Review Botol Susu - Avent Classic VS Avent Natural

Holaa mommy2 semua. Kali ni Mommy EEZ nak cerita pasal botol susu Avent yang ada 2 jenis; Classic dan Natural. Botol Avent atau ada yang panggil Philips Avent (nama penuh) ni memang diminati ramai sebab:

1. Kualiti botol susu ni memang TIP-TOP - nampak botol susu mahal dengan design botol susu yang agak sophisticated.

2. Antara botol susu yang branded dan senang didapati di shopping mall.

3. Banyak design cartoon comel2 dan material kukuh sekalipun material jenis plastik PP (polypropylene) biasa.

Mommy EEZ memang penggemar barangan Avent dan botol susu yang Mommy EEZ bagi pada anak anak2 Mommy EEZ ialah botol susu Avent Natural. Jom kita tengok apa perbezaan antara Avent Classic dan Avent Natural.




1. Beza dari segi bentuk puting
Puting Avent Classic berbentuk agak bulat/lurus dan tak curvy macam Avent Natural. Bagi Mommy EEZ, puting Avent Classic ataupun Natural ni sesuai untuk baby yang tak fussy dalam memilih botol susu. Shumbatlah apa saja brand botol susu, anak2 mommy pasrah dan redha saja menerima. Hehehe~


Puting botol susu Avent Classic - Fast Flow (4 holes)
*Nak cari Avent Classic Teat Medium Flow (3 holes) tekan button di bawah ye

https://shopee.com.my/Avent-Classic-Plus-Teats-Medium-Flow-(Level-3)-i.4491129.15095435
 

Puting botol susu Avent Natural yang berbentuk macam bunga/petals
*Nak beli roger Mommy EEZ via WhatsApp


2. Beza dari segi bentuk botol susu
Badan botol susu Avent Classic pun berbentuk lurus juga dan tak curvy macam Avent Natural. Bagi Mommy EEZ bila pegang botol susu Avent Natural ni rasa best dan grip lagi kuat disebabkan bentuk curve di tengah2 botol.

3. Material puting botol susu
Sekalipun material puting botol susu untuk kedua2 jenis Avent ini diperbuat daripada silikon, tetapi Mommy EEZ rasa puting silikon pada Avent Classic keras sikit berbanding Avent Natural. Itu sebab ada customer yang mengadu puting Avent Natural ini cepat koyak. Sebenarnya, puting Avent Natural ni jadi lebih lembut untuk memudahkan transition baby dari breastfeeding ke bottle feeding sekaligus dapat kurangkan 'Nipple Confuse'. So, kalau rasa baby mommy2 semua suka gigit2 puting botol, boleh pilih puting Avent Classic hokey. 

4. Design pada botol susu
Mommy EEZ lebih suka design pada botol susu Avent Natural berbanding Avent Classic sebab lagi banyak choice. Even pilihan warna pun rasanya Avent Natural lagi banyak options. Sebabnya, botol susu Avent ni mula popular bila ada macam2 design yang dikeluarkan oleh Babies 'R' Us masa botol susu Avent Natural ni tengah popular dulu sekitar tahun 2013. Sekarang rasanya lagi banyak choice kot bila Target, Walmart dan macam2 lagi dah mula keluarkan pelbagai design Special Edition untuk botol2 susu Avent ni.

5. Cara bersihkan puting dan badan botol susu
Cara nak bersihkan puting dan badan botol susu Avent Classic lebih mudah berbanding Avent Natural. Sebab berus pencuci botol susu tu lebih mudah sampai untuk bersihkan kawasan2 dalam puting dan botol susu Avent Classic. Puting Avent Natural lebih curvy dan kita kena tekan kuat pada bahagian curve dalam botol semasa pembersihan dilakukan untuk buang kerak2 susu tu. 

Nak gambar real? Haa.. cuba tengok gambar di bawah. Kalau mommy2 sebelum ni bagi anak pakai botol susu Avent Classic dan tiba2 teringin nak tukar botol susu Avent Natural boleh saja tak ada masalah! Yang pasti ring bottle tu jangan dibuang. Tengok macam mana Mommy EEZ switch ring bottle Avent Classic dengan Avent Natural dalam gambar tu:


Botol susu di sebelah kanan tu ialah Avent Natural yang dipadankan dengan ring botol susu Avent Classic. Manakala yang di sebelah kiri ialah botol susu Avent Classic yang dipadankan dengan ring botol susu Avent Natural. Gambar bawah ni lagi satu contoh botol susu Avent Natural yang dipakaikan dengan puting Avent Classic. 


So, mommy2 tak perlu risau kalau anak2 mommy dah biasa dengan puting/teat Avent Natural atau Classic sebab dua2 pun can fit each other.

