Alhamdulillah mommy eez masih lagi diberi kesempatan untuk menyambung nota untuk episod 9 Nota My #QuranTime versi 2.0 ni. Walapun hari dah lewat malam, mommy eez gigih nak belajar sebab mommy eez dapat rasakan keberkatan hari2 yang mommy eez lalui sekalipun ada cabaran dan dugaan, ianya selalu dipermudahkan Alhamdulillah.
Hari ni mommy eez ada family gathering di Tamu Suites Hotel di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Rasa seronok sangat sebab memang dah lama tak berkumpul borak2 sambil makan di hotel dan makanan2 di situ semua sedap2 belaka Alhamdulillah. Kemain layan lagi macam2 jenis makanan di situ, sekali balik rumah terus memerut. Huhuhu~ . Takpelah, better keluarkan daripada terus bertapa dekat dalam tu kan. Hihihi~.
Hokey stop merepek. Jom kita sambung nota seterusnya dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Episod 9 ini disampaikan oleh:
Ustaz Fazrul Ismail
Ustaz Tirmizi Ali
- Sinopsis untuk episod kali ni:
Menurut tafsir Ibnu Katsir, pada ayat ke-17, Allah SWT menceritakan orang2 munafik yang betul2 sudah tidak beriman manakala pada ayat 19-20, Allah SWT menceritakan orang2 munafik yang 50-50 imannya (ada masa beriman, ada masanya tak beriman).
Ayat ke-20 ini menyatakan ada kilat yang hampir2 menyambar penglihatan orang munafik tapi ianya tidak berlaku. Apabila kilat memancarkan cahayanya, ia umpama orang2 munafik ini mendapat cahaya terang dan panas ( أَضَآءَتْ ) dan mereka berjalan di bawah cahaya tersebut. Apabila cahaya kilat itu hilang, orang2 munafik ini berhenti di satu kawasan kerana kegelapan. Ini membawa erti bahawa, apabila orang2 beriman mendapat rahmat contoh seperti mendapat harta rampasan perang, orang2 munafik ini juga yang dapat manfaatnya. Cahaya yang panas itu membawa maksud peraturan yang Allah SWT dah tetapkan dalam Islam bagi menjaga kemaslahatan umat Islam. Jadi peraturan2 ini ada kebaikannya yang dinikmati oleh orang2 munafik. Namun begitu, apabila orang2 beriman ini mengalami dugaan seperti kalah dalam perang ataupun menghadapi kemarau, orang2 munafik ini berhenti ( قَامُوا۟ ۚ) dan tidak mahu mengikut ajaran agama Islam itu sendiri. Malah, mereka mengejek2 dan menyalahkan orang2 beriman atas apa yang berlaku.
Jika Allah SWT mahu, pasti hancurlah pendengaran dan penglihatan mereka di atas kemunafikan mereka. Tetapi Allah SWT, masih lagi membuka peluang kepada orang2 munafik ini supaya bertaubat. Dan di akhir ayat ini, Allah SWT mengingatkan kita bahawa yang Dia Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.
Pengajarannya, kita harus hargai peluang yang Allah SWT berikan kepada kita untuk kembali kepadaNya sekalipun ada kadangkala satu masa kita rasa sangat rajin membaca Al-Quran, dan ada kalanya kita rasa macam malas nak baca Al-Quran. Kita harus cepat2 sedar dan cuba jauhkan diri kita daripada adanya sifat munafik dalam diri ini.
Perkataan pilihan dipilih dari ayat ke-20 ini:
- Perkataan يَخْطَفُ membawa maksud yang Allah SWT berupaya untuk 'menyambar' apa saja nikmat yang telah Dia kurniakan sebelum ini kepada kita.
- Ayat ke-21:
Ayat ini merupakan ayat pertama dalam Al-Quran yang mengandungi seruan dan suruhan/perintah dari Allah SWT.
Dalam ayat ini, Allah SWT menyeru kepada seluruh manusia termasuk orang2 beriman, orang kafir ataupun orang munafik supaya beribadah (menghambakan diri) kepadaNya iaitu Tuhan yang telah menciptakan seluruh manusia. Allah SWT yang Maha Pengasih ini menciptakan manusia dari kosong/tiada apa2 sejak dari nenek moyang kita lagi. Seruan ini dibuat kerana Allah SWT mahu menjaga kita dari membuat perkara yang merbahaya yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Maka, apabila kita mengikut peraturan yang Allah SWT telah tetapkan, kita akan menjadi orang bertaqwa yang selamat dipandu dan dilindungi oleh Allah SWT di dunia dan juga di akhirat.
Perkataan يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ itu membawa 2 maksud iaitu; yang pertama, Allah SWT memanggil orang yang jauh supaya datang dekat dan yang kedua, untuk orang yang dekat, jangan lalai dengan mesej yang Allah SWT sampaikan.
Pengajaran dari ayat ini ialah, kita mestilah menghambakan diri kepada Allah SWT, bukannya menghambakan diri kepada makhluk lain, contohnya menghambakan diri kepada isteri, suami, anak dan sesiapa saja.
- Ayat ke-22:
Allah SWT menjelaskan lagi bukti kekuasaanNya dan mengapa kita perlu menghambakan diri kepadaNya. Ayat ini menerangkan bukti adanya Hari Akhirat/Qiamat. Pada ayat ke-13, Surah Al-Baqarah menceritakan orang2 munafik yang ada penyakit hati ni tidak ada ilmu. Maka, pada ayat ini, Allah SWT menyatakan orang2 yang beriman pasti ada ilmu.
Apakah ilmu itu?
- Ilmu pertama ada pada ayat ke-21, iaitu Allah SWT menciptakan manusia dan mudahnya Allah SWT untuk bangkitkan kita di Hari Akhirat nanti.
- Ilmu yang kedua, Allah SWT menjadikan bumi sebagai hamparan, langit dan bumi.
- Ilmu yang ketiga ialah Allah SWT menjadikan dari air hujan yang turun dari langit lalu Dia mengeluarkan pelbagai buah2an untuk dijadikan rezeki buat kita. Begitu juga nanti di akhirat, Allah SWT berkuasa untuk bangkitkan seluruh manusia, menjadikan syurga dan neraka dan kesemua itu mudah bagi Allah SWT.
Pengajarannya di sini ialah, kita mestilah teruskan usaha mencari ilmu supaya kita sedar kita tidak akan menyekutukan Allah SWT dengan mana2 berhala. Kita tahu yang patung2 berhala ataupun mana2 makhluk tidak mampu menciptakan makhluk, bumi dan langit apatah lagi memberi rezeki. Kita kena menghambakan diri kepada Allah SWT kerana Dia lah Maha Pemberi segalanya tanpa ada had dari segi ilmu, rezeki, kesihatan dan sebagainya.
- Segment tajwid:
- Hukum Mad Jaiz Munfasil ialah apabila huruf mad ي dan ا bertemu dengan huruf ء dalam 2 kalimah. Hukum bacaannya ialah 4-5 harakat.
- Seterusnya:
- Perlu menjelaskan dan membezakan kedua2 huruf ق dan ك di mana huruf ق bunyinya tebal dan huruf ك bunyinya nipis dan ringan.
- Segmen hafazan melibatkan ayat yang ke-21: