Review Botol Susu - Puting Pigeon dengan botol susu Avent Natural


"SIS, BOLEH KE PUTING PIGEON WIDE NECK NI PASANG PADA BOTOL SUSU AVENT NATURAL?



Pasang tu memangla BOLEHHHH macam dalam gambar atas tu.....TAPIIIIII puting pigeon wide neck tu agak longgar pada ring botol susu Avent Natural. Kalau diterbalikkan botol tu selow melow memang tak tumpah. Tapi kalo botol tu digoncang2 dan digoyang2 inulkan sure TUMPAH! Macam mana boleh tumpah? Sebabnya diameter puting pigeon wide neck tu lebih kecil dari ring botol Avent Natural. Lepas tu, pada ring Avent Natural tu kan ada lubang kecil untuk aliran udara, so lagi bertambah tumpahlah susu bila botol tu diterbalikkan. Yang pasti design puting pigeon wide neck tu memang sangat tak sesuai dikenakan pada botol susu Avent Natural tu. Apetah lagi nak pakai puting pigeon yang jenis standard neck. Lagilah longgar. Silap2 baru nak letak, puting pigeon tu dah termasuk dalam botol Avent tu. Hihihi~

Maka, kesimpulannye vole ke tak vole teats pigeon wide neck utk pasang pada botol Avent Natural??? NGAAAKKKK BOLE DONG! A BIG NO! Unless ring botol Avent Natural tu ditukar dengan ring Avent Classic. Confirm boleh 😊 Nak tengok bukti?

Refer post bawah ni:



Kalau kebetulan mommy2 semua tengah cari puting pigeon wide neck bolehlah beli melalui button di bawah:

https://shopee.com.my/Pigeon-Peristaltic-Teats-Slow-Flow-(2pcs)-i.4491129.64976131


Itu saja tips botol susu pantasss dari Mommy EEZ. Jumpa lagi!

Lavvv,

Mommy EEZ

Review Botol Susu - Puting Avent Classic


MOMMY PERNAH TERFIKIR TAK KENAPA BOTOL SUSU AVENT CLASSIC NI BOLEH BANTU ELAKKAN ANAK MOMMY KENA KEMBUNG PERUT?


Bila kita tengok design pada puting Avent Classic ni, ada macam lekuk lubang kecil di tepi2 puting kan. Sebenarnya fungsi lubang kecil itu ialah untuk bagi laluan angin dalam botol susu Avent tu untuk masuk semula dalam botol bila anak sedang minum. So, instead of the air goes into baby's tummy, the air is re-directed to flow inside the bottle. Mostly design semua botol susu semua lebih kurang je. Yang berbeza hanya dari segi bentuk, material dan harga... Hahaha~

Kalau rasa mommy2 memang tengah cari puting Avent Classic ni bolehlah beli melalui button bawah ni. Mommy EEZ bagi harga clearance stok punya:

https://shopee.com.my/Avent-Classic-Plus-Teats-Medium-Flow-(Level-3)-i.4491129.15095435

Kalau perasan, dekat packaging puting tu ada tulis Classic + / Classic Plus. Classic Plus ni bezanya boleh digunakan pada botol susu Avent yang tak ada ring tu. Jenis botol susu Avent Classic yang ada ring tu dah discontinued dah pun. Boleh refer post ni untuk lebih detail hokey:


See you in the next post!

Lavvv,

Mommy EEZ

Review Botol Susu - Puting Pigeon dengan Botol Susu Avent Classic Plus



BOLEH TAK NAK PAKAI PUTING PIGEON DEKAT BOTOL AVENT?

 
Maksud Mommy EEZ di sini puting Pigeon Peristaltic Plus jenis silikon / wide neck dipasangkan pada botol susu Avent Classic Plus tau. Macam dalam gambar atas tu.

