriman, orang kafir ataupun orang munafik supaya beribadah (menghambakan diri) kepadaNya iaitu Tuhan yang telah menciptakan seluruh manusia. Allah SWT yang Maha Pengasih ini menciptakan manusia dari kosong/tiada apa2 sejak dari nenek moyang kita lagi. Seruan ini dibuat kerana Allah SWT mahu menjaga kita dari membuat perkara yang merbahaya yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Maka, apabila kita mengikut peraturan yang Allah SWT telah tetapkan, kita akan menjadi orang bertaqwa yang selamat dipandu dan dilindungi oleh Allah SWT di dunia dan juga di akhirat.

Perkataan يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ itu membawa 2 maksud iaitu; yang pertama, Allah SWT memanggil orang yang jauh supaya datang dekat dan yang kedua, untuk orang yang dekat, jangan lalai dengan mesej yang Allah SWT sampaikan.

Pengajaran dari ayat ini ialah, kita mestilah menghambakan diri kepada Allah SWT, bukannya menghambakan diri kepada makhluk lain, contohnya menghambakan diri kepada isteri, suami, anak dan sesiapa saja. 


- Ayat ke-22: 


Allah SWT menjelaskan lagi bukti kekuasaanNya dan mengapa kita perlu menghambakan diri kepadaNya. Ayat ini menerangkan bukti adanya Hari Akhirat/Qiamat. Pada ayat ke-13, Surah Al-Baqarah menceritakan orang2 munafik yang ada penyakit hati ni tidak ada ilmu. Maka, pada ayat ini, Allah SWT menyatakan orang2 yang beriman pasti ada ilmu. 


Apakah ilmu itu?

  • Ilmu pertama ada pada ayat ke-21, iaitu Allah SWT menciptakan manusia dan mudahnya Allah SWT untuk bangkitkan kita di Hari Akhirat nanti. 
  • Ilmu yang kedua, Allah SWT menjadikan bumi sebagai hamparan, langit dan bumi. 
  • Ilmu yang ketiga ialah Allah SWT menjadikan dari air hujan yang turun dari langit lalu Dia mengeluarkan pelbagai buah2an untuk dijadikan rezeki buat kita. Begitu juga nanti di akhirat, Allah SWT berkuasa untuk bangkitkan seluruh manusia, menjadikan syurga dan neraka dan kesemua itu mudah bagi Allah SWT.

Pengajarannya di sini ialah, kita mestilah teruskan usaha mencari ilmu supaya kita sedar kita tidak akan menyekutukan Allah SWT dengan mana2 berhala. Kita tahu yang patung2 berhala ataupun mana2 makhluk tidak mampu menciptakan makhluk, bumi dan langit apatah lagi memberi rezeki. Kita kena menghambakan diri kepada Allah SWT kerana Dia lah Maha Pemberi segalanya tanpa ada had dari segi ilmu, rezeki, kesihatan dan sebagainya.


- Segment tajwid:


- Hukum Mad Jaiz Munfasil ialah apabila huruf mad 
ي dan ا bertemu dengan huruf ء dalam 2 kalimah. Hukum bacaannya ialah 4-5 harakat.


- Seterusnya:


- Perlu menjelaskan dan membezakan kedua2 huruf ق dan ك di mana huruf ق  bunyinya tebal dan huruf ك bunyinya nipis dan ringan. 


- Segmen hafazan melibatkan ayat yang ke-21:


 

- Resolusi bagi episod ini ialah:



Alhamdulillah settle sudah nota Episod 9 ni. Lepas ni mommy eez akan pergi bercuti selama seminggu dekat bahagian selatan Malaysia. So, tunggu tahun barulah akan siap nota2 untuk episod akan datang ye.

Macam biasa mommy eez sertakan link untuk video dan juga nota dari siri MQT edisi pertama:





Jumpa lagi dalam next post insha Allah jika diberikan umur yang panjang dan masa.


