Elok ke anak-anak main game Genshin Impact?

Baru ingat nak tulis 1 post untuk 1 hari.

Tapi...

Malam2 gini tinggal 2 minit nak masuk 2 Mac baru dapat menulis.


Hari ni target revise hafazan anak2 dan buat exercise book untuk Wafa. Alhamdulillah dapat capai target, cuma mommy eez jadi keletihan yakmat. Sempat dating kejap dengan Incik Boss sambil healing dengan white coffee. White coffee bergabung dengan set nasi berkuahkan tomyam. Memang tengah weng lah perut ni sekarang...


Disebabkan kakak Raihan dapat buat apa yang mommy eez suruh untuk hari ni, maka kena lah mommy eez melayan main game Genshin Impact dengan dia.



Bagi mereka yang tak familiar dengan game ni, ianya sejenis game mobile app dan boleh juga install di PC ataupun laptop. Tapi saiznya tersangatlah besar lebih kurang 23GB utk phone dan 100GB untuk laptop. Memang makan space betul. Tapi memang puas hati main game ni sebab gambar cantik dan karakter dia pun comel2.


Berbalik pada kakak Raihan, dia sangatlah tabah menunggu mommy eez unlock Co-op punya function sebab nak join main sekali. Mommy eez baru terjebak selama seminggu dan sekarang baru terkedek2 mendaki Adventure Rank (AR) 8. Padahal kakak Raihan dah cecah AR 30. Nak rasa geng dengan anak, kena lah main sekali game tu kan. Lagi satu sebab nak tahu sama ada game tu OK ke tak dengan usia dia yang baru je cecah 11 tahun bulan lepas. So far, ok lah kot. Kalau nak cari game yang betul2 patuh shariah memang susah nak jumpa kot.


Apa yang tak berapa best pasal game ni yang mommy eez jumpa ialah:

1. Pakaian karakter ada sesetengahnya agak seksi dan nampak cleavage dada.

2. Maksud perkataan Genshin tu sendiri ialah 'Original God' dari bahasa Jepun. Kebanyakan nama2 god dalam game tu diambil dari nama2 demon.

3. Bila kita nak activate certain statue (macam timeline game tu), dia guna perkataan 'worship'.


Bagi sesetengah orang mungkin sensitif lah dengan konsep game ni. Tapi, mommy eez bagi kakak Raihan main sebab nak tengok cara dia berfikir strategi untuk selesaikan quest. Lagi satu, mommy eez suka tengok bila dia berlawan dengan opponent tu, tersangatlah tangkas tangan dia kawal joystick tu. Setiap karakter ada kelebihan masing2. Contoh macam Pyro (api) bila lawan dengan opponent jenis watery slime boleh lagi cepat hapuskan opponent. Maka, setiap kali jumpa opponent, kena fikir karakter apa yang sesuai untuk cepat matikan opponent tu. Kena banyak rajin membaca untuk fahamkan jalan cerita dan power setiap karakter. Umpama, anggaplah game ni sekadar cerita dongeng saja. Dulu2 pun mommy eez membesar dengan membaca kisah dongeng yang ada dewa2 juga. Ataupun sekadar khayalan dari anime. Tipulah kalau korang tak layan anime kan (melainkan korang memang nerd tak minat anime).


Mommy eez ni gigihlah dan terkedek2 nak faham game ni sebenarnya. Tambah2 part lawan2 tu. Biasalah, semakin dimamah usia ni, sel saraf2 dari otak ke tangan tu ada lagging sikit bila berhubung 😂😂😂.


Apa2 pun, itu je nak cerita untuk hari ni. Kalau korang nak share thoughts korang pasal game #GenshinImpact ni are most welcome dekat komen bawah hokey.


Good nite dan Assalamualaikum 😴 


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Yeayyyy! Google Adsense has NOW ACTIVATED on this blog!

Mommy eez dengan rasa penuh bangga dan rasa kembang hidung yang sukar dibendung nak maklumkan...


Mommy eez berjaya betulkan setting Google Adsense dekat blog ni!!! 


Yeayyy, Masha Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah! 


Macam korang tengah nampak sekarang dekat bahagian atas post ni dan bawah gambar ikan paus dua beranak tu kan ada iklan. Dan ada juga beberapa placement iklan lain yang mommy eez buat juga demi menjana passive income. Sambil buat blog dan review, sambil2 tu korang boleh klik pada iklan untuk mencuci2 mata dan sekaligus, mommy eez pun dapatlah sedikit token. 


