Review Cat Cafe : Furry Palace Catfe in Bandar Sunway, Petaling Jaya

Hi semua, mommy eez kembali berblogging selepas rasa much better daripada tak sihat beberapa bulan ni. Biasa lah.. usia semakin lanjut ni memang ada je la masalah kesihatan kan. Jom, kali ni mommy eez nak share tempat para pencinta kucing boleh melepaks~~~


Cat cafe ni baru je buka sebulan sejak launching. Sekali masuk untuk seorang adult atau remaja (min. umur 12 tahun) RM20/pax selama 1 jam saja. Untuk anak2 umur bawah 12 tahun boleh masuk FREE. 
 
 
 
Dia ada juga admission fee sekali dengan set makanan dan air jadi RM30/pax tapi macam berbaloi lagi kalau buat order makanan asing sebab additional RM10 tu setakat dapat beberapa ketul sosej, fries dan air saja. Rasa makanan average saja tapi mommy eez tak ambil main dish dia lagi la. Kalau korang setakat nak lepak2 dan tak rasa lapar bolehlah ambil set RM30 tu.
 
 
*sorry gambar semua panjang2 sebab pakai camera phone. Mommy eez sejenis tak rajin nak edit huhuhu~

Tempat Furry Palace Catfe ni berada di tingkat 1 betul2 sebelah dengan kedai Barber Sky. Naik tangga sebelah dengan restoran nasi kandar tu. Mula2 kitorang ingat pun macam salah tempat tapi masa mula2 masuk tu memang akan jumpa Barber Sky dulu. Kemudian dah masuk dalam Barber Sky, belah kiri tu baru Furry Palace Catfe. Dari segi parking agak senang juga nak cari walaupun keadaan dekat situ agak crowded. Just bayar parking fee pakai apps Smart Selangor Parking je ataupun mana2 apps yang applicable. 

So macam biasa la mana2 tempat mesti ada rules dia kan.


Masa kitorg datang tu memang family mommy eez je yang ada. Tempat dia sangat selesa cuma pada mereka yang tak selesa dengan bau kucing memang akan agak turn off sikit. 
 
 
Biasalah kalau dah ada lebih kurang 10 kucing memang kuat la sikit bau kucing tu tambah2 closed area sebab air-conditioned kan. Tempat dining dia adalah tempat yang sama kita nak main2 dengan kucing so kebarangkalian untuk kucing kacau masa kita makan tu agak tinggi. Mommy eez rasa kucing2 ni bukan nak makan pun makanan kita, cuma kucing2 situ agak excited supaya kita selalu main2 dengan diorang. 
 
 
 
Kucing baka maincoon warna hitam tu paling friendly. Dia ikut je mana kita pergi asalkan dapat main2. Paling menjadi favourite kitorang ialah British Short Hair golden ni. Ada 3 ekor dan semuanya aktif2 belaka. Memang kucing2 situ tak takut orang kecuali si princess ragdoll yang terbaring atas kusyen merah tu. Itu paling sombong. Sejak kitorang sampai dan dah nak balik memang bolayan kitorang. Kitorang tak ambil hati pun sebab memang dah masak sangat dengan perangai ragdoll ni. Hihihi~
 
 
Kucing2 yang ada mostly baka mainecoon (besar gila mcm anak singa pun ye sedangkan baru umur 2 tahun). Ada juga BSH Blue, N95 (orange), ragdoll (paling sombong) dan domestic short hair (mcm stray cat yang dijaga dengan penuh kasih sayang sampai melimpah ruah lemak perutnya). Semua pun nampak happy dan seronok melayan kitorang. Mommy eez, Raihan dan Wafa memang macam orang kemaruk melayan kucing2 tu sebab masing2 rindu nak ada adik. Huhuhu~. Takpela.. mommy eez yang tak ready nak bela kucing lagi. 

Semoga terbuka la hati ni satu masa nanti untuk membela kucing aaameeen~~~
 
Lepas dah lepak dekat situ selama 1 jam, kitorang pergi makan dekat Murni Discovery yang terletak betul2 dekat depan bangunan Furry Palace Catfe tu. Makanan boleh tahan juga sedap Alhamdulillah. Mommy eez order Nasi Goreng Tomyam, Raihan order Chicken Chop, Wafa order Cheese Nan dan Incik Boss order Burger.
 
