BOLEH TAK NAK PAKAI PUTING PIGEON DEKAT BOTOL AVENT?
Maksud Mommy EEZ di sini puting Pigeon Peristaltic Plus jenis silikon / wide neck dipasangkan pada botol susu Avent Classic Plus tau. Macam dalam gambar atas tu.
Insya Allah boleh mommy2 semua. Kadang2 baby kita ni suka-suki nak tukar angin nak pakai puting atau botol susu brand lain kan. Lagipun puting Pigeon ni lebih lembut daripada puting Avent walaupun dua2 puting menggunakan material yang sama iaitu jenis silikon.
Puting Pigeon Peristaltic Plus ni walaupun nampak tebal tapi lembut sangt dan memang most of customers Mommy EEZ ramai yang nak train anak2 dari direct feeding (breastfeeding) ke bottle feeding pilih puting Pigeon jenis ni. Puting Avent Classic pun jenis silikon juga tapi agak nipis berbanding Pigeon dan tak berapa lembut. Untuk baby2 yang tak berapa fussy untuk pilih puting botol susu bolehlah pakai puting Avent Classic Plus ni.
So, ada mommy2 yang teringin nak mix & match antara
botol/puting Avent Classic dengan Pigeon jenis wide neck bolehlah main tukar2 ye, sebab size pada ring bottle kedua2 brand ni adalah sama. Mommy EEZ show off gambar contoh sikit dekat bawah:
Cons sikit di sini ialah bila nak katup botol susu Avent Classic tu dengan puting Pigeon wide neck tu agak ketat sikit sebab bahagian leher puting Pigeon agak tebal. So kena tutup betul2 rapat untuk elak dari susu tumpah. Kalau yang susu ibu tu sekali tumpah boleh menangis 7 hari 7 malam TAW! Hihihi~ gurau je.
Lepas tu ketinggian puting Pigeon dan Avent Classic tu pun just nice saja dengan penutup botol susu each brand, cuma Mommy EEZ tak ingat nak ambil gambar as proof. Huhuhu~
Lepas tu ketinggian puting Pigeon dan Avent Classic tu pun just nice saja dengan penutup botol susu each brand, cuma Mommy EEZ tak ingat nak ambil gambar as proof. Huhuhu~
MACAM MANA PULA DENGAN BOTOL SUSU AVENT NATURAL? BOLEH KE MASUK DENGAN PUTING PIGEON WIDE NECK TU?
Botol susu Avent Natural TAK BOLEH FIT masuk dengan puting Pigeon wide neck ni ya sebab ring botol Avent Natural ada lubang so takut ada kebocoran
nanti. Lagipun bila pasang puting Pigeon wide neck tu nampak longgar di atas ring botol susu Avent Natural. Kalau tak percaya boleh cuba sendiri di rumah. Hihihi~
Hokey, tu saja Tips Botol Susu pantasssss oleh Mommy EEZ dari Kiddie Oasis!
Lavveyewww,
Mommy EEZ