Insya Allah boleh mommy2 semua. Kadang2 baby kita ni suka-suki nak tukar angin nak pakai puting atau botol susu brand lain kan. Lagipun puting Pigeon ni lebih lembut daripada puting Avent walaupun dua2 puting menggunakan material yang sama iaitu jenis silikon.

Puting Pigeon Peristaltic Plus ni walaupun nampak tebal tapi lembut sangt dan memang most of customers Mommy EEZ ramai yang nak train anak2 dari direct feeding (breastfeeding) ke bottle feeding pilih puting Pigeon jenis ni. Puting Avent Classic pun jenis silikon juga tapi agak nipis berbanding Pigeon dan tak berapa lembut. Untuk baby2 yang tak berapa fussy untuk pilih puting botol susu bolehlah pakai puting Avent Classic Plus ni. 

 So, ada mommy2 yang teringin nak mix & match antara botol/puting Avent Classic dengan Pigeon jenis wide neck bolehlah main tukar2 ye, sebab size pada ring bottle kedua2 brand ni adalah sama. Mommy EEZ show off gambar contoh sikit dekat bawah:



Cons sikit di sini ialah bila nak katup botol susu Avent Classic tu dengan puting Pigeon wide neck tu agak ketat sikit sebab bahagian leher puting Pigeon agak tebal. So kena tutup betul2 rapat untuk elak dari susu tumpah. Kalau yang susu ibu tu sekali tumpah boleh menangis 7 hari 7 malam TAW! Hihihi~ gurau je.

 Lepas tu ketinggian puting Pigeon dan Avent Classic tu pun just nice saja dengan penutup botol susu each brand, cuma Mommy EEZ tak ingat nak ambil gambar as proof.  Huhuhu~

MACAM MANA PULA DENGAN BOTOL SUSU AVENT NATURAL? BOLEH KE MASUK DENGAN PUTING PIGEON WIDE NECK TU?

Botol susu Avent Natural TAK BOLEH FIT masuk dengan puting Pigeon wide neck ni ya sebab ring botol Avent Natural ada lubang so takut ada kebocoran nanti. Lagipun bila pasang puting Pigeon wide neck tu nampak longgar di atas ring botol susu Avent Natural. Kalau tak percaya boleh cuba sendiri di rumah. Hihihi~

Hokey, tu saja Tips Botol Susu pantasssss oleh Mommy EEZ dari Kiddie Oasis!

Lavveyewww,

Mommy EEZ

Review Botol Susu - Cara menggunakan botol susu NUK jenis wide neck


*ADA TAK MOMMY2 YANG FRUST BILA BOTOL SUSU NUK NI CEPAT TUMPAH SETIAP KALI ANAK TENGAH MINUM SUSU?*

Ada mommy2 yang komplen pada Mommy EEZ kenapa botol susu NUK ni cepat tumpah? Cepat bocor la. Mommy EEZ jual botol susu yg dah bocor ke?? Ehhhhh bukannnn. Tak baik fitnah tau..huhuhu. Design botol susu NUK ni memang lain dari brand yang lain.

Sebenarnya mommy2 sekalian.. bila nak bagi baby minum pakai botol NUK ni please ensure lubang pada puting tu menghadap ke atas ye. Boleh tengok contoh pada gambar atas tu dan bawah ni untuk kedudukan botol susu NUK yg betul. 



All photos are source from Mr. Google 


Sbb ada Mommy2 yg komplen, kenapa puting NUK ni ada lubang.. lubang tu lah fungsinya nak keluarkan lebihan angin yg terperap dalam botol susu tu daripada masuk ke dalam perut baby si comel tu hokey! So lepas ni Insya Allah tiada lagi masalah susu tumpah tu yaaaa lepas tengok gambar2 di atas. 

*Gambar paling atas menunjukkan botol NUK bersaiz 10oz dan gambar kedua botol NUK bersaiz 5oz. Ada mcm2 design rare dan cecomels yang available. Bole je komen pada post utk Mommy EEZ direct pm mommy2 sekalian jika berminat hokey!

