... INDEED, ALLAH IS WITH THE PATIENT (SURAH AL-BAQARAH 2:153) | SHARING KNOWLEDGE IS MY THING
Ada apa dengan ANXIETY DISORDER? | Do you think you have ANXIENTY DISORDER?
Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 2 oleh Ustaz Hafizul Faiz
Assalamualaikum semua para pembaca yang dirahmati Allah SWT.
Siang tadi kami dapat perkhabaran yang kawasan Petaling akan dikenakan PKPD (Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan) disebabkan kes Covid-19 di Selangor semakin naik mencanak2 sehingga hampir mencecah 3000 kes... mommy eez dah tak mampu nak komen lebih2. Nak pasrah pun dah rasa macam tepu sangat.
Lebih elok kita kembali untuk mengumpul harta di akhirat sana selain dapat membantu kedua2 kesayangans mommy eez yang dah terlebih dahulu meninggalkan kami sekeluarga, arwah Along dan Ayah. Semoga nota ringkas Taddabur 30 Juzuk 2 ini dapat memberi manfaat buat yang membacanya dan juga dihadiahkan pahalanya buat arwah Along dan Ayah insha Allah. Al-Fatihah buat mereka berdua...
Jom kita mulai dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
RINGKASAN JUZUK 2
disampaikan oleh
Ustaz Hafizul Faiz (Tadabbur Centre)
- Juzuk 2 bermula dari ayat 142 sehingga ayat 252 Surah Al-Baqarah. Surah Al-Baqarah ini merangkumi 3 juzuk dalam Al-Quran dan kebanyakan ayat2 di dalam surah ini terdiri daripada ayat2 yang sangat panjang.
- Antara perkara yang menarik di dalam Juzuk 2 ini ialah, ayat 143 menerangkan tentang "Allah menjadikan kamu umat pertengahan" di mana ayat ini betul2 berada di pertengahan Surah Al-Baqarah di mana jumlah ayat dalam surah ini ialah sebanyak 286 ayat (Madaniyyah).
- Juzuk 2 ini mengisahkan tentang Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk memindahkan arah kiblat dari Baitulmaqdis (Jerusalem) kepada Kaabah di Mekah. Mengapa? Setiap suruhan Allah SWT itu pasti ada hikmahnya.
- Membezakan antara orang yang munafiq dan orang yang benar2 beriman kepada Nabi Muhammad SAW dengan penuh keikhlasan dan ketaatan.
- Allah SWT mahu umat Islam fokus kepada pembinaan cara fikir manusia yang baru kerana orang Mekah pada asalnya sangat bergantung kepada orang Yahudi. Pada masa itu, orang2 Yahudi dikenali sebagai orang bijak pandai di kalangan orang Arab Musyrikin Mekah. Ramai di kalangan orang Yahudi digelar sebagai pakar rujuk, pendeta, pakar motivasi dan juga orang2 Yahudi mengetahui hal2 yang terjadi pada zaman dahulu dan juga perkara2 yang tidak diketahui oleh orang Arab Musyrikin. Mereka sanggup merujuk kepada orang2 Yahudi ini bagi ingin mematahkan hujah2 dari Nabi Muhammad SAW. Sedangkan, mereka tidak tahu bahawa orang2 Yahudi ini kerjanya memecah belahkan orang seperti mana yang berlaku pergaduhan antara Kaum Aus dan Khazraj. Kedua2 kaum ini sudah lama berperang sesama mereka di Madinah berpunca dari satu polemik yang direka oleh orang2 Yahudi supaya mereka terus bertelagah untuk meraih wang daripada mereka kerana orang2 Yahudi ni mahir membuat dan menjual senjata. Oleh sebab itu, orang Yahudi menjadi dominant dan menjadi rujukan dalam banyak perkara.
