Review Movie Dongeng Sang Kancil by Lescopaque


Mommy eez saja nak share review cerita movie #dongengsangkancil ni. Ni pendapat persendirian ye so mungkin berbeza dengan orang lain. Ada yang suka ada yang tak suka. Tapi mommy eez cerita yang best2 dulu la ok:

PROS:
- Animasi yang sangat cantik berbeza daripada movie #lescopaque sebelum ni
- Lagu2 pun best dan sangat catchy iramanya
- Jalan cerita yang jelas dan sangat mengarah kepada realiti kehidupan iaitu raintaian makanan haiwan 😏
- Moral cerita adalah memupuk semangat pasukan walaupun berbeza latar belakang (jenis haiwan)
- Durasi 1 jam 40 minit tu just nice tak lama sangat dan tak kejap sangat

CONS:
- Tidak sesuai ditonton oleh kanak2 bawah 7 tahun sebab membawakan tema yang agak ganas. Ada scene berdarah2 yang agak banyak dan nilai dendam yang tidak elok dibawa oleh Sang Kancil
- Cerita ada sikit meleret2 dan pertama kali mommy eez tertidur dalam wayang sebab rasa agak serabut dengan jalan cerita. Sorry sebab mommy eez ada masalah sensori sikit sebab rasa macam overwhelmed sepanjang menonton cerita ni
- Masa dalam wayang, ada anak kecil yang menyuarakan rasa takut sepanjang cerita berlangsung dan tak sabar nak habiskan cerita dan keluar dari wayang

Keseluruhannya, untuk orang yang agak skema macam mommy eez tak berapa favor la cerita ni. Mommy eez sangat berharap cerita ni sama hebat macam movie Keris Siamang Tunggal tapi sangat menghampakan. Mungkin mereka sasarkan pada audience yang lebih besar dan matang berbanding kanak2.
 
Mommy eez tahu ada yang kata movie lain macam Disney or Marvel ada je scene berdarah2 semua tu boleh je kanak2 ni tengok. Mommy eez pun susah nak justify benda ni. Sebelum menonton cerita Dongeng Sang Kancil ni, mommy eez dah terbaca review dari orang lain yang mengatakan cerita ni tak berapa sesuai untuk kanak2 sebab banyak scene berdarah2 dan agak kejam. Mommy eez pun fikir mungkin scene tu sikit je kot dan masih cuba bersangka baik. Tapi bila dah tonton sendiri dan dengar sendiri feedback dari anak2 mommy eez dan kawan2 diorang yang berumur dari 10 tahun sehingga 13 tahun yang menonton cerita ni bersependapat mereka tak sangka cerita ni temanya agak dark dan terlalu banyak scene berdarah2. Mereka pun rasa tak berapa selesa sebab mengharapkan cerita ni macam fun dan happy2. Tapi mungkin dari pihak produksi Lescopaque, diorang nak bawakan kelainan kot dalam siri movie animasi kali ni. Wallahu'alam.

Apa2 pun, mommy eez dah bagi review seikhlas hati. Bukannya nak sabotage our local animation movie cuma harapan untuk menyaksikan animasi sehebat Keris Siamang Tunggal tu tak kesampaian wuwuwu~~~

#reviewdongengsangkancil #moviedongengsangkancil #dongengsangkancil #lescopaque

6 comments:

  1. oooo...ye ker? Tunggu kuar kat astro first or astro best je sbb tertarik dgn animasinya...cantik. x sangka plak jalan cerita nya mcm tu kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. mungkin elemen saja nak buat surprise ke tak tahu lah. Bawa anak2 tengok wayang sebab cuti sekolah tak ada ke mana2 sangat. So layankan je la movie yang ada

      Delete
  2. kenapa saya rasa promosi untuk filem ni kurang menyengat ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tahu pun melalui review orang lain dari Facebook. Tak pernah pula nampak iklan dekat TV. Lepas dah tonton tu, barulah keluar iklan dekat Facebook dan Instagram huhu~

      Delete

Popular Posts