My #QuranTime 2.0 Episod 3 - Ayat 1-5 Surah Al-Baqarah (Halaman 2)

Hi semua! Mommy Eez kembali untuk menulis nota My #QuranTime versi 2.0 untuk Episod 3. Semalam mommy eez tak sempat nak post nota ni sebab pergi berjimba dengan BFF mommy eez, Cikgu Sharmi Letops dan kanak2 ribena kuasa 2. Kenapa kuasa 2 sebab bila anak2 mommy eez dan Cikgu Sharmi Letops bergabung, terus menjadi double dribble meriah. Walaupun tak ada lah sampai mencecah 10 orang tapi cukup membuatkan kitorang terjerit2 memanggil anak masing2 yang dah macam anak ayam terlepas reban gittew 😂


Kejadian semalam mommy eez akan cerita di lain post sebab tak nak bercampur dengan nota ni hokey.


Jom kita mulakan dengan membaca nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Episod 3 kali ni disampaikan oleh

Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tarmizi Abdul Rahman


- Seperti yang kita sudah pelajari Surah Al-Fatihah sebelum ni mempunyai 3 komponen penting iaitu; 

  • akidah/iman
  • ibadah//syariah 
  • dan akhlak
Maka, surah2 seterusnya bermula dari Surah Al-Baqarah sehingga Surah An-Nas memperincikan lagi 3 komponen penting ini. 


- Surah Al-Baqarah dipanggi Sanamul Quran iaitu bermaksud puncak Al-Quran dan merupakan surah terpanjang sekali di dalam Al-Quran dengan 286 ayat (Madaniyyah). Surah ini diturunkan setelah Nabi Muhammad SAW sudah berhijrah ke Madinah dan surah ini telah melatih Nabi Muhammad SAW bagaimana menjadi pemimpin untuk mentadbir Madinah dengan pelbagai masyarakat yang berlainan agama dan bangsa. Pentadbiran Rasulullah SAW berasaskan prinsip yang teguh dari Islam dan Baginda menjadi pemimpin yang bertaqwa.

   



- Berikut ialah sinopsis bagi episod kali ni:


- Berdasarkan hadith Muslim, diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A., bahawa Rasulullah SAW bersabda, "jangan jadikan rumah kita seperti kubur, sesungguhnya syaitan akan lari dari sebuah rumah yang dibacakah Surah Al-Baqarah di dalamnya." Jadikan amalan kita membaca surah ini semasa nak masuk rumah baru mahupun rumah lama/sedia ada. Bacalah sikit demi sikit sekalipun memakan masa sehinggalah habis ke hujung surah ini.

Surah ini juga memberi panduan bagaimana nak menguatkan hati kita untuk menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah SWT dan di dalam ayat ke-5, Allah SWT telah menjanjikan kejayaan bagi orang2 yang bertaqwa ini.


- Surah ini dinamakan Al-Baqarah (lembu betina) berdasarkan peristiwa yang berlaku pada ayat 67-74 surah ini. Ada seorang dari Bani Israel telah terbunuh pada waktu itu dan mereka mahu mencari siapa pembunuhnya. Maka, Allah SWT telah memerintahkan melalui lidah Nabi Musa A.S. dengan menyembelih seekor lembu betina bagi menyelesaikan masalah terbabit.


- Berdasarkan hadith sahih yang diriwayatkan oleh Abu Umamah, beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda, "bacalah Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada Hari Qiamat untuk memberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah 2 perkara yang bersinar (Az-Zahrawain) iaitu Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-Imran kerana 2 surah ini akan datang pada Hari Qiamat dalam bentuk 2 naungan/awan atau 2 kawanan burung yang berbaris2 " di mana mereka akan berhujah/berdoa dan cuba menyelamatkan manusia yang membaca 2 surah ini.

- Ada satu kisah yang menarik tentang Surah Al-Baqarah dari Usaid Ibn Hudair. Pada satu malam, Usaid sedang membaca Surah Al-Baqarah bersama anaknya, Yahya dan anaknya duduk berdekatan dengan kudanya. Semasa beliau membaca surah itu, kudanya berasa tidak tenteram. Apabila beliau berhenti membaca, kudanya pun berhenti bergerak. Apabila beliau menyambung semula bacaannya, kuda itu kembali bergerak2. Beliau khuatir kudanya itu akan mengenai anaknya, lalu beliau pun keluar untuk mengambil anaknya. Lalu, apabila beliau keluar, beliau ternampak kepulan awan2 yang bercahaya di atas langit. Usaid berasa takut lalu meninggalkan tempat tersebut. Keesokan harinya, beliau mengadu akan kejadian tersebut kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi berkata "awan2 yang bercahaya itu ialah kumpulan malaikat yang sedang menaungi kamu semasa kamu membaca Surah Al-Baqarah. Jika kamu meneruskan bacaanmu pastinya, ramai orang akan melihat awan2 tersebut sehingga ke pagi tetapi disebabkan kamu berhenti membacanya, maka awan itu pun hilang".  