- Islam datang untuk tidak mengiktirafkan perkara salah yang bertentangan dengan kebenaran. Maka pemindahan kiblat ini bermaksud untuk memindahkan dari ber'kiblat'kan Bani Yahudi kepada ber'kiblat'kan kepada Bani Ismail (keturunan Nabi Muhammad SAW). Ini menunjukkan bahawa Islam bukan bergantung kepada keturunan sesuatu kaum yang dianggap elite/berilmu tetapi bergantung kepada Allah SWT. Ini mengingatkan kepada kisah yang terdapat dalam Surah Al-Kahfi di mana orang Musyrikin Mekah sanggup travel untuk mendapatkan nasihat daripada agamawan Yahudi untuk mencabar kenabian Nabi Muhammad SAW (ada 3 soalan yang ditanyakan oleh orang Yahudi kepada Nabi Muhammad SAW)
- Orang Arab Mekah sangat terkejut mengapa kiblat agama Islam ditukarkan menghala ke Kaabah yang selama ini menjadi tempat menyembah berhala bagi agama jahiliyah. Allah SWT membawa mesej kepada orang2 kafir Mekah bahawa Islam bukan agama sebarangan setakat nak tunjuk cara ibadah yang baru tetapi ianya datang bertujuan untuk memuliakan Kaabah dan menjadikannya sebuah tempat yang suci dan bersih dari kesesatan. Ini merupakan mesej yang baik bagi penduduk di Mekah.
- Selain itu, perpindahan kiblat ini membawa erti betapa besarnya keikhlasan seseorang itu beriman dan beribadah kepada Allah SWT sekalipun arah kiblat sudah bertukar. Jadi ini memberikan tamparan hebat kepada orang Yahudi dan orang Musyrikin Mekah yang sangat mengutamakan kuantiti berbanding kualiti.
- Terdapat beberapa hukum yang diturunkan di dalam Juzuk 2 ini iaitu:
- Hukum Haji: walaupun arahan menunaikan Haji diturunkan awal oleh Allah SWT semasa Nabi Muhammad SAW di Madinah, tetapi masa untuk melaksanakannya agak lewat oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat kerana bergantung kepada waktu dan situasi pada masa itu. Nabi Muhammad SAW tahu bahawa masa yang sesuai untuk melaksanakan perintah Haji ialah apabila mereka dapat masuk ke Mekah dengan cara yang paling mudah dan bukan melalui peperangan. Nabi Muhammad SAW juga mendapat vision bahawa orang2 Islam bakal menguasai Mekah Al-Mukarramah bila sampai masanya.
- Hukum Jenayah
- Hukum Ekonomi
- Hukum Puasa
- Dalam Juzuk 2 ini memberi bukti mengapa orang muslim perlu berpuasa di bulan Ramadan. Allah SWT berfirman, "Wahai orang2 beriman, perlulah kamu berpuasa sepertimana kaum2 yang terdahulu". Allah SWT memisahkan 2 ayat iaitu; beruntunglah mereka yang berpuasa (ayat 180 Surah Al-Baqarah) dan beruntunglah mereka yang memasuki bulan Ramadan (ayat 183 Surah Al-Baqarah). Ayat 183 itu merujuk bukan sahaja pada mereka yang berpuasa tetapi kepada mereka yang uzur seperti perempuan haid, orang yang tidak sihat dan sebagainya. Mereka kesemuanya mendapat keberkatan dari bulan Ramadan.
- Di dalam bulan Ramadan itu juga diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi seluruh manusia tidak kira yang beriman ataupun tidak serta menjadi penimbang tara antara yang baik/benar dan yang buruk/salah.
- Terdapat kisah mengenai peperangan di antara Thalut dan Jalut. Kisah ini memberikan teladan yang sangat penting di mana kuantiti ibadah tidak penting tetapi kualiti ibadah itulah yang paling utama. Allah lebih memandang kualiti iaitu sejauh mana ikhlas seseorang itu beribadah keranaNya berbanding kuantiti. Perkara ini digambarkan melalui kisah peperangan ini iaitu jumlah tentera Jalut (pada zaman Nabi Daud) yang sangat sedikit berbanding tentera Thalut, namun kemenangan berpihak kepada tentera Jalut.
Itu saja ringkasan yang mommy eez dapat dari video rakaman berdurasi 10:54 minit ini. Alhamdulillah. Sekalipun tidak dapat merangkumi semua (ilmu Allah SWT itu Maha Luas), tapi boleh dijadikan sebagai permulaan untuk mommy eez mendalami dan mentadabbur isi kandungan Juzuk 2 Al-Quran ini insha Allah. Jika ada salah silap dalam nota ini, sila berikan komen anda di bawah post ini, ok.
Alhamdulillah selesai juga. Masa untuk melabuhkan diri dan semoga ada rezeki umur panjang, mommy eez sambung dengan nota ringkasan Juzuk 3 nanti insha Allah.
