My #QuranTime 1.0 : Halaman 4 Surah Al-Baqarah Ayat 17-24

Assalamualaikum semua para2 pencinta Al-Quran.

Bertemu lagi dalam #notamyqurantime oleh mommy eez. Nota mommy eez ni tak adalah lengkap sangat tapi dibuat untuk kefahaman mommy eez sendiri dan mungkin membantu orang2 di luar sana yang tak sempat nak menonton siri My Quran Time di TV Al-Hijrah. Ada yang mommy eez tengok nota2 orang lain yang lebih organized dan padat. Tapi approach yang mommy eez guna lebih kepada penceritaan la. Kepada yang suka nak baca cepat, ringkas dan padat bolehla refer pada nota2 sedemikian. Untuk mommy eez ni lebih suka nota yang macam cerita sebab lebih menusuk ke jiwa haaaa gittew!

Disclaimer: Mommy eez bukan ustazah atau pensyarah. Mommy eez hanya orang biasa yang baru terkedek2 nak belajar tentang Al-Quran. Jadi, istilah2 yang mommy eez gunakan lebih kepada bahasa santai/pasar. Manalah tahu kot2 ada ayat2 yang mommy eez guna tu macam tak sesuai ke dan ada ayat2 lain yang lebih elok, boleh drop komen di bawah untuk tegur hokey. #kitasama2belajar

Ehhh panjang beno membebel kali ni. Tak nak membuang masa, jom kita start~

(Sudilah kiranya tuan/puan membacakan Al-Fatihah buat kakak mommy eez yang dah dua bulan lebih tinggalkan mommy eez and family due to sudden death. Peritnya masih terasa sehingga mommy eez agak kemurungan akibat kehilangan beliau. Tapi mommy eez sedaya upaya untuk move on dan harap penyakit ni akan sembuh, insya Allah. Salah satu caranya ialah dengan belajar bersama My Quran Time 😊)


Episod 4 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul Ismail
Ustaz Ahmad Tirmizi Hj. Ali

- Dimulakan dengan bacaan doa dari ayat 32, surah Al-Baqarah dan juga doa di bawah:


- Perbezaan perkataan ٱلحَمدُ  dengan perkataan 'madah' ialah  ٱلحَمدُ bermaksud puji dan syukur dari hati yang mulus kepada Allah SWT, manakala madah ialah dari Bahasa Arab bermaksud memuji dari mulut saja. 
 

- Ciri2 orang  yang munafik dalam ayat 17 sehingga ayat 20:
 
    1. Hatinya sakit (melihat orang lain membuat kebaikan, orang beriman dan etc.)
    2. Mereka tidak sedar yang mereka tergolong dalam golongan munafik
 
KIta perlu risau dan kena selalu berdoa kepada Allah SWT supaya kita tidak terjerumus ke dalam golongan orang munafik ini. 
 
- Ayat 17-18


Allah SWT membuat perumpamaan pertama bagi golongan orang2 munafik ini:
  • Seperti orang yang menyalakan api, apabila api menerangi di sekelilingnya, Allah lenyapkan cahaya itu dari mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan. Lalu orang munafik ini menjadi  صُمُّۢ (pekak), بُكمٌ (bisu) dan عُمىٌ (buta).
 
Pada ayat 17, perkataan حَولَهُ (di sekelilingnya) merupakan perkataan singular yang merujuk kepada Nabi. Untuk Bani Israel, mereka semua diterangi oleh Nabi yang membawa wahyu Allah pada ketika itu. Manakala perkataan بِنُورِهِم (dengan cahaya mereka) merujuk kepada cahaya yang ditarik oleh Allah SWT ke atas orang2 munafik ini dan membiarkan mereka di dalam ظُلُمَـٰتٍ (kegelapan demi kegelapan - perkataan plural. Tahap level kegelapan seperti yang Allah beri pada Abu Jahal, Abu Sufian (sebelum beliau masuk Islam) dan juga Firaun).
 
Penjelasan ayat ini merujuk kepada Nabi Musa A.S. datang membawa cahaya iaitu kitab Taurat sebagai jalan yang lurus tetapi Bani Israel tidak mahu ikut. Sekalipun Allah telah berikan pelbagai nikmat termasuklah mann dan salwa, terselamat dari Firaun tetapi mereka tetap berdegil. Mereka cuba untuk menipu Tuhan dengan mengatakan mereka membuat kebaikan tetapi sebenarnya mereka membuat kerosakan. Mereka juga tahu tentang isi kandungan kitab Taurat itu, tetapi mereka sembunyikan dari pengetahuan orang Islam. Orang munafik ini mendapat kitab Taurat (cahaya) tetapi mereka tidak mahu menghargainya. Lalu Allah SWT menjadikan mereka ini sesat dan tiada arah tuju.  


- Ayat 19-20



Perumpamaan yang ke-2 yang Allah SWT katakan pada golongan munafik ini:

  • Seperti orang yang ditimpa hujan lebat lalu menyumbat jari mereka ke dalam telinga masing2 dari mendengar suara petir kerana mereka takut mati. Kilat/petir itu pula hampir menyambar penglihatan mereka setiap kali mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap, mereka berhenti. Jika Allah berkehendak, Allah mampu untuk hilangkan pendengaran dan penglihatan mereka.


Hujan lebat di sini merujuk kepada wahyu Allah SWT. Bani Israel ini tidak mahu mendengar wahyu Allah dengan menutup telinga dengan anak jari mereka kerana takut terpengaruh dengan dakwah Nabi Musa A.S. Mereka juga takut mati dan tidak suka mendengarkan bacaan Al-Quran kerana hati mereka sakit. Hati yang normal akan merasa aman dan tenteram apabila mendengar alunan ayat2 Al-Quran.
 
Orang2 munafik ini hanya beriman pada sesuatu perkara yang memberi keuntungan kepada mereka sahaja. Namun, jika perkara itu tidak membawa apa2 keuntungan/kepentingan pada mereka, mereka tak mahu patuhi sedangkan ianya tertulis di dalam al-kitab. Sedangkan Allah itu mampu untuk menghapuskan pancaindera mereka jika Allah berkehendak.
 