Lavvv,

Mommy EEZ

My #QuranTime 2.0 Episod 8 - Ayat 17-19 Surah Al-Baqarah (Halaman 4)

Hari ni mommy eez rasa seronok sebab dapat khatam baca Al-Quran setelah bertahun2 ambil masa nak habiskan baca. Mommy eez hanya dapat baca dalam 2 mukasurat sehari je sebab sibuk menguruskan hal anak2 dan family yang lain. Itupun kadang2 ada masa tertinggal juga. Kalau tertinggal tu, mommy eez sempat baca mana2 surah yang mommy eez hafal sebagai ganti. Semoga Allah SWT terima lah serba sikit amalan mommy eez yang tak seberapa ni insha Allah.


Pejam celik kejap je dah masuk Episod ke-8 MQT 2.0. Lagi banyak belajar lagi banyak tak tahu. Allahu.. kerdil rasa diri ni. Jom kita sambung belajar dan semoga pembukaan tahun 2023 ni dapatlah kita raikan dengan azam baru untuk consistent belajar tadabbur Al-Quran setiap hari, aaameeen.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Episod 8 ini disampaikan oleh:


Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tirmizi Ali




- Sinopsi bagi 3 ayat ini ialah:



- Ayat ke-17: 


Allah SWT menggunakan perumpamaan/misal bagi menerangkan lagi ciri2 orang munafik. Terdapat 2 perumpamaan yang Allah SWT sebutkan pada ayat ke-17 dan ayat ke-19. 

Mengikut Imam Ar-Razi, perumpamaan yang pertama pada ayat ke-17 ini seperti orang munafik yang menyalakan api iaitu perbuatan mereka berkait rapat dengan masalah hati. Nyalaan api ( نَارًۭا ) tersebut bukannya dinyalakan sendiri oleh mereka, tapi dinyalakan oleh orang2 yang beriman atas kesan keimanan mereka. Kiranya, orang munafik ini hanya menumpang manfaat dari orang2 beriman saja. 

Api ini ialah cahaya terang dan panas ( أَضَآءَتْ ) dari matahari yang mengelilingi orang munafik. Allah SWT tidak menggunakan perkataan 'nur' kepada orang munafik kerana 'nur' itu cahaya yang sejuk yang dipantulkan dari bulan. Namun, apabila Allah SWT melenyapkan cahaya dari orang munafik ini, bukanlah cahaya api (narr), tetapi cahaya (nur) dari orang2 munafik ini. Maka, tinggallah orang munafik ini di dalam kegelapan, tidak tahu hala tuju malah lebih padah menjadi buta hati seperti yang dinyatakan di dalam ayat ke-15.

Kesimpulannya, orang2 munafik takkan dapat cahaya nur, tapi mereka hanya dapat cahaya api untuk kegunaan mereka saja. Cahaya nur khas buat orang2 yang beriman. 


- Perkataan pilihan ada dinyatakan pada ayat ke-17 ini:


- Perkataan ذَهَبَ merujuk kepada hilangnya cahaya dengan sendirinya dari orang munafik dan bukan kerana Allah SWT yang lakukan. Walaupun ianya terjadi atas izin, Allah SWT, tetapi orang munafik sendiri yang memilih untuk hilangkan cahaya itu.


- Ayat ke-18:


Perkataan صُمٌّۢ bermaksud mendengar, بُكْمٌ bermaksud bercakap manakala عُمْىٌۭ bermaksud melihat. Orang2 munafik ni tidak dapat mendengar kebenaran malah mereka suka bercakap dusta/menipu orang2 beriman. Dan yang terakhir sekali, mereka itu buta dari melihat kebenaran sehingga mereka tidak ada keinginan untuk kembali bertaubat kepada Allah SWT. Ketiga2 perkataan ini bukannya berbentuk zahir tetapi secara batin. 

Allah SWT menyebut لَا يَرْجِعُونَ dan bukannya لَن (tidak mungkin) kerana sekalipun orang2 munafik ini ada penyakit hati, tapi ruang taubat masih terbuka buat mereka jika mereka ingin kembali kepada kebenaran. 


- Ayat ke-19:

- Asbabun nuzul (sebab ayat ini diturunkan) bagi ayat ini ialah terdapat 2 orang munafik yang cuba lari dari Nabi Muhammad SAW untuk bertemu dengan orang2 musyrikin pada malam hari. 