Assalamualaikum.
Selamat Berehat, Ayah..
Dah hampir setahun mommy eez ambil masa nak tulis post ni...
Post ni sangat sangat sangat menyedihkan... So kepada yang tengah mood happy2 go lucky tu boleh KIV je nak baca post ni hahaha~ (macam ada je orang nak baca kan?). Mommy eez saja nak nukilkan segala memori yang masih ada dalam ingatan ni di sini takut2 dah semakin berumur dah tak berapa ingat detail peristiwa yang terjadi.
Ayah mommy eez, Hj. Mohamad @ Zakaria bin Hj. Mohd Jana pergi tinggalkan kami sekeluarga pada pukul 5.12am hari Ahad, 27 September 2020. Arwah meninggal dunia di rumah mommy eez di Shah Alam. 3 bulan sebelum kejadian, Ayah memang dah tak berapa sihat. Sejak kakak mommy eez, Along meninggal dunia bulan Jun tahun lepas, kesihatan Ayah makin merosot. Dia mula ada asthma dan doktor pakar di hospital Jasin suspect Ayah ada COPD (penyakit peparu). Ayah jadi cepat penat dan senang tercungap2. Ayah pergi pada usia 74 tahun. Sekalipun Ayah ada kencing manis dan darah tinggi, tapi Ayah lebih kuat/physically fit berbanding Mama mommy eez yang suffer 6 penyakit kronik. Orang kata, selalunya orang yang menjaga orang sakit ni LEBIH BAHAYA daripada orang yang sakit sebab ada kemungkinan mereka boleh pergi dulu daripada orang yang sakit.
Hmmm... itulah...
Along pergi pun sehari selepas beliau sampai di Melaka sebab nak jaga dan bawa Mama mommy eez ke hospital untuk check-up... kebetulan masa tu beban kerja Along sangat banyak. Malam sebelum Along meninggal dunia, dia sempat hantar task report pada boss dia. Even 2 hari sebelum tu pun, Along ada call mommy eez dan beritahu yang dia tak larat nak balik Melaka awal2 sebab ada banyak kerja office kena buat. Tone suara Along bunyi macam orang yang sangat2 risau. Bila mommy eez tanya, bila Along nak balik kampung untuk jaga Mama, terus Along rasa sangat stress. Masa tu dah pesan dekat Along, kalau tak larat tak apa. Ambillah masa sendiri. Rehatlah dulu. Tapi suara Along sangat tertekan masa tu... Semoga Allah merahmati roh arwah Along selalu. Aaaminn.
Ayah pula memang jaga Mama setiap masa di Melaka. Tukang bawa Mama pergi dialisis. Tukang pergi pasar. Tukang mengemas rumah. Tukang siang ikan, udang, sotong dan ayam. Tukang repair paip rumah. Tukang repair kereta. Tukang sapu halaman luar rumah dari depan sampailah ke bahagian belakang rumah yang ada mini kebun ayah... Segalanya lah.. Ayah.
Apa2 pun, ajal maut atas ketentuan Allah SWT kan. Kita tak berhak nak kata kebetulan sebab semuanya Allah dah tentukan. Yang pasti kehilangan 2 orang yang mommy eez sayang dalam masa 3 bulan tahun lepas sangat2 perit untuk mommy eez terima.
Malam sebelum Ayah pergi, kami tak ada rasa apa2 yang pelik pun. Tapi bila dikenangkan semula, Ayah memang dah tunjuk tanda2 yang dia akan pergi dalam masa 3 bulan sebelum beliau meninggal. Masa di kampung (Melaka), mommy eez kerap nampak Ayah termenung jauh dekat sofa ruang tamu. Selalunya kalau Ayah duduk atas sofa, tak sampai 5 minit mesti dah "belayar sampai ke London Bridge" atau bahasa mudahnya tidur zzzZZZzzz. Tapi kali ni dia duduk termenung jauuuuh je. Lepas tu nampak air mata macam bergenang dan matanya merah macam baru lepas menangis. Mommy eez terfikir mungkin dia termenung jauh tu teringatkan arwah Along kot.
