Alhamdulillah.. Kali ni Mommy EEZ bersyukur sangat2 sebab dpt fully breastfeed anak yg ke-2 ni. Ada jugalah 2 hari terkantoi bagi susu formula milk (FM) sebab ingatkan baby Wafa tak cukup susu. Sekali dia muntah sampai keluar ikut hidung lagi. Terus mak insaf nak. Cuak betul masa tu.
Walaupun perjalanan masih jauh nak mencapai 2 tahun tu, tapi didoakan semoga semua mommy2 yg menyusu termasuk Mommy EEZ kuat dan tabah utk mengharungi perjalanan breastfeeding ni Insya Allah.
Bila dah mula breastfeed 2nd baby ni, barula Mommy EEZ sedar pengorbanan yang sangat besar seorang ibu yang menyusu. Dahlah penat bersalin tak habis lagi. Macam2 dugaan kena hadap untuk menyusukan anak seperti:
Nipple crack
Bengkak susu pada breast
Sakit pinggang sebab terpaksa bertahan dengan posisi untuk menyusukan anak
Tak cukup tidur sebab nak kena pam susu
Bertahan dengan suara2 sumbang yang kata kita tak cukup susu
Bau badan masam dengan susu
Nak kena basuh parts breastpump yang leceh dan storage bottle yang berlambak2
Breast terdedah di sana sini (dalam rumah je la.. hehehe)
24/7 dengan baby tanpa ME TIME
Jadi, bertabahlah mommy2 sekalian. Semoga segala kesakitan dan kesengsaraan yang kita hadapi Allah ganti dengan pahala.. Aaaminn.
Tak lama lagi kita akan berpuasa. Jgn risau dan terus yakin bahawa susu kita akan sentiasa ada dan cukup buat anak2 kita Insya Allah 😊 Tawakal dan terus berdoa ❤
Lavveyeww,
Mommy EEZ
.