 
Bentuk piramid ye nasi goreng tomyam ni hahaha~. Alhamdulillah.. itu saja yang mommy eez nak kongsikan dalam post kali ni. Jumpa lagi dalam next post insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ

Selamat Tinggal www.kiddieoasis.com.my ~~~

Hi semua, mommy eez ada satu pengumuman nak dibuat berkenaan dengan Kiddie Oasis Online Store. Setelah hampir 9 tahun online shop ni beroperasi, mommy eez dengan rasa rendah diri nak maklumkan yang kedai ni...


MASIH BEROPERASI SEPERTI BIASA!!!


MUAHAHAHAHAH~


Sajaaaaaaa nak bagi poyo je ingatkan Kiddie Oasis Online Store dah kena tutup. Sebenarnya, sales sejak mula tahun lepas lagi sangat2 tak memberangsangkan. Berbanding masa tahun 2020 sehingga 2022, mommy eez masih lagi mampu nak maintain official website Kiddie Oasis dengan SiteGiant. Tapi mulai tahun ni mommy eez terpaksa hentikan subscription dengan SiteGiant dan opted for other alternative. Profit semakin ke laut dalam dan mommy eez sendiri semakin terkapai2.

 

Goal mommy eez untuk online shop ni ialah beroperasi tanpa mengeluarkan modal besar yang melibatkan duit. Maka, bermulalah mommy eez mencari website developer yang boleh offer FREE e-commerce website. Survey punya survey, terjumpalah mommy eez dengan freewebstore yang ada free plan untuk buat e-commerce website. Walaupun developer website ni dari US, tapi mommy eez rasa requirement untuk free plan ni agak berbaloi. Cumanya buat masa ni mommy eez tak dapat nak transfer domain www.kiddieoasis.com.my direct ke website baru yang under freewebstore ni sebab still perlukan bayaran tahunan untuk maintain dengan domain asal tu. Takpelah yang penting website baru ni mampu berfungsi seminimal yang boleh. Payment gateway yang available hanya menggunakan Paypal. Bagi mommy eez dah cukup sebab sales yang datang dari website agak jarang dapat. So website ni perlu ada dengan tujuan brand awareness dan dapatkan trust daripada customer. Dan benda paling tak best, mommy eez kena start from ZERO balik nak design dan masukkan produk2 yang masih relevan. Korang boleh usha2 website terbaru untuk Kiddie Oasis Online Store di sini:

 

 Official Website Kiddie Oasis yang baru!

dengan domain yang baru...

 https://kiddieoasis.my-online.store/

 

Alhamdulillah, mula2 agak ragu2 juga lah nak bermula semula. Tak sangka mommy eez ambil masa dalam 2 bulan lebih untuk develop semula website Kiddie Oasis Online Store berbanding masa guna Sitegiant tu dalam 4 bulan lebih sebab nak setup payment gateway dan macam2 setting tu semua agak leceh juga. Malah interface dia sangat mudah dan senang nak maneuver. Kalau korang teringin nak ada website e-commerce yang free macam ni, boleh la try dekat freewebstore tu ok. Paling best, kita boleh upload UNLIMITED PRODUCT dekat situ. Hohohoho~

 

TAPI...

 

Kalau korang nak dapatkan nama domain cun2 akan ada bayaran dan bayaran dalam USD. Pakej website dia range dari harga lebih kurang RM100/bulan ke RM1250/bulan. Mahal kan sebab mommy eez kena convert price dari USD ke MYR. So, kalau kata mommy eez nak upgrade website baru ni untuk dapatkan lebih banyak features memang kena bayar. Boleh refer dekat link bawah ni untuk pakej website:

 

FREEWEBSTORE PLANS PRICING

 

Ada juga website developer yang lain dengan harga berpatutan macam Woo Commerce dalam lebih kurang RM500/setahun ataupun Easy Store tapi mommy eez tetap pilih ZERO COST. Selain itu ada juga yang pakai Wordpress, Weebly, Blogspot sebagai landing page website bisnes yang mana FREE juga tapi mommy eez lebih suka website yang berbentuk e-commerce. Di samping create trust dan branding, kadang2 ada customer yang suka nak place order direct dekat website. So website berbentuk e-commerce sangat2 membantu.