Walau bagaimanapun kedua2 jenis botol susu Avent ini ialah BPA Free dan selamat digunakan untuk baby mommy2 semua. Sekarang ni Avent dah keluarkan botol susu design slim/standard. Macam Avent Classic dan Avent Natural ni jenis wide neck. Apa beza dan best antara slim/standard dan wide neck? Mommy EEZ belum dapat explore lagi huhuhu~~~ 

Hope this little information could help mommies out there to decide the best feeding bottle for your little kiddo =)

See you all in the next post!

Lavveeyewww,

Mommy EEZ

Tips Breastfeeding - Cara simpan susu ibu semasa balik kampung di hari raya


Harap masih belum terlambat untuk Mommy EEZ ucapkan...

Selamat Hari Raya 2018 
kepada semua pembaca belog Kiddie Oasis! 

Minta maaf dan halalkan terlebih dan terkurang bahasa sepanjang Mommy EEZ berceloteh di sini. 

Kali ni Mommy EEZ nak kongsikan dilema mommy2 yang menyusu badan ni setiap kali pulang ke kampung berhari raya dan tips macam mana nak atasi dilema tersebut.



Betul2 dalam dilema kan untuk ibu menyusu bila sampai hari raya ni. Tambah2 bila balik kampung sekali 8-9 biji kereta penuh halaman rumah! Haaa.. mahu tak penuh satu rumah. Hokey no worries. Mula2 ambil nafas dalam2 kemudian hembuskan segala benda2 yang tak berapa positif dalam kepala tu keluar berlalu pergi. Huhuhu~. Ok jom kita tengok apa solusi terbaik untuk menghadapi dilema di atas tu:

1. Sayangkan anak disusu ibunya di mana jua.. haaa invest lah sikit beli mini cooler atau mini fridge yg portable. Senang utk travel/on the go. Chiller kan bole tahan dlm 5-8 hari (bergantung kepada suhu fridge). Range harga dalam RM200-400 tak silap.


Inilah rupanya mini fridge tu.. hehe~. Tak silap Mommy EEZ siap ada jenis mini cooler yang boleh charge dalam kereta lagi. Photo credit to www.lazada.com.my

2. Kadang2 ada mommy yang terussss letak storage bottle yang penuh dengan susu sendiri yang lemak berkrim tu dalam ruang2 kosong dlm fridge. Bayangkan fridge dekat rumah orang, ramaaaiii yang suka buka katup buka katup. Kalau orang perempuan yang buka tak apa. Orang lelaki ni fikirannya memang jauhhh ke depan. Bagi ayah2 yang dah faham tak apalah. Tapi yang tak faham tu.. hmm.. Jadi apa jalan penyelesaiannya? Mommy boleh cuba letak dlm 1 bekas bertutup. Masukkan semua storage bottle dalam bekas tertutup yang besar tu dan labelkan. Senang nak cari nanti. Mommy boleh pakai bekas tupperware ke, ataupun bekas biasa sebab susu yang dah dipam tu dah memang sedia ada dalam storage bottle. Nak jimat space boleh gunakan breastmilk storage bag. 

3. Masa ni nursing cover come to the rescue. Panas sekali pun jangan risau. Kipas tangan yg ada batteri kan ada. Kita mommies dah biasa multi-tasking. Jadi sambil menyusu bole cover dan kipas hala kat baby. Nak hala kat diri sendiri pun bole.. hehehe~


Nursing cover dekat gambar atas ni sama sebiji macam Mommy EEZ punya. Mommy EEZ suka nursing cover jenis kain muslin sebab tak panas. Compared to yang guna kain cotton, baby cepat rimas sebab kain jenis cotton tebal lagi dari kain muslin. Lagi satu bila menyusu ni, baby mesti bermandi peluh. So nak bagi anak2 kita selesa boleh cuba nursing cover jenis kain muslin ni. Selalunya kain muslin ni orang buat swaddle (kain bedung). Photo credited to Pakcik Google.

Bila cakap pasal nursing cover ni kan. Mommy EEZ teringat satu kejadian baru2 ni balik dari beraya di Kedah. Mommy EEZ ternampak ada seorang ibu ni, terkial2 angkat bajunya untuk menyusukan anaknya TANPA ada sebarang 'cover'. Selak baju macam tu je depan public. Suaminya cuba jugalah nak cover tapi pakai tapak tangan je. Wuwuwu~ Kesian sungguh Mommy EEZ tengok. Rasa macam nak offer je nursing cover Mommy EEZ punya. Tapi takut nanti si suami tu terasa hati pula kan. So, pengetahuan pasal breastfeeding ni memang penting. Seelok2nya gali ilmu masa preggy lagi dan apa gadget2 yang penting bila nak dibawa travel supaya mudah untuk kita ibu menyusu untuk nursing di depan orang ramai. 

Itu saja yang dapat Mommy EEZ share untuk Tips Breastfeeding kali ni. Semoga bermanfaat!