- Ayat pertama: perkataan الٓمٓ (huruf muqhata'ah/huruf potong) bukan saja terdapat pada Surah Al-Baqarah, tapi ada di surah2 lain seperti Surah Ali-Imran, Al-Ankabut, Ar-Rum, Surah As-Sajadah dan Surah Luqman. Perkataan ini tidak diketahui langsung maksudnya dan hanya Allah SWT saja yang Maha Mengetahui.


Maka, kita mengambil sikap berdasarkan kenyataan Imam Ar-Razi, bahawa apabila kita mula membaca Surah Al-Baqarah ini, kita sepatutnya rasa kita tidak tahu apa2 tentang ilmu di dalamnya. Oleh itu, kita seharusnya bergantung kepada Allah SWT dengan perasaan penuh rendah diri supaya Allah SWT memandu kita dalam mempelajari tentang keseluruhan ayat2 di dalam Al-Quran. 


- Ayat ke-2: 
Perkataan pilihan untuk Halaman 2 ini ialah:


- Perkataan di atas bermaksud hadiah yang berkaitan dengan hidayah. Apabila kita membaca Al-Quran dan kita dikurniakan hidayah oleh Allah SWT, kita berasa sangat gembira. Hidayah ini spesifik diberikan kepada orang yang bertaqwa dan ciri2 orang bertaqwa dinyatakan di dalam ayat ke-3 dan ayat ke-4. 

Namun, pada ayat ke-185, Surah Al-Baqarah ada dinyatakan هُدًى لِّلنّاسِ iaitu hidayah diberikan kepada manusia biasa umpama hidayah tahap 1. 

Maka, di sini dikenalpasti ada 4 tahap hidayah:

  • Hidayah Tahap 1 - kepada manusia sekalian alam. Umpama dapat hidayah tapi tak solat (ayat ke-185, Surah Al-Baqarah)
  • Hidayah Tahap 2 - kepada orang yang bertaqwa (ayat ke-2, Surah Al-Baqarah)
  • Hidayah Tahap 3 - apabila Allah SWT menjadikan seseorang itu bertaqwa dan mencapai Taufiq (melakukan kebaikan selepas mendapat ilmu dari Al-Quran). Taufiq hanya diberikan kepada mereka yang benar2 mengabdikan diri dengan penuh rasa kehambaan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. 
  • Hidayah Tahap 4 - apabila seseorang itu diiringi masuk ke dalam Syurga oleh Allah SWT

Mengikut Imam Al-Qurtubi, kitab adalah sesuatu yang tertulis atau fardu/kewajipan mengikut peraturan dengan ketentuan oleh Allah SWT (al-qadar). Kitab ini juga tidak ada keraguan di dalamnya kerana ianya datang dari Allah SWT.


- Ayat ke-3: 


Ayat ini menjelaskan sifat orang bertaqwa. Beriman kepada perkara ghaib secara asasnya ialah beriman kepada Allah SWT. Keimanan seseorang itu akan membina watak untuk menjadi manusia yang sebenar. Apabila kita percaya kepada Allah SWT, kita akan mendirikan solat untuk meminta bantuan dari Allah SWT supaya kita diberikan rezeki dalam pelbagai bentuk. Sesudah kita mendapat rezeki, sebahagian daripada rezeki itu kita infakkan (mengikut pembahagian zakat hanya 2.5% daripada jumlah pendapatan). Secara logiknya, Allah SWT sebutkan harta perlu diinfakkan itu hanya sebahagian bukan kesemuanya kerana, sebahagian lagi perlu digunakan untuk keperluan orang bertaqwa itu sendiri. 