Ada juga pendapat lain yang mentafsirkan bahawa Allah mengibaratkan Bani Israel ini umpama api dan air (مَثَلُهُم كَمَثَلِ ٱلَّذِى). Api sifatnya mementingkan diri sendiri. Manakala air pula bila ada kepentingan, di situlah hala tujunya, bila tak ada kepentingan, mereka menghilang.
 
- Ayat 21

Ayat ini merupakan seruan kepada seluruh umat manusia tidak kira muslim ataupun bukan muslim supaya menyembah (اعْبُدُو) Allah SWT yang menciptakan sekalian manusia dengan menjadi orang yang bertaqwa.
 
Perkataan اعْبُدُو ini juga membawa maksud merendah diri dan mengaku diri ini penuh dengan kelemahan. Jadi kita perlu ada sifat taqwa iaitu melindungi diri kita daripada masalah dengan meminta bantuan daripada Allah SWT dan menjadi taat untuk menjauhi perkara2 yang haram.
 
Perkataan خَلَقَكُم bermaksud menciptakan dari kosong/tiada apa sehingga menjadi sesuatu. Contohnya, Allah mencipta manusia dan tidak ada seorang manusia pun tahu caranya melainkan Allah SWT.


- Ayat 22


Menyambung mesej di dalam ayat 21. Allah SWT menjadikan bumi ini sebagai hamparan/katil (
فِرٰشًا ). Allah SWT menurunkan air dari langit dengan menumbuhkan pelbagai jenis buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Maka, janganlah kamu menyekutukan Allah SWT yang mengurniakan segala nikmat di atas muka bumi ini. 
 
Bumi yang Allah jadikan ini lembut dan tidak panas. Sesuai untuk semua hidupan dan Allah SWT memberikannya secara percuma kepada kita. Segala nikmat makanan, tempat tinggal, pakaian dan macam2 lagi merupakan rezeki dari Allah SWT. Allah ingin kita beribadah/tunduk kepada Dia yang Maha Pencipta yang menjadikan alam ini.
 
Orang yang berilmu dan berfikir pasti sedar akan maksud ayat 21 dan 22 ini. Namun bagi orang yang tidak ada ilmu, mereka tidak sedar akan segala nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka. Mereka tidak nampak manfaat dapat makan makanan sedap, dapat rezeki yang baik, dapat lihat pemandangan yang indah dan bagi mereka itu sememangnya untuk mereka yang bernasib baik. Mereka langsung tidak berfikir siapa yang mengurniakan semua nikmat itu. Itulah sebabnya mereka rasa tak bersyukur. 
 
Perkataan أَندادًا merujuk kepada seteru Allah. Bani Israel menyekutukan Allah dengan patung2 berhala mereka. Bila kita reflect pada zaman sekarang, kebanyakan kita beribadah kepada Allah tetapi masih obsessed dengan benda2 lain. Contoh seperti kita sedang solat, tapi otak fikir perkara duniawi.

- Perkataan pilihan episod kali ini ialah:    .
 

 
Maksud جَعَلَ ialah menjadikan/menciptakan sesuatu yang ada fungsinya.

- Ayat 23


Dalam ayat ini, Allah SWT mencabar orang2 Yahudi supaya membuat 1 surah yang sama dengan Al-Quran. Perkataan
دونِ bermaksud selain dari Allah atau sesuatu yang rendah seperti patung berhala yang kononnya mampu untuk menolong mereka membuat surah setara dengan apa yang ada di dalam Al-Quran. 
 
Ketika Rasulullah berada di Madinah, terdapat seorang dari Bani Hanifah bernama Musailamah bin Habib mengaku dirinya seorang nabi. Beliau merupakan pakar dalam bidang syair jadi beliau cuba mencipta Surah Ad-Difda (Katak) yang hanya menceritakan tentang habitat katak di dalam air. Namun gaya bahasa surah tersebut sangat aneh dan maksudnya pun janggal lalu diketawakan oleh orang ramai. 
 
- Ayat 24



Allah bermaksud untuk menakutkan manusia dengan balasan azab di akhirat kelak. Kepada mereka yang tidak yakin dengan wahyu Allah, mereka sepatutnya mengambil iktibar daripada umat sebelum ini dan akan datang yang tidak beriman kepada Allah tidak akan berjaya selama-lamanya. Sekalipun mereka tidak takut kepada Allah, mereka perlu takut pada neraka yang bahan bakarnya ialah batu dan manusia.
 
Jangan jadi seperti orang Yahudi umpama batu yang bising, kufur, sombong dan degil.

- Hukum mempelajari hukum tajwid:


- Mukallaf bermaksud orang yang baligh, berakal dan yang telah sampai dakwah Islam kepadanya.
 
-  3 pelajaran daripada Halaman 4 ini ialah:
 

Kesimpulannya, pengajaran yang mommy eez dapat dari Halaman 4 ini ialah:

1. Allah menyambung untuk menerangkan ciri2 orang munafik dari Halaman 3. Semoga Allah SWT menjauhkan kita dari ciri2 ini:
  • orang munafik bersifat bermuka2. Depan2 cakap lain, tapi dalam hatinya lain.
  • orang munafik mensia2kan nikmat agama Islam dan sanggup memilih jalan yang sesat berbanding kebenaran
  • orang munafik ini ragu2/was2 dengan kebenaran wahyu yang Nabi Muhammad SAW bawakan
  • hati orang munafik selalunya sakit disebabkan cemburu, tak puas hati, tak bersyukur, suka berdendam dan penuh hasad dengki
  • orang munafik ini selalunya tidak berpegang kepada janji, tidak amanah dan suka berbohong

2. Allah SWT menyeru untuk kita menyembahNya dan menjadi orang yang bertaqwa.

3. Allah memberikan segala nikmat yang ada di bumi dan di langit buat semua makhluknya. Namun ada manusia yang berfikir segala nikmat itu adalah hak mereka dan tak perlu ada rasa bersyukur pun atau berterima kasih. Mereka tidak mahu menyedari siapa yang memberikan segala kemudahan dan kesenangan di atas dunia ini. 

4. Allah SWT mencabar orang2 munafik dan orang kafir untuk membuat ayat yang setara dengan ayat2 Al-Quran dan pastinya mereka tidak dapat membuatnya.