Mommy eez perasan Ayah mula jaga solat awal waktu. Lepas tu, dia ada tanya mommy eez macam mana cara nak solat duduk. Ayah mommy eez ni tak adalah orang yang kuat agama sangat. Tapi bila dia dah ada kesedaran tu, mommy eez rasa seronok. Alhamdulillah. Tapi tak tahu plak itu tanda2 dia dah nak pergi kan. Manalah nak tahu masa tu...
Ayah makin lama, makin kerap batuk. Jenis batuk yang sangat kuat dan menekan dada dia. Batuk dia tak baik2 langsung walaupun dah makan ubat. Mommy eez dan Abg Ham bawa Ayah pergi ke Hospital UiTM (1-2 minggu sebelum beliau meninggal dunia) untuk dapatkan 2nd opinion dari doktor pakar tentang sakit Ayah tapi test result yang kami dapat tak tunjukkan Ayah dalam keadaan serius pun. Hanya asthma biasa. Bila mommy eez bagitahu Ayah yang doktor cakap Ayah normal, Ayah jawab "Ayah tak rasa Ayah ni sihat..." Bila dengar dia cakap macam tu, mommy eez rasa sedih. Tapi terpaksa buat2 happy untuk tak nak bagi Ayah rasa down. Mommy eez cuba pujuk Ayah untuk terus sambung buat check-up di Hospital UiTM tu sebab fasiliti dekat situ sama macam private hospital. Nampak Ayah sangat selesa masa tu dan mommy eez masih ingat lagi masa doktor letak Ayah dekat wad pemerhatian, mommy eez kejap2 jenguk Ayah dalam tu sekalipun sebenarnya, pelawat tak dibenarkan masuk langsung dalam wad tu. Mommy eez tak nak Ayah risau dan nak bagi dia rasa yang Mommy eez sentiasa ada teman dia dekat luar wad tu...
Sehari sebelum Ayah pergi, dia nyaris tak jadi datang rumah mommy eez sebab pagi Sabtu tu (26/9/20), Ayah call bagitahu dia rasa tak sihat dan tak larat sangat. Tapi bila mommy eez sebut yang cucu Ayah dah tak sabar nak jumpa Nanny dan Tok Yah, Ayah gagahkan juga drive kereta dari Melaka ke Shah Alam dengan keadaan dia yang tak berapa stabil masa tu. Bila Mama Ayah dah sampai, mommy eez siapkan minum petang. Selalunya Ayah lebih suka buat air nescafe sendiri, tapi petang tu dia minta mommy eez yang buat. Masa tu memang dah terdetik "Ish, Ayah ni jarang minta haku buatkan air nescafe untuk dia..". So, itulah kali terakhir mommy eez buatkan air kopi kegemaran dia. Masa makan malam pun, nampak Ayah agak happy sebab dia seronok makan ikan cencaru goreng berlada yang mommy eez buat. Beriye2 betul dia makan waktu tu...
Tengah malam tu, Abg Ham kejutkan mommy eez sebab terdengar Mama mommy eez menangis dalam bilik air di bilik no. 2. Kami terus bergegas tengok apa yang berlaku. Mommy eez nampak Mama mommy eez tengah pangku Ayah mommy eez dalam bilik air yang dah tak mampu nak bergerak apa2 tapi matanya masih terbuka. Ayah mommy eez terjatuh dalam bilik air tapi sempat ditahan oleh Mama untuk elakkan kepala Ayah dari terhantuk terkena sinki. Masya Allah, Allah sayangkan Ayah... mommy eez dan Abg Ham sedaya upaya angkat Ayah yang berbadan agak sasa dan besar keluar dari bilik air dan terus baringkan dia di atas tilam. Nampak Ayah dah tak mampu untuk bernafas lagi. Mommy eez sangat panik dan cuba call ambulans dan hospital yang available tapi semuanya busy. Paling dekat pun hospital Klang. Tapi semuanya dah terlambat. By the time pegawai perubatan sampai, Ayah dah pun pergi buat selama2nya di pangkuan Abg Ham.
Urusan pengebumian Ayah sangat cepat dan mudah. Jenazah Ayah dimandikan di masjid Fastabiqul Khairat bersebelahan sekolah agama Raihan. Mommy eez sekali lagi terpaksa hadap untuk memandikan jenazah buat kali yang ke-2 selepas kali pertama masa Along meninggal. Perasaan takut dah tak ada lagi untuk uruskan jenazah Ayah. Malah berdoa semoga Allah SWT permudahkan segala urusan pengebumian Ayah. Selepas jenazah dimandikan, ahli keluarga lain terus memulakan solat jenazah sebelum masuknya waktu Zuhur. Ramai yang terkejut sebab terlalu pantas jenazah dah siap untuk disolatkan. Tanpa melengahkan masa, jenazah terus dibawa ke Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam untuk disemadikan.