Di sini Allah SWT menyatakan perumpamaan yang kedua, iaitu orang2 munafik ini ditimpa hujan lebat yang mencurah2 ( كَصَيِّبٍۢ ) dari langit. Hujan itu umpama hidayah buat orang2 beriman, tetapi tidak kepada orang2 munafik. Orang2 munafik ini merasakan hujan yang menimpa mereka membawa kegelapan berbanding cahaya. 
Perkataan رَعْدٌۭ bermaksud guruh membawa erti bunyi yang kuat dan bising. Orang2 munafik ini tidak suka mendengar kata2 kebenaran dari orang2 beriman dan mereka rasa ianya bising, bingit dan merimaskan. Ini yang dinyatakan dalam ayat ke-11 di mana orang2 munafik ini tidak boleh ditegur kerana mereka tidak sedar mereka membuat kerosakan di atas muka bumi ini.
Perkataan بَرْقٌۭ bermaksud kilat/cahaya yang merujuk kepada Al-Quran.

Maka, response orang2 munafik terhadap 3 perkataan di atas ialah mereka menutup telinga mereka sekuat2nya kerana tak suka mendengar ayat2 Al-Quran. Mereka ingin lari (merujuk kepada ayat 'mereka takut mati') tetapi Allah SWT meliputi/mengepung orang2 munafik (orang munafik dikira sebahagian dari orang kafir) ini.


- Segmen tajwid bermula dengan huruf ص . 


- Bunyi makhraj huruf ص  sama dengan huruf  زس . Bunyinya dari hujung lidah menekan belakang gigi di bawah.


- Seterusnya Hukum Izhar Halqi:


 - Hukum Izhar Halqi iaitu tanwin bertemu dengan
 ع. Hukum bacaannya tiada dengung dan jelaskan (Izhar) bunyi huruf ن mati. 

- Sesi hafazan pada ayat ke-18:



- Resolusi dari episod kali ini:


Alhamdulillah, tamat dah nota untuk episod 8 nota My #QuranTime 2.0 ni. Semoga bermanfaat buat semua yang membacanya insha Allah. Link video dan nota dari siri pertama disediakan di bawah ni ye:


My #QuranTime 2.0 : Episod 8 Surah Al-Baqarah, Ayat 17-19

Nota My #QuranTime 1.0 : Halaman 4 Surah Al-Baqarah, Ayat 17-24


Kalau terdapat mana2 kesalahan di dalam nota ni, mohon perbetulkan dan highlight pada mommy eez ye. Mommy eez ni #budakbarubelajar dan amat2 menghargai bagi mereka yang boleh tolong semak semua nota yang mommy eez semak di sini. 


Sehingga jumpa lagi dalam nota yang akan datang, insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

My #QuranTime 2.0 Episod 7 - Ayat 14-16 Surah Al-Baqarah (Halaman 3)

Alhamdulillah untuk hari ni, mommy eez teruskan perjuangan untuk menyambung Nota My #QuranTime versi 2.0 Episod yang ke-7.


Sekalipun tengah tunggang terbalik dengan anak2 yang sedang bercuti sekolah, mommy eez sempat curi2 masa untuk buat post ni demi mencari ilmu yang sangat penting untuk berjaya di dunia dan akhirat insha Allah.


Tanpa membuang masa, jom kita mulakan nota kita dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Episod 7 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tarmizi Abdul Rahman



 

- Sinopsis bagi 3 ayat ini ditunjukkan di bawah:



- Ayat ke-14: 


Ayat ini mengulang semula maksud ayat ke-8 di mana orang2 munafik ni bila berjumpa dengan orang2 beriman, mereka akan katakan yang mereka pun beriman padahal sebenarnya mereka hanya berolok2/berlakon saja. Kemudian apabila orang2 munafik ini kembali berjumpa dengan pemimpin2 mereka (dirujuk sebagai syaitan2 mereka), mereka masih bersama2 mengikuti pengaruh buruk pemimpin mereka. Ini yang dikatakan sebagai talam dua muka. Pemimpin2 mereka ini ada dinyatakan di dalam Surah An-Nas di mana pemimpin2 mereka ini suka meniup2kan fitnah ke dalam dada manusia. 