Mommy eez minta maaf kalau rasa macam agak serabut, tapi bagi pembaca yang merupakan blogger juga pasti korang sangat memahami kan. 


Inilah masalah yang mommy eez nak selesaikan dari tahun lepas lagi. Lama duk termenung macam mana nak activatekan Google Adsense dekat blog ni. Siap testing nak tukar templatelah, edit HTML la, delete Nuffnang segala bagai. Yang peliknya, bila view dari desktop tak keluar iklan. Bila view dari mobile, keluar iklan Nuffnang plak. Patutlah earning dekat Google Adsense statik je dah beberapa tahun. Haihhh buang masa betul.


Macam mana mommy eez betulkan?


Panjang juga ceritanya, tapi kebanyakannya mommy eez main redah je. Yang paling ketara, mommy eez copy-paste semula latest coding yang ada di Google Adsense dan letak pada widget 'Edit HTML' di blogger. Display ads pun ada macam2 jenis placement tapi yang berfungsi hanya by auto je. Takpelah, mommy eez tak nak terangkan lebih2 sebab memang tak pandai nak terangkan pun. Huhuhu~


Lepas tu bila dah keluar iklan, mommy eez siap dapat iklan Isha Tarot from Jewish. Dah kenapa keluar benda alah tu plakkkk~~~~ iklan telek nasib style Yahudi mabuk mana lah muncul dekat blog ni. So, mommy eez tukar settings dekat ads blocker. Barulaaahh iklan elok2 sikit keluar. Tapi kalau korang ada ternampak iklan pelik2, inform mommy eez tau. Nanti mommy eez amend balik settings dia.


Hokey, itu je nak habaq untuk hari ni. Hihihi~


Saja tulis dekat sini sebagai salah satu kejayaan buat insan kerdil macam mommy eez wuwuwu~ it's good to see my own achievement and boost my self worth.

Hokey, see you guys in the next post, insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ


www.kiddieoasis.com.my

My #QuranTime 2.0 Episod 13 - Ayat 26-27 Surah Al-Baqarah (Halaman 5)

Assalamualaikum semua,


Bukan senang nak menulis ye sekarang disebabkan putaran masa yang super laju umpama air terjun yang mengalir. Terleka sikit je dah habis 1 jam. 1 jam tu dah macam 15min je sekarang kan. Korang rasa sama tak macam mommy eez rasa?


Baru2 ni mommy eez dan famili pergi melawat Nasyrul Quran Putrajaya. Seronok juga lah sebab dapat tengok macam mana Al-Quran dicetak di sini. Boleh baca post pasal Nasyrul Quran Putrajaya di sini.


Nasyrul Quran Complex Putrajaya


Semoga kita semua dapat tanamkan rasa cinta pada Al-Quran dalam apa jua cara sekalipun. Ikutkan nafsu hati ni, nak je beli Al-Quran terjemahan dari pelbagai penerbit buku sebab kandungan terjemahannya berbeza2 dan menarik. Ada yang masukkan sekali tafsir Ibnu Katsir, sirah nabawiyah dan siap ada QR code lagi tau untuk paparan peta dan sebagainya. Moden betul Al-Quran terjemahan sekarang. Tak pelah mommy eez pilih untuk belajar MQT dulu bak kata Ustaz Fazrul Ismail, MQT ni lebih kurang macam Al-Quran for dummies gittew. Mommy eez pun bukannya ada background pendidikan Islam. Sekolah agama pun tak pergi masa kecil2 dulu. Wuwuwu~~~ 


Jom, tanpa melengahkan masa, mommy eez nak sambung belajar MQT 2.0 untuk 2 ayat seterusnya dalam Surah Al-Baqarah. Jom kita mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Episod 13 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tirmizi Ali


- Jom kita tengok sinopsis bagi episod kali ni:



- Pada ayat ke-26 ini, Allah SWT membawakan perumpamaan untuk membezakan orang2 yang boleh masuk ke syurga ataupun tidak. 



Perkataan يَسْتَحْىِ  bermaksud Allah SWT tidak malu atau tidak takut untuk membuat perumpamaan yang melibatkan بَعُوضَةًۭ (nyamuk). Orang2 musyrik memandang remeh atas perumpamaan yang Allah SWT sebutkan di dalam ayat ini kerana nyamuk adalah serangga yang kecil dan hina. Sekalipun hina, makhluk kecil bernama nyamuk ni mampu menggoncangkan dunia dengan penyakit denggi yang dibawa ataupun membawa manfaat bagi mereka yang berniaga ubat nyamuk mahupun kelambu. Perkara ini tak dapat dilihat oleh orang2 musyrik.

Terdapat 2 respons yang Allah SWT nyatakan di sini dari orang beriman dan orang kafir pada ayat ini:

  • Respon pertama: Orang2 beriman faham dan mengakui perumpamaan itu benar dari Allah SWT. Mereka tahu yang Allah SWT tidak akan buat sesuatu perkara yang sia2 dan ingin memberi pelajaran kepada orang2 beriman sekalipun melibatkan makhluk sekecil2 nyamuk. Ini sebagai tanda kasih sayang Allah SWT kepada orang2 beriman dengan membawa kebenaran di dalam Al-Quran
  • Respon kedua: Orang2 kafir mahupun munafik memandang remeh dengan perumpamaan yang Allah SWT berikan dan tertanya2 apakah maksud di sebalik perumpamaan itu. Bagi mereka sebagai Tuhan, Allah SWT sepatutnya bercakap perkara2 yang besar seperti alam semesta dan tak menyentuh langsung perkara yang kecil2 seperti nyamuk. Mereka ini terlalu fokus terhadap kebendaan sedangkan Allah SWT menyentuh perkara kecil untuk memberikan pelajaran. 

Dengan perumpamaan ini, ramai yang Allah SWT sesatkan terutamanya orang2 kafir dan munafik kerana mereka tak faham maksud sebenar perumpamaan ini. Namun, ada juga yang mendapat petunjuk/hidayah bagi orang2 beriman dari perumpamaan itu dan seterusnya menjadi asas untuk melakukan amal soleh dalam kehidupan seharian.

Oleh itu, bagi mereka yang sesat (orang kafir dan munafik), mereka tergolong di dalam golongan orang2 yang fasiq. Orang2 fasiq ini ialah orang2 yang derhaka kepada Allah SWT, melanggar perintahNya serta menggelarkan orang2 beriman ini bodoh dan berfikiran cetek. Sedangkan orang2 fasiq ini sendiri yang bodoh seperti yang dinyatakan di dalam ayat ke-13 dan 14 Surah Al-Baqarah serta mereka juga tak faham dengan perumpamaan yang Allah SWT berikan dalam ayat ke-26 ni. 

Pengajarannya, jangan sekali2 memandang rendah pada ayat2 Allah SWT kerana ilmu kita sangat terhad maka, kita harus akui sekalipun ada sesetengah ayat diulang2 dalam Al-Quran, pasti ada hikmah dan pelajaran buat kita semua.


Perkataan pilihan kali ni dipilih dari ayat ini:



Perkataan ini yang membawa maksud memukul kerana Allah SWT bawakan perumpamaan ini supaya dapat mengetuk/menjentik hati2 kita supaya kita belajar sesuatu dari ayat ini. 

Selain itu, kita sedia maklum nyamuk ni makhluk kotor yang menyedut darah. Menurut Ibnu Katsir, Allah SWT menyebut makhluk nyamuk dalam ayat ini kerana Allah SWT ingin tunjukkan bahawa orang2 kafir ini sukakan sesuatu yang kotor/tak baik berbanding hidayah Allah SWT.


- Pada ayat ke-27 pula, Allah SWT menerangkan bagaimana seseorang itu tidak mendapat hidayah dari perumpamaan Allah SWT dan menjadi orang yang fasiq.


Dalam ayat ini, Allah SWT memberitahu ciri2 orang2 fasiq iaitu:
  • Mereka selalu memecah belahkan ( يَنقُضُونَ ) perjanjian besar mereka dengan Allah SWT selepas perjanjian ( مِيثَـٰقِهِ ) dimeterai semasa alam roh. Perjanjian itu ialah semua roh telah bersyahadah kepada Allah SWT sebelum dimasukkan ke alam dunia. Namun, apabila berada di dunia, mereka lari jauh dari fitrah yang sebenar. 
  • Mereka memandang remeh terhadap perjanjian tersebut lalu memutuskan ( وَيَقْطَعُونَ ) perjanjian silaturahim dengan percakapan yang tak baik sesama saudara mereka
  • Mereka selalu melakukan kerosakan ( وَيُفْسِدُونَ ) di bumi contohnya seperti mencipta polisi2 yang menyusahkan malah mencuri hasil pendapatan orang ramai melalui rasuah.

Maka, orang2 fasiq ini termasuk dalam golongan orang2 yang rugi.