Tak pernah sangka dalam hidup ini yang mommy eez akan memandikan 2 jenazah keluarga mommy eez dalam tempoh sesingkat ini. Hati remuk berkecai melihatkan jasad yang terbujur kaku. Sangat2 terkesan dan sedar bahawa hidup di dunia ni hanyalah persinggahan dan sementara saja. Waktu tu mommy eez rasa umpama sedang mempersiapkan Ayah untuk menuju ke alam yang baru. Rasa sakit kehilangan ahli keluarga sangat perit sampai perasaan mommy eez jadi sangat numb. Rasa lost. Speechless. Diri ni hanya mampu memerhatikan segalanya yang terjadi di depan mata macam tu saja.
Tinggallah mommy eez, Angah (kakak kedua), Abijad (abang mommy eez) dan juga Mama meneruskan hidup ni.
Dengan pemergian Ayah, banyak yang kami perlu uruskan terutama sekali hal perubatan Mama. Mommy eez still rasa bersyukur sebab kes covid-19 agak rendah waktu tu. Jadi ramai juga yang hadir terutama family Abg Ham datang membantu untuk menguruskan anak2 kami, Raihan dan Wafa yang masih belum faham apa yang berlaku masa tu.
Alhamdulillah, terima kasih atas bantuan Allah SWT dan juga semua ahli keluarga dan rakan2. Semoga Allah SWT membalas jasa anda semua dengan rahmat kebaikan dariNya aaaminnn.
Cita2 mommy eez buat Ayah tak kesampaian. Mommy eez sangat berharap dapat buat Ayah rasa bangga dan happy seperti mana dia pernah rasakan dulu. Tapi, Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. Allah SWT dah pun bagi peluang untuk mommy eez berbakti pada mereka buat beberapa ketika masa di Perth dulu. Harapnya mereka enjoy waktu di sana sekalipun terpaksa melayan tantrum mak buyong masa tu.. huhuhu~
Suka tengok gambar ni. Kemain lagi Mama Ayah menikmati pemandangan di Penguin Island Rockingham di Perth. Sekalipun masa tu mommy eez preggy 4-5 bulan (kakak Raihan), Allah SWT izinkan untuk bawa Mama Ayah berjalan2 di Fremantle, Mandurah, Caversham Wildlife Park, AQWA, Victoria Park dan Barrack Square. We can never repeat these memories anymore... 😭
Terima kasih banyak Mama Ayah jaga Eda sepanjang dekat sana. Semoga Allah kurniakan tempat yang selesa, tenang dan dirahmati selalu buat Ayah dekat alam sana. Eda takkan jemu untuk doakan Ayah dan berdoa supaya Allah SWT memaafkan dan mengampunkan segala dosa Ayah insha Allah. Ayahlah ayah yang paling terbaik buat kami semua, anak2 Ayah. Sekalipun orang lain buat tak baik pada Ayah, tapi Ayah tak pernah membalas. Ayah sangat rajin membantu tak kira siapa. Ayah suka memudahkan urusan semua orang. Ayah sanggup buat apa saja demi kesenangan kami semua. Ayah tak pernah lupa makanan kegemaran setiap anak2 dan cucu2 nya sehinggakan setiap kali datang ke rumah kami, mesti akan bawa buah tangan dari Melaka. Tutur kata Ayah semuanya baik2 dan penuh sopan. Ayah tak pernah lokek untuk ucapkan 'Terima kasih' sekalipun untuk sekecil2 perkara...
Terima kasih Ayah atas segalanya...
Lambaian Terakhir dari Pak Teh Abdul Fallah (Covid-19, when will you go away...?)
Lambaian terakhir Pak Teh mommy eez...
Tadabbur Quran 30 Juzuk : Kompas Juzuk 1 oleh Ustaz Syaari Abdul Rahman
Assalamualaikum semua...