Apa yang menarik pada ayat ke-3 ini ialah perkataan seperti  وَيُقيمونَ  , يُؤمِنونَ , يُنفِقونَ bersifat mudhari' iaitu kata kerja yang berterusan (pada masa sekarang dan masa depan). Maka, ciri2 orang yang bertaqwa haruslah consistent/berterusan melakukan 3 ciri yang disebutkan di atas. 3 ciri tersebut juga merupakan 3 jenis amal iaitu:

1. Amal pada hati (beriman kepada yang ghaib)
2. Amal pada badan (mendirikan solat) 
3. Amal pada harta (menginfakkan harta)


- Ayat ke-4: 

Allah SWT meneruskan lagi menceritakan ciri2 sifat orang bertaqwa iaitu percaya kepada kitab yang diturunkan kepada nabi dan juga kitab sebelumnya. Ianya sama seperti beriman kepada Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah SWT. Sekalipun kita beriman kepada kitab2 terdahulu seperti kitab Zabur (Nabi Daud A.S.), Taurat (Nabi Musa A.S.) dan Injil (Nabi Isa A.S.), namun segalanya 'obsolete' atau tidak 'valid' kerana kitab Al-Quran telah menjadi peneraju utama di antara kitab2 sebelumnya. Itu sebab kitab Al-Quran dinyatakan terlebih dahulu dalam susunan ayat ke-4 berbanding kitab2 sebelumnya. 

Sifat yang ke-5 orang bertaqwa ialah yakin dengan Hari Akhirat. Orang bertaqwa ini cukup yakin sekalipun Hari Akhirat belum lagi terjadi, namun keyakinan mereka seolah2 mereka nampak secara visualnya apa yang akan berlaku pada Hari Akhirat itu. Itulah sebabnya, orang2 yang bertaqwa akan mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi hari tersebut kelak. Mereka juga yakin bahawa cara untuk menangani masalah dalam hidup mereka ialah dengan melakukan perkara yang Allah SWT perintah.


- Ayat ke-5: 


Ayat ini merupakan pujian dan sanjungan kepada orang bertaqwa oleh Allah SWT. Setelah melalui proses perjuangan yang telah diterangkan dari ayat pertama sehingga ayat ke-4 surah ini, maka Allah SWT memuji orang2 yang bertaqwa ini sebagai orang2 yang berjaya di dunia dan di akhirat kerana benar2 mendapat petunjuk dari Allah SWT. 

 

- Segmen tajwid kali ni bermula dengan menyentuh hukum tajwid pada ayat pertama Surah Al-Baqarah:


- Hukum Mad Lazim Harfi bermaksud huruf2 yang bergabung dalam 1 kalimah. Manakala Muthaqqal bermaksud berat kerana terdapat 2 bunyi dengung ( 
م bertemu dengan م = Hukum Idgham Syafawi/Idgham Mislain) pada huruf ل dan م . Kalau bunyi ringan (Mukhoffaf), contoh seperti الر dan bacaanya tiada dengung.

Kadar bacaan hukum Mad Lazim Harfi Muthaqqal ialah 6 harakat.

Maka jumlah panjang bacaan untuk ayat pertama Surah Al-Baqarah ini ialah 14 harakat di mana sebutan ل (6 harakat), dengung antara ل dan  م (2 harakat) dan  م  (6 harakat) 

- Untuk perkataan ذٰلِك pada ayat ke-2, sebutan ذ dibunyikan di hujung lidah, dikeluarkan sikit lidah menyentuh gigi kacip di bahagian atas gigi. Huruf lain yang perlu dibunyikan dengan cara yang sama ialah huruf ث dan ظ .



- Tanda waqaf titik tiga bernama Waqaf Taa'nuq atau Waqaf Muraqabah pada ayat ke-2. Boleh berhenti pada رَيبَ atau رَيبَ ۛ فيهِ atau tidak berhenti langsung pun dibenarkan juga.


- Resolusi bagi ayat 1-5 dari Surah Al-Baqarah ini ialah:



Alhamdulillah.. akhirnya siap juga nota ni setelah bertungkus lumus menyiapkan nota ni selama 3 hari!!!! Apa yang membuatkan mommy eez ambil masa yang agak lama sebab dalam masa 3 hari ni mommy eez menyantuni ahli keluarga dan rakan baik mommy eez untuk memenuhi masa bersama2 mereka. Sekalipun, penat yakmat, harapnya Allah SWT dapat terima ianya sebagai salah satu ibadah insha Allah. 

Di sini mommy eez letakkan link video My #QuranTime 2.0 sebagai rujukan dan juga nota dari siri pertama yang lepas.





Hokey, jom habiskan lagi 2 episod yang mommy eez tertinggal. Semoga dapat terus istiqomah insha Allah


Assalamualaikum.


Lavvv,

Mommy EEZ

My #QuranTime 2.0 Episod 2 - Ayat 1-7 Surah Al-Fatihah (Halaman 1)

Agak kepenatan sikit hari ni sebab membawa Mama mommy eez bersama2 dengan kanak2 riang ria ribena berjalan2 ke AEON Shah Alam. Bukan senang ye nak tolak wheelchair (Mama mommy eez tak kuat untuk berjalan jauh) sambil memantau kanak2 yang berlari ke sana ke sini. Masuk kedai pun kena tebalkan muka sebab kanak2 ni beraksi seolah2 kedai tu mak diorang yang punya. Bertabah je lah~~~


Walaupun penat, mommy eez gagahkan diri untuk buat nota My #QuranTime versi 2.0 Episod 2. Sebenarnya, mommy eez boleh je nak buat nota dan simpan sendiri. Tapi dah alang2 nak buat nota, baik letak dekat blog terus kot sesiapa nak baca boleh join sekali kan. Dapatlah secebis pahala atas nota yang tak seberapa ni insha Allah.


Hokey, jom kita mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Episod 2 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tarmizi Abdul Rahman


- Sesi kali ni dimulakan dengan Surah Al-Fatihah



- Berikut merupakan ringkasan bagi makna ayat2 di dalam Surah Al-Fatihah:



- Nama lain bagi Surah Al-Fatihah ialah Al-Sab'ul Mathani yang bermaksud 7 ayat yang diulang2 bacaannya seperti yang dinyatakan di dalam ayat 87, Surah Al-Hijr (surah yang ke-15 dalam Al-Quran)


- Seharusnya apabila kita membaca Surah Al-Fatihah yang diulang2 minimum sebanyak 17 kali sehari dalam waktu solat wajib, ianya akan memberi kesan kepada kita untuk merasakan Allah SWT itu Maha Agung, bukannya makhluk lain yang lebih agung. Kita akan rasa kita ni hanyalah makhluk yang lemah dan kerdil yang bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT


- Ayat pertama:

Kita perlu berhati2 apabila membaca بِسمِ اللهِ  kerana apabila sudah terbiasa menyebutnya, bunyi huruf ب tiada lagi kedengaran. Nanti bunyinya menjadi 'Semillahirrahmaan...'. Maka sebutlah dengan betul dan penuh ikhlas dari hati insha Allah


- Ayat ke-2: 

Menyatakan rasa syukur dan puji terhadap Allah SWT dan seterusnya menjadi perkataan pilihan bagi halaman ini. 

Perkataan ٱلحَمدُ لِلَّهِ ini adalah gabungan antara puji dan syukur. Apabila kita sendiri mendapat nikmat, kita sebut  ٱلحَمدُ لِلَّهِ sebagai tanda kita bersyukur, dan juga sebutan yang sama kita ucapkan apabila kita dapat tahu orang lain juga mendapat nikmat sebagai tanda memuji kepada Allah SWT. 

Kesan kepada perbuatan ini ialah kita tidak akan rasa cemburu atau iri hati terhadap nikmat orang lain sekalipun ianya melebihi dari apa yang kita dapat. 

Biasakan diri dengan menyebut  ٱلحَمدُ لِلَّهِ apabila ada orang bertanyakan khabar. Ini menjadikan kita sebagai umat Alhamdulillah yang selalu melazimi perkataan tersebut dalam perbualan kita seharian.


Ayat ini juga berkisarkan tentang rububiyyah iaitu beri'tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuhan sekalian alam ( ٱلعَـٰلَمِينَ ). Hanya orang yang berakal saja yang dapat berfikir bahawa Allah SWT saja yang mengurniakan segala nikmat ke atas dirinya dan juga kepada orang lain.


- Ayat ke-3:

Kesinambungan dari ayat ke-2 tadi, sebab mengapa Allah SWT menekankan 2 namaNya (dari Asmaulhusna) iaitu Ar-Rahman (Maha Pengasih) dan Ar-Rahim (Maha Penyayang). Ini kerana setiap kejadian yang Allah SWT ciptakan dalam alam ini adalah disebabkan kasih sayang Allah SWT kepada kita. Sekali lagi, hanya orang yang berakal saja mampu berfikir akan hal ini dan mengambil pelajaran untuk praktikkan sifat kasih sayang terhadap sesama insan. Tiada lagi perasaan marah2, rasa dengki mahupun rasa tak cukup dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan. Jika ada perasaan mazmumah tersebut, maka ayat ke-3 inilah ubatnya. 


- Ayat ke-4:

Tuhan/Raja yang memiliki Hari Pembalasan. Hari Pembalasan ini termasuk di dalam 'Al-A'lamin' (perkataan plural untuk alam) iaitu alam yang kita tak nampak. Allah SWT ingin memastikan kita bertanggungjawab ke atas nikmat yang telah Dia kurniakan kepada kita seperti kaki, tangan, mulut dan etc. Tanggungjawab itu mestilah mengikut ad-deen (standard yang ditetapkan di dalam agama Islam).

Jika kita tidak mampu menggalas tanggungjawab dengan baik mengikut Islam, maka ianya dikira hutang. Hutang/amaran dari Allah SWT kerana perbuatan itu tidak diterima olehNya. Contoh hutang seperti menggunakan tangan untuk mencuri, membunuh dan sebagainya manakala kaki pula digunakan untuk pergi ke tempat2 maksiat. 


- Ayat ke-5:

Ada kaitan dengan hubungan dunia sekarang dan dunia akan datang (Hari Pembalasan). Ini menimbulkan rasa kehambaan yang tinggi dalam diri di mana kita sebagai manusia sangat2 memerlukan pertolongan dari Allah SWT setiap masa. 

Ayat ini juga terbahagi kepada 2 bahagian; 1 bahagian untuk Allah SWT, 1 bahagian lagi untuk hamba2Nya. Perkataan إِيّاكَ diulang sebanyak 2 kali bermaksud sesuatu yang khusus bahawa manusia benar2 menghambakan dirinya untuk beribadah (merintih atau desperately) untuk berdoa meminta pertolongan kepada Allah SWT.

Jika diperhatikan ayat ini menggunakan perkataan plural "Hanya kepadaMu kami menyembah, dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan". Ini membawa maksud bahawa ukhwah/kesatuan di antara umat Islam adalah sangat kuat sekalipun kita hanya solat seorang diri saja. Maka disimpulkan di sini bahawa ibadah yang dilakukan secara berjemaah itu paling dituntuti oleh Allah SWT terutamanya dalam solat. Ini kerana hasil ibadah itu ada yang memberi manfaat kepada orang lain bukan setakat untuk diri sendiri. Contoh, jika kita berdoa dalam solat meminta hujan, hujan yang turun memberi rahmat kepada kita dan juga orang lain. Secara tidak langsung memupuk perasaan tidak pentingkan diri sendiri kepada diri kita. 


- Ayat ke-6: 

Dari sifat kehambaan itu, kita berdoa supaya ditunjukkan jalan yang lurus oleh Allah SWT. Dahlah susah di dunia, kita tidak mahu lagi susah di akhirat nanti, maka itulah sebabnya kita meminta Allah SWT untuk memandu hidup kita ke jalan yang lurus menuju ke syurga. 

Perkataan صِّرٰطَ yang digunakan di dalam ayat ini dan juga ditekankan pada ayat ke-7 membawa maksud yang besar berbanding perkataan arab lain seperti 'sabil' atau 'thoriq'. 'Thoriq' ini boleh jadi jalan yang susah atau mudah yang tak merujuk kepada kebaikan. 'Sabil' pula merujuk kepada perkara2 kebaikan contohnya seperti 'Fi Sabilillah'. Menurut Ibn Qayyim, صِّرٰطَ membawa maksud jalan yang lurus/tidak berbengkang-bengkok, sangat luas, mudah dilalui dan akan membawa kita ke arah tempat yang kita tuju. 


- Ayat ke-7:

Pengakhiran bagi semua ayat2 di atas ialah kita mahu berada di atas jalan yang Allah SWT redhai dan bukan jalan orang2 yang Allah SWT murkai ataupun sesat.


- Dalam segmen tajwid, ada beberapa penekanan pada ayat2 tertentu di dalam surah ini. 

- Ayat di atas merujuk kepada huruf ح (ha pedas) yang berbaris atas (dhammah), sabdu dan bawah (kasrah)


- Bacaan pada perkataan  إِيّاكَ perlu berhati2 kerana ada sabdu dan perkataan ini diulang 2 kali dalam ayat ke-5. Kalau kita hilangkan bunyi sabdu itu umpama menggugurkan 1 huruf. Ia akan hanya berbunyi 'Iyaka' dan Al-Iya ini membawa maksud cahaya matahari. Nanti maksudnya menjadi seolah2 kita menyembah matahari bukannya Allah SWT. 


- Seterusya:



- Pastikan bunyi huruf ض dikeluarkan dengan meletakkan lidah di tepi gigi/tepi dalam pipi


- Resolusi Surah Al-Fatihah:


Itu saja nota yang mampu mommy eez coretkan di sini. Baru surah pertama dah tergopoh gapah nak siapkan. Allahu~~ moga diberikan kekuatan mental dan fizikal buat mommy eez untuk dapat catch-up dengan siri MQT 2.0 kali ni insha Allah. Tak sangka banyak lagi ilmu baru yang mommy eez belajar dalam surah pertama dalam Al-Quran. Bayangkan ada lagi 604 mukasurat untuk 'dijelajahi'. Benarlah ilmu manusia tu sangat terhad berbanding ilmu Allah SWT. Bak kata ayat ke-109 dari surah Al-Kahfi, "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah2 Tuhanku, sudah tentu akan habis kering semua lautan itu sebelum habis kalimah2 Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan". Subhanallah.. Masya Allah...


Semoga korang yang membaca post ni dapatlah serba sikit ilmu dan boleh kongsikan juga lesson learnt buat korang di ruangan komen di bawah.


Mommy eez kongsikan juga link video My #QuranTime 2.0 sebagai rujukan korang semua dan juga nota dari siri yang lepas.


My #QuranTime 2.0 : Episod 2 Surah Al-Fatihah, Ayat 1-7

Nota My #QuranTime 1.0 : Halaman 1 Surah Al-Fatihah, Ayat 1-7


Nanti tunggu post seterusnya ya insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

My #QuranTime 2.0 Episod 1 - Pengenalan

Hurrah! Dapat juga meluangkan masa untuk join LIVE Episod 1 My #QuranTime (MQT) versi 2.0 di Facebook Page My #QuranTime Official pukul 12pm - 1pm tadi. 


Berbeza la bila tengok LIVE berbanding rakaman sebab bila LIVE tu boleh join orang2 yang komen dan rasa macam ala2 dalam kuliah gittew. Semoga Allah SWT merahmati program ni sampai bila2 insha Allah.


Dikatakan program MQT versi 2.0 ni bakal ada 2,111 episod! Banyak tuuu~~~ . Mommy eez kira2 tadi dengan episod sebanyak tu, mungkin ambil masa lebih 6 tahun untuk complete semuanya. Masya Allah. Pembaharuan yang ada dalam MQT versi 2.0 ni ialah segmen Hafazan ayat2 pilihan, ilmu tajwid dengan lebih terperinci serta ilmu tarannum. Harapnya dapatlah mommy eez istiqamah untuk belajar tadabbur dan berkongsi pahala buat kesayangans mommy eez, arwah Along dan Ayah aaameeen.


Bawah ni serba sikit nota pengenalan untuk hari ni: 

- 3 speaker bertugas untuk episod kali ni; Ustaz Al-Fadhil Fazrul Ismail (Pentadabbur), Ustaz Safri M. Zein (Ketua Bahagian Penyelidik dan Pembangunan dan Kawalan Kualiti bagi Yayasan Warisan Ummah Ikhlas) dan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman (Qari)


- Motto MQT versi 2.0 kali ni telah diubah menjadi; Quran, Solat dan Infak berbanding sebelumnya iaitu Baca, Faham dan Amal.


- Berikut ayat2 Al-Quran yang menjadi teras bagi MQT versi 2.0 ini: 





- Asas MQT versi 2.0 berteraskan 6 prinsip (6T); 

1. Tajwid (memperelokkan bacaan Al-Quran)
2. Tahsin (memperbaiki bacaan dengan guru)
3. Tarannum (membaca Al-Quran dengan alunan yang merdu)
4. Tadabbur (memahami ayat Al-Quran secara mendalam)
5. Tazakkur (mengambil pelajaran dan perlaksanaan)
6. Tahfiz (menjadi institut belajar Al-Quran)


- Al-Quran ni membawa keberkatan (mubarak) kepada pembacanya, membawa berkat syifa' dan merupakan cahaya (nur) yang menerangi kegelapan.




- Kesan tadabbur Al-Quran kepada kita setiap hari ialah datangnya nikmat dari Allah SWT


- Ayat di atas ini sebenarnya Allah SWT tujukan kepada orang munafik di mana, Al-Quran sudah diturunkan namun mereka tidak mahu bertadabbur. Akibat tidak mahu bertadabbur, hati akan terkunci/tertutup.




- Ayat di atas ini pula menyatakan kesan tadabbur ialah Allah SWT akan memperkemaskan lagi cara kita berfikir mengikut cara yang sepatutnya yang ditetapkan oleh Allah SWT

- Apabila seseorang itu rajin bertadabbur, Allah SWT akan menyucikan dan membersihkan hatinya. Bila hati sudah bersih suci, maka perkataan yang keluar dari mulutnya, matanya, telinganya, tangannya dan langkah kakinya akan dijaga oleh Allah SWT.


- Adab ketika membaca Al-Quran:




- Ada 18 kitab yang menjadi rujukan oleh para penyelidik untuk mentadabbur Al-Quran di Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan juga beberapa kitab tajwid. 


Alhamdulillah, settle nota untuk hari ni. Jumpa esok pula untuk permulaan Surah Al-Fatihah insha Allah. Kalau korang nak dapatkan buku Nota My #QuranTime boleh terus membeli di website Kiddie Oasis Online store ye (link di bawah ni)


Lavvv,

Mommy EEZ



Sampai dah masanya untuk UPDATE BLOG!

Mommy eez dah decide untuk kerap buat post di sini. Jadi, bila dah semakin serius nak menulis, barulah mommy eez perasan yang banyak widget sebelah kanan ni perlu diperbaharui dengan kadar segera. Yang paling tak boleh blah, mommy eez dah 3 tahun ada e-commerce website ( www.kiddieoasis.com.my ) tapi tak pernah letak dekat sidebar sebelah kanan ni. Haiiissshhh!

Tindakan segera perlu diambil dengan kadar sepantassss kilatss!!!!

Mommy eez ni sejenis orang yang suka tengok semua benda tersusun. So, bila tengok blog ni makin tak terjaga rasa macam haissshhh rimasssss sangat!


Bila tengok to-do list nak kena buat rasa macam nak menangis.. isk isk isk! Ada lebih 100 action items to be accomplished. Tu tak masuk lagi projek baru @foodeez.oasis punya action item... Haaa yang itu pun mommy eez tak buat lagi welcoming post untuk baby baru ni. Itu pun ada hati nak belajar saham! Bweeek!


Bila dah kabut2 macam ni, terus teringat nak pergi bercuti...


Kalau korang ahlil nujum negara, di manakah tempat ini?

Insha Allah hujung bulan ni dah plan untuk pergi dua tempat. Kita #jalanjalancarimakan di sekitar Semenanjung Malaysia dulu lah. Nak pergi luar negara masih belum berkemampuan lagi. Tapi, kalau diberi rezeki lebih, sudah pasti destinasi pertama yang mommy eez nak pergi ialah di sini...



Kredit gambar dari Kosmo Digital


Semoga tercapai impian mommy eez untuk menjadi tetamu Allah SWT dengan keadaan kesihatan yang terbaik, bersama jemaah yang terbaik dan hati yang tenang insha Allah. 


Hokey, mommy eez kena pen off sebab nak betulkan beberapa algorithm dan susunan blog ni. Dari segi layout mungkin tak banyak perubahan sebab mommy eez suka sangat dengan skin layout ni. Widget la yang paling banyak kena perbetulkan. 


So let's gone for now. Will be back in the next post hokey!


p/s: jawapan untuk gambar pertama tu ialah di sini:




Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my


Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 6 oleh Ustaz Muhaimin

Mendung je hari ni semendung hati ni... Chewwah!


Tahu tak keadaan cuaca boleh mempengaruhi mood seseorang? Bila cuaca mendung macam ni, kita banyak cenderung untuk berehat, tidur dan bermalas-malasan. Tapi bila dilayan makin down pula rasanya. Maka mommy eez cuba melawan mode malas ni dengan menyambung nota Tadabbur Juzuk 6.


Mommy eez harap sangat dapat habiskan tulis nota ni sebelum Tahun 2023 bermula, sebab target bulan 1 nanti nak start belajar Nota #MyQuranTime . Semoga istiqomah, insha Allah!


Hokey, jom kita mulakan dengan bacaan Al-Fatihah buat kedua kesayangan mommy eez, Along dan Ayah dan semoga manfaat kebaikan dari post ni dapat sampai pahalanya kepada mereka berdua insha Allah. 


RINGKASAN JUZUK 6

disampaikan oleh 

Ustaz Muhaimin dari Tadabbur Centre


- Juzuk 6 ini mengandung Surah Al-Maidah yang bermaksud hidangan. Surah ini dimulakan dengan kisah orang2 beriman dituntut untuk menunaikan janji. Berbeza dengan orang munafik yang suka tidak menepati janji. Sikap menunaikan janji ini sangat besar peranannya di dalam Islam.


- Ada 3 tanda orang munafik seperti yang disebutkan di dalam hadith Nabi

  • Bila mereka bercakap, mereka berdusta
  • Bila mereka berjanji, mereka tak tepati
  • Bila mereka diberi amanah, mereka mengkhianati


- Terdapat juga kisah Nabi Musa A.S. yang membawa Bani Israel keluar dari negeri Firaun. Allah SWT telah menjanjikan tanah Palestin buat mereka, namun apabila tiba di sana, Bani Israel tidak mahu masuk ke tanah Palestin. Malah, mereka mengejek Nabi Musa A.S. untuk masuk seorang diri bersama2 dengan Tuhan Nabi Musa A.S (Allah SWT). Maka, Allah SWT menurunkan bala kepada Bani Israel dengan menyesatkan mereka di padang pasir selama 40 tahun kerana mengkhianati Nabi Musa A.S.


- Ada juga kisah tentang 2 orang anak Nabi Adam A.S. iaitu Habil dan Qabil. Kisah ini bermula apabila Nabi Adam A.S. mahu mengahwinkan Habil dan Qabil dengan adik perempuan kembar masing2. Namun, Qabil tidak berpuas hati kerana adik kembar Habil, Lubuda tidak secantik seperti adik kembarnya sendiri, Iqlima. Maka, Allah SWT memberi ilham kepada Nabi Adam A.S. supaya mereka berdua membuat korban dan dipersembahkan kepada Allah SWT. Namun korban Qabil tidak diterima oleh Allah SWT kerana Allah SWT menerima korban dari orang2 yang ikhlas bertaqwa. Maka, timbullah dendam di dalam hati Qabil dan akhirnya beliau membunuh saudara kembarnya sendiri, Habil atas sikap menurut hawa nafsu amarahnya dan dihasut syaitanirrajim. Cerita lebih lanjut ada pada link ni:

Kisah Habil Dan Qabil


- Surah Al-Maidah berkisarkan tentang hukum-hakam makanan yang halal dan haram dimakan oleh orang2 Islam. Salah satunya ialah Allah SWT telah mengharamkan daging khinzir, darah dan bangkai daripada menjadi makanan untuk orang Islam.


- Terdapat juga hukum tentang wudu' pada ayat 6, Surah Al-Maidah, "Wahai orang2 yang beriman, bila kamu ingin mendirikan solat, basuhlah muka, tangan kamu sehingga ke siku, sapulah rambut dan basuhlah kaki sehingga ke buku lali'.


- Allah SWT ada menyebut keringanan hukum wudu' buat orang2 yang sedang musafir dengan melakukan tayammum (menggunakan debu tanah sebagai ganti untuk berwudu') sebelum menunaikan solat. 


- Kita wajib untuk percaya dan beramal dengan kitab2 selain dari Al-Quran iaitu kitab Zabur, Taurat dan Injil . Jika kita tak beramal dengannya, kita tergolong dalam golongan orang2 yang fasik. Suruhan ini ada juga dinyatakan pada ayat 4, Surah Al-Baqarah.


- Pada sebahagian ayat 3, Surah Al-Maidah ini dinyatakan "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha/restui Islam sebagai agama kamu..." bermaksud tiada lagi syariat baru atau ayat2 Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Ia juga petanda bahawa tiada lagi nabi baru selepas Nabi Muhammad SAW. Maka, ayat ini menandakan syariat agama Islam telah lengkap. Terdapat 2 reaksi para sahabat Nabi apabila ayat ini diturunkan.

  • Pertama, para sahabat Nabi berasa gembira kerana syariat agama Islam telah lengkap sepenuhnya. 
  • Kedua, mereka berasa sedih bahawa saat kewafatan Nabi Muhammad SAW semakin hampir dengan lengkapnya syariat agama Islam. Selama ini, mereka sudah terbiasa dengan turunnya wahyu/ayat2 Al-Quran yang memandu hidup mereka, namun mereka harus bersedia sampai masanya mereka akan alami perpisahan dengan Nabi Muhammad SAW.


Itu saja ringkasan yang dapat mommy eez coretkan untuk Juzuk 6 dalam Al-Quran. Segala salah silap haraplah dimaafkan dan boleh highlight di ruangan komen bawah ni ye. Mommy eez bukan ustazah mahupun pelajar yang mengambil jurusan agama. Hanyalah seorang insan naif yang ingin belajar tentang Al-Quran.


Nanti jumpa lagi dalam post seterusnya!


Assalamualaikum.


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Popular Posts