Hi, Assalamualaikum semuanya.
SALAM 13K!!!
Sempena kes covid-19 di Malaysia yang dah hit sampai 13,215 hari ni, mommy eez ada satu benda nak cerita pasal salah satu penyakit psikiatri yang semakin menular semenjak kita kena lockdown dah setahun lebih ni.
Ramai yang kata penyakit ANXIETY ni, penyakit mengada2. Sikit2 nak risau. Sikit2 nak fikir buruk. Sikit2 serabut dan cepat kelam kabut. Kalau keadaan ni tak terkawal akan menjurus kepada ANXIETY DISORDER. Apetah lagi bila dah kena kurung lama di rumah, bila nak keluar jadi sangat takut sampai tak boleh nak drive kereta, tak boleh nak jumpa orang ramai, tak boleh itu la ini la... Anxiety ni merupakan salah satu penyakit DEPRESSI dan ada beberapa jenis:
1. Generalised Anxiety Disorder
Seseorang itu selalu berasa risau sepanjang hari atas sebab macam2 perkara yang melibatkan rutin harian e.g. takut lambat makan nanti kena gastrik, tak boleh buat salah nanti kena maki, tak boleh rumah serabut nanti kena marah, tak boleh lambat nanti kena bebel etc. Simptom ni terjadi dalam jangka masa 6 bulan atau lebih.
2. Social Anxiety
Takut nak bersosial dengan orang luar. Takut kena reject. Tak pandai bergaul. Takut nak berdepan dengan public dan sebagainya. Salah satu punca utama mungkin disebabkan inferiority complex (perasaan rendah diri yang melampau)
3. Specific phobias
Fobia yang melampau terhadap sesuatu. Fobia gelap. Fobia cicak. Fobia lipas. Fobia tempat sempit dan macam2 lagi.
4. PANIC DISORDER
Inilah yang mommy eez kena tahun lepas. I had series of panic attacks due to unfortunate events that happened in my life where I lost my sister and father within a short time of period.
Apa yang terjadi masa kena 'panic attack' ni? Jantung berdegup dengan sangat laju, berpeluh, menggigil seram sejuk, rasa sesak nafas, sakit dada, rasa macam nak tercekik, rasa nak muntah, rasa lost control pada badan, rasa takut yang amat sangat sampai rasa nak mati dan macam2 lah perasaan yang horror bercampur baur. Simptom untuk Panic Disorder ni sangat SEVERE jika tidak dirawat.
5. Obsessive Compulsive Disorder (OCD)
Yang ni ramai bangga dan suka nak claim diorang ada OCD. Sebenarnya OCD ni ialah seseorang itu sangat obses kepada sesuatu perbuatan atau susunan dalam hidup diorang. Kalau setakat suka kemas, barang2 kena teratur, pakai elok cantik semua, itu belum dalam kategori OCD.
Orang yang ada OCD ni SANGAT ANNOYING. Mereka suka buat kerja berulang2 sehingga mereka sendiri berpuas hati. They don't easily trust people. Sampaikan sanggup kira secara manual berbanding nak guna kalkulator.
Mommy eez suffer from OCD too and it made me a SUPER SLOW worker. Too detailed person and so perfectionist. Guna Excel pun nak kena double check with manual calculation sedangkan dah siap2 masukkan formula. Sooo iritating!
6. Post-traumatic Stress Disorder (PTSD)
PTSD ni melibatkan mereka yang pernah melalui trauma yang ngeri macam terlibat dalam perang, kena sexual abuse, kena bencana alam yang melibatkan kematian, kemalangan jiwa dan sebagainya.
7. Separation anxiety
Ini selalunya berlaku antara anak dan ibu bapa. Anak2 terpisah dengan ibu bapa kemudian selalu tantrum dan buat hal.
What makes me to confess that I suffered from anxiety disorder is because I want to help other people out there to overcome this illness. YES! Anxiety Disorder is a type of mental health condition that YOU cannot control by yourself. You need a specific and controlled medication to control the symptom as advised by the Psychiatrist.
Since most people's emotions are getting out of control towards their fear of this pandemic lately, the anxiety symptom can be worsen.
Mommy eez bukan pakar cuma mommy eez percaya dengan sharing post di sini, anda ada tempat untuk berkongsi pendapat, meluahkan kerisauan, nak tanya apa2 yang berkaitan dengan anxiety disorder dan juga tak perlu lagi nak PENDAM/SIMPAN apa yang anda sedang lalui.
Mommy eez akan cerita macam mana mommy eez kena panic attack tahun lepas pada next post. Agak horror sebab masa serangan tu berlaku, mommy eez tengah drive di lane paling kanan dekat Federal Highway. Syukur, semuanya selamat Alhamdulillah, Allah SWT masih sayangkan mommy eez. Cuma selepas kejadian tu, mommy eez struggle to live with the symptoms while most of the people around me are so skeptical with the illness. Dahlah nak recover tapi tekanan dari pelbagai manusia tidak henti2, malah bagi mereka APA ADA DENGAN ANXIETY DISORDER NI?
Ok sekian, insha Allah ada rezeki lain, mommy eez sambung bercerita dalam post lain hokey.
Salam lalok.
Mommy EEZ
www.kiddieoasis.com.my