- Segmen tajwid, kita mulakan dengan hukum Mad Silah Towilah:



Hukum Mad Silah Towilah ialah Ha Dhomir/kata ganti nama (  ) yang berbaris bawah (kasrah) atau depan (dhammah) yang bertemu dengan hamzah ( ء ). Hukum bacaannya ialah 4 ke 5 harakat.


- Seterusnya;


Huruf ف dibunyikan dari dalam dengan menekan gigi kacip pada perut bibir. 


- Hafazan;



- Resolusi bagi kedua2 ayat2 ini:



Alhamdulillah settle lagi satu nota Episod 13 untuk MQT 2.0. Semoga bermanfaat buat semua ye. Maaflah kalau ayat tunggang langgang sebab mommy eez tak ada basic penulisan yang kreatif. Dah alang2, mommy eez nak study pasal MQT ni, mommy eez harap dapat juga kongsi ilmu yang sama pada korang semua insha Allah. Dari nak spend time untuk tonton video dekat bawah ni selama hampir 1 jam, mungkin boleh jimat masa hanya dengan membaca nota ni kan wallahualam.




Untuk nota yang sebelum ni dalam MQT 1.0 ada di bawah ni ye:




Insha Allah ada rezeki, berjumpa lagi dalam post yang akan datang.


Lavvv,

Mommy EEZ

Jalan2 di Nasyrul Quran Putrajaya - Pusat Percetakan Al-Quran kedua TERBESAR di dunia

Korang tahu tak dekat Malaysia ni ada kilang percetakan Al-Quran yang besarrrrr? 

Korang tahu tak Nasyrul Quran di Putrajaya adalah pusat percetakan KEDUA TERBESAR di dunia selepas Pusat Percetakan Al-Quran Raja Fahd di Madinah, Arab Saudi?

Pada bulan Januari lepas, mommy eez dan famili sebelah Incik Boss berkesempatan untuk melawat Nasyrul Quran Putrajaya yang terletak di Presint 14. Masa tu kebetulan ada Festival Al-Quran dan Artifak Islam dari 23 Januari sehingga 29 Januari 2023. Ramai juga pengunjung masa tu dan bangunan Nasyrul Quran Putrajaya ni sangatttlah besar dan luas. Ada juga gerai2 makanan yang dibuka beserta pameran abam bomba. Tapi abam bomba sado tak ada lah hahaha~

Jom kita layanzzz gambar2 amatur yang ada. Sorrylah gambar mostly beshe2 je sebab mommy eez sejenis ambil gambar mana yang dan. Dengan nak mengejar kanak2 ribena lagi, nak makanlah, mengantuklah, kaki sejuklah dan macam2 lagi drama, maka gambar yang ada ni pun dah cukup satu kejayaan untuk mommy eez. Hihihihi~~~


Pintu gerbang siap ada biduk dekat depan. Nak masuk kena tanggalkan kasut tau. 


Yang ni pula bahagian dalam bangunan. Dalam bangunan ada jualan pelbagai jenis Al-Quran terjemahan, tafsir dan buku2 aktiviti berkaitan dengan penulisan Al-Quran. 



Ada juga penerangan tentang cara pengumpulan mushaf dan dikumpulkan menjadi Al-Quran.



Sambil2 tu, ada juga pameran artifak Islam seperti pedang sahabat2 Rasulullah SAW. Mommy eez tak sure lah sama ada artifak tu hanya replika atau betul2. Kalau betul2 mesti dah masuk dalam bekas kaca kan.. Tapi dibiar terbuka macam tu je. Apa2 pun seronok juga menghayati seni pedang tu sendiri dan mommy eez tak boleh bayangkan betapa kuatnya sahabat2 Rasulullah SAW membawa pedang2 tu. Boleh tahan besar juga.





Ada juga pameran buku sirah tentang Nabi Muhammad SAW yang bersaiz terbesar di dunia dan juga kain kiswah Kaabah...





Akhir sekali, kami pergi melawat tempat kilang di mana Al-Quran dihasilkan.




Masa ni kilang tak sepenuhnya beroperasi tapi ada lah demo sikit yang mereka tunjukkan. Sambil2 melawat tu dapatlah juga berinfaq bagi mereka2 yang memerlukan Al-Quran. 

Memang selesa bawa anak2 ke sini sebab tempatnya sangat besar dan anak2 pun boleh berlari2 dengan gembira tapi dengan pantauan mak ayahlah. 