Lavveeyeeewww,
Eda Edlina Zakara


Toys yang sesuai untuk newborn baby (0 bulan) sehingga 1 tahun

Assalamualaikum dan salam sayang kepada mommy2 di luar sana.

Mommy EEZ hari ni nak terangkan pasal the best and suitable educational toys untuk baby berumur dari 0++ bulan (newborn) sampai 6 bulan. 

Selama 3 tahun Mommy EEZ berkecimpung dalam bisnes educational toys dan books (mostly Islamic books) banyak yang Mommy EEZ belajar. Tak semua toys sesuai untuk semua peringkat umur baby kita tau. Jadi kita sebagai mommy2 yang bijak selain gorgeous perlulah bijak memilih edu-toys/books untuk baby kita yang tersayang. Jadi, jom kita tengok toys apa yang sesuai untuk baby mommy2 semua mengikut usia mereka.

0-3 months baby

Soft and cuddly toys with clear faces. Paling best jenis yang plush toys yang sangat soft boleh dipeluk masa baby tidur. Kalau toys tu ada macam2 jenis tekstur; contoh ada jenis berbulu, kain kasar, kain lembut, kain berkait (embroidered cloth), kain jenis minky, flanel etc. akan merangsangkan deria sentuhan baby kita. Warna toys tak perlu terlalu menonjol sebab pada usia begini baby lebih berminat dengan warna hitam dan putih saja berbanding warna lain pada jarak 10-25cm saja.

Contoh toys: small teddy bear, plush toys, soft blanket/cloth made from flannel or minky cloth. 
Contoh plush toys whale yang boleh buat bukan saja baby suka tapi mommy2 pun boleh tumpang peluk sekali. Hehe~

Kalau mommy nak guna bahan selain plush toys boleh juga. Contoh macam macam hardbook Hello Little Muslim ni. Tapi pastikan mommy tunjuk pada baby pada jarak selamat sebab takut kalau tunjuk sambil sama2 baring bersebelahan takut terjatuh atas muka mommy ataupun pada baby. Huhuhu~~~ Naya je.


Boleh order dengan Mommy EEZ tau! Harga RM27 exclude postage to Malaysia!


Memang permulaan yang baik untuk kita kenalkan anak2 dengan penciptaNya dan juga tentang Islam. Hardbook ni berguna sampai baby dah besar berumur 3-4 tahun sebab buku ni mengandungi asas2 agama Islam. 

Namun begitu, toys paling terbaik ialah belaian, pelukan dan perhatian dari mommy dia je pada saat usia begini! Hehehe~

Bila baby dah masuk dalam 2-3 bulan, jarak penglihatan baby sudah semakin jauh. Baby sudah mulai mengikut pergerakan tangan kita ataupun segala objek yang ada di depan matanya. Masa ni bolehla mommy2 bermain peek-a-boo ataupun menyanyi depan mereka sambil menepuk tangan.

3-6 months baby

Haaa pada usia baby di waktu ni dah seronok dibawa bermain. Baby dah mula pandai senyum dan berinteraksi apabila diagah2. Apakah jenis toys yang sesuai untuk bayi pada usia ni?

1. Toys yang selalu dibawa ketika mandi seperti itik mainan ini:


Ataupun bath book seperti ini:



*Boleh order juga My First Wudhu' Bath Book ini dari Mommy EEZ. Harga RM59 tak termasuk postage ke Malaysia.

2. Teether sesuai untuk merangsang pertumbuhan giginya kerana pada usia begini baby dah mula gatal gusi.

3. Flash cards jenis kain (jenis kain felt yang lembut, boleh dibasuh dan selamat digigit oleh baby) supaya persediaan terawal untuk kenalkan baby kita dengan huruf ABC, nombor dan huruf hijaiyah.


Set flash felt ini available untuk huruf hijaiyah, arabic numbers dan ABC dengan harga RM55 untuk 1 set. Beli combo untuk 3 set dapat lebih penjimatan!

4. Toys yang mempunyai tombol/punat mahupun bertekstur untuk merangsang kemampuan skill motor baby.

5. Toys yang bermuzik perlahan dan lembut untuk didengar.

6-9 months baby

Baby semakin membesar, semakin pantas dan semakin jauh ruang eksplorasinya. Baby sudah mula membezakan ekspresi muka orang lain dan warna sekeliling. Baby juga sudah boleh fokus pada objek berjarak 1 meter. Mommy2 sudah boleh mengajak baby untuk berkomunikasi dan yang paling sesuai untuk mengajar jenis2 anggota badan pada badan baby sendiri.

Toys yang sesuai untuk baby di usia begini ialah:

1. Softbook (Buku kain) yang tahan lasak dan boleh dibasuh.


Mommy EEZ ada juga jual pelbagai tajuk softbooks seperti ABC, nombor, huruf hijaiyah, anggota badan dan macam2 lagi. Request saja nanti Mommy EEZ usahakan hokey!