 

Hokey, itu saja yang mommy eez nak inform dekat korang semua. Walaupun 6  bulan pertama tahun ni mommy eez agak lost dalam hala tuju Kiddie Oasis Online Store ni, insha Allah mommy eez tengah kick-start balik dan walaupun progress agak slow and steady, mommy eez tetap teruskan dengan niat dapat sebarkan kebaikan melalui buku2 yang mommy eez jual. Semoga Allah SWT terima segala usaha mommy eez dan permudahkan segala urusan dalam urusniaga bisnes comel ni.. Allahumma ameen.

 

Opsss, mommy eez nak bagitahu juga Kiddie Oasis Online Store masih valid di Shopee, Lazada dan yang terbaru di TikTok. So jom follow dekat link bawah ni ya:

 

TikTok Kiddie Oasis


Lavvv,


Mommy EEZ

Review Kenangan Coffee : Mommy EEZ dan Kopi Siri #6

Hari ni mommy eez nak share pasal kopi dari Kenangan Coffee.

 

Walaupun kopi ni mommy eez dah rasa lama tapi nak juga buat review huhuhu~~~ Kalau ikutkan mommy eez dah sebulan lebih tak minum kopi atas sebab kesihatan. Jadi post ni bagi memenuhi craving mommy eez yang kemarukkkkkk sangat nak minum kopi... haiiihhh~~~ 😩 


Macam biasa mommy eez pilih hot Hazelnut Latte. Mommy eez memang jarang beli iced coffee melainkan cuaca panas lit lit. Setakat dalam mall memang selalunya pilih hot sebab mommy eez sejenis tak tahan sejukkkk~~~

 

Apakah rasanya????

 

Rasa Hazelnut Latte lah! Hahaha~


Tapi kopi Hazelnut dari Kenangan Coffee bagi mommy eez lebih creamy dan manis berbanding Gigi Coffee (oohh all time favourite). Tak sure kalau bergantung kepada outlet tapi mommy eez bagi rating biasa je la. Boleh layan tapi kalau ada option lain macam Gigi Coffee atau Zus Coffee, mommy eez akan pilih 2 brand tu.


Sebab apa?


Yang pertama sekali mestilah rasa, dan yang kedua walaupun 2 brand tu ownernya berbangsa Cina, tapi masih orang lokal kita. Kenangan Coffee ni founder nya ialah Edward Tirtanata, seorang rakyat Indonesia yang membangunkan sendiri Kopi Kenangan di Indonesia dan sekarang ni dah well known di peringkat global. Apa2 pun pilihan di tangan kita. Mana2 brand pun ok je tapi lebih ok kalau ownernya sendiri orang Muslim tak kisah apa bangsa. 


Ada je brand kopi dari lokal Muslim macam Richiamo dan dulu2 mommy eez suka layan Kopi Malaya atau Kopi Dua Darjat yang hanya stall tepi jalan. Tapi, mommy eez tak tahu apa silapnya sebab 2 brand tu tak kekal lama. Hanya Richiamo je yang masih bertahan. Mommy eez dah rasa kopi di Richiamo dan sangat manis bagi mommy eez. Pahitnya kurang dan kopi cair. Harapnya sekarang ada lah penambah baikan yang dibuat kalau tak masa kan diorang boleh maintain branding tu kan. Kalau korang ada lagi brand kopi jenama lokal muslim boleh share dekat komen bawah hokey. 2 tahun lepas mmg hype sungguh cafe2 hipster ni terutama sekali dekat area Shah Alam. Dengar kata dekat Terengganu pun tak kurang hebatnya juga cafe2 hipster ni wujuk bak cendawan tumbuh.