Selain itu, ada disediakan kaunter2 terbuka bagi mereka yang nak check bacaan Al-Quran mereka dan disemak oleh pegawai2 yang bertauliah. Kemudian, ada juga pameran artikak oleh orang2 Palestin. Kakak Raihan dan adik Wafa sempat menge-pow abah diorang dengan badge Islamik sampai 4 keping. Kalau dengan mommy memang dapat seorang 1 je la..huh!

Akhir sekali, kitorang pun menamatkan sesi lawatan sambil belajar dengan makan malam di salah satu restoran seafood di Putrajaya. Mommy eez tak ingat plak nama restoran tu tapi boleh tahan sedap juga, Alhamdulillah. 

Hokey, itu saja sharing mommy eez untuk post kali ni. Mommy eez cuba sedaya upaya tak nak membebel panjang sangat sebab sedang melatih diri menulis post seringkas mungkin dan siap tepat dalam masa 1 jam saja. Perghhh! Berlambak lagi tempat jalan2 yang mommy eez nak review. So, tungguuuuu~~~

Sehingga berjumpa lagi dalam post yang lain, insha Allah.


Assalamualaikum.


Lavvv,

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

My #QuranTime 2.0 Episod 12 - Ayat 25 Surah Al-Baqarah (Halaman 5)

Assalamualaikum semua...


Dah few weeks mommy eez tinggalkan Nota My #QuranTime ni disebabkan kekangan masa yang sangat2 padat. Mommy eez berharap sangat diri ni istiqamah sekalipun dah tertinggal jauh dari episod2 terbaru. Tak apa, yang penting mommy eez teruskan niat untuk belajar dan belajar dan belajar tanpa henti Insha Allah.


Jom kita mulakan nota kita dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Episod 12 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tirmizi Ali




- Sinopsis bagi episod kali ni melibatkan 1 ayat saja:



- Kita lihat terjemahan pada ayat ke-25 ini yang agak panjang dan mempunyai 3 baris:

Berdasarkan ayat ini, sekecil mana iman yang ada pada kita, masih lagi ada peluang untuk mendapat khabar gembira dari Allah SWT iaitu ganjaran syurga bagi orang2 yang beriman. Allah SWT menggunakan perkataan وَبَشِّرِ membawa maksud Allah SWT menyeru kepada Nabi Muhammad SAW supaya 'menyampaikan khabar gembira' kepada orang yang beriman dan yang beramal soleh. Ini kerana, orang2 munafik menganggap bahawa orang2 beriman ni bodoh, miskin dan tidak setaraf dengan mereka (seperti yang dinyatakan dalam ayat ke-13 dan ke-14). Maka Allah SWT memberi galakan kepada orang2 beriman melalui ayat ini.


Namun, menjadi orang beriman saja tidak cukup kerana dinyatakan di sini khabar gembira itu untuk orang beriman yang BERAMAL SOLEH. Ini kerana orang munafik juga mengaku mereka beriman tetapi mereka tak mengerjakan amal soleh seperti yang Allah SWT perintahkan.


Ayat " أَنَّ لَهُمْ جَنَّـٰتٍۢ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ ۖ " menunjukkan ganjaran syurga ini ialah kebun2 ( جَنَّـٰتٍۢ ) di mana ada air sungai yang mengalir di bawahnya. Allah SWT tidak pula menyebut tasik kerana mungkin airnya tak mengalir dan mungkin mengeluarkan bau yang tak menyenangkan. Tidak pula disebut laut kerana mungkin laut itu berbahaya ada haiwan laut yang ganas. Maka dipilih air sungai yang mengalir tu kerana menggambarkan keadaan yang tenang dan rasa nyaman. 


Selain itu, Allah SWT ingin menunjukkan ganjaran syurga ini lebih hebat dari tempat tinggal orang2 kaya munafik kerana adanya sungai, buah-buahan dan pohon yang rendang. Ini kerana sungai itu susah dicari di kawasan gurun seperti di Tanah Arab. Dan adanya buah-buahan dan pohon yang rendang di dalam kawasan rumah mereka melambangkan kekayaan. Semuanya ada di dalam syurga dan dikurniakan kepada orang2 beriman yang beramal soleh seperti para sahabat Rasulullah SAW.


Allah SWT menekankan perkataan أَنَّ لَهُمْ iaitu bermaksud 'sesungguhnya bagi mereka' buat orang2 beriman yang selalu rasa sedih dan kecewa kerana mereka selalu dipandang rendah dan dikutuk oleh orang2 munafik. Maka perkataan tersebut bagi memujuk dan meyakinkan orang2 beriman bahawa ganjaran mereka sangatlah besar iaitu syurga apabila mereka kekal beriman dan beramal soleh.


