Wedding Review - Kursus Perkahwinan

Salam dan selamat sejahtera.


Kali ni saya akan berbahasa Melayu kerana sejak kebelakangan ni, saya telah ditegur kerana bahasa Melayu saya semakin ke 'laut'. Mungkin hampir setiap hari saya cakap bahasa rojak jadi bahasa Melayu dan Inggeris saya semakin hancur. Tapi tak dela skema sangat. Nanti bosanla plak..hehehe..


Saje nak kongsi pasal Kursus Perkahwinan yang baru saya pergi 2 hari minggu lepas di Masjid Shah Alam anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Petaling.

Source - Pak Cik Google
Peh.. besar jugakla Masjid Shah Alam ni.. =)

Niat saya pada asalnya hanya nak memenuhi syarat untuk mendapatkan kebenaran berkahwin. Tapi kursus tu sebenarnya sangat menyedarkan saya yang sangatlah blur2 ayam ni dan agak jauh menyimpang cara hidup saya dengan yang sepatutnya dituntut dalam Islam. Saya mengaku. Saya malu. Malu sbb terlalu mengejar ilmu dunia berbanding bekalan utk saya mati nanti.


Sesi pertama macam biasa. Ustaz lelaki muda menerangkan prosedur2 bagaimana nak daftar perkahwinan nanti. Diselangi dengan lawak2 18sx. Masa ni belum terasa lagi bahangnya.


Sesi ke-2 adalah dari pegawai kesihatan yang merupakan seorang doktor. Baru saya tahu selain Ujian HIV, Ujian penyakit Talasemia juga perlu kita jalani sbb nanti boleh tahu tentang status kesihatan bakal anak nanti. Masa ni paling tak boleh blah sbb doktor ni telah menayangkan babak2 SEBENAR kelahiran normal seorang bayi lelaki di depan kami semua. Dibekalkan dengan skrin yang agak besar, kami pun duduk menganga tidak menyangka akan ditayangkan video macam tu. Ramai yang dah cuak2, geli, tunduk, nak menangis pun ada. Kebanyakan perempuan mmg tunduk tak sanggup nak tengok. Saya menguatkan diri saya utk melihat juga sbb perasaan ingin tahu yang sangat tinggi. Bila saya tengok, timbul rasa sedih yang amat sangat. Betapa terseksanya Mama melahirkan kami semua dan SAYA bakal merasakan yang sama (jika diberi rezeki, Insya Allah).


Paling ngilu bila doktor/jururawat terpaksa menggunting kulit di bawah 'itu' untuk mengeluarkan bayi. Sudah keluar kepala belum lagi tamat ye. Waktu klimaks ialah mengeluarkan bahu bayi tu plak. Peh! Berdebar2 gila! Bahu dahla lagi besar daripada kepala. Macam manala teknik meneran yang betul agaknya. Huhuhu.. Ada 2 video, satu kelahiran normal dan satu lagi melalui pembedahan. Masa video pembedahan tu plak pasang lagu nasyid pasal ibu bapa (lagu Raihan rasanya). Sebak jugalah tapi perasaan risau lebih banyak bermain-main di kepala masa tu. Besar risiko nak kahwin ni. Kemudian doktor tu tunjukkan plak gambar2 untuk kelahiran bayi songsang yang mana keluar ikut punggung dulu. AaaaaAAaaaaa~ Sudahkah anda bersedia?????????

Source - Anonymous
Apelah rasenye perut boyot sebegitu rupe? =P

Kami juga diajar bagaimana nak memasang kondom dan tips2 bagaimana untuk berjimak. Tak perlu kot nak terang lebih sebab rasenya ramai yang sudah 'expert' bab ni. Tapi saya hampir nak pitam masa doktor tu terangkan sebab saya terlampau risau macam mana nak menahan sakit akibat daripada tusukan suami nanti. Takut gila tak hengat!!!


Sesi ke-3, 4 dan 5 diterangkan bagaimana nak menangani keluarga dari segi kewangan dan tentang akhlak dari segi Islam. Menarik jugalah sebab Ustaz yang bagi ceramah tu kelakar sangat sampai saya nak menulis pun tak boleh. Gila lawak. Walaupun tempat tak selesa sangat, tapi tetap terhibur dengan cara penyampaian Ustaz tu.