Perkataan خَلَوْ pada ayat ini bermaksud 'khalwah'. Kalau Nabi Muhammad SAW berkhalwah, Baginda mencari jawapan untuk menguatkan diri. Tetapi bagi orang munafik ini, hati mereka sudah sedia sakit dan kosong maka, sebab itulah mereka mencari pemimpin2 mereka supaya dapat mengisi hati mereka dengan fitnah2. Mereka selesa dengan fitnah yang buruk berbanding perkara2 kebaikan.

Pemimpin2 orang munafik ni terdiri daripada golongan2 elit, itu sebabnya orang2 munafik ni suka berdampingan dengan mereka. Manakala orang2 beriman kebanyakannya adalah orang2 miskin yang mereka pandang hina. 

Pengajarannya, jika kita rasa kosong, kita perlu mencari Allah SWT dan Al-Quran, bukannya mencari syaitan.

Perkataan pilihan ada terdapat pada ayat ke-14 ini:


- Perkataan ini dipilih kerana menggambarkan 'pertemuan' orang2 munafik antara orang beriman dengan pemimpin2 orang munafik (shayatinihim). Untuk orang2 beriman jika mereka 'berjumpa' tak kira sama ada orang munafik atau orang miskin atau siapa saja, hati orang2 beriman tetap jujur dan ikhlas tak seperti orang munafik yang hatinya sentiasa sakit dan ada sifat bermuka2. 


- Ayat ke-15: 

Orang2 munafik ni lebih suka menerima daripada memberi sesuatu untuk kepentingan diri sendiri. Mereka juga suka mencari perhatian dari pemimpin2 syaitan mereka ini. Maka, Allah SWT membalas olokan mereka dengan memberi hukuman yang berterusan (merujuk kepada perkataan يَستَهزِئُ ) di dunia sampai ke akhirat. 

Ada dinyatakan di dalam tafsir, orang2 munafik ni diletakkan di dalam neraka yang paling bawah. Di dalam neraka itu, ada pintu menuju ke syurga. Jadi, orang2 munafik pun berharap mereka dapat lari dari neraka melalui pintu itu menuju ke syurga tetapi apabila mereka mendekati pintu itu, lalu pintu itu tertutup. Orang2 beriman yang menyaksikan hal tersebut pada ketika itu nanti mentertawakan orang2 munafik ini seperti mana orang2 munafik ini mentertawakan orang2 beriman sewaktu di dunia.

Allah SWT masih ingin memberikan peluang yang panjang (merujuk kepada perkataan وَيَمُدُّهُم ) buat orang2 munafik ini supaya sempat untuk kembali ke jalan Allah SWT. Tetapi kalau orang2 munafik ini masih degil dan ingkar, mereka akan terus terjerat dalam kedustaan dan menjadi buta hati (membawa maksud perkataan يَعمَهونَ ).


- Ayat ke-16: 


Allah SWT memberikan kesimpulan pada ayat ini bahawa orang2 yang ada penyakit hati ini menukarkan kesesatan dengan hidayah/ petunjuk (yang sememangnya sudah ada di dalam setiap hati manusia sejak azali). Orang2 munafik ini yang memilih kesesatan berbanding kebenaran bukannya Allah SWT yang tentukan. Maka, segala apa yang mereka lakukan menjadi rugi dan mereka tidak akan mendapat petunjuk sama ada di dunia mahupun di akhirat. 

Ayat ini merupakan maksud yang berlawanan kepada ayat ke-5, Surah Al-Baqarah di mana Allah SWT memberikan khabar gembira buat orang2 beriman berbanding orang2 munafik di dalam ayat ini.  


- Segmen tajwid kali ini bermula pada ayat ke-14, pada perkataan وَإِذا لَقُو di mana kita perlu berhati2 dalam menyebut huruf ق supaya tak tertukar dengan huruf ك. Begitu juga dengan perkataan قالو .

Perkataan إِنَّمَا إِنَّا ءآمَنّا  terdapat hukum Wajibul Ghunnah dan perlu dibaca sepanjang 2 harakat. 


- Seterusnya, bunyi huruf  mestilah dibunyikan pada bahagian pangkal/bawah rongga tekak.