2. Bola plastik untuk melatih koordinasi tangan dan kaki baby untuk memegang bola.

3. Toys yang mengeluarkan bunyi muzik apabila ditekan.

4. Toys yang boleh bergerak menggunakan kuasa bateri mahupun kuasa kinetik.

5. Blok kain untuk baby kenal asas warna, bentuk dan tekstur.


9-12months baby

Baby pada usia begini ada yang sudah mula merangkak ataupun berjalan. Selalunya apabila kita berikan sesuatu objek pada baby, dia boleh menyambutnya dengan baik. Kemudian kita beri lagi satu objek lain, baby akan lepaskan objek sebelum itu dan mahu memegang objek lain yang kita nak beri tadi. Selain itu, baby sudah mula rasa 'curious' dengan buku dan mulalah membuka helaian2 buku dengan 'lemah lembutnya'. Huhuhu~ Bertabahlah mommy2 sekalian sebab di usia begini memang baby sudah mula nak start 'enjin melasak' mereka.

Di usia ini juga baby suka masukkan objek yang mereka jumpa ke dalam mulut. Jadi sangat penting untuk menjaga kebersihan toys yang kita beli dan pastikan ianya BPA Free dan Non-Toxic.

Apakah jenis toys/mainan yang sesuai untuk baby berumur 9 hingga 12 bulan ini?

1. Puzzle atau shape sorter. Toys ini boleh merangsang minda baby dengan konsep warna dan bentuk yang sama


Hape Wooden Toys ni ada pelbagai jenis shape sorter dan di atas salah satu daripadanya. Mommy EEZ pun hado juga jual barangan wooden toys dari Hape! Wooden Toys dari Hape yang diterbangkan khas dari Germany ni memang premium kerana kualiti kayu yang sangat smooth dan selamat untuk baby kita.

2. Bola lembut yang boleh melatih kaki dan mata baby untuk belajar menendang.

3. Boardbook - buku tebal yang ada pelbagai aktiviti dan gambar menarik di dalamnya.

4. Telefon mainan yang berbunyi dan baby boleh berinteraksi atau membuat role play. Baby sangat senang menyerap apa saja yang mereka lihat dan mereka akan cuba meniru aksi yang mereka dah 'copy' ke dalam otak mereka. 

5. Flash cards yang timbul atau berbentuk 3D seperti gambar ini:


3D Alphabet Cards ni pun ada dijual di online shop Kiddie Oasis hanya berharga RM39 tak termasuk postage.

Ok, itu saja Mommy EEZ nak kongsikan tips2 dalam memilih toys untuk anak2 seawal usia dari 0 bulan sehingga 12 bulan. Dah lama sangaaatttt sebenarnya nak up post ni tapi baru sekarang berkesempatan nak buat (setelah 4 bulan menyepi kawww.. hahaha). Banyak sangat dalam minda ni sampai info2 yang nak keluar pun jammed. Masing2 berebut mana satu yang nak dimuntahkan dulu.. huhuhu~ Insya Allah next post kita sambung lagi info menarik buat mommy2 dan daddy2 yang rajin membaca penulisan Mommy EEZ yang tak seberapa ini. 

Sebelum tu segala info dan gambar yang Mommy EEZ dapat credited to Pakcik Google dan juga www.momschildren.wordpress.com. Thank you!

Semoga bermanfaat buat semua!

Lavveeyeewww,

Mommy EEZ



Tips Mencari Rumah Sewa - 13 Tips Pindah Rumah

Hohoho~ dah berhabuk sikit belog Mommy EEZ ni sebab bukan senang nak cari masa untuk menaip info2 panas yang Mommy EEZ baru dapat. Tapi tips pindah rumah ni tak adalah panas mana pun. Cuma Mommy EEZ baru je lalui so boleh lah share dengan para pembaca semua.

Mana tips2 botol susu dan edutoys (yang ni langsung tak pernah post - wuwuwuw~)? Hadooo bukan tak hado. Doakan Mommy EEZ dapat sambung lagi banyak tips untuk kemudahan buat mommy2 semua. Banyak nak kena buat research, trial and error dan gambar2 real produk sebelum buat review ni tau. Barulah dapat meYAKINkan mommy2 setinggi 300% dengan tips2 yang Mommy EEZ share dekat sini.



Hokey so malam ni sebelum idea menghilang atau Missing-in-Action, jom jot down siap2.

TIPS PINDAH RUMAH by Mommy EEZ - lesson learnt dari pengalaman 

1. Pilih tarikh pindah rumah yang ideal. Maksudnya pilih waktu yang ada cuti panjang. So boleh ada masa untuk kemas rumah dan berehat. Kadang2 ada masa lebih kita nak guna untuk cari barang yang tak ada contoh - penyapu, cermin bilik air, plastik sampah, bakul sampah, bakul baju, sabun (mostly household), perabot baru and etc. 