Sesi ke-6 disambung pada hari Ahad. Hari Ahad tu la yang paling kritikal sebab saya mulai sedar betapa rendahnya pengetahuan saya dalam Islam. Dalam sesi tu, ada seorang Ustazah menerangkan macam mana nak tangani stres. Cara dia bercerita memang sama macam Mama membebel. Mungkin bagi lelaki ada sedikit bosan, tapi bagi saya setiap apa yang dia kata penuh dengan pengajaran. Dia menasihati kepada bakal2 suami supaya jangan marah jika isteri suka bercerita. Itu lumrah isteri. Semua sama. Dan bakal2 isteri juga tidak boleh marah kalau suami buat tak tahu atau tak banyak cakap. Memang LUMRAH suami mmg macam tu plak.

Sekalipun kita dah bercinta lama berpuluh2 tahun pun, bila dah kahwin rasanya tetap lain berbanding masa bercinta. Masa itulah akan timbul stres sbb kita akan tahu banyak benda yang kita tak pernah tahu pasal pasangan kita. Sabar tu penting. Tapi kalau setakat sabar tanpa ikhtiar tak guna juga. Kita perlu slalu berdoa, ikhtiar dan tawakal kepada Allah S.W.T. Itu yang Ustazah tu cakap. Saya kagum melihat dia sbb dia cerita Allah pernah menduga dia menjadi lumpuh separuh badan hanya kerana mengalami demam biasa. Tapi dalam pada dia merana kerana lumpuh, Allah telah menemukan jodoh untuknya. Pesan Ustazah tu, setiap dugaan pasti ada ada hikmahnya. Wallahualam. Semoga Allah selalu memberkatinya. Aaaminn.


Kemudian kami pergi pula kepada tajuk yang paling digeruni, TALAK. Belum kahwin lagi dah cerita pasal talak. Jangan main2 ye. Ada pasangan yang kadang2 tidak sedar dah duduk serumah 10 tahun tapi tak tahu yang mereka sememangnya telah sah bercerai walaupun ungkapan itu dibuat main2. Ustazah yang menerangkan topik ni pun mmg nampakla agak serius. Dia kata, jika terdetik sahaja di dalam hati suami untuk menceraikan isterinya walaupun dia melafazkan kata2 tanpa menyebut perkataan cerai, gugurlah talaknya. Takut kan? Allah memberikan keistimewaan kepada lelaki untuk memegang kuasa talak ni sbb lelaki lebih panjang akalnya berbanding perempuan yang lebih banyak bertindak mengikut emosi. Saya sangat bersetuju! =P


Kemudian sesi terakhir ialah bsama Ketua Pendaftar Nikah bahagian Petaling, Tn. Hj. Aluwi. Sangat berpengalaman dan lawaknya sangat 'natural'. Katanya, tips utk jadi bahagia sampai bila2 iaitu:

a) Selalu solat berjemaah suami isteri sekurang-kurangnya satu waktu.
b) Isteri perlu sentiasa masak makanan untuk suami. Air tangan isteri penyebab kasih sayang suami semakin dalam terhadap isteri.
c) Suami isteri kena selalu tidur bersama.


Memang banyak yang saya belajar semasa kursus ni dan ia menyedarkan saya bahawa kita hidup suami isteri bukan sehingga nafas kita yang terakhir di dunia ni. Tetapi kita juga perlu berazam untuk bertemu kembali suami/isteri kita di akhirat kelak. Ustaz ada berpesan dengan bakal2 isteri supaya jangan takut mengandung dan sekalipun anda meninggal dunia ketika bersalin, pasti SYURGA sedang menanti. Isteri sangat beruntung kerana dosanya ditanggung suami manakala jika suami berbuat baik, pahala suami tu pun isteri dapat juga. Bertuah jadi isteri kan?


Itulah serba sedikit yang saya ingin kongsi. Mungkin ada tersilap info maafkan saya. Kepada bakal2 pengantin di luar sana, ambillah iktibar dan semoga kita dapat petunjuk dari Allah S.W.T supaya menetapkan hati kita untuk terus mengharap redhaNya dan perkahwinan kita selalu diberkatiNya.. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts