Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 6 oleh Ustaz Muhaimin

Mendung je hari ni semendung hati ni... Chewwah!


Tahu tak keadaan cuaca boleh mempengaruhi mood seseorang? Bila cuaca mendung macam ni, kita banyak cenderung untuk berehat, tidur dan bermalas-malasan. Tapi bila dilayan makin down pula rasanya. Maka mommy eez cuba melawan mode malas ni dengan menyambung nota Tadabbur Juzuk 6.


Mommy eez harap sangat dapat habiskan tulis nota ni sebelum Tahun 2023 bermula, sebab target bulan 1 nanti nak start belajar Nota #MyQuranTime . Semoga istiqomah, insha Allah!


Hokey, jom kita mulakan dengan bacaan Al-Fatihah buat kedua kesayangan mommy eez, Along dan Ayah dan semoga manfaat kebaikan dari post ni dapat sampai pahalanya kepada mereka berdua insha Allah. 


RINGKASAN JUZUK 6

disampaikan oleh 

Ustaz Muhaimin dari Tadabbur Centre


- Juzuk 6 ini mengandung Surah Al-Maidah yang bermaksud hidangan. Surah ini dimulakan dengan kisah orang2 beriman dituntut untuk menunaikan janji. Berbeza dengan orang munafik yang suka tidak menepati janji. Sikap menunaikan janji ini sangat besar peranannya di dalam Islam.


- Ada 3 tanda orang munafik seperti yang disebutkan di dalam hadith Nabi

  • Bila mereka bercakap, mereka berdusta
  • Bila mereka berjanji, mereka tak tepati
  • Bila mereka diberi amanah, mereka mengkhianati


- Terdapat juga kisah Nabi Musa A.S. yang membawa Bani Israel keluar dari negeri Firaun. Allah SWT telah menjanjikan tanah Palestin buat mereka, namun apabila tiba di sana, Bani Israel tidak mahu masuk ke tanah Palestin. Malah, mereka mengejek Nabi Musa A.S. untuk masuk seorang diri bersama2 dengan Tuhan Nabi Musa A.S (Allah SWT). Maka, Allah SWT menurunkan bala kepada Bani Israel dengan menyesatkan mereka di padang pasir selama 40 tahun kerana mengkhianati Nabi Musa A.S.


- Ada juga kisah tentang 2 orang anak Nabi Adam A.S. iaitu Habil dan Qabil. Kisah ini bermula apabila Nabi Adam A.S. mahu mengahwinkan Habil dan Qabil dengan adik perempuan kembar masing2. Namun, Qabil tidak berpuas hati kerana adik kembar Habil, Lubuda tidak secantik seperti adik kembarnya sendiri, Iqlima. Maka, Allah SWT memberi ilham kepada Nabi Adam A.S. supaya mereka berdua membuat korban dan dipersembahkan kepada Allah SWT. Namun korban Qabil tidak diterima oleh Allah SWT kerana Allah SWT menerima korban dari orang2 yang ikhlas bertaqwa. Maka, timbullah dendam di dalam hati Qabil dan akhirnya beliau membunuh saudara kembarnya sendiri, Habil atas sikap menurut hawa nafsu amarahnya dan dihasut syaitanirrajim. Cerita lebih lanjut ada pada link ni:

Kisah Habil Dan Qabil


- Surah Al-Maidah berkisarkan tentang hukum-hakam makanan yang halal dan haram dimakan oleh orang2 Islam. Salah satunya ialah Allah SWT telah mengharamkan daging khinzir, darah dan bangkai daripada menjadi makanan untuk orang Islam.


- Terdapat juga hukum tentang wudu' pada ayat 6, Surah Al-Maidah, "Wahai orang2 yang beriman, bila kamu ingin mendirikan solat, basuhlah muka, tangan kamu sehingga ke siku, sapulah rambut dan basuhlah kaki sehingga ke buku lali'.


- Allah SWT ada menyebut keringanan hukum wudu' buat orang2 yang sedang musafir dengan melakukan tayammum (menggunakan debu tanah sebagai ganti untuk berwudu') sebelum menunaikan solat. 


- Kita wajib untuk percaya dan beramal dengan kitab2 selain dari Al-Quran iaitu kitab Zabur, Taurat dan Injil . Jika kita tak beramal dengannya, kita tergolong dalam golongan orang2 yang fasik. Suruhan ini ada juga dinyatakan pada ayat 4, Surah Al-Baqarah.


- Pada sebahagian ayat 3, Surah Al-Maidah ini dinyatakan "Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redha/restui Islam sebagai agama kamu..." bermaksud tiada lagi syariat baru atau ayat2 Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Ia juga petanda bahawa tiada lagi nabi baru selepas Nabi Muhammad SAW. Maka, ayat ini menandakan syariat agama Islam telah lengkap. Terdapat 2 reaksi para sahabat Nabi apabila ayat ini diturunkan.

  • Pertama, para sahabat Nabi berasa gembira kerana syariat agama Islam telah lengkap sepenuhnya. 
  • Kedua, mereka berasa sedih bahawa saat kewafatan Nabi Muhammad SAW semakin hampir dengan lengkapnya syariat agama Islam. Selama ini, mereka sudah terbiasa dengan turunnya wahyu/ayat2 Al-Quran yang memandu hidup mereka, namun mereka harus bersedia sampai masanya mereka akan alami perpisahan dengan Nabi Muhammad SAW.


Itu saja ringkasan yang dapat mommy eez coretkan untuk Juzuk 6 dalam Al-Quran. Segala salah silap haraplah dimaafkan dan boleh highlight di ruangan komen bawah ni ye. Mommy eez bukan ustazah mahupun pelajar yang mengambil jurusan agama. Hanyalah seorang insan naif yang ingin belajar tentang Al-Quran.


Nanti jumpa lagi dalam post seterusnya!


Assalamualaikum.


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Review Gigi Coffee : Mommy Eez dan Kopi Siri #2

Kepada peminat2 kopi sila hadirkan diri...


Hari tu mommy eez cuba #gigicoffee yang katanya dari Indonesia. Masa mommy eez nak order tu rupanya ada 2 pilihan kopi. Kopi dari Indonesia ataupun dari Colombia. Kalau Indonesia tu Medium Dark Roast rasa lebih pahit dari Colombia yang Medium Roast. So mommy eez yg sejenis tak suka manis sgt so pilihlah kopi dari Indonesia.


Lepas tu gatal nak cuba perisa Seasalt Caramel Macchiato. Pahit, masin dan manis bergabung. Pergh meletop otak sekejap sebab puas nak interpret rasa tu. Awal2 tu rasa kemain sodap lagi. Bila dah nak habis, hujung2 kopi tu dah rasa masin terlebih. Papepun nice try dan I looiiikee especially dihidangkan secara panasssss. Dah tua2 ni lebih suka hot coffee berbanding iced coffee.





Hokey tu saja curhat di pagi hari Isnin.


Have you started your day with coffee?

Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 5 oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman

 Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua penghuni dunia dan bakal penghuni akhirat.


Intro pun dah berbau2 keinsafan gittew. Punya lah lama mommy eez drag nak buat post Tadabbur Juzuk 5 ni. Baru2 ni mommy eez diuji dengan keadaan kesihatan yang tak berapa baik. Seminggu lebih juga nak mengumpul kekuatan baru hari ni rasa kuat untuk menulis, Alhamdulillah. 


Jom tanpa kita melengahkan masa, kita mulakan tadabbur kita hari ni dengan bacaan Al-Fatihah buat dua insan yang mommy eez sayang dan telah pergi meninggalkan kami 2 tahun lepas iaitu Along dan Ayah mommy eez, Emy Anneza binti Zakaria dan Hj. Zakaria bin Hj. Mohd. Jana. Semoga segala kebaikan dari nota ringkasan ni diberikan kepada mereka buat saham pahala mereka di sana insha Allah.


Mari kita mulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...


RINGKASAN JUZUK 5

disampaikan oleh 

Ustaz Syaari Abdul Rahman (Tadabbur Centre)



- Juzuk 5 membicarakan tentang Surah An-Nisa' di mana Allah SWT menciptakan manusia dari Nabi Adam A.S. dan Hawa serta kemudiannya berkembang biak sehingga ke hari ni. Sewaktu mereka berdua tinggal di Syurga, Allah SWT menguji Nabi Adam A.S. sama ada beliau amanah atau tidak dalam menjaga kebajikan isterinya, Hawa. 


- Moral dari isi penting di atas ialah, untuk menjadi pemimpin Muslim dunia, bukan setakat perlu fokus pada hal ehwal agama sahaja, tetapi kebajikan terhadap wanita juga perlu dijaga.


- Pada zaman Arab Jahiliyyah, kaum wanita ditindas dan diperlakukan dengan kejam. Jadi Surah An-Nisa' ini diturunkan bagi membela kaum wanita dan menghapuskan sistem Jahiliyyah ini. 


- Ayat pertama dalam Surah An-Nisa' ini menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan adalah sama sahaja dalam kedudukannya di sisi Allah SWT kerana kedua2nya diperbuat dari unsur tanah yang sama. Namun, setiap kejadian manusia baik lelaki mahupun perempuan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.


- Di pertengahan surah An-Nisa' ini terdapat hukum-hakam tentang peperangan. Kepentingan wanita dalam surah ini ialah wanita berperanan melahirkan para mujahid dan para pemimpin Islam.


- Surah ini diturunkan bagi membantu para sahabat Nabi Muhammad SAW dalam menentukan hukum isu anak2 yatim yang ditinggalkan oleh para syahid. Selain itu, terdapat juga hukum pembahagian harta pusaka dan isu kekeluargaan.


- Ada 3 isu utama dalam Surah An-Nisa ini:

  • Kesedihan yang menimpa Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat apabila kehilangan para syuhada
  • Ketiadaan hukum yang jelas terhadap hak wanita yang menjadi balu/isteri para syuhada
  • Kegembiraan orang2 Yahudi dan juga orang2 munafik tentang kemenangan orang2 kafir di Mekah dalam Perang Uhud


- Dalam surah ini juga menceritakan contoh2 kezaliman orang2 Yahudi dan munafik terhadap ahlul kitab yang memegang kitab Taurat dan juga kezaliman yang berlaku ke atas Nabi Muhammad SAW serta para sahabat nabi.


- Para sahabat nabi diperintahkan menjadi adil kepada isteri2 mereka dengan berpandukan hukum poligami. 


- Allah SWT melarang menunaikan solat dalam keadaan mabuk semasa para sahabat nabi berada dalam peperangan.


Pendek saja ringkasan tadabbur juzuk 5 kali ni. Semoga ada penambah baikan di masa akan datang insha Allah. 


Mommy eez memang ada plan untuk teruskan belajar tadabbur melalui Nota My Quran Time. Insha Allah harap dapat habiskan ringkasan tadabbur mengikut juzuk ni dalam bulan Disember 2022 ni aaameeen. Doakan mommy eez diberi kesempatan masa dan tenaga untuk terus menulis bukan saja untuk kefahaman diri sendiri dan saham pahala buat keluarga mommy eez, tapi juga buat manfaat yang baik bagi yang sudi membaca penulisan mommy eez yang sempoi ni insha Allah.


Semoga berjumpa lagi dalam next post. 


Assalamualaikum 💟


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Curhat dari seorang Coffee Addict : Mommy Eez dan Kopi Siri #1

 Assalamualaikum semua...


Apa khabar? Semoga semua yang sudi membaca post mommy eez dekat sini dikurniakan kesihatan yang baik serta keadaan yang stabil. Tak kisah lah stabil dari segi kewangan ke, keadaan mental ke, keadaan rumah ke dan sebagainya. Semua pun memainkan peranan yang penting untuk hati menjadi tenteram kan.


Mommy eez baru2 ni dinasihatkan oleh Clinical Psychologist untuk cuba membuat curhat* pada sebuah diari untuk mengurangkan beban yang ada dalam diri ni. Terus mommy eez teringat dekat blog ni yang dah bersawang berbulan2 lamanya. Sebenarnya ada je beberapa post yang mommy eez dah buat tapi tersadai dekat bahagian draft. Kononnya nak tunggu bagi kemas betul2 baru nak publish post tu. Sampai ke sudah memang berhabuklah dalam Draft Post tu. Sekarang mommy eez cuba buat post sepantas molek dan praktis praktis praktis dan praktis. Practice makes perfect gittew.

 

Tanpa mommy eez sedar lately, mommy eez sangat addict dengan minuman viral zaman sekarang.

C.O.F.F.E.E

 

Sebenarnya niat asal nak cari port buat kerja je. Tapi sebab tempat paling selesa yang dijumpai masa tu hanya ada Gloria Jeans, so mommy eez pun bertandanglah di situ. Dah bertandang, takkan tak beli apa2 dekat situ kan. Maka, mommy eez pun mencubalah nasib dengan memesan kopi Mocha Caramellatte ni. 


Sekali dari suapan pertama terus berpinau rasa kepala. Penyesalan demi penyesalan yang keluar. Hahaha~ macam teruk sangat je rasa kopi tu kan. Tak ada lah. Rasa dia OK je cuma tak berapa sesuai untuk mommy eez yang tak suka makan/minum manis sangat. Mommy eez rasa menyesal tu sebab...~~~

 

1. Manis yakmat. Minta yang panas, sekali manis berdengung dia bagi. Agaknya portion gula sama dengan kopi berais agaknya.

 

2. Patutnya mommy eez kena pantang kopi tapi masih tak boleh mengawal nafsu diri.

 

3. Dah tambah air kosong panas banyak pun masih tak hilang lagi manis dia. Memang sesuailah dengan namanya. Mocha (manis2 pahit sikit) tambah caramel yang memang manis. Double manis. Aiyooo...

 

Bila dah jadi macam ni barulah sel2 otak berhubung dan recall kejadian lepas. Pernah juga cuba kopi perisa lain brand Gloria Jeans juga tapi memang tak boleh blah tahap manisnya. Even kopi Starbucks pun agak manis bagi mommy eez. Coffee Bean pun sama manis tapi masih boleh adjust lagi lah. Harga bawah sikit dari Starbucks dan Coffee Bean. Harga kopi yang mommy eez order tu RM16 untuk Hot Mocha Caramellatte.

 

Lately mommy eez makin kecanduan kopi dari orang lokal. Kopi Malaya di Seksyen 13 Shah Alam (dah tutup plak.. haih), White Coffee Kafe Tuuu... Dia Pak Tam (ada dalam Food Panda) dan Hazelnut Coffee di Lovefoodies. Pahit2 kurang manis. Kalau tak manis langsung pun tak apa sebab lebih sihat kononnya. 

 

Ada macam2 jenis kopi yang mommy eez dah pernah cuba. Nanti mommy eez up post review dekat sini hokey. Doakan saka menulis terus istiqamah berada di dalam badan mommy eez ni. Punyalah lama menunggu tak kunjung tiba. Bila dah kena seru oleh Pakar Perubatan, terus dia datang malam ni. Hihihi~

 

Menulis ni adalah salah satu cara untuk rehatkan minda, chillax hati dan juga aktiviti mengumpul semangat. Walaupun tak tahu siapa yang membaca bebelan mommy eez dekat sini, harap2 serba sikit dapatlah berkongsi pendapat dan feeling2 #sharingiscaring gittew. 

 

Itu saja perkongsian untuk malam ni. Feel free to comment atau suggest kopi lain yang sedap2 ke kan. Your feedback is highly appreciated. Pergghh dah keluar ayat bisnes poyo royo. Hokey abaikan.

 

Tata titi tutu.. See you when I see you. Eh.. 

 

Lavvv,


Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Review Jump Street Asia | Berbaloi ke pergi Jump Street Asia di Petaling Jaya tu?


 

 Fly fly and fly away my dear Raihan & Wafa 🥰


We had so much fun last weekend at @jumpstreetasia in #petalingjaya . It was our first time and we spent half a day there. Bessttt gilaa!! Even kepada parents yang aktif melompat2 atau suka beraktiviti dengan anak2 memang sesuai sangat datang ke sini.


They have a dodge ball court, mini futsal court, a place for kids below 4 years old to play, bouncing castle, mini cafeteria (no outside food is allowed), basketball pole and many more. Even if you guys plan to do any family event like birthday parties also permissible because they have a hall provided in there. Of course you must allocated some moolah for booking. Dekat situ ada juga soccer table game but hopefully #jumpstreetasia can upgrade to a new one since that thing quite worn out. Plus add in more quantity of the table. It looked weird when there is only 1 foosball table located in the middle of a giant place like that. 


They have coaches standby at every station. Part paling best bila ada coach datang ajar cara buat gaya lompatan yang paling style gittew for free. Kemain la seronok kanak2 riang ni follow all the steps. That was the best part sebab bila kanak2 tu dapat explore new style of jumping, masing2 gigih berlatih nak buat sampai jadi. 


Tickets per person RM40 (masa tu pakai promo price offered by EPF staff. Kitorang ni menumpang tuah kakak ipar mommy eez je. Hihihi~). The real ticket price is RM60/pax for 2 hours. 2 hours tak puas main ooooiii. Kitorang dapat 1-day ticket pass. Memang berbaloi2.

 

You have to wear non-slip socks. Kalau tak ada, boleh beli dekat situ RM6/pair mengikut saiz. Ada 3 saiz stokin - adult, kids and tot. Pastikan dah siap makan sebelum datang dan ada jarak 2 jam selepas makan. Takut muntah plak nanti masa lompat2 😅


Sila datang beramai2 sebab kalau setakat berdua atau bertiga ditakuti cepat boring. Masa mommy eez datang dengan family kitorang, ada 4 orang dewasa dan 7 kanak2. Memang happening le. Overall mommy eez bagi 4.5 🌟 sampai kanak2 riang semua tak nak balik sebab tak puas bermain. 

 


  Muka Kakak Raihan puas bermain




Itu saja review pendek dari mommy eez untuk hari ni. You can put this place in your bucket list as an activity to spend with your kids later during school holiday. But please expect a higher crowd lah during the holiday kan.


Hokey, pen-off dulu.


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Popular Posts