Hai Assalamualaikum semua!
Maka, kali ni mommy eez nak review....
ZUS COFFEE
Salah satu brand yang sangat well known juga sebab pernah viral video pasal customer marah2 kenapa bagi americano coffee dalam cup kecil. Lepas tu staff Zus Coffee tu rakam perbualan antara beliau dan customer tu supaya dapat menunjukkan cara beliau yang berhemah dalam mengendalikan customer yang agak panasss tu. Pandai2 lah korang tanya Pak Cik Google pasal cerita tu hokey.
So, setelah beberapa kali lalu lalang depan Zus Coffee di AEON Mall Shah Alam tu, akhirnya terbeli juga lah Hot Spanish Latte di Zus Coffee ni.
Kebetulan dapat design coffee cantik sempena musim raya...
Macam biasalah mommy eez sejenis suka enjoy kopi panas2. Sebenarnya, sebelum ni mommy eez dah pernah cuba coffee latte dari Zus Coffee ni tapi terlalu creamy dan plain untuk mommy eez. Lepas tu, kakak ke-2 mommy eez, Angah pesan kalau nak order kopi sedap dekat Zus Coffee, pilihlah flavour Spanish Latte ni. Apa beza Spanish Latte dengan coffee latte yang lain?
Standard coffee latte = espresso + cold milk + ice cubes
Spanish Latte = espresso + scalded milk (heated milk at 83 degC) + condensed milk
Other latte mostly guna steamed or foamed milk
Verdict:
Bagi mommy eez rasanya ada sikit pahit2 masam manis dan berlemak krim gittew. Memang sedap ikut tekak mommy eez lah. Cumanya kalau boleh lepas ni nak request less sugar sebab bila minta kopi yang panas ni memang manis berdengunglah. Tambah2 pakai condensed milk atau susu sejat kan. But still, acceptable for me. Tak ada lah rasa macam kopi Gloria Jeans yang super manis tu. Opss~~~
Insha Allah boleh repeat lagi nak minum Spanish Latte di Zus Coffee lepas ni. Harga pun boleh kata berpatutan dalam RM11.90 lebih kurang range harga di Gigi Coffee dan tak semahal kopi Starbucks ataupun Coffee Bean.
Hokey tu saja nak share dalam post kali ni.
Pen off now. Tata titi tutu. Masuk tidur dulu.
Lavvv,
Mommy EEZ