Hokey tu saja mommy eez nak share. Ada rezeki lagi nak cuba flavour drink lain plak di Kenangan Coffee. Jumpa lagi dalam next post. Insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ

Senarai Pemenang GiveAway by Blog the Story of Mommy EEZ

Ya ampunnnn gaissss mommy eez lambat nak umumkan pemenang GiveAway by Blog The Story of Mommy EEZ. Dahlah 1st time buat giveaway lepas tu bertangguh2 pula nak umumkan pemenang. 


Hokey, tanpa membuang masa inilah dia pembaca2 blog bertuah untuk GiveAway #1 kali ni:


 Kepada semua pemenang sila whatsApp atau DM mommy eez dekat Instagram untuk claim hadiah ok.

 

Semoga hadiah2 tersebut dapat bagi manfaat dan memberikan sedikit kegembiraan dan kebahagiaan pada korang semua. Pada yang tak berjaya dan belum cuba insha Allah ada rezeki lebih mommy eez share lagi dengan korang hokey.

 

Di kesempatan ni, mommy eez nak ucapkan~~~

 

Mommy eez suka sangat gambar atas ni sebab mommy eez sendiri yang tangkap pakai phone je di Sekinchan, Selangor. Masa ni saja nak bawa anak2 mendekati dunia sawah padi disebabkan anak2 mommy eez memang pure budak bandar hahaha~ . Insha Allah mommy eez akan review Jalan2 di sekitar Sekinchan nanti.

 

Sekali lagi mommy eez minta maaf atas kelewatan nak umumkan senarai pemenang. Selamat berpuasa 6 di bulan Syawal yang mulia ni. Sambil2 berpuasa tu harapnya dapatlah juga kekalkan berat badan masa puasa wuwuwu~~~

 

Akhir kata, semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati hari2 kita selalu.

Allahumma Ameen~~~


Lavvv,

Mommy EEZ

Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 25 oleh Dr. Azrul Azlan

Tinggal tak sampai 5 hari lagi nak menuju ke akhir Ramadan. Ya Rabb Ramadan kali ni mommy eez rasa sangat lelah berbanding tahun lepas. Tahun lepas bila nak solat terawih semua tu rasa ringan lagi. Kali ni mungkin dibebankan dengan keadaan kesihatan yang tak berapa betul2 sihat dan macam2 benda jadi, maka dugaan Ramadan kali ni memang agak mencabar. Tapi, Alhamdulillah mommy eez rasa banyak Allah SWT mudahkan untuk mommy eez dan famili. Sekalipun penat, mommy eez harapkan pahala yang berterusan/berpanjangan buat mommy eez dan famili. Aaaameen.

 

Jom kita sambung nota ringkasan yang seterusnya iaitu Juzuk 25.

 

RINGKASAN NOTA JUZUK 25

disampaikan oleh

Dr. Azrul Azlan


 - Juzuk 25 mengandungi 5 surah:

  • Surah Fussilat (ayat 47-54)

  • Surah Asy-Syuraa (ayat 1-53)

  • Surah Az-Zukhruf (ayat 1-89)

  • Surah Ad-Dukhan (ayat 1-59)

  • Surah Al-Jasiyah (ayat 1-37)


- Pada bahagian akhir surah Fussilat menceritakan tentang kekuasaan Allah SWT dan menempelak orang2 kufur tentang patung2 berhala mereka. Allah SWT menegaskan sifat manusia yang selalu lupa apabila didatangkan kesenangan kepada mereka dan kembali merintih dan mengadu kepada Allah SWT apabila kesusahan menimpa mereka. Allah SWT juga menekankan tentang kebenaran Al-Quran dan orang2 kafir ini akan terus berada dalam keadaan ragu2 selagi mana mereka tidak menerima Al-Quran sebagai wahyu dari Allah SWT.


- Surah Asy-Syuraa diberi nama bersempena peristiwa Perjanjian Aqabah (Baiat Aqabah) pada tahun ke-9 kenabian buat Nabi Muhammad SAW. Asy-Syuraa bermaksud perbincangan/mesyuarat yang mana apabila sesuatu keputusan yang bernas dibuat mestilah berdasarkan perbincangan atau muafakat ahli2 dalam sesebuah mesyuarat.