2. Confirm date dengan mover 1-2 minggu awal. Pilih mover yang boleh datang rumah untuk estimate jumlah dan saiz barang2 perabot rumah kita. Benda ni penting untuk tentukan saiz lori yang diperlukan nanti. Macam Mommy EEZ hari tu hire TMS Mover. Dah 2 kali ambil servis TMS Mover ni. So far servis diorang ni OK cuma kena highlight dan cek betul2 barang2 kita dah habis loading/unloading ke belum. Baru ni pindah diorang terambil 2 gulung bubble wrap Mommy EEZ sbb diorang ingat diorang punya. Hangin juga lah sebab bubble wrap tu guna untuk membalut barang2 customer Kiddie Oasis. Bertabah je la ye. Oh.. bawah ni Mommy EEZ nak list down mover2 lain yang boleh dipilih ikut budget dan slot yang available:

a) TMS Mover - Mommy EEZ deal dengan TMS mover masa berpindah ke Shah Alam ni. Bole contact melalui WhatsApp Mr. James di +6012-3738000. Review pasal TMS Mover ni pun kena buat pada post lain sbb banyak detail Mommy EEZ nak kongsi. Boleh tekan link bawah ni:

REVIEW TMS MOVER <--- klik sini

b) HKS Mover - Mover ni recommended by abang Mommy EEZ. Sangat efficient sebab sebelum diorang provide lori, diorang akan datang rumah untuk estimate berapa saiz lori yang diperlukan untung mengangkut barang2 perabot rumah kita. Mereka tak caj apa2 pun masa buat estimation/evaluation tu. Yang penting kita dapat quotation dia. Mommy EEZ tak ambil servis mereka sebab date diorang tak available. Servis mereka sama juga cover packing dan unpacking barang untuk rumah saiz 900sqft dengan caj lebih kurang RM1750 (anggaran saja). 

c) AK Movers - Mover ni ada sediakan beberapa pakej ikut budget yang bersesuaian. Tapi agak susah Mommy EEZ nak pilih dan agak pricey berbanding yang lain.

3. Buat checklist barang2 yang nak packing dan juga labelkan. Macam Mommy EEZ akan asingkan dulu barang2 berharga seperti barang kemas, duit tabung, Xbox, laptop, phone, jam tangan dan macam2 lagi dalam 1 tempat. Pastikan barang2 berharga ni kita bawa sendiri. Jangan bagi orang mover bawa pula. Bab ni kena extra careful. Lagi satu kena bawalah sikit baju2 siap dengan toiletries semua sebab nanti jenuh nak cari kotak baju pula bila dah pindah. Nak unpack barang2 pindah ni ambil masa ye kawan2..wuwuwu~ Mommy EEZ dan suami ambil masa dalam lebih kurang seminggu untuk unpack dan susun barang2 sebab kitorang pindah dekat hujung tahun. So dapat banyaklah cuti dari cuti Christmas sampailah ke New Year.

4. Pastikan anda dah berurusan dengan pihak management rumah lama dan baru untuk urusan pindah rumah. Selalunya urusan pindah rumah ni hanya pada waktu2 tertentu saja di rumah2 jenis apartment/kondo/flat. Contoh hari yang dibenarkan untuk berpindah hanyalah hari Isnin sehingga Sabtu dari 9am-5pm. Kemudian, ada certain pihak management inginkan duit deposit dalam RM500-1000 dan duit ini refundable bila dah habis proses berpindah. Duit ini gunanya bila berlaku apa2 kerosakan bangunan/lif disebabkan perabot kita, mereka akan deduct dari duit deposit ni. Tapi selalunya insya Allah dapat je full refund duit tu.

5. Masa berpindah ni la nak buat spring cleaning. So mana2 barangan yang masih elok bolehlah jual di Carousell atau di mudah.my. Dapat cash boleh buat modal untuk bayar sewa lori Haa kan bernas sungguh idea Mommy EEZ ni. Tapi Mommy EEZ buat lepas pindah sebab bila dah sampai rumah baru, nak susun2 barang2 lama dah tak muat di rumah baru. Hahaha~ Masa ni lah baru timbul kesedaran untuk menjual barang2 yang elok dibuat jual.

6. Sebelum berpindah ke rumah baru, pastikan anda semua merancang mana nak letak perabot2 di rumah lama ke rumah baru. Apa yang Mommy EEZ buat ialah ambil semua ukuran perabot2 rumah yang sedia ada dan kemudian ambil plan rumah baru yang kita nak pindah tu. Dari situ kita dah boleh buat anggaran dekat mana tempat yang sesuai untuk diletakkan perabot2 rumah kita di rumah baru. Ini penting sebab bila mover sampai ke rumah baru, dah boleh terus minta mereka susun perabot ikut perancangan kita. Bole jimatkan masa juga.