- Akhir sekali perkataan
 شَيٰطينِهِم perlu berhati2 apabila menyebut huruf ط takut terbawa2 bunyi huruf ط ke dalam huruf ش dan ي


- Hafazan kali ini pada ayat ke-15:


- Resolusi untuk episod kali ni:



Alhamdulillah selesai sudah nota kali ni. Mommy eez buat penambahbaikan dengan meletakkan setiap ayat dan terjemahannya supaya lebih mudah dirujuk. Nanti mommy eez akan update semula pada nota2 sebelum ni juga insha Allah.


Terima kasih sudi membaca nota yang tak seberapa ini. Semoga kita semua diberikan syafaat yang besar dari kalamullah ini dan berjaya di akhirat sana dengan masuk ke syurga insha Allah. Aaameeennn~~~


Seperti biasa, mommy eez letak link video dan nota dari siri MQT 1.0 di sini:


My #QuranTime 2.0 : Episod 7 Surah Al-Baqarah, Ayat 14-16

Nota My #QuranTime 1.0 : Halaman 3 Surah Al-Baqarah, Ayat 6-16


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

Commission Fee Shopee Seller NAIK LAGI!!!???

Ini benar2 mendatangkan marah! Siapa yang tak marah, dalam keadaan ekonomi yang makin merudum ni, pihak Shopee naikkan lagi yuran komisyen pada para peniaga Shopee dan semestinya mommy eez antara yang terkesan.


Mesti ramai yang pening kan, berapa sebenar jumlah fees yang dikenakan oleh Shopee kepada seller ni. Jom, mommy eez terangkan. Kalau salah, haraplah tolong betulkan hokey.

Ada 3 jenis fees yang dikenakan:

  • Transaction fee:
    • yuran yang dikenakan untuk cover up kos payment gateway macam Maybank2U, CIMB Clicks, e-wallet, kredit kad dan etc. 
    • 2.12% termasuk GST
  • Service fee:
    • yuran yang dikenakan kalau seller join Free Shipping RM15 (FS15) atau Free Shipping (FS40) atau 10% cashback programme
    • refer table dekat bawah untuk nilai fee

  • Commission fee:
    • yuran yang dikenakan oleh Shopee mengikut jenis produk yang kita jual
    • nilai fee antara 2.65% sehingga 4.24% termasuk GST (berkuatkuasa pada 10 January 2023 nanti)
    • tengok perbezaan nilai fee sebelum dan selepas kenaikan di bawah ni

    Gambar bawah ni ialah breakdown product di bawah kategori di atas:




*tolong klik terus pada gambar untuk zoom-in

Itu baru fees dari Shopee, tak termasuk discount atau voucher yang kita letak pada harga barang dan kedai lagi. Dan apa yang mommy eez tunjukkan di sini masih belum detail sepenuhnya. Korang boleh rujuk link ni sebagai rujukan:


Jom, kita tengok berapa jumlah fees yang mommy eez kena untuk kedai Shopee Kiddie Oasis Online Store:


Walaupun perbezaan nilai tak begitu ketara tapi dah cukup mencekik bagi yang buat dropship. Komisyen untuk dropship seller average hanya 10% saja. Berapa kerat je untung dapat kalau total fees dah nak cecah 10%. Itu tak termasuk discount/voucher tu semua. Umpama buat kerja charity je meniaga di Shopee.

Mommy eez down la sikit bila dapat berita ni sebab tak tahu hala tuju Kiddie Oasis Online Store lepas ni. Main income banyak dari marketplace Shopee dan Lazada. 

Sebagai peniaga, tak bolehlah nak down lelama kan. Strategi mesti kena ada. Apa yang mommy eez plan untuk still kekal relevant ialah:

1. Keluarkan produk yang profit margin 10% dan ke bawah dari Shopee untuk elakkan lebih banyak rugi dari untung.

2. Masukkan produk lain yang profit margin 20% dan ke atas. Kalau 15% tu tak tahu berapa lama boleh bertahan sebab fees memang akan naik dari masa ke semasa. 