Dah terlambat sangat sebenarnya mommy eez nak up post ni. Dah niat dari awal sebelum Ramadhan tahun ni nak buat sinopsis untuk setiap juzuk dalam Al-Quran berdasarkan video2 dari Tadabbur Centre (walaupun nota my Quran Time pun terkedek2 nak buat 😅 ) Tapi sebab terlampau busy dan planning tak berapa nak menjadi, maka baru sekarang nak buat. Rangka semua dah siap tinggal nak bagi cantik dan post dekat sini je. Semoga menjadi asbab saham akhirat mommy eez dan juga pahala yang berterusan buat arwah Ayah dan arwah Along insha Allah. Mommy eez minta jasa baik anda semua untuk tolong doakan dan bacakan surah Al-Fatihah buat mereka berdua ye. Terima kasih.
Tanpa membebel lebih panjang, jom kita baca ringkasan apa yang ada dalam Juzuk 1 Al-Quran.
RINGKASAN JUZUK 1
disampaikan oleh
Ustaz Syaari Abdul Rahman (Tadabbur Centre)
- Secara keseluruhan, juzuk 1 ini menerangkan tentang adab2 dalam mencari hidayah Allah SWT dan adab2 sebelum membaca Al-Quran. Merangkumi 2 surah iaitu
i. Surah Al-Fatihah dan
ii. Surah Al-Baqarah.
- Juzuk 1 ini dimulai dengan Surah Al-Fatihah iaitu surah pembukaan yang menjadi teras dalam 113 baki surah dalam Al-Quran. Surah Al-Fatihah ini juga dipanggil Ummul-Quran (ibu kepada Al-Quran) dan juga disebut sebagai Sab'ul Mathani yang mempunyai 7 ayat yang diulang2 bacaannya di dalam solat. Tidak sah solat seseorang itu jika tidak membaca Surah Al-Fatihah ini.
- Surah Al-Fatihah menerangkan adab untuk mendapatkan petunjuk/hidayah dari Allah SWT di mana surah ini terbahagi kepada 2 bahagian:
- Bahagian pertama bermula dari ayat 1 sehingga separuh dari ayat 4 menerangkan tentang puji2an kepada Allah SWT;
- Bahagian kedua yang dimulai dari sebahagian akhir ayat 4 sehingga ayat 7 menerangkan tentang kelemahan hamba2nya yang bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT dengan meminta pertolongan/kekuatan dari Allah SWT dan juga memohon diberi petunjuk yang benar dalam hidup ini iaitu melalui Al-Quran.
- Membicarakan tentang siapakah Allah SWT yang Maha Terpuji. Surah ini dimulakan dengan nama Allah SWT supaya dalam setiap aktiviti harian kita dimulakan dengan namaNya. Ini merupakan aqidah dan pasak bagi seseorang muslim. (TAUHID - MengEsakan Allah SWT)
- Menerangkan sifat2 Allah SWT yang Ar-Rahman (Maha Mengasihani) dan Ar-Rahim (Maha Penyayang). Dengan sifat2 Allah SWT ini, kita akan merenung dan berfikir tentang kejadian alam di sekeliling kita, betapa Allah SWT telah menundukkan sebahagian makhluknya yang lain supaya berbakti kepada manusia seperti haiwan dan tumbuh2an. Hanya manusia yang benar2 berfikir pasti akan tunduk dengan kekuasaan dan keagungan Allah SWT. (KAUNIYYAH - Tentang ciptaan alam)
- Allah SWT ingin memberitahu adanya syurga dan neraka di hari pembalasan nanti. (AKHIRAT)
- Al-Quran menerangkan cara ibadah yang betul kepada Allah SWT (IBADAH)
- Memohon cara hidup yang betul dan lurus menuju ke syurga di mana syariah Islam telah diatur berdasarkan Al-Quran (SYARIAH)
- Memberi motivasi dari kisah orang2 yang Allah SWT telah berikan nikmat ke atas mereka kerana patuh dan beriman kepada Allah SWT dan rasulnya. (TARGHIB - motivasi dan galakan yang positif)
- Memberi pengajaran dari kisah orang2 kafir yang telah Allah berikan hukuman seperti di dalam kisah Firaun (TARHIB - menggentarkan dan memberi ancaman)
- Menceritakan tentang pertembungan antara orang2 yang dikurniakan nikmat oleh Allah SWT (orang2 muslimin) dengan orang2 yang sesat dan orang2 yang Allah SWT murka (orang2 musyrikin Mekah dan ahlul-bait/penduduk di Madinah)
- Dalam 5 ayat pertama menerangkan tentang kualiti orang yang diberi nikmat oleh Allah SWT iaitu orang2 beriman
- Ayat 6 hingga 7 menceritakan tentang orang kafir
- Ayat 8 dan seterusnya menceritakan tentang perihal orang2 munafik yang mengaku beriman tapi sebenarnya mereka kafir
- Menceritakan golongan yang diberikan al-kitab, tetapi masih lagi tidak mahu beriman kepada Nabi Musa A.S.
