Tips mudah habiskan bacaan Surah Al-Kahfi dalam 1 hari

SALAM JUMAAT 4 ZULKAEDAH 1446 HIJRAH

Hari ni mommy eez nak share tips untuk mudahkan kita habiskan Surah Al-Kahfi dalam 1 hari Jumaat:
 


 
1. Bahagikan kepada 4 bahagian (setiap 10 ayat lebih sikit):

Lepas Subuh: Ayat 1–30

Lepas Zohor: Ayat 31–60

Lepas Asar: Ayat 61–82

Lepas Maghrib/Isyak: Ayat 83–110

Senang nak hadam dan tak terasa berat.
 

2. Guna Al-Quran audio atau aplikasi

Kalau susah nak duduk baca, boleh dengar sambil baca atau ulang ikut. Guna apps macam Quran.com, Muslim Pro atau YouTube audio bacaan. Bila dah selalu dengar, lagi pantaslah bacaan kita dan lagi rasa ringan dan mudah utk habiskan 1 surah Al-Kahfi.
 

3. Jadikan habit – masuk dalam jadual hari Jumaat

Contoh:

Pagi: Baca lepas sarapan.

Tengah hari: Lepas solat Jumaat (atau Zohor).

Petang: Baca dalam kereta kalau stuck dalam jem pun boleh.

Malam: Sambil rehat sebelum tidur.
 

4. Niat & doa awal-awal

Niat nak amal sunnah, minta Allah bantu kita istiqomah. Kadang-kadang niat pun dah cukup kuat untuk gerakkan kita.
 

5. Boleh juga kita mula baca surah Al-Kahfi ni pada malam Jumaat (Khamis malam) jadi tak terasa beban sangat nak habiskan pada hari Jumaat.
 

6. Kalau tak sempat baca 1 surah, boleh juga baca 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir dari surah Al-Kahfi. 

Semoga kita semua dilindungi dari fitnah dunia dan akhirat insha Allah. 
 

p/s: kalau korang mencari Al-Quran terjemahan dalam bahasa melayu mahupun English, mommy eez ada jual ya. Ada yang siap bertagging macam dalam gambar. 
 
Follow je The Kiddie Oasis - Quran, Islamic Books and Toys ya utk info lebih lanjut 💚🐳
 
 
Lavvv,
 
Mommy Eez

3 comments:

  1. Terima kasih atas tips nya... Semoga kita semua istiqamah.. Aamin2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik sama2 sis. Semoga Allah SWT beri ganjaran pahala dan beri perlindungan pada kita semua insha Allah

      Delete

Popular Posts