Wedding Review - Harga Setem untuk Kad Kahwin

Sebelum ni mmg saye pernah dengar yang harga setem untuk pos kad kahwin dah naik harga sebanyak 100% daripada harga asal. Maknanye, dari 30 sen sudah jadi 60sen! Kalau tak percaye, bolehlah bace link di bawah ni..

 Source - www.highnessfiq.blogspot.com

Agak membebankanlah pada pasangan yang nak berkahwin ni sebabnye, dahla kena menanggung belanje kahwin yang besar, ini pula kos setem. Bayangkan kos setem sahaja nak dekat sama harga dengan kad kahwin! Hawau betul!

Semalam, saya pergi ke pejabat pos utk menanyakan kos setem utk kad kahwin saye. Saya pun menjangkakan harganya 60sen. Sekali BUKAN! Harga setem utk kad saye ialah 80sen!!!!! Mulanya saye ingatkan sbb kad kahwin saye besar atau berat (tapi takdelah berat mane pun). Rupenye2, penambahan lagi 20sen kerana envelop saye bukan berwarna putih!! Apakah??!!!!

Alasan yg sgt tidak munasabah! Tapi apekan daye kerana itu syarat yg dikenakan oleh Pos Malaysia sendiri. Jadi bagi saye, Pos Malaysia telah mengambil tindakan yg tidak begitu bijak kerana apabile mereka menaikkan harga setem, lagi ramailah org akan menghantar kad kahwin mereka melalui e-mail. Mudah, jimat, senang dan tak perlukan setem pun. Tapi, sedikit kesusahan ialah para jemputan terpaksa print sendiri atau cek sendiri alamat tempat majlis berlangsung. Kalau dah tahu, takpelah. Kalau dah rumah dekat tempat ceruk kan ke payah?! Skali dlm Google Map pun takde. Camne? Hehehe.. Gurau je.

Jadi, saye telah pun menyenarai pendek kawan2 yg saye perlu menghantar kad kahwin saye melalui pos. Kemudian, saye pun dgn gembire pergi ke pejabat pos utk membeli setem 80sen.

Haku: Abg, saye nak beli setem 50sen utk 40 keping, 30sen pun 40 keping jgk..

Abg Pos: Kenape nak beli asing? Setem 80sen sekeping kan ade?

Haku: Eh, ade yeh? Oh, saye ingat tak de tu pasal saye nak beli asing2. Hehehe (*malu)

Perbualan di atas menunjukkan betape saye sgt ketinggalan zaman dan dah lame tak pakai pos. Sekarang zaman teknologi tinggi. E-mail, Twitter, Yahoo Messenger, MSN dan lain-lain juga menjadi pilihan hati. Tapi sebab pakai pos ni lebih kepada nilai sentimental dan rasa hormat, maka saye sanggup menghabiskan sedikit duit daripada bajet kahwin saye utk menjemput kawan2 saye ke majlis perkahwinan saye nanti.

Mungkin ade yg di luar sane pun jarang atau tak tau pun kewujudan setem 80sen ni. Macam ni lah rupenye.. hehehe..

^_^

1 comment:

  1. dulu kecik2 nak anta kad raya guna setem 30sen..skrg anta guna sms ja laa..sbb harga setem da naik..hehe..tp nilai kenangan guna kad raya & sms raya x sama..

    ReplyDelete

Popular Posts