Planetarium Negara - apa nak buat SEBELUM ke sana

Assalamualaikum para pembaca yang Mommy EEZ hormati sekalian.

Mesti anda tengah nak cari2 info pasal Planetarium Negara kan? Apa yang ada di Planetarium Negara ni? Berbaloi ke tak nak bawa anak2 pergi ke sana? Hokey Mommy EEZ akan ceritakan pengalaman ke Planetarium Negara baru2 ini pada minggu cuti panjang yang ada Hari Keputeraan Agong dan juga Awal Muharam pada 9 September 2018.

Kami sampai agak lewat juga dalam pukul 2.30pm di Planetarium tu. Bertolak dari Shah Alam ke Planetarium Negara tu adalah dalam 40min dan trafik sangat best sebab tak banyak kereta. 

Memang bertahun2 tak pergi Planetarium ni. Rasanya last pergi masa lawatan sekolah menengah kot. Hahaha~


Gaya2 architecture bangunan lebih kurang macam dekat Menara KL. Kami parking di bahagian belakang Planetarium Negara tapi tak lah jauh sangat. Nak naik ke atas hanya ada tangga. Even ramp untuk tolak stroller pun tak ada. So, Incik Boss (husband) terpaksa lipat stroller kami yang agak bulky dan menggagahkan diri naik ke atas sambil mengangkat stroller untuk sampai ke entrance. Bolehlah hilang 1kg naik turun tu. Hihihi~


Bermula dari pukul 10pagi sampai 4 petang akan ada movie show dan waktu tayangannya adalah selang 1 jam kecuali pada hari Jumaat tiada tayangan pada pukul 1pm-2pm. 

Klik link di sini untuk tahu lebih detail ---> Official Website Planetarium Negara

Bila dah masuk melepasi kaunter kami, terus dua beranak ni bergambar fefeeling jadi angkasawan.

 
Kakak Raihan tengah fefeeling masuk newspaper.

Lepas tu ternampak Space Pod di tengah2 tempat pameran. Space Pod ni ialah simulasi pengembaraan ke angkasa lepas ala2 4D cinema. Hanya orang dewasa dan kanak2 berusia 7 tahun ke atas saja dibenarkan untuk bermain simulasi ni. Kakak Raihan baru berusia 6 tahun so memang tak lepas la. Tapi rasanya dia gayat juga tengok Space Pod tu berrpusing2. Siap ada TV screen lagi di luar untuk kami lihat aksi orang2 yang berada dalam Space Pod tu. 


Photo source by Utusan.com.my


 

 Photo source by mynewshub.tv
 
Disebabkan tak dapat nak naik Space Pod tu, kami pun bjalan2 di sekitar tempat pameran. Tak banyak yang ada berbanding zaman dulu. Ada satu bilik dipanggil Bilik Anti-Graviti. Mommy EEZ tak sempat nak snap gambar sebab bila masuk dalam tu rasa pening sikit. Kita kena sengetkan badan untuk balance kan diri kita dan dalam bilik tu juga ada slide. Memang favourite semua kanak2 yang datang ke situ sebab dah buat bilik tu macam playground dah. Hahaha~


Photo source by Mohd Faiz Abdul Manan's blog

Gambar di atas tu dipanggil Jadual Berkala/Perodic Table. Those yang ada background science stream sure tahu benda ni. Even dah start belajar dari sekolah menengah lagi. Jadual berkala ni memang sangat informatif sebab di setiap kotak akan ada contoh bahan2 yang kita gunakan setiap hari. Setiap kotak tu mewakili unsur2 sama ada logam, bukan logam atau gas yang ada di bumi. Mommy EEZ tak sempat nak belek lama2 since membawa kanak2 riang. Suka tengok jadual berkala ni sebab ianya salah satu favourite subject Mommy EEZ masa study zaman Uni dulu. 

Sambung jalan2 lagi...

Meteorit ni kita boleh rasa sendiri dengan tangan dan ianya adalah meteorit yang SEBENAR ye!






Bila sampai waktu tayangan, kami pun kena beratur macam nak pergi tengok wayang dekat TGV/GSC tu. Stroller kami letak di luar dan Alhamdulillah OK, tak ada siapa pun yang nak ambil stroller yang dah agak berusia tu. Huhuhu~ . Skrin di tempat tayangan ni TERSANGAAAATTLAH BESAAARRR dan berbentuk kubah. Memang seronok tengok macam kita betul2 berada di angkasa lepas.

Photo source by movingtravel.com.my

 
Ohhh panda eyes sungguh matakusss. 

Masa tayangan tu, si baby Wafa ni memang tak duduk diam. Sekejap duduk dekat Abahnya. Sekejap dekat mommynya. Nasib baik dah nak habis baru dia start meragam. Tayangan bertajuk 'Journey to Billion Suns' tu memang banyak sangat bercakap dan agak bosanlah untuk kanak2. Kakak Raihan pun tak senang duduk sebab dia sangat mengharapkan dapat tengok 9 jenis planet yang dia baru tengok dekat lagu PinkFong di Youtube. Apakan daya sebab tajuk tayangan yang ada pun macam limited je. 

Habis tayangan tu, kami sambung berjalan2 lagi tapi agak sedih jugalah sebab banyak bahan pameran yang dah rosak.