Itu saja nota yang mommy eez dapat siapkan. Kalau ada info lain, mommy eez akan update ya. Terima kasih sudi membaca Nota My #qurantime Episod 4 ini. Untuk menonton terus ke siaran ulangan episod ini ada di link di bawah ye:
 
 
Kalau mahu sambung baca nota seterusnya, sila tekan link di sini ---> Episod 5 

Semoga Allah SWT memelihara hati2 kita dalam mendapatkan hidayah dalam hidup ini Insha Allah
 
#myqurantime #qurandisisibacasetiaphari #tadabburquran #bacafahamamal
 
 
Lavvv,
Mommy Eez


JOM TUKAR LINK BLOGLIST


Assalamualaikum semua,

Mommy eez saja nak join blogwalking since dapat pengunjung yang sudi tinggalkan komen di ChatBox (sidebar sebelah kanan). Terima kasih kepada Miss Potato. Appreciated it very much 😀.

So sambil usha2 blog Miss Potato rupanya ada kempen untuk share bloglist dari:


So, bagi memeriahkan kempen dari Linda Beauties ni, bolehlah drop link blog anda semua di komen bawah dan tekan link di gambar atas untuk share link blog anda di sana juga hokey.

Bagi yang drop link blog anda di sini Insya Allah mommy eez akan follow dan tinggalkan komen di sana. Harap sudi follow back blog Kiddie Oasis ni juga ya.

Terima kasih semua kawan2 blog.

Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua.

Aaaminnn

Lavvv,

Mommy EEZ


Dropship Educational Toys Malaysia atau Dropship Quran Tagging?

Assalamualaikum,

Mommy eez saja pancing tajuk tu sebab mana tahu ada yang tengah mencari untuk buat side income kan. Antara edutoys dan quran tagging, dua2 pun available untuk dijual..

WOW! Best kan...

Educational books belum termasuk lagi. Insya Allah one day, hokey.

Mommy eez dalam proses untuk RECRUIT DROPSHIP AGENT untuk #teamkiddieoasis . Those yang belum tahu tentang nature of business mommy eez boleh tekan gambar di bawah untuk usha2 terlebih dahulu..
.




Since ramai juga yang approach mommy eez these few weeks untuk jadi dropship agent, so mommy eez tengah setup di website untuk kemudahan semua insya Allah. Apa syarat2nya?

Only selected items that are available for dropship agents:
  • Milk Up Candy milk booster
  • Boomi Baby products
  • Educational toys
  • Quran Tagging



Lepas tu ada dropship fee dalam RM20 saja bagi yang betul2 serius untuk menjual. Mommy eez nak elakkan mereka yang saja beli untuk diri sendiri dan dapatkan diskaun. Kasihanilah kami peniaga comel yang cuba untuk survive di zaman millenial ni yang ternyata bukan senang. Huhuhu~

Jom tengok syarat2 nak join #teamkiddieoasis di sini:

t.me/dropshipteamkiddieoasis


Hokey tu saja nak mengomel dekat sini. Mana tahu andalah orang yang terbaik untuk join #teamkiddieoasis kan. See yew soon!

Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my


My #QuranTime 1.0 : Halaman 3 Surah Al-Baqarah Ayat 6-16

Assalamualaikum everybody.

Mommy eez hari ni nak sambung nota untuk Episod 3 My #QuranTime. Rasa macam dah jauuhhhhh betul ketinggalan. Dah sampai ke Episod 32 dah sebenarnya. Tapi diri ni sangat degil untuk give-up. Hahaha~ Semoga ada manfaat bagi mereka yang sudi membaca post ni insya Allah.

Sebelum mula, mommy eez nak bacakan Al-Fatihah buat kakak sulung mommy eez yang tersayang. Mommy eez harap arwah bergembira dan selalu tenang di alam sana insya Allah.

Jom kita start gaisss...

Episod 3 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul
Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman

- Jom kita re-cap episod lepas; Dengan sifat Allah SWT yang Ar-Rahman ini, kita mendapat pelbagai rahmat (meliputi seluruh makhluk). Salah satunya Allah SWT izinkan kita untuk belajar tentang Al-Quran. Lalu bila kita menghargai rahmat ini, dengan sifat Allah SWT yang Ar-Rahim, Allah SWT berikan hidayah buat orang2 yang beriman melalui Al-Quran.


- 5 ayat pertama surah Al-Baqarah ialah tentang orang2 mukmin meminta bantuan petunjuk daripada Allah SWT melalui Al-Quran. Allah SWT menerangkan 5 ciri2 orang2 yang bertaqwa (Boleh semak di post sebelum ni di Episod 2 <--- Klik sini)


- Sinopsis episod kali ni:


- Ayat 6:


Allah SWT memberi komen tentang orang2 kafir ini (seperti yang diriwayatkan oleh Ibn Jarir dan Ibnu Ishaq), di mana mereka ini tidak mahu mengambil pelajaran/peringatan dari Nabi2 yang terdahulu sehinggalah ke Nabi Muhammad SAW. Walaupun sudah diberi peringatan banyak kali, namun mereka tetap degil dan terus ingkar dengan dakwah Nabi Muhammad SAW.

Allah SWT merujuk orang2 kafir di dalam surah Al-Baqarah ini ialah orang2 Yahudi iaitu Bani Israel di Madinah.

Apakah erti kafir yang sebenar? Pada zaman sekarang, kita tak boleh menghukum seseorang itu kafir jika dia tidak beragama Islam. Misal kata jiran kita seorang non-muslim, kita tak boleh anggap mereka sama macam orang kafir kerana kita bertanggungjawab untuk memberi peringatan kepada mereka tentang agama Islam. Mereka tak sama seperti orang2 Yahudi. Melainkan kita dah berdakwah kepada mereka, namun mereka berdegil maka mereka termasuk ke dalam kumpulan orang2 kafir.


- Ayat 7:


Jadi, bila orang2 kafir ni masih berdegil tidak mahu beriman setelah banyak kali diberi peringatan, maka
Allah SWT menutup hati2 (قُلوبِهِم), pendengaran (سَمعِهِم) dan penglihatan2 (أَبصٰرِهِم) mereka. Ini merupakan ciri2 hati yang mati.