Don't worry semua botol susu yang Mommy EEZ jual guaranteed authentic dan dibawa terbang khas dari USA. Semua BPA Free dan anti-colic tau. Tu pasal Mommy EEZ suka ambil gambar REAL botol2 susu tu semua sebab gambar dalam internet dengan gambar REAL memang BERBEZA!

Jumpa nanti hokey dlm next post dan kalau ada jodoh berurus niagalah kita ye. Hehehe!

Berminat nak beli terus botol susu NUK saiz 5oz? Tekan button di bawah!

https://shopee.com.my/NUK-Woodlands-Blue-5oz-(Single)-i.4491129.660609922


  Lavveyyewww,

Mommy EEZ

Apa itu Growth Spurt?





*ANAK MERAGAM TAK TAHU PUNCA. MOMMY PENING TAK TAU NAK BUAT APA?*

Jika mommy2 semua..
❤ menyusu baby penuh dengan susu ibu dan baby tak minum minuman lain
❤ atau sudah mula bekerja dan mengepam secara konsisten 3 jam sekali

Dan baby mommy dua ke tiga hari ini kelihatan seperti...
1. Meragam dan mahukan perhatian 
2. Asyik berkepit dan mahukan susu ibu sahaja

Ini mungkin membuatkan mommy semua
1. merasa letih dan penat
2. merasakan susu anda tak cukup dan mencari alternatif

Ketahuilah pada usia baby 3 hari, 7 hari, 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan dan 1 tahun -- baby mengalami GROWTH SPURT atau orang kita panggil sebagai PERALIHAN BULAN. Imaginasinya ialah perut baby berubah saiz menjadi besar dan memerlukan lebih banyak susu. Impaknya, baby meminta lebih banyak susu dari ibu. Itu sebab baby sentiasa nak melekap dengan ibu sepanjang masa di waktu2 genting ini.

Ada baby akan meragam buat beberapa hari. Ada baby yang melekap dan diam semasa 'direct feeding' sewaktu ibu di rumah. Jika ibu bekerja siang, baby mungkin meragam pada waktu malam.

MACAM MANA NAK TACKLE YE?

Bertenang dan terus menyusukan. Langkah pertama iaitu mengetahui apa yang sedang berlaku telah diketahui:
1. Beritahu pasangan supaya dapat memberi sokongan terhadap mommy
2. Makan dan minum dengan cukup iaitu 2-3 liter air sehari
3. Kurangkan kerja rumah sambil memberi lebih perhatian buat baby
4. Ambil milk booster yang bersesuaian dengan badan mommy 
(Kalau nak cuba tablet milk booster mudah kunyah2 tak perlu bancuh dan senang dibawa ke mana2, jom drop komen di post ini. Mommy EEZ boleh recommend Milk Up Candy tablet meningkatkan susu dan juga pelbagai khasiat lain yang boleh didapati dalam 1 tablet ni!)

ELAK LAKUKAN PERKARA DI BAWAH NI YE MOMMY2 SEMUA!
1. Beri baby susu formula
2. Beri baby makan lebih awal dari usianya
3. Merasakan susu ibu tak cukup lalu semakin risau. Kerisauan boleh menghalang susu untuk keluar

Ada baby yang mungkin lebih awal beberapa hari dan lewat beberapa hari mengalami 'Growth Spurt' berbanding usianya. Dan juga symptom 'growth spurt' ni bergantung juga kepada baby sebab ada yang mengalaminya 1-2 hari dan ada yang berlanjutan sehingga seminggu.

Kredit info dari Group Support Breasyfeeding Lunatots oleh Puan Suraya Ali.

Semoga info di atas bermanfaat buat mommy2 semua. Yang penting jangan panik. Gunakan kuasa maximum koolness mommy2 semua untuk menangani kerenah si manja comel mommy tu ya.

Lavveyyewww,

Mommy EEZ

Popular Posts