List perabot untuk diambil ukuran macam di bawah ni:

a) Wardrobe baju - setiap bilik
b) Katil - setiap bilik
c) Baby Cot (kalau ada)
d) Langsir - setiap bilik
e) Kabinet buku
f) Meja study
g) Meja makan
h) Mesin basuh
i) Peti ais
j) Water filter (Coway, Cuckoo and etc.)

7. Cari kotak, pita pelekat dan marker pen. Bagi yang memilih untuk jimat bayaran caj mover, kotak2 boleh didapati secara percuma di TESCO mahupun di kedai2 runcit yang dah tak nak pakai kotak2 yang isi barang2 jualan mereka. Mommy EEZ tak berapa rajin dan pergerakan sangat terhad sebab ada baby Wafa. Jadi Mommy EEZ biarkan orang TMS mover yang buat semuanya. Mereka sediakan kotak, pelekat, surat khabar dan wrapper untuk barang2 kaca. Mommy EEZ dan suami jadi mandor je masa hari pindah tu. Huhuhu~ tapi still penat sebab banyak benda nak kena fikir dan handle anak2 lagi.

8. Pastikan air water filter dikosongkan dulu sebelum orang mover datang. Contoh macam Mommy EEZ call hotline Coway untuk tahu macam mana nak uruskan water filter tu bila berpindah. Ada caj tak bila nak bawak Coway ni ke rumah baru? Untuk 1st time relocation/berpindah saje installation percuma. Tapi bila dah berpindah randah banyak2 kali, Coway akan kenakan caj. Berapa? Wallahualam. Kena cek sendiri dengan Coway lah ye.

9. Clear/Defrost barang2 makanan di dalam peti ais. Mana2 makanan yang senang expired ataupun lebihan makanan silalah buang bagi mengelakkan peti ais anda berbau.

10. Pastikan masa hari berpindah, perlu sediakan air dan makanan yang secukupnya bukan saja untuk diri sendiri tapi untuk orang lain juga. Tambah2 bila dah ada anak2 ni lagi banyak ragam nak kena layan sebab proses nak pindah ni boleh makan masa satu hari suntuk. Penat tak hengatttt bak kata gaya orang KL cakap. Jadi kena pastikan air dan makanan macam roti dan biskut sentiasa bersama kita masa hari berpindah tu.

11. Bila orang mover dah habis loading barang2 ke dalam lori, pastikan anda cek dulu barang2 yang dah disusun ke dalam lori baru anda berikan alamat ke rumah baru. Sebab ada setengah2 mover yang nak caj lebih, 1st lori belum penuh dia dah jalan dulu menuju ke rumah baru. Kemudian 2nd lori datang dah penuh sendat. Then kalau tak muat juga untuk 2nd lori, mover akan push untuk ambil 3rd lori which end up another charges to bear. Apa yang Mommy EEZ buat bila orang mover dah habis penuhkan 2 lori (1 x 5 tonne lorry dan 1 x 3 tonne lorry untuk rumah bersaiz 900sqft), baru bagi alamat rumah baru pada diorang.

12. Sebelum keluar untuk kali terakhir di rumah lama, pastikan anda cek suis semua ditutup, tong sampah dah clear, barang2 makanan dah clear, paip air dah ditutup dan tingkap/grill semua ditutup dan dikunci. Kalau boleh, better datang semula ke rumah lama untuk bersihkan sisa2 kotoran dan habuk sebab rasa macam tak best je nak tinggalkan rumah dalam keadaan kotor kan.. Kalau tak larat, silalah hire cleaning service.

13. Tolong standby/asingkan siap2 gunting, kain lap, kain buruk/baju lama yang dah tak nak pakai lagi, plastik sampah untuk masuk ke rumah baru. Kalau tak buat awal2 memang jenuhlah nak cari dalam kotak banyak2 tu. Paling best bila kotak tak ada label. Wuwuwu~ Habis masa duk buka kotak je nanti.

Haaa itu sajalah sedikit sebanyak tips Mommy EEZ untuk pindah rumah. Ada banyak lagi tips menarik di thelorry.com so kalau rajin silalah baca ye.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca post kali ni.

Insya Allah Mommy EEZ akan buat review untuk TMS Mover pula ya =)

Lavveyewww,

Mommy EEZ

Tips Mencari Rumah Sewa - Checklist Rumah Sewa

Assalamualaikum dan selamat tengah malam!

Apalah Mommy EEZ nak membebel tengah2 malam buta ni kan. Sebenarnya Mommy EEZ and family bakal berpindah ke rumah sewa di Shah Alam. Jadi disebabkan banyak benda nak kena tengok so apa salahnya Mommy EEZ share few items yang nak kena consider sebelum nak memilih rumah sewa. Selain itu, banyak juga kes bakal2 penyewa yang kena tipu dengan si penipu yang berlakon sebagai owner/ejen rumah. Bila bakal penyewa dah bayar duit deposit, terus si penipu menghilangkan diri. Ada yang bagi IC tipu untuk mengaburi bakal penyewa. Memang kena hati2 di zaman sekarang ni.