Bahagian luar kaunter Planetarium Negara

Disebabkan kami sampai pun dah lewat, hanya dapat spend masa di situ dalam 2 jam setengah saja. Ada few section dalam tu kami tak sempat explore habis - macam bilik Antartika dan arca2 di bahagian luar. 

So overall lawatan hari tu bagi Mommy EEZ average saja lah. Mungkin sebab kami tak dapat nak betul2 feeling nak baca satu2 info yang ada dekat tempat pameran disebabkan anak2 memang tak duduk diam. Berlari2 dan panjat sana sini. So bertabahlah ye kepada parents yang nak bawa anak2 yang sedang nak membesar dengan sihat ni. Kebanyakan masa memang lebih kepada mengejar anak2 yang sibuk explore di sana sini. Tempat paling lama anda akan spend masa ialah di Anti-Gravity Room sebab kanak2 ni seronok main slide dan mendaki di dalam bilik tu. 

As usual, sila plan masa anda sebelum pergi. Sebabnya banyak lagi tempat2 menarik di sekitar Planetarium Negara tu. Contoh macam Muzium Negara hanya boleh cross dengan jejantas pejalan kaki saja dalam 5-10min macam tu bergantung kepada kelajuan kaki anda dan termasuk masa nak selfie di tengah2 jejantas. Hihihi~. Selain tu ada KL Bird Park, Muzium Polis, Memorial Tun Abdul Razak, Taman Botani Negara dan KL Sentral. Terlebih rajin bolehlah singgah di Nu Sentral - sure jadi tempat favourite Mommy EEZ (bukan untuk anak2) sbb ada shopping mall dalam tu muahahahahaha! 

Harga tiket total untuk 3 orang (2 dewasa + 1 kanak2) RM16. Memang berbaloi lah dengan harganya. Tempat parking tak perlu bayar sebab kami dapat parking di tepi2 jalan saja yang memang ada kotak parking. Hari tu tak hujan so just nice, Alhamdulillah. Kalau hujan memang lecehla sikit nak pakai payung dan berjalan naik ke atas. Overall rating:


4 lompat BINTANG!


sebab kalau dapat naik Space Pod akan jadi lebih BEST!

Hokey itu saja info yang Mommy EEZ dapat kongsikan untuk pengalaman pergi ke Planetarium Negara ni. Kalau ada apa2 info tambahan nanti Mommy EEZ hupdate lagi hokey!

More link jalan2 sekitar Kuala Lumpur ada di bawah ni:

Blue Coral Aquarium @ KL Tower / Menara KL

Mini Zoo @ KL Tower / Menara KL

Sekian Wassalam,

Mommy EEZ

Review Botol Susu - NUK Woodlands 5oz

Assalamualaikum!

Sebenarnya dah lama nak post pasal botol susu NUK design Woodlands ni. Those mommies yang tengah usha2 design printed untuk botol susu NUK saiz 5oz ni bolehlah cuci2 mata ya.

Design NUK Woodlands 5oz warna blue ni sangat sesuai untuk baby boy. Jom kita tengok gambar commercial botol susu ni dengan actual photo huhuhu~ banyak beza laaaa.


Nampak bersih clean and clear gittew. Tapi botol sebenar berwarna white keruh sikit sebab material botol susu NUK ni dari plastik polypropylene (PP). So jangan tertipu dengan gambar commercial yang nampak macam botol susu ala2 gelas tu.

 
 Standard packaging ada 3 botol dalam 1 kotak. Tapi Mommy EEZ jual loose 1 botol so senang pada mommy yang nak beli 1 botol saja. Botol susu ni made in USA dan authentic ya. Mommy EEZ tak pernah jumpa botol susu tiruan brand NUK mahupun mana2 brand lain.

  

https://shopee.com.my/NUK-Woodlands-Blue-5oz-(Single)-i.4491129.660609922

Ketiga2 gambar ni adalah 1 botol yang sama yang menunjukkan pandangan depan, sisi dan belakang. Nanti jangan minta Mommy EEZ nak design gambar owl saja atau fox saja ya. Semua gambar ada pada 1 botol tu..Hihihi.. 

Yang ni warna pink pula sesuai untuk baby girl mommy semua.





https://shopee.com.my/NUK-Woodlands-Pink-5oz-i.4491129.659555215


Ada customer Mommy EEZ mengadu kata anak dia baru 1 tahun dah tak suka minum susu. Kadang2 kita sendiri kena cari idea untuk galakkan mereka minum susu selain mengharapkan supplemen atau keinginan dia sendiri. Sebabnya pada umur sebegini, anak2 usia 1 tahun ke atas ni sibuk nak bermain sampai tak ingat nak makan atau tidur. Jadi, salah satu cara mommy2 boleh belikan botol susu dengan gambar2 yang menarik supaya dapat tarik minat anak2 untuk mereka lebih minum susu. 

Kalau rasa nak order botol susu NUK ni boleh tekan button BUY NOW warna merah lit lit tu ye. Hihihi.

So tu saja post kali ni. Ada apa2 soalan tentang botol susu brand2 macam NUK, Avent dan Tommee Tippee boleh terus drop chat message di WhatsApp Mommy EEZ hokey!

Lavveyyewww,

Mommy EEZ a.k.a Eda Edlina Zakaria

Popular Posts