- Surah Asy-Syuraa ini menghimpunkan nama2 5 orang Rasul Ulul Azmi yang kita kenali. Bila kita lihat ayat pertama surah ini mempunyai 5 huruf muqhoto'ah (huruf potong) maka sebahagian ulama' mengatakan ada perkaitan antara 5 huruf ini dengan 5 orang Rasul Ulul Azmi yang disebut dalam surah ini. Selain itu, apabila satu surah itu bermula dengan huruf2 muqhoto'ah (seperti yang telah dinyatakan pada juzuk2 sebelum ini) selalunya ayat2 seterusnya akan menceritakan tentang kemuliaan dan kebenaran Al-Quran. Jadi boleh disimpulkan bahawa Allah SWT mahukan kita berfikir dan mengkaji apakah maksud tersirat di sebalik ayat2 Al-Quran yang merupakan wahyu/kalamullah ini. 

 

- Pada ayat 3 surah Asy-Syuraa berkisarkan tentang wahyu dan begitu juga pada ayat2 terakhir surah ini menyentuh tentang wahyu dan kebesaran/kekuasaan Allah SWT. Pengajarannya di sini ialah kita perlu mengakui kelemahan kita sebagai manusia yang memerlukan bimbingan wahyu dari Allah SWT dan mengiktiraf kehebatan dan kekuasaan Allah SWT yang Maha Sempurna.

 

- Tema surah Asy-Syuraa' ialah mengenai kesatuan ummah. Perkara ini dicapai melalui perbincangan di antara ahli2 mesyuarat dalam menentukan sesuatu perkara/keputusan yang terbaik buat semua orang terutama agama Islam. 


- Allah SWT menceritakan tentang istigfar yang dilakukan oleh para Malaikat pada ayat 5, surah Asy-Syuraa dan dirakamkan juga pada ayat 7 Surah Al-Ghafir. Bezanya kedua2 cerita ini adalah:

  • Malaikat2 yang dinyatakan dalam ayat 5 surah Asy-Syuraa ialah Malaikat2 yang menjaga langit tetapi mereka tidak menjaga Arasy Allah SWT. Malaikat2 ini memohon doa buat penduduk di bumi (sama ada beriman atau tidak beriman) supaya dikurniakan rezeki dan kelapangan. 

  • Malaikat2 yang dinyatakan dalam ayat 7 surah Al-Ghafir ialah Malaikat2 penjaga Arasy Allah SWT yang memohon doa dan keampunan untuk orang2 yang beriman saja.


- Pada ayat 14, surah Asy-Syuraa menceritakan tentang kota Mekah yang menjadi pusat kepada bumi serta sifat hasad dan dengki yang boleh menyebabkan berlakunya perpecahan antara umat.


- Allah SWT menyentuh dalam surah Asy-Syuraa tentang kepentingan menyucikan niat dalam beribadah kerana niat yang suci menghasilkan amalan2 yang baik dan ikhlas.


- Pada ayat 30 surah Asy-Syura, Allah SWT menyatakan perbuatan maksiat boleh menyebabkan turunnya bala kepada umat manusia. 


- Allah SWT menerangkan sifat2 yang perlu ada pada seorang mukmin yang sentiasa meninggikan agama Islam adalah dengan;

  • mempunyai akidah yang suci bagi menerapkan kalimah2 Allah SWT dalam kehidupan masyarakat (rujuk ayat 36 surah Asy-Syuraa)
  • sentiasa menjauhi maksiat (rujuk ayat 37 surah Asy-Syuraa)
  • mempunyai akhlak yang baik bagi menarik minat orang2 yang masih belum terbuka hatinya kepada Islam
  • sentiasa bersikap istiqamah dalam bertawakal kepada Allah SWT
  • menjaga solat kerana menunaikan solat adalah hak Allah SWT
  • membayar zakat kerana zakat adalah hak manusia


- Surah Az-Zukhruf dinamakan bersempena pada ayat 35 surah ini yang mana Zukhruf itu bermaksud perhiasan. Pengajaran dari surah ini ialah Allah SWT memberikan kefakiran kepada orang2 yang kufur bagi memberi pengajaran kepada mereka supaya kembali beriman kepada Allah SWT. Kita selalunya mengingati Allah SWT di kala susah saja dan apabila senang, kita mudah lupa untuk berterima kasih dan mengingatiNya.