Mommy EEZ agak cerewet sikit bila bab2 nak pilih rumah ni sebab sekarang ni dah duduk rumah sendiri yang agak proper. Lepas tu dah jadi Stay-At-Home-Mom (SAHM) jadi banyak masa habis di rumahlah. Semestinya rumah nak kena selesa, bersih dan best! Hehehe~


Keputusan untuk pindah ke Shah Alam ialah sebab nak bagi memudahkan Abg Ham a.k.a Abahnye Raihan ke office dan juga kakak Raihan ke tadika setiap hari di sana. Tambah2 pula kakak Raihan dah nak masuk darjah 1 pada tahun 2019 jadi kami kena decide sekolah rendah mana yang sesuai untuk kakak Raihan ni. Memandangkan ulang alik KL-Shah Alam-KL dah memakan masa hampir 3-4 jam (bila waktu peak hour jammed tak hengat) jadi kami cuba untuk jimatkan masa, tenaga, petrol dan tol dengan menyewa di Shah Alam sana. 


Mommy EEZ dah bermastautin di kotaraya Kuala Lumpur terchenta selama 32 tahun. Huhuhu~ lama kan. Dari lahir di HKL, membesar di Keramat dan Kg. Baru, bersekolah di Kg. Pandan kemudian merantau sekejap di Kualo Pilah dan Bangi (elehhh dokek yo pun) untuk sambung belajar, alih2 pulang semula ke tengah2 kota KL untuk bekerja. Sangat pure KL-lite tapi still fail jalan2 di KL ni sebab banyak sangat bertukar disebabkan pembangunan di sana sini.


Hokey enough of membebel. Jom tengok apa CHECKLIST yang perlu anda consider bila nak pilih rumah sewa:


1. Sewa rumah melalui 'Direct Owner' atau Ejen

Terpulang kepada jenis dan lokasi rumah yang kita pilih. Boleh melalui 'Direct Owner' / Owner Rumah atau Ejen. Ada beberapa risiko yang perlu dilihat bila kita nak deal dengan mereka2 ini. Nanti Mommy EEZ cerita lebih lanjut di post yang lain hokey.

2. Kena tahu berapa deposit perlu dibayar. 2 + 1 atau 1 + 1 atau 2 + 1 + 1?

Apa benda 2 plus 1 dan 1 plus 1 ni. Hokey Mommy EEZ bagi contoh kalau kata sewa rumah tu RM1000 sebulan.

1 + 1 : RM1000 (security deposit) + RM1000 (bayaran sewa bulan pertama) = Total RM2000


2 + 1 : RM2000 (security deposit) + RM1000 (bayaran sewa bulan pertama) = Total RM3000


2 + 1 + 1 : RM2000 (security deposit) + RM1000 (bayaran security untuk utility bills) + RM1000 (bayaran sewa bulan pertama) = Total RM4000


So macam Mommy EEZ kena 2 + 1 + 1 sebab melalui Ejen dan ada juga tambahan untuk stamping fee bagi Tenancy Agreement (TA) sebanyak RM400. Rasanya kalau deal dengan Owner Rumah terus tak adalah kena sampai RM400 tu. Kira RM400 tu dibayar kepada Ejen sebagai komisyen je lah kot. Mula2 masa nak confirm rumah sewa tu, kami kena bayar dulu booking fee iaitu bayaran sewa bulan pertama. Kemudian bila dah nak sign TA, baru kita bayar balance security deposit dan juga bayaran security untuk utility bills pada Owner Rumah.


Sebagai penyewa kita kena faham yang security deposit dan juga bayaran security untuk utility bills tu TIDAK akan ditolak bila dah sampai penghujung waktu dah nak habis kontrak menyewa. Bergantung kepada budi bicara Owner Rumah tapi setahu Mommy EEZ, Owner Rumah akan hold 2 bayaran tu selagi Owner Rumah belum habis check dan berpuas hati dengan keadaan rumah sewa yang kita dah duduk tu. Bila dah tak ada pending payment utk utility bills, rumah masih elok dan cantik, Insya Allah kita akan dapat semula full amount 2 bayaran tu tadi bila kita dah keluar dari rumah sewa tu. 


3. Check pressure air dalam toilet dan dapur

Boleh test terus masa tengah view rumah sewa tu. 

4. Utility bills bulanan tu bayar asing atau dibayar pada Owner Rumah?
Perlu check yang ni sebab ada Owner Rumah yang nak penyewa/tenant bayar pada mereka. Sebab semua bill atas nama Owner Rumah kan. Tapi macam Mommy EEZ lebih prefer bayar sendiri pada TNB dan Syabas sebab kita hanya bayar berapa yang kita guna daripada nak bayar fixed amount pada Owner Rumah sedangkan kita guna mungkin tak sebanyak yang nak dibayar pada Owner Rumah tu. Err.. faham tak maksud Mommy EEZ?