3. Kurangkan Service Fee dengan keluar dari program FS40 (untuk kes Kiddie Oasis Online Store) tapi yang ni cukup memberi kesan pada sales. Even masa mommy eez tukar dari FS15 ke FS40 pun sales jatuh merudum dengan dahsyatnya. Tapi kena redhaaaa~~~

4. Start masuk marketplace lain macam TikTok, PG Mall, Youbeli, Lazada dan lain2. Kalau ada lain2 marketplace lain boleh share juga hokey. Setahu mommy eez, fees PG Mall dan Youbeli dalam 5% overall tapi tak sure kalau ada hidden fees yang lain. 

5. Banyakkan direct customer berbanding customer dari Shopee. Tapi untuk kes ni sesuai kalau customer nak urgent dan COD. 

Korang ada idea lain yang lebih bernas? Boleh #sharingiscaring dekat komen di bawah ni ya.


Lavv,

Mommy EEZ

My #QuranTime 2.0 Episod 6 - Ayat 10-13 Surah Al-Baqarah (Halaman 3)

Hari sudah malam. Jam menunjukkan pukul 10pm malam. Masihkah ada tenaga untuk berjaga malam menyiapkan nota episod 6? لا حول ولا قوة إلا بالله ... Tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah SWT. 


Jom kita cepat bergerak, moga ada sinar untuk menyiapkan nota ni on time insha Allah. Mommy eez rasa terharu sangat2 bila tengok dekat FB Page My #QuranTime Official ni. Dahlah bagi kita yang #budakbarunakbelajar ni tengok free je siri My #QuranTime versi 2.0 ni, rupanya diorang siap bagi free slide nota lagi! Allahu. Tengok gaya krew2 dan team penerbitan My #QuranTime ni betul2 berusaha untuk memudahkan orang ramai belajar tentang Al-Quran. Mommy eez gigih la screenshot setiap slide yang ditunjukkan dalam setiap episod. Ini dah betul2 bagi mudah, tapi masih ramai lagi yang tak nak belajar tadabbur Al-Quran, tak tahulah mommy eez nak cakap apa. Bak kata nenek tok moyang kita dulu, "nak seribu daya, tak nak seribu dalih".


Semoga dengan asbab adanya nota ni, dapat memberi serba sikit pahala bukan saja pada para pembaca dan juga mommy eez, tapi juga dikongsikan juga pahala ilmu ini kepada para ahli keluarga mommy eez yang telah pergi meninggalkan kita semua. Aaameeen.


Jom, tanpa melengahkan masa, mommy eez mulakan nota ni dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... 


Episod 6 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tarmizi Abdul Rahman




- Sinopsis bagi episod kali ni:



- Ayat ke-10: 


Dalam hati orang yang bersifat munafik ni ada penyakit, maka Allah SWT tambahkan lagi penyakit ke dalam hati mereka dengan memberikan kemenangan kepada orang2 beriman. Lalu bertambah2 lagi lah sakit hati orang munafik ini. Salah satu kejadian yang membuatkan orang munafik ini sakit hati ialah semasa berlakunya Perang Uhud, di mana orang2 munafik ini menarik diri dari peperangan, namun apabila berlaku kemenangan terhadap orang2 beriman, mereka berasa cemburu.

Dinyatakan di dalam ayat ke-7, Allah SWT menyediakan azab yang besar untuk orang kafir, manakala pada ayat ke-10 ini, Allah SWT menyediakan azab yang pedih bagi orang munafik. Itulah sebabnya, apabila mereka berasa cemburu, dengki dan ego, hati mereka menjadi sakit yang tak terperi pedihnya. 

Hati yang sakit juga adalah kerana sering menafikan kebenaran. Contohnya, kita rasa sakit hati apabila melihat kawan kita mendapat nikmat dari Allah SWT atau kita rasa seseorang itu tak layak mendapat kenaikan pangkat/gaji, maka itu adalah tanda2 hati kita sakit. Semoga kita semua dijauhkan dari perasaan sebegitu dan menjadi umat Alhamdulillah insha Allah. 


Perkataaan pilihan untuk episod kali ini ada pada ayat ke-10 ini iaitu:


- Huruf ف yang Allah SWT maksudkan pada perkataan ini ialah sesuatu yang cepat dan tidak mengambil masa yang lama. Jadi, apabila Allah SWT tambahkan rasa sakit di dalam hati orang menafik itu, ianya berlaku dengan cepat atas sebab2 yang kecil. Contoh seperti, mereka tak puas hati atau cemburu atas kebaikan orang lain sehingga mereka suka nak memperkecilkan atau memandang negatif atas usaha baik orang lain. 