- Menerangkan tentang kerenah Bani Israel terhadap Nabi Musa A.S. di mana mereka tidak beriman, tidak berlapang dada, tidak taat kepada perintah Nabi Musa A.S. dan lain2.
- Kisah pertama - tentang pertembungan antara orang2 yang beriman kepada Allah SWT bermula dari zaman Nabi Adam A.S. dengan orang/makhluk kafir (ingkar) kepada Allah SWT seperti Iblis/syaitan (kaum kerabat Iblis). Nabi Adam A.S. ialah simbolik kepada mereka yang mentaati Allah SWT, yang diberi nikmat serta disambung dengan keturunan Nabi Musa A.S. yang diberikan kitab Taurat untuk mendidik generasinya yang sangat mencabar ketika itu iaitu Bani Israel. Ada di kalangan Bani Israel ini secara zahirnya ialah muslim tetapi hati mereka ada kekufuran disebabkan sudah terlalu lama dijajahi oleh Firaun. Mereka juga tidak bersyukur dengan kurniaan Allah SWT seperti manna dan salwa, awan yang memayungi mereka sepanjang perjalanan dan juga nikmat pembebasaan daripada ditindas oleh Firaun
- Kisah kedua - Iblis menyimpan dendam kesumatnya bermula dari generasi manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S. sehinggalah ke Nabi Musa A.S. dan seterus2nya. Syaitan berjaya membenihkan kekufuran ini sehingga mempengaruhi Bani Israel. Kemuncaknya disambung oleh orang Yahudi di Madinah yang melawan para rasul dan terus-menerus melakukan amalan nenek moyang mereka yang jauh dari agama Islam. Ada juga kisah tentang Harut dan Marut (malaikat) yang dihantar oleh Allah SWT untuk menguji Bani Israel namun mereka gagal kerana ilmu sihir yang diajarkan kepada mereka itu disalahgunakan untuk tujuan kepentingan mereka sendiri lalu meninggalkan ajaran Nabi Musa A.S.
- Kisah ketiga - Pengalihan arah kiblat dari Baitulmaqdis kepada Kaabah di Mekah. Ianya juga menceritakan tentang Nabi Ibrahim A.S. yang membina semula Kaabah setelah musnah akibat banjir besar pada zaman Nabi Nuh A.S. Nabi Ibrahim juga merupakan seorang Nabi yang sangat taat kerana beliau lulus dalam semua ujian ketaatan kepada Allah SWT dan langsung tidak terpengaruh dengan pujukan dari syaitan. Beliau tidak pernah menyoal apa saja suruhan Allah SWT sekalipun terpaksa mengorbankan anaknya, Nabi Ismail A.S.
Popular Posts
-
Photo source - Pak Cik Google PERNAH TAK MOMMY2 AMBIL TAHU APA BAHAN BUATAN BOTOL SUSU ANAK ANDA? Botol susu ni banyak jenis. Ada...
-
Holaa mommy2 semua. Kali ni Mommy EEZ nak cerita pasal botol susu Avent yang ada 2 jenis; Classic dan Natural. Botol Avent atau ada yang pa...
-
MANA NAK CARi PUTING SAMA MACAM PUTING IBU NI⁉️ Ramai customer Mommy EEZ fenin2 lalat nak cari puting botol susu sama macam put...
-
BETUL KE PUTING TOMMEE TIPPEE NI LEBIH KURANG SAMA MACAM PUTING IBU? Kalau ikut pada rupa memang ada la persamaan sikit tapi ...
-
Oohh saye semakin tak sabar nak habiskan review pasal wedding ni sebab kalau bole nak upload pasal hanimoon plak. Hehehe.. tu pun kalau be...