Doa Rasulullah SAW di Waktu Pagi : DOA HARIAN


"Setiap pagi kita sibuk cari rezeki... tapi berapa ramai yang sempat minta rezeki daripada Pemberi Rezeki?"

Keluar rumah awal. Kejar punch card. Redah jem. Kejar pelanggan. Kejar target.

Tapi jangan sampai terlupa minta 3 perkara yang Rasulullah ﷺ ajarkan setiap pagi:
🤲 Ilmu yang bermanfaat.
🤲 Rezeki yang halal lagi baik.
🤲 Amal yang diterima Allah.

Kadang-kadang bukan sebab kita kurang usaha... tetapi sebab kita kurang berdoa.

Semoga setiap langkah keluar mencari nafkah menjadi ibadah, setiap titis peluh menjadi pahala, dan setiap rezeki yang dibawa pulang diberkati Allah. Aamiin. ❤️

Tag seseorang yang setiap pagi gigih keluar mencari rezeki untuk keluarganya. 🥹

#DoaPagi #RezekiHalal #DoaRasulullah #MorningDua #IslamicReminder

Lavvv,

Mommy EEZ

Kenapa Allah SWT wajibkan puasa bagi orang beriman?

 



Target dia TAKWA.

Kalau siang kita tahan makan,
tapi malam masih tahan ego?

Kalau perut kosong,
tapi hati masih penuh dendam?

Ramadan bukan sekadar ubah badan.
Ramadan nak ubah hati.

Hari 1 ni…

Jom reset niat.

Jangan puasa sebab kebiasaan.
Puasa sebab nak jadi hamba yang Allah redha.

#RamadanDay1 #RamadanReset #PuasaKeranaAllah #MenujuTakwa


p/s: ada tak sesiapa tahu macam mana nak masukkan video dalam blog? Dulu boleh je masuk video sekarang dah tak boleh pula. Kalau masuk video lagi feeling sikit kan. Hmmm~~~ kalau ada pembaca blog ni tahu boleh tolong ajar mommy eez yang semakin menuju zaman dinosaur ni 😅


Lavvv,

Mommy EEZ

Selamat Berpuasa Semua / Ramadan Mubarak 2026

 


Bismillah… 🌙

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan dalam keadaan aman dan penuh iman.

Kurniakan keselamatan, tetapkan Islam dalam hati kami, lindungi kami dari godaan syaitan, dan redhailah kami ya Ar-Rahman.

Ramadan bukan sekadar datang…
Tapi peluang untuk kembali. 🤍

Semoga esok kita melangkah ke 1 Ramadan dengan hati yang bersih, niat yang lurus dan azam yang baru.

Jangan lupa sahur, jangan lupa niat! 🌙✨

​Esok bermulanya perjuangan kita. Jom kita 'set' siap-siap niat puasa malam ni supaya tak terlupa.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan Allah SWT sudi menerima segala amal ibadah kita pada tahun ni insha Allah

Selamat berpuasa semua! 🤲


Lavvv,

Mommy EEZ

Tarikh Puasa 2026 jatuh pada Hari Khamis 19 Februari 2026 / 1 Ramadan 1447H

 



Alhamdulillah! 1 Ramadan 1447H jatuh pada hari Khamis, 19 Februari 2026.

Yeayyy Khamis dah start puasaaaaa 🤍✨

Semoga Ramadan kali ni lebih tenang, lebih fokus, lebih banyak tadabbur & lebih dekat dengan Al-Quran.

Jom set niat awal-awal:
Puasa bukan sekadar tahan lapar… tapi tahan hati, tahan mulut & tahan emosi 💛

Siapa dah ready menu sahur pertama? 😆👇

#Ramadan1447H #RamadanReady #RamadanAlMubarak


Lavvv,

Mommy EEZ

Doa Menyambut Kedatangan Ramadan 1447H / Ramadan Al-Mubarak

 


Ramadan makin hampir… 🤍


Bukan sekadar tukar waktu makan,
tapi waktu untuk tukar hati.

Ya Allah, sampaikan kami ke Ramadan dalam keadaan sihat dan tenang.

Jadikan Ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelum-sebelumnya.

Kurangkan lalai, lebihkan sujud.

Kurangkan dunia, lebihkan akhirat. 🌙





Lavvv,

Mommy EEZ

Popular Posts