5. Owner Rumah cover Maintenance Fee tak?
Selalunya Maintenance Fee ni untuk rumah jenis apartment atau condominium. Selalunya memang ditanggung/covered by the Owner Rumah. Selain itu, Owner Rumah juga perlu cover Fire Insurance dan juga Cukai Pintu.

6. Check phone line coverage/internet speed dalam rumah sewa 
Boleh pakai App SpeedTest untuk tengok kelajuan internet line anda masa tengah viewing rumah yang kita nak sewa tu. Untuk phone coverage boleh tengok coverage bar pada phone. Nak buat test phone call pun boleh. Kadang2 benda2 macam ni walaupun nampak remeh tapi mainkan peranan juga sebab bila ada emergency call barulah nak menyesal sbb line phone problem. Selalunya rumah tingkat atas dalam tingkat 15 dan ke atas akan ada problem dari segi coverage line dan juga internet line. Yang penting kena test dulu hokey.

7. Provide kitchen cabinet tak?
Yang ni Mommy EEZ sangat sangaaaatttt sangatttt perlukan. So sangat wajib untuk rumah sewa Mommy EEZ.

8. Washing Machine muat tak untuk diletakkan di bahagian bilik utility?
Selalunya di belakang kitchen pasti ada yard atau bilik utility yang kecil. Jadi kenalah check current size of washing machine sama ada muat ke tak. Washing machine Mommy EEZ agak besar sbb dah combine sekali dengan dryer.

9. Dah ada grill depan pintu atau di yard (kalau open)?
Better cari yang dah siap pasang grill. Yang ni sangat penting kalau kita ada family yang beranak kecil. Bahaya kalau tingkap tak pasang grill pada bilik anak2. Pintu entrance pun wajib ada grill juga.

10. Balkoni
Kena check space cukup untuk ampai baju atau lepak2. Bonus kalau boleh tanya terus pada Owner Rumah untuk kita install railing baju besi tu so boleh jimat space dah daripada nak pakai clothes railing yang besar tu.

11. Ada water heater in each bathroom?
Yesss kena check juga sama ada functional or not.

12. Ada Air cond?
Check juga supaya aircond semua berfungsi dengan elok dan telah diservis tip top! By right, air cond perlu diservis setahun sekali.

13. Check dapur masak sama ada menggunakan tong gas silinder atau billing?
Kena tanya Owner Rumah atau Ejen. Kalau tong gas pastikan ada khidmat delivery ye. Mommy EEZ tak berapa sado nak menghangkut barang2 yang agak 'ringan' ni. Kalau pakai billing kena tahu cara pembayarannya juga.

14. Car park ada berapa?
Ada yang 1 atau 2 carpark. Lokasi car park pun kena ambil tahu juga. Sangat senang bila dapat 2 car park yang bersebelahan. Senang nak transfer2 barang pada kereta.

15. 
Berapa access card yang Owner Rumah akan bagi?
Sebaik2nya lebih dari 1 access card.

16. Facilities - swimming pool, gym, kedai
Adakah semua facilities available? Sebab macam rumah baru yang Mommy EEZ nak sewa, kedai dan gym tak available lagi sebab kawasan sekitar tu terlampau baru.

17. Deposit pindah rumah untuk dibayar pada Management Office Building 
Yang ni khas untuk menyewa rumah aparment atau condominium. Setiap kali nak pindah masuk/keluar barang, kena sediakan deposit pada Management Office sebab takut dalam pada tengah pindah2 barang, tetiba terscratch lift ke kan. Deposit ni selalunya refundable so tak perlu risau. 

18. Check jenis curtain railing
Yang best kalau Owner Rumah boleh bagi yang w/o hook tu. Senang nak pasang dan cabut bila nak basuh kan. Kalau pakai hook besi yang old skool tu, memang leceh sbb nak kena pasangkan hook yang banyak2 tu pada langsir dan yada yada yada...

19. Check view dekat balcony
Pastikan view di balcony memberikan senyuman kepada anda. Tapi selalunya option ni agak susah nak dapat. Jadi Mommy EEZ pasrah je dengan view di balcony asalkan tak menghadap tempat pelik2. Lagi satu check balcony sama ada menghadap matahari pagi atau petang. Kalau menghadap matahari pagi, rumah jadi tak berapa panas compared yang menghadap matahari petang.

Hokey itu saja buat masa ni yang Mommy EEZ ingat. Kalau ada nak tambah2 point lagi nanti Mommy EEZ update je post ni hokey.

Doakan Mommy EEZ selamat berpindah bersama keluarga terchenta. Aaaaminnn.

Photo Source - Pak Cik Gugel

Popular Posts