­

Salam Aidilfitri 2025 dan Buku Viral Terkini

Assalamualaikum semua!


Wahhh… pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan Syawal! Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin dari mommy eez untuk korang semua yang awesome. Moga raya kali ni penuh dengan ketawa, ketupat, kasih sayang, dan kuih semperit yang cair dalam mulut tu 🤤

 

Ni poster official dekat website https://kiddieoasis.my-online.store/ . Poster kita sauk dkt Canva je la nak jimat masa punya pasal. Muahahaha~~~

 

Bila raya, mood memang sakan. Tapi dalam sibuk-sibuk beraya tu, jangan lupa isi masa dengan benda yang bagi manfaat jugak. Bukan je untuk tenangkan kepala, tapi boleh cas balik semangat yang mungkin dah low battery lepas mengharungi macam-macam cabaran masa balik kampung hari tu kan. Mommy eez dan famili spent time selama 12 jam + 12 jam pergi dan balik ke utara di kampung Incik Boss. Memang pishang betul dalam kereta.

 

So hari ni mommy eez nak share~~~

 

TIGA BUKU VIRAL YANG TENGAH HOT SEKARANG!

 

yang memang ramai tengah borong, dan feedback pun padu. Kalau korang tengah cari buku yang best untuk baca time baring lepas makan lemang, haaa ini dia:

 

📘 Jalan Tegak – YB Syed Saddiq

 
Buku ni bukan pasal politik semata-mata. Syed Saddiq cerita pasal jalan hidup dia – dari budak biasa, masuk debat, jadi menteri muda, kena fitnah, jatuh bangun semua ada. Yang best, dia cerita jujur gila. Banyak pengajaran, especially untuk orang muda yang tengah cari arah. Confirm buat kita rasa, "eh aku pun boleh jadi kuat macam ni." Kalau korang peminat #teambass dan juga pelakon dan penyayi Bella Astillah, mesti korang seronok nak beli buku ni untuk kenal lebih dekat orang yang berjaya mencuri hati Bella Astillah ni.. chewaaahhh!



 

📕 Alfu Sanatin – Ibnu Rijal

 
Buku ni rare. Kalau korang minat sejarah Islam, wajib baca. Tapi jangan risau, dia tak boring langsung. Cara penulis tu tulis, memang syahdu, rasa macam tenggelam dalam cerita. Dari zaman para sahabat sampai isu umat hari ni, semua dia kupas dengan gaya yang menusuk jiwa. Sesuai sangat nak baca time malam lepas semua orang dah tidur. Healing secara berilmiah gittew!

 




 

📗 Bounce Back Better – Dr Alizi Alias, Dr Ahmad Rostam & Dr Rozanizam Zakaria


Ini buku self-help Islamik yang sangat relatable. Untuk korang yang rasa down, letih, burnout, atau lost, buku ni datang tepat pada masanya. Tiga orang doktor ni bagi tips dan nasihat yang bukan je praktikal, tapi penuh empati dan kasih. Tak judgemental langsung. Rasa macam kawan tengah nasihat kita, tapi dengan ilmu. Memang patut ada satu kat rumah.


 


 

🎁 Promo Raya 2025

 
Sempena Raya ni, kita buat promo kaw-kaw. Sesuai sangat kalau nak hadiahkan kat diri sendiri (self reward gitu), atau surprise orang tersayang. Tak tahu nak bagi apa? Bagi buku. Ilmu ni tak basi, dan boleh buka hati orang. Trust me.

 

📦 Klik sini untuk order 

👉 Shopee Kiddie Oasis Online Store

👉 Lazada Kiddie Oasis Online Store 

👉 TikTok Kiddie Oasis Online Store


 

So sementara tengah cuti, tengah kenyang, tengah rehat… isi masa dengan benda yang tenangkan jiwa. Buku-buku ni semua bukan je viral, tapi ada isi, ada nilai. Jangan tunggu lama, stok bukan banyak pun 😜

 

Selamat Hari Raya korang & happy reading! 💛

 

Lavvv,

 Mommy Eez

No comments:

Post a Comment

Popular Posts