Pengajaran yang kita boleh ambil dari ayat ini ialah kita perlu menjaga apa yang kita dengar kerana ini akan memberi kesan kepada penglihatan dan hati kita. Contohnya, apa saja perkara baik yang kita dengar (macam mendengar ayat2 Al-Quran) akan mempengaruhi hati kita menjadi baik dan sekaligus membuat kita nak melihat perkara yang baik2. Ciri2 hati yang mati ini lawannya ialah ciri2 hati yang hidup bagi orang2 bertaqwa pada ayat 1-5 dalam surah Al-Baqarah ini.
 
Mengapa Allah SWT menggunakan 3 perkataan ini ada yang di dalam bentuk plural (jamak) dan singular (satu)?
 
 قُلوبِهِم  (hati2): perkataan plural untuk perkataan qalbun (keinginan hati). Hati ini sentiasa berbolak-balik. Allah SWT menutup hati2 orang2 kafir ini kerana tidak yakin dengan Al-Quran.

سَمعِهِم (pendengaran): perkataan singular. Walaupun deria pendengaran ada sepasang (2 telinga) namun kita selalu mendengar bunyi atau sumbernya dari 1 arah saja.

أَبصٰرِهِم (penglihatan2): perkatan plural. Walaupun kita memandang ke satu arah saja namun terlalu banyak yang difikirkan. Contoh seperti mata kita sedang menonton TV rancangan My #QuranTime, tapi mata ni sibuk perhatikan perkara lain macam baju penyampai TV, background set, kerusi, meja dan lain2. 
 

- Ayat 8-9



Menerangkan ciri2 hati yang sakit. Orang2 munafik ini mengaku mereka beriman tapi sebenarnya mereka tidak beriman pun. Malah mereka hendak menipu Allah SWT dan orang2 beriman tetapi sebenarnya mereka tidak sedar yang mereka menipu diri mereka sendiri.

Kita perlulah berhati2 dengan orang2 munafik ini kerana mereka akan mendekati kelompok orang2 Islam dan mengaku diri mereka sama beragama Islam tetapi sebenarnya tidak. Umpama, luar cakap lain, hati cakap lain. Orang2 munafik ini boleh jadi terdiri daripada orang bukan Islam dan orang Islam itu sendiri dan mereka ini tidak sedar yang mereka tergolong di kalangan orang munafik.


- Perkataan pilihan untuk Halaman ke-3 ini:


- Maksud orang kafir:
  • Orang kafir tahu adanya kebenaran yang dibawa oleh nabi2 tapi mereka menutup kebenaran itu.
  • Kuffar (ada mention dalam Surah Al-Hadid) - petani yang kagum pada hujan. Mereka ini kagum/fokus pada material/perkara2 di dunia dan mereka tak memandang pada akhirat pun.
  • Berlawanan dengan maksud Fallah - petani yang berusaha keras macam kita yang sedang belajar tadabbur ini.

Bila kita lebih mendalami Al-Quran, kita akan lebih berhati2 dengan rasa hati ini. Hati kita akan berasa salim (sejahtera) tanpa merungut atas segala yang terjadi dan tidaklah hati ni berasa sakit atau pun mati.


- Ayat 10-12:




Dalam hati orang munafik ini ada penyakit lalu Allah SWT tambahkan lagi penyakitnya. Bagi mereka seksaan yang pedih kerana mereka berdusta. Penyakit yang Allah SWT maksudkan ialah raib (ragu2/tak yakin). Allah SWT tambahkan lagi penyakit dalam hati mereka, kerana mereka hendak menipu/deny/mendustakan Allah SWT.

Kaitannya dengan zaman sekarang ialah kita juga ada penyakit ragu2 ini. Ragu2 dengan pertolongan Allah SWT. Tak yakin sama ada Allah SWT akan menjawab doa kita atau tak. Bila tak yakin, kita akan terdorong untuk membuat sesuatu yang Allah SWT tak suka. Contoh macam kita nak dapatkan sesuatu projek tapi menggunakan jalan yang salah iaitu melalui rasuah (kerana tak yakin dengan rezeki Allah SWT). Maka, jika kita tak mampu, jangan berdusta sehingga boleh membawa kepada kerosakan. Macam kes rasuah tadi, kita tak layak untuk mendapat projek berkenaan maka akan berlaku ketidak adilan pada pihak lain malah projek itu akan binasa di tangan2 orang yang tidak sepatutnya.

Maka, kita perlu jauh dari sikap ini dan jangan sampai nama kita termasuk ke dalam list golongan orang munafik (seperti di zaman Saidina Umar Al-Khattab). Ini kerana orang munafik ini 'rasa perasan' yang mereka berbuat baik tapi sebenarnya mereka membuat kerosakan tanpa mereka sedari. Contoh seperti negara Amerika yang kononnya mempromosikan keamanan tetapi di sebaliknya merekalah punca kepada peperangan di dunia ini. Balasan Allah SWT bagi orang2 munafik ialah azab pedih yang berterusan ( عَذَابٌ أَلِيمُۢ ) . Berbeza dengan balasan bagi orang yang kafir ialah azab yang besar ( عَذابٌ عَظيمٌ) yang dinyatakan dalam ayat 7 tadi.


- Ayat 13


Orang munafik menjawab,
"Adakah aku nak beriman seperti orang bodoh itu?". Mereka berkata begini kepada Saidina Abu Bakar kerana mempersoalkan beliau melepaskan kebanyakan hartanya di Mekah dan turut serta berjuang membantu golongan Muhajirin dan Ansar bersama Nabi Muhammad SAW. Orang munafik ini berasa sakit hati atas tindakan Saidina Abu Bakar itu.

Kaitannya pada masa kini, ramai orang yang tak suka akan perkara2 baik yang dilakukan oleh orang lain. Itu petanda adanya penyakit hati. Jangan dibalas bagi orang yang ada penyakit hati ni kerana yang berhak membalasnya adalah Allah SWT. Mereka berkelakuan begini kerana tidak dikurniakan ilmu oleh Allah SWT seperti yang dinyatakan di dalam ayat 13.

