Review Botol Susu - Autumnz PPSU 4oz bottle | Botol Autumnz PPSU tahan lama

MANA NAK DAPAT INFO MCM NI DEKAT ONLINE SHOP LAIN????

Kalau nak bergantung pada website Autumnz untuk tengok gambar sebenar botol Autumnz PPSU ni memang tak berapa jelas. Jadi Mommy EEZ bagi gambar real cantek punya supaya mommy2 yang nak membeli berpuas hati.. PUAS HATI HAHAHAHA!

Tapi Mommy EEZ ambil saiz 4oz je dulu. Yang 8oz so far Mommy EEZ tak dapat demand lagi sebab Mommy EEZ banyak promote breastfeeding kan. Jadi mostly baby yang breastfeeding minum tak lebih dari 5oz walaupun usia dah meningkat 1 tahun. Itulah yang SPECIAL nye baby breastfeeding ni. Bukan saja jimat nak beli susu formula, botol susu pun jimat jugak. 

Tambah2 botol susu Autumnz PPSU ni boleh jimat sampai 50% lagi murah dari jenama Pigeon. Tapi bila Mommy EEZ bandingkan dari segi material dan kualiti, Pigeon menang lagi lah walaupun kedua2 botol menggunakan material botol susu yang sama iaitu Polyphenylsulphone (PPSU). Ingat, disebabkan kandungan sulfur tu la yang memberi warna kuning pada botol susu tu tapi no worries mommy2 sekalian, botol susu ni masih selamat digunakan dan semua botol susu yang Mommy EEZ jual adalah BPA FREE!


ADA LAGI INFO! BOTOL SUSU JENIS PPSU NI LEBIH TAHAN PANAS DAN TAHAN LAMA SAMPAI SETAHUN!

Mommy EEZ tanya sendiri pada pihak Autumnz tau untuk info atas tu. Sebab apa tahan lama? Sebab botol susu ni bila dipegang keras macam kaca tapi ringan macam plastik. So bila jatuh tak mudah pecah atau calar. Heyyybat kan?

Jom kita tengok 3 design botol susu PPSU dari Autumnz ni...

Dipanggil Starry Sparkle 

Ada label ukuran untuk oz dan ml. Klik button di bawah untuk order:

https://shopee.com.my/Autumnz-PPSU-Bottle-4oz-Starry-Sparkle-i.4491129.525161924
Bentuk puting ala2 Avent Classic dan Tommee Tippee. Jenis silikon dan tahap kelembutan silikon pun more or less similar as other brands 



Yang ni pula dipanggil Juicy Apple

Oh bentuk penutup botol Autumnz pun SAMA BENTUK DAN SAIZ DENGAN AVENT CLASSIC

https://shopee.com.my/Autumnz-PPSU-Bottle-4oz-Juicy-Apple-i.4491129.528333125

Dan penutup botol Autumnz ni juga FIT dengan storage bottle Autumnz wide neck. 
Yang mana?

Dipanggil Fly with Me

Sesuai untuk baby boboiboy

https://shopee.com.my/Autumnz-PPSU-Bottle-4oz-Fly-with-Me-i.4491129.523716875


Walaupun saiz 4oz tapi masih ada ruang untuk isi susu lebih dari 120ml

Selain dari tengok design botol2 Autumnz ni, ada juga info tambahan untuk Mommy EEZ share dgn mommy2 semua. Info tambahan ni memang paling ditunggu2 buat semua mommy sebab bukan saja boleh jimat duit beli botol susu banyak2 kan, boleh cuba try and error puting mana yang sesuai dengan anak dan juga yang most affordable.

Antara puting2 yang fit dengan botol susu Autumnz PPSU ni ialah:
1. NUK wide neck
2. Pigeon wide neck
3. Avent Classic
4. MAM (based on shared info by customer)
5. Suavinex (based on shared info by customer)

Dan kalau ada lagi teats/puting yang sesuai mommy2 kat luar sana tahu bolela tambah lagi dlm list ni hokey! Semoga bermanfaat buat semua ya!





Harap info2 dekat belog Mommy EEZ ni sangat berbaloi2 dan berguna buat mommy semua!




Lavveyyewww,

Mommy EEZ


4 comments:

  1. Klau anak terlempar atau terjatuh dari tempat tinggi memang xpecah jenis botol ppsu ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung pada tahap tinggi dari mana botol susu ni jatuh. Bagi saya setakat anak2 yang berumur paling besar 3 tahun yang tak smp 1 meter ketinggiannya, kalau dijatuhkan oleh anak2 ni, botol susu ni takkan pecah Insya Allah. Mungkin akan bercalar atau dented wallahua'lam.

      Delete
  2. Salam sis..nk tnya..penutup botol boleh tutup rapat x kalau guna teat pigeon?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh sis. Penutup botol autumnz boleh tutup rapat bula guna puting pigeon ni

      Delete

Popular Posts