- Tema utama surah Az-Zukhruf ini berkisarkan peringatan2 Allah SWT ke atas manusia tentang fitnah dunia dan perhiasan2 yang ada di dalamnya. Kecantikan dan keseronokan yang ada di dalam dunia ini mampu untuk menipu manusia yang percaya segala nikmat itu akan kekal selama2nya. Namun hakikatnya, ianya bersifat sementara dan kita perlu berhati2 supaya tidak hanyut dalam perhiasan dunia sehingga membawa kita masuk ke dalam neraka.


- Pada permulaan surah Az-Zukhruf menceritakan tentang Allah SWT Maha Pencipta langit dan bumi manakala di penghujung surah ini menekankan tentang Allah SWT juga Maha Pemilik langit dan bumi. Surah ini banyak menyentuh tentang tauhid dan keimanan kepada Allah SWT yang menerangkan sifat2Nya iaitu Maha Pencipta (Al-Kholiq) dan Maha Pemilik (Al-Malik).


- Surah Az-Zukhruf juga membicarakan tentang hubungan kecintaan kepada Allah SWT dan dinyatakan pada ayat 67 surah ini. Allah SWT menyatakan perbezaan di antara hubungan kecintaan kepada manusia, dunia dan Allah SWT:

  • Kecintaan kepada manusia dan dunia akan berakhir apabila kita sudah meninggal dunia
  • Kecintaan kepada Allah SWT akan berterusan di dunia dan di akhirat.

Tidak salah untuk kita mengejar dunia, tapi jangan dilupakan perkara yang berkaitan dengan akhirat supaya amal kita di dunia boleh membawa kita masuk ke dalam syurga.

 

- Surah Ad-Dukhan membawa peringatan dan ancaman keras dari Allah SWT untuk menakutkan orang2 kafir. Ad-Dukhan bermaksud asap. Allah SWT memberi amaran kepada orang2 kafir ini jika tidak kembali beriman dan masih degil untuk menolak wahyu dari Allah SWT, akan datanglah asap kemarau yang membawa kebu sebagai hukuman/azab ke atas mereka. Surah ini diturunkan selepas berlakunya kemarau yang panjang (peristiwa sama terjadi dalam kisah Nabi Yusuf AS) di Mekah dan kemarau ini berlaku atas doa Nabi Muhammad SAW sebagai pengajaran kepada orang kafir Quraisy.

 

- Surah Ad-Dukhan bermula dengan menerangkan kebenaran dari Al-Quran dan diakhiri dengan Al-Quran sebagai peringatan kepada semua umat manusia. Allah SWT mengingatkan bahawa jangan mudah tertipu dengan kuasa yang ada di tangan kita kerana ditakuti kita menyalahgunakan kuasa yang akhirnya hanya mementingkan diri sendiri dan mengikut hawa nafsu. 


- Surah Al-Jasiyah menceritakan perkara yang berlaku pada Hari Akhirat. Al-Jasiyah bermaksud 'yang melutut' yang mana kita akan melutut di hadapan Allah SWT semasa dibuat perhitungan amal pada Hari Akhirat.

 

- Surah Al-Jasiyah juga membawa tema utama tentang peringatan kepada manusia supaya tidak menjadi takabbur, berasa bongkak dan tinggi diri apabila mempunyai pangkat, kuasa dan harta. Jangan bertindak mengikut hawa nafsu. Allah SWT menyatakan pada ayat 23 surah ini bahawa Allah SWT menghukum seseorang yang sudah beriman tetapi kembali kufur dan ingkar kerana mengikut hawa nafsu mereka. Ini dinyatakan juga pada ayat 7 surah Al-Fatihah yang mana Allah SWT murka ke atas mereka yang mempunyai ilmu tetapi tetap memilih jalan sesat dan jauh dari kebenaran.


Alhamdulillah dapat juga mommy eez selesaikan ringkasan nota Juzuk 25 ni. Semoga bermanfaat dan selamat mengejar malam Al-Qadr buat semua muslimin dan muslimat.


Lavvv,

Mommy EEZ

Popular Posts