Disebutkan oleh Abu Hurairah, bahawa orang yang bertaqwa ini umpama berjalan di atas jalan yang berduri. Mereka berjalan sambil mengangkat kain mereka dengan berhati2 untuk mengelakkan terkena duri. Umpama mereka perlu berhati2 dengan ilmu yang mereka ada. Begitu jugalah bila kita dah dikurniakan ilmu, perlulah menggunakan ilmu itu dengan berhati2 dan dengan cara yang betul.


- Ayat 14


Orang munafik ini bersifat bermuka2. Apabila mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dan sahabat Baginda, mereka mengaku beriman kerana mereka tidak mahu dihukum bunuh (ikut hukum hudud). Tetapi bila mereka kembali kepada syaitan2 mereka (
شَيٰطينِهِم ) , yang merujuk kepada pendeta2 Bani Israel, mereka mengaku hanyalah berolok2 beriman saja dengan niat untuk mengejek orang2 yang beriman itu.

Syaitan2 ini terdiri daripada jin dan manusia. Sememangnya sikap orang munafik ini suka memperolok2kan/mengejek orang (penyakit hati). Jadi, kalau kita ternampak ada kelakuan yang tak baik haruslah menegur dengan baik, bukannya buat parody (dengan niat mengejek/buat lawak). Bila kita ada sikap demikian, ditakuti Allah SWT tidak akan memberikan kita ilmu yang benar. Contohnya seperti Abdullah bin Ubay bin Salul yang walaupun beragama Islam tapi suka mentertawakan/memandang rendah pada org lain. Walaupun Rasulullah mengetuai solat jenazah Abdullah bin Ubay, namun Allah SWT tak menerimanya hanya kerana sifat munafik ini (rujuk Surah Al-Munafiqun).


- Ayat 15


Allah SWT membiarkan (
وَيَمُدُّهُم ) orang munafik ini bebas di dalam kelekaan/kemunafikan mereka sehinggalah sampai satu masa mereka akan tersentak. Mereka ini terumbang-ambing ( يَعمَهونَ ) di dalam kesesatan kerana mereka buta mata hati.


- Ayat 16


Orang munafik ini membeli kesesatan dengan petunjuk
. Ini kerana mereka dah dapat nabi, dah dapat Al-Quran tapi masih lagi sombong dan tak percaya pada kebenaran. Mereka dapat masuk Islam dengan mudah dan nak keluar Islam pun mudah kerana pada masa itu, Nabi Muhammad SAW sudah menempa nama yang besar di Madinah.

Jika dilihat pada zaman sekarang, ada orang yang lahir terus menjadi Islam tapi nak dapat hidayah tu bukan senang. Jadi bila dah dapat hidayah tu, jangan sekali2 kita sia2kan. Hargai dan istiqamah!

- Tujuan mempelajari hukum tajwid ini:



- Kesimpulan dari episod ini:


- Kita mestilah hidupkan pancaindera kita (hati, telinga dan mata) dalam mendalami Al-Quran dan memerhati kebesaran Allah SWT supaya Allah SWT tidak terus menutup pancaindera kita itu dari melihat kebenaran.

- Kita perlu fokus tentang apa yang Allah SWT mahu kita buat bukan apa yang kita nak buat di dunia ini. 

- Maka, secara kesimpulannya apa yg mommy eez belajar dalam episod kali ni ialah:
   
1. Sekalipun orang kafir ini degil tidak mahu menerima kebenaran Al-Quran, namun hati dan hidayah adalah milik Allah SWT. Kita wajib untuk berdakwah tanpa henti kepada mereka walaupun telah ditutup hati, pendengaran dan mata mereka dari melihat kebenaran yang dibawa oleh Al-Quran

2. Terdapat 3 jenis hati:
  • Hati yang sejahtera/hidup - orang beriman/bertaqwa dalam ayat 1-5 surah Al-Baqarah
  • Hati yang mati - orang kafir dalam ayat 6-7 surah Al-Baqarah
  • Hati yang sakit - orang munafik dalam ayat 8-16 surah Al-Baqarah

3. Golongan munafik terbahagi kepada 2 jenis:
  • Orang yang baru memeluk Islam dengan niat untuk mengintip (jadi spy).
  • Orang yang sudah sedia Islam tapi tidak menyedari mereka sendiri ialah orang munafik.

4. Ciri2 orang munafik:
  • Apabila mereka berbicara, mereka berdusta.
  • Apabila mereka berjanji, mereka tidak tepati.
  • Apabila mereka diberi amanah, mereka khianati.
  • Mereka rasa mereka tidak membuat kerosakan di muka bumi ini tapi sebenarnya mereka tidak sedar yang mereka memang membuat kerosakan.
  • Mereka jahil/bodoh kerana tidak memiliki ilmu
  • Mereka bersifat bermuka2 umpama 'cakap lain, dalam hati lain'
  • Mereka memilih untuk membeli kesesatan dengan petunjuk. Mereka sanggup menggadaikan hidayah/petunjuk dari Allah SWT semata-mata untuk memilih berada di dalam kesesatan.

- Episod ini ditutupi dengan bacaan doa:


بسم الله الرحمن الرحيم

"Ya Allah Ya Tuhan kami, hidupkan hati2 kami Ya Allah. Hidupkan hati2 kami Ya Rahman. Bersihkan hati kami, Ya Allah. Cerahkan hati kami Ya Allah, agar hati kami senantiasa kuat untuk mengamalkan Al-Quran, untuk memahami Al-Quran dan untuk memperbaiki ibadah kami kepadaMu Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikan mata kami yang suka membaca Al-Quran, kadang2 menangis membacanya. Mulut kami yang terkumat-kamit mengeluarkan kalimahMu Al-Quran. Lidah kami lidah yang fasih menyebut 6236 ayat Al-Quran. Telinga kami jangan jadikan telinga yang tidak suka mendengar Al-Quran, akan tetapi jadikan telinga kami yang tidak jemu mendengar kalamMu Al-Quran".



آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Alhamdulillah selesai sudah nota mommy eez untuk Episod 3. Bagi yang nak menonton video boleh tekan link di bawah:



Episod seterusnya ada di sini ---> Episod 4

Semoga Allah SWT memandu hati2 kita dalam mendapatkan hidayah dalam hidup ini Insya Allah. 