Pada ayat ini:

 " كُلَّمَا رُزِقُوا۟ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍۢ رِّزْقًۭا ۙ قَالُوا۟ هَـٰذَا ٱلَّذِى رُزِقْنَا مِن قَبْلُ ۖ وَأُتُوا۟ بِهِۦ مُتَشَـٰبِهًۭا ۖ "

memberitahu di dalam syurga kelak, orang2 beriman ini akan dapat makan buah-buahan yang pernah mereka makan sebelum ni di dunia. Malah, apabila makan buah yang mereka suka, rasanya sedap yang sama tapi tidak serupa ( مُتَشَـٰبِهًۭا ) kerana lagi banyak mereka makan lagi bertambah2 sedapnya. Sedangkan di dunia, jika makan berlebihan akan membawa mudharat. Itulah hebatnya syurga. Pada ayat ini juga menurut tafsir Ibnu Katsir, sifat orang beriman apabila diberi nikmat, mereka senang berasa ta'jub/kagum dan syukur. Ini mengingatkan kembali nikmat yang mereka dapat semasa di dunia. 


Seterusnya pada ayat " وَلَهُمْ فِيهَآ أَزْوَٰجٌۭ مُّطَهَّرَةٌۭ ۖ " , Allah SWT menyatakan penduduk2 syurga itu tidak akan bersendirian dan mereka dikurniakan pasangan2 yang bersih/disucikan di syurga. Bersih di sini mengikut Imam Al-Sa'di, dari segi terjaganya akhlak, lidah percakapan dan penglihatannya. Ada banyak perbincangan yang berkaitan dengan ayat ini iaitu:

  • Jika seseorang itu belum berkahwin di dunia, beliau akan dikahwinkan dengan penduduk di syurga.
  • Jika seseorang itu berkahwin dengan pasangan yang tak baik di dunia, di syurga nanti beliau akan dikahwinkan dengan pasangan yang lebih baik
  • Jika seseorang itu berkahwin dengan pasangan yang sememangnya baik di dunia, ianya merupakan preview bahawa pasangan itulah yang akan kekal bersamanya di syurga nanti

Terdapat hadiths yang menyatakan penduduk syurga akan menjadi kekal cantik dan semakin cantik pada setiap hari Jumaat umpama berumur 33 tahun dan ini merujuk kepada ayat " وَهُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ ". Dan ada juga yang berpendapat bahawa jika kita dan pasangan kita sama2 dapat masuk ke syurga, pasangan kita itu akan menjadi ketua kepada bidadari2 yang ada di syurga. 

Maka, pengajaran dari ayat ke-25 ini ialah jangan memandang rendah kepada sesiapa tak kira sekecil mana iman mereka. Malah, kita perlulah memberi galakan dan khabar gembira kepada sesama muslim seperti yang diseru oleh Allah SWT dalam ayat ini. 


- Perkataan pilihan pada kali ni:


- Segmen tajwid kali ni bermula dengan tanda huruf لا yang bermaksud tidak boleh berhenti di situ. Maka, pilih perkataan قَالُو untuk berhenti/waqaf.


- Seterusnya apabila  م mati bertemu dengan huruf ج hukumnya ialah Izhar Syafawi. Bacaan perlu mengikut hukum Izhar iaitu terang, jelas serta bunyi dengung م mati tidak dipanjangkan;



- Kemudian menebalkan bunyi huruf ط dan berjaga2 dengan sebutan huruf  pada perkataan مُّطَهَّرَةٌۭ ۖ supaya tak menjadi 'muthohhoroh'. Sepatutnya menjadi 'muthohharoh'.



- Bahagian hafazan pula;




- Resolusi bagi ayat ini ialah:



Alhamdulillah selesai lagi 1 nota untuk MQT 2.0 Episod 12 buat para pembaca mommy eez yang nak belajar tadabbur Al-Quran secara santai. Jika ada kekurangan ataupun kesilapan di dalam nota ni, tolong perbetulkan dan drop komen korang di bawah hokey. Mommy eez hanya manusia biasa yang baru nak belajar mendalami Al-Quran dan tidak punya background spesifik langsung dalam bidang agama Islam. 

Semoga usaha mommy eez ni, Allah SWT berkati dan bermanfaat bagi semua yang membaca Aaameeen.

Bawah ni link video dan juga nota MQT 1.0 untuk rujukan korang semua.






Jumpa lagi dalam next post insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ

Popular Posts