- Ayat ke-11: 


Allah SWT menceritakan apakah perbuatan lain orang2 munafik ini. Apabila mereka diberi amaran untuk tidak melakukan kerosakan ke atas muka bumi ini, mereka menjawab "kami hanya melakukan kebaikan". Mereka tidak mahu mengakui perbuatan mereka salah malah merasakan tindakan mereka betul. 

Semoga kita dijauhkan dari sikap 'tak makan saman' ini dan juga sikap tak boleh ditegur atas kesalahan yang kita buat.

Kesalahan2 besar yang dilakukan oleh orang2 munafik ni antaranya ialah:

  • Menyalakan fitnah kepada orang lain
  • Menyebarkan rahsia kaum muslimin kepada orang kafir yang ingin menghancurkan umat Islam 
  • Melakukan keingkaran
  • Menghalang manusia untuk berjuang ke jalan Allah SWT


- Ayat ke-12: 


Orang2 munafik ini tidak menyedari ( لَّا يَشعُرُونَ ) yang mereka membuat kerosakan dan masih tidak mahu mengakui kesalahan mereka. Pada ayat ke-9, orang munafik berfikir yang mereka ni masih selamat walaupun mereka nak menipu Allah SWT, tetapi akhirnya dinafikan oleh Allah SWT. Mereka betul2 tak pernah sedar akan hal ni sebab ada perkataan  وَمَا  . 


- Ayat ke-13: 


Apabila orang2 munafik ini diseru kepada kebenaran iaitu beriman kepada Allah SWT, mereka respon dengan cara yang sangat 'sarcastic'. Mereka menjawab, "patutkah kami beriman sama seperti orang2 bodoh itu?". Orang2 munafik berfikir sedemikian terhadap sahabat2 nabi kerana kebanyakan sahabat2 nabi adalah orang2 miskin dan tidak berpelajaran tinggi seperti Abu Jahal/Abu Hakam. 

Mengikut Imam Ar-Razi, orang2 munafik ini berpendapat orang2 bodoh ni sanggup menjual akhirat dengan dunia. Orang2 munafik memilih dunia berbanding akhirat kerana tidak tahu nilai akhirat yang sebenar dan keutamaannya, walhal akhirat itu kekal selama2nya. 

Namun, Allah SWT menempelak dakwaan mereka dengan mengatakan pada ayat ini bahawa orang2 munafik inilah yang bodoh dan mereka tidak mengetahuinyaلَّا يَعلَمُونَ ). Dahlah tak berilmu, bodoh sombong pula. 


- Segmen tajwid bermula pada ayat ke-10:


- Hukum bacaan Idgham Syafawi ( م mati bertemu dengan م ) di atas ialah dengung 2 harakat.


- Memperbetulkan sebutan huruf ض di bawah:


- Perkataan مَّرَضٌ yang ada tanwin di atas membawa maksud 'penyakit yang besar' yang merujuk kepada penyakit hati orang munafik.


- Kita perlu berhati2 apabila membaca perkataan وَإِذا قيلَ pada ayat ke-11 dengan fokus kepada bunyi huruf ق , ذ supaya tak tertukar dengan huruf ك , ز .

- Berhati2 juga apabila mewaqafkan perkataan فِي الأَرضِ supaya sebutan ض tu dimasukkan sekali apabila waqaf dan bunyinya berada pada tepi lidah di atas gigi geraham. Huruf ض bukan huruf qalqalah jadi, bunyinya tidak tebal. 

- Lagi satu perkataan نَحنُ مُصلِحونَ perlu berhati2 dengan bunyi huruf ح supaya tak tertukar dengan huruf .


- Bahagian hafazan:


 

- Resolusi untuk episod kali ini:



Alhamdulillah itu saja nota untuk episod kali ni. Rujukan ada pada link di bawah beserta nota pada siri yang lepas.


Nota My #QuranTime 1.0 : Halaman 3 Surah Al-Baqarah Ayat 6-16


Semoga kita berjumpa lagi dalam post yang akan datang, insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

Popular Posts