#myqurantime #qurandisisibacasetiaphari #tadabburquran

Lavvv,
Mommy Eez

Selamat Jalan Along...


Assalamualaikum dear readers...


Puas sudah mommy eez cari cara untuk mulakan post ni. Baru sekarang ada kekuatan untuk menulis. Menulis bukan saja nak mempamerkan kisah hidup yang tak berapa nak gah ni. Cuma mommy eez nak simpan segala memori yang mommy eez lalui di sini sebab takut2 memori ni semua akan hilang selari dengan pertambahan usia.


Pada pagi hari Rabu 3hb Jun 2020 baru2 ni, mommy eez telah kehilangan kakak sulung mommy eez, Emy Anneza binti Zakaria (lebih mesra dipanggil Along) secara mengejut di rumah mama dan ayah mommy eez di Melaka. Beliau pergi dalam tidur kira2 waktu subuh. Pagi tu sepatutnya Along akan menemani mama mommy eez ke hospital untuk appointment doktor tapi tak kesampaian.


Pagi Rabu tu dalam pukul 7 pagi, mommy eez tengah bersiap2 nak mengemas rumah. Sebenarnya, mommy eez baru je sampai ke Shah Alam dari Melaka sebab kami adik beradik mengambil giliran untuk menjaga mama dan ayah di kampung. Baru 2 hari sampai ke rumah setelah 2 minggu ditinggalkan, so banyak benda yang perlu dikemaskan. Tiba2 masa dah nak vacuum rumah, phone mommy eez ringing. Masa angkat call tu, dengar mama menangis. Dalam hati, "Ahhh sudah.. ada apa2 jadi pada ayah la ni...". Tapi sebaliknya mama cakap, "Along dah tak bangun, Eda. Mama dah banyak kali kejut dia, dia tak bangun2. Badan along sejuk".
Mommy eez rasa macam tak percaya. Rasa macam mimpi. Banyak kali mommy eez ulang, "Along? Kenapa dengan Along?". Mama dah menangis teresak2 dlm phone. Mama cakap tengah tunggu doktor untuk sahkan keadaan Along. Lepas Mama letak telefon, mommy eez terus terduduk dan tersandar pada dinding dalam bilik. Rasa macam tak sedar dah diri ni dah meraung2 panggil nama Along. Masa tu masih mengharapkan yang Along hanya pengsan. Tapi bila Angah (kakak kedua mommy eez) call dan inform yang Along memang sah dah tak ada, mommy eez rasa... tak tahulah macam mana nak gambarkan perasaan tu. Perasaan terkejut, sedih, kecewa semua ada..


Abang Hamdi (suami mommy eez) terus bergegas menuju ke balai polis untuk dapatkan kebenaran merentas negeri. Masa tu masih lagi dalam PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Sekalipun menunggu agak lama untuk siapkan semua dokumen yang polis minta akhirnya, kami 1 famili semua dibenarkan balik ke Melaka. Yang paling menyedihkan bila abang mommy eez (Abijad) tak dapat balik sebab baru lepas menjalani operation bahu di PCMC. Sedihnya Allah saja yang tahu. Masa nak bagitahu Abijad pasal Along pun rasa risau sebab keadaan Abijad
yang belum betul2 stable sebab baru lepas operation. Tapi nak tak nak, kena bagitahu juga. Nak kemas baju semua terasa sangat2 longlai dah kaki ni. Penat balik dari Melaka belum habis lagi sebenarnya. Tapi bila dah ajal maut macam ni tiada siapa boleh halang. Takkan dicepatkan mahupun dilambatkan walau sesaat. Semua dalam kuasa Allah SWT. Kena redha dan pasrah atas segala ketentuanNya. Sepanjang perjalanan balik ke Melaka, air mata tak berhenti2 mengalir sampai migraine kepala ni dibuatnya.


Mommy eez sampai ke Melaka masa tu dalam pukul 3pm. Ramai yang dah sampai termasuk mak2 saudara. Bila mommy eez sampai, nampak Angah dekat pintu terus peluk dia. Kami menangis semahu2nya. Tak pernah terfikir yang Along akan pergi tinggalkan kami seawal ini. Kami bertiga selalu keluar bersama2. Shopping bersama2. Tengok movie dekat cinema sama2 dengan cak miuk bawa anak2 masing2. Tahun lepas, kami siap pakai baju raya sedondon yang dibeli bersama2 dekat Seksyen 7, Shah Alam.



Jenazah Along dari awal pagi telah dibawa ke Hospital Jasin untuk dibuat ujian Covid-19 disebabkan meninggal dunia secara mengejut. Bermulalah episod penantian itu satu penyeksaan hanya semata2 nak tahu keputusan ujian Covid-19 tu sama ada positif atau negatif. Menurut doktor, keputusan tu ambil masa dalam 48 jam.. Allahuakbar.. kami dah risau yang teramat sangat. Kalau boleh nak segerakan pengebumian dengan secepat mungkin. Tapi apa boleh buat, kami terpaksa akur dengan prosedur yang dah ditetapkan oleh KKM. Sepanjang menunggu tu, kami buat majlis tahlil kecil2an dan semua berdoa agar urusan pengebumian Along dipermudahkan.


Keesokannya, kami sambung lagi menunggu sehinggalah pukul 4 petang. Disebabkan tidak mampu menunggu lebih lama, ahli2 keluarga termasuk mommy eez terus bergegas ke hospital untuk push dapatkan result Covid-19 tu. Alhamdulillah bila kami sampai, dapat tahu result negatif. Bersyukur sangat masa tu. Kemudian disebabkan Along tak ada medical history, doktor suggest untuk buat post mortem untuk tahu detail tentang punca kematian Along. Along sepanjang hidupnya tak pernah warded di hospital melainkan bersalin dan miscarriage. Mommy eez sangat3 berat pasal post mortem ni tapi apalah daya. Ikutkan hati tak nak bagi langsung tapi keputusan post mortem ni di luar kemampuan mommy eez untuk halang. Masa nak minta doktor mulakan proses post mortem tu pun agak kontroversi juga sebab doktor dah get ready nak balik masa tu. Dia siap dah bawa beg untuk keluar tapi kami semua tahan dan merayu untuk segerakan buat post mortem Along. Alhamdulillah, Allah lembutkan hati doktor yang bertugas dan beliau mulakan proses post mortem pada pukul 6.30 petang. Mommy eez dan ahli keluarga lain sangat lega walaupun dalam keletihan yang amat sangat. Menunggu dari pukul 4pm lebih sampailah ke waktu Maghrib di bilik unit forensik Hospital Jasin. Kami semua pulang sekejap untuk mandi dan solat. Masa tu berharap sangat dapat settle uruskan pengebumian Along pada malam tu juga. Mommy eez sangat2 bersyukur famili di Melaka sangat3 banyak membantu dalam urusan pengebumian Along. Kebetulan Imam di masjid berdekatan (sebelah masjid ada tanah perkuburan) adalah bapa saudara mommy eez sendiri. Beliau sendiri cakap, kita akan tetap kebumikan Along walaupun sampai lewat malam sekalipun.



Malam tu memang malam yang sangat mencabar dalam hidup mommy eez. Lepas sudah mandi dan solat Maghrib, tiba2 mommy eez rasa dada dah mula berdebar laju. Allahu.. badan mommy eez memang letih sangat2 dan dah mula nafas pendek. Selalunya bila dah terlampau letih, mommy eez akan kena asma dan mommy eez memang ada asma sejak kena pneumonia dan acute sinusitis pada tahun 2017. Inhaler pun dah lama tak pakai sebab selalunya kalau kena asma, mommy eez control pernafasan sendiri dan berehat. Tapi kali ni, mommy eez terpaksa push diri sendiri. Terus pinjam inhaler ayah mommy eez dan push diri untuk makan. Memang dalam masa 2 hari tu, mommy eez tak berapa lalu nak makan. Terpaksa memaksa diri ni untuk makan sebab tahu badan tak berapa sihat. Dah la ada anemia lagi. Bila tak makan, memang badan rasa sangat lemah. Abang Hamdi dah mula risau dan tak bagi mommy eez uruskan jenazah Along. Mommy eez hampir give-up juga sebab takut pengsan dalam bilik jenazah tu nanti. Tapi, mommy eez fikir kalau tak pergi nanti, mommy eez akan rasa menyesal seumur hidup tak dapat nak tengok dan uruskan Along buat kali terakhir. Lagipun Angah mesti perlukan mommy eez juga masa nak mandikan jenazah Along tu nanti.


Pukul 8 malam, pihak hospital call untuk inform proses post mortem dah selesai. Jadi, ahli2 keluarga boleh datang untuk proses mandi dan kapankan jenazah. Mommy eez nekad untuk pergi juga masa tu dan berdoa semoga Allah beri kekuatan dan mudahkan semuanya. Tawakaltu A'lallah.


Rezeki kami sekali lagi bila bilal perempuan yang ditugaskan untuk menguruskan jenazah Along ialah di kalangan keluarga jauh sebelah mama. Segala puji bagi Allah. Terima kasih banyak sebab segala urusan masa tu berjalan dengan penuh rasa kasih sayang ahli keluarga. Bila tiba waktu untuk masuk ke dalam bilik jenazah, jantung mommy eez jadi makin laju. Risau, takut, nervous semua ada. Banyak kali mommy eez doa, janganlah pengsan. Mommy eez pegang erat2 tangan Angah sebab rasa macam nak pitam dah. Betul2 rasa tak ready nak hadap semua ni. Tambah2, hati ni jadi lagi risau sebab jenazah dah 2 hari dan baru lepas post mortem. Tak tahu macam mana rupa jenazah Along nanti....

Dalam pada menunggu bilal2 perempuan untuk menyiapkan kain kapan dan bahan2 lain, anak bongsu Along dah mula breakdown. Irsyad menangis teresak2 dan Angah terus peluk dia dengan kuat. Angah cakap, sebenarnya dia pun tak kuat dan hampir pengsan, tapi bila tengok Irsyad dah menangis, Angah tersedar yang kami semua kena kuat untuk anak2 Along.

Bila bilal perempuan tu buka kain yang menutupi jenazah Along, kami semua terpana. Masya Allah.. Subhanallah... jenazah Along tak pucat langsung. Putih kemerahan. Jahitan dari operation post mortem sangat kemas dan langsung tak ada darah yang mengalir. Badannya mudah dilentur dan sangat2 mudah untuk kami mandikan dan kapankan. Air mata Along mengalir semasa kami mandikan jenazahnya. Mula2, mommy eez ingat mungkin bekas air siraman tapi diakui sendiri oleh saudara mommy eez yang mengelap muka Along. Dia kata dah lap banyak kali tapi masih ada air mata yang mengalir. Muka Along dulu yang agak kusam disebabkan eyebag dan jeragat, semuanya hilang. Mukanya penuh berseri.


Bila sampai waktu dikapankan, bilal perempuan siap potong kain kapan tu menyerupai baju. Bila mereka pakaikan Along dengan baju kain kapan tu, lagi sekali kami semua terkejut melihat betapa cantiknya Along. Rasa tak puas cium Along masa tu. Mommy eez cuba sedaya upaya untuk tahan menangis, tapi gagal. Mommy eez dah macam nak meraung dah masa tu. Masih tak mampu untuk terima kenyataan yang Along dah pergi buat selamanya.


Urusan mandi dan kapan siap dalam pukul 10 lebih malam tu. Jenazah dibawa ke rumah mama dan ayah untuk disolatkan sebab masa tu solat jenazah tak dibenarkan dibuat di masjid. Sekali lagi, kami diberi peluang untuk mencium Along buat kali terakhir. Alhamdulillah, syukur sekali lagi ruang yang agak besar di ruang tamu memudahkan solat jenazah dibuat.


Pada awalnya, mommy eez tak plan pun nak ke tanah perkuburan sebab hari dah lewat malam dan tambah2 tengah uzur masa tu. Tapi hati ni meronta2 nak pergi menghantar jenazah Along, jadi mommy eez dan Angah plan untuk tengok dari luar kawasan tanah kubur saja. Sampai2 di sana, suami Angah yang membawa kami ter-drive masuk ke dalam kawasan perkuburan. Masa tu mommy eez cam panik juga sebab tak tau nak turun dari kereta ke tak. Dah la kena tinggal sorang2 dalam kereta sebab konon tak nak ikut sebab uzur. Sekali, Abang Azreen (suami Angah) bagitahu "Tanah kubur ni bukan tempat ibadat. Boleh je nak pergi tengok dekat orang2 yang tengah kebumikan Along". Mommy eez umpama dapat green light terus tergopoh gapah keluar dan berjalan laju menuju ke kubur Along. Abang Hamdi antara orang2 yang menguruskan jenazah Along untuk dibawa masuk ke liang lahad selain suami Along dan anak sulungnya, Iman. Dia pun terkejut tengok mommy eez ada sekali dekat situ. Demi Allah, mommy eez sendiri langsung tak sangka dapat berdiri sedekat itu dengan kubur Along malam tu.


Sekalipun waktu dah nak dekat pukul 12 tengah malam, tapi malam tu sangat terang. Abang Hamdi tepuk bahu mommy eez masa tu dan minta pandang ke langit...




Masya Allah... terangnya bulan menyinari betul2 menghala ke kubur Along. Dah macam spotlight rasanya. Hati ni cemburu yang amat sangat. Betapa besarnya kemuliaan yang Allah beri pada Along di saat akhir hidupnya. Pergi dengan niat yang sangat baik untuk jaga mama dan ayah. Pergi dalam tidur dengan air muka yang sangat tenang... dahlah betul2 lepas bulan Ramadhan. Ntah2, Along ada doa masa malam Al-Qadr untuk dapatkan husnul khotimah.. wallahua'lam.


Mommy eez teringat masa last mommy eez datang ke office Along di Glenmarie untuk hantarkan kain baju sempena kenduri kahwin sepupu kami. Kami berborak pasal arwah Abam Bocey. Along cakap, dia banyak kali menangis setiap kali dengar lagi SiKasih nyanyian arwah Abam dan group Bocey. Mommy eez balas, "Janganlah dengar selalu. Eda pun tak berani nak dengar sebab takut asyik menangis je. Boleh murung nanti". Along kata dia cemburu tengok ramai yang doakan arwah Abam Bocey dan beribu orang datang untuk buat solat jenazah. Along sangat beriye2 bercerita pasal arwah Abam. Kata Along (yang sangat up-to-date dengan kisah2 artis) arwah Abam selalu utamakan ceramah agama berbanding job show yang mereka terima. Lepas dah habis borak2 tu, kami berdua berdoa supaya Allah kurniakan husnul khotimah buat kami.


Siapa sangka, Along pun pergi selang 4 bulan selepas tu. Mommy eez rasa terkilan yang amat sangat sebab selalu tolak pelawaan Along untuk lunch sama2 sebab masa tu terkejar2 nak ambil Raihan sekolah dan hantar Raihan ke KAFA di sebelah petang. Along selalu pesan pada mommy eez untuk amalkan ayat2 Al-Quran tertentu dan rajin2 buat solat sunat. Along memang rajin buat solat sunat dan membaca Al-Quran. Mommy eez ingat Along pernah bagitahu yang kalau ada masa terluang, dia akan buat solat dhuha di office dia. Tahap rajin Along, hanya Allah saja yang tahu. Mommy eez pun belum tentu mampu untuk ikut macam Along...


Bila Along dah pergi, ramai yang menangisi pemergian dia. Kawan2 Along dari SABKL, UiTM Dungun, UUM dan kawan2 office di Timedot com semuanya sayang pada Along. Semua cakap yang Along sangat pemurah, rajin dan suka tolong orang. Sekalipun Along bukannya orang yang senang, tapi dia tak pernah lokek untuk belanja terutama famili. Setiap kali jumpa keluar lepak2 dengan Along, dia sangat happy. Suka gelak kuat. Kaki shopping. Suka makan. Suka masak walaupun dia kata dia malas masak. Sekarang ni apa saja mommy eez buat mesti teringatkan dia. Rasa sangat2 terkilan sebab mommy eez rasa tak cukup luangkan masa dengan Along dan tak jadi pendengar yang baik setiap kali Along cerita masalah dia.


Mommy eez selalu jadi 'despatch girl' untuk Along. Kalau ada apa2 barang mama dan ayah bawa dari kampung, mommy eez akan hantar dekat office Along sebab office dia tak sampai 5km dari rumah mommy eez. Kadang2 Along beli set skincare ataupun kitorang order popcorn ke, so mommy eez akan datang ke office Along. Selalunya bila dah jumpa, mesti Along masuk duduk dalam kereta mommy eez untuk borak2 (melainkan kalau Along busy memang jumpa sekejap je)... Lepas ni mesti mommy eez akan rindu saat2 tu...


Along kakak yang sangat baik. Mommy eez selalu juga mengadu pada dia. Along cakap, "Kau ni memang senang stress macam Along. Eloklah kau tak kerja dekat office". Mommy eez tak suka betul bila Along cakap macam tu. Tapi itulah kenyataan. Kenyataan yang sangat pahit...


Sekarang, hari2 yang mommy eez lalui rasa macam Along masih ada lagi dengan kami. Tapi bila tengok gambar dia, terpaksa terima realiti yang Along dah tak ada. Mommy eez teringin sangat nak jumpa Along dalam mimpi tapi tak pernah dapat. Harap2 Along selalu bahagia dan tenang di alam sana... Allah tu sebaik2 Penjaga kan..


Harap suatu masa nanti dapat jumpa Along balik (jika diizinkan Allah). Semoga Along dapat tarik kami semua masuk ke syurga bersama2 dengan dia. Aaaminnn....


Selamat jalan Along. Habis sudah perjalanan Along dan tak ada lagi nak rasa beban dan penat dekat dunia ni. Terselamatlah Along dari fitnah Dajjal. Kami yang tinggal kena teruskan berjuang menghadapi dunia yang semakin ke penghujung.



 اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعفوعنها

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia"



Al-Fatihah buat Along tersayang. Semoga roh arwah sentiasa tenang, happy, dan diberi keselamatan selalu dekat sana oleh Allah yang Maha Mengasihani dan Maha Penyayang.



آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ



Lav,

Mommy EEZ



Popular Posts