Cuti panjang 2026 ni banyak betul port boleh ambil cuti keluarga ❤️ 👨👩👧👦
Nak tanya sikit:
✈️ Team travel
🏡 Team duduk rumah
📚 Team isi aktiviti anak
Korang team mana? Cer Komen 👇
... INDEED, ALLAH IS WITH THE PATIENT (SURAH AL-BAQARAH 2:153) | SHARING KNOWLEDGE IS MY THING
Assalamualaikum semua.
Selalunya setiap kali tahun baru, mommy eez akan ada list recap dari tahun sebelumnya dan azam tahun baru. Tapi kali ni mommy eez seperti biasa semangat tu rasa biasa je. Sebab lebih kepada nak menghadap rutin harian, persediaan sekolah anak2 dan kesihatan diri sendiri. Nak mengharap lebih2 pun takut frust bila hasrat tak kesampaian. Jadi kita just go with the flow saja.
Namun ada sedikit yang mommy eez ingin sampaikan di bawah.
Sesungguhnya jujur dari hati sendiri
Assalamualaikum semua...
Semakin meningkat usia mereka, semakin besarlah cabaran dalam mendidik anak2 ni kerana zaman mereka sangat2 berlainan berbanding zaman kita dibesarkan. Zaman mereka yang penuh hiburan, internet yang berleluasa dan tanpa sempadan yang membolehkan mereka mengakses maklumat yang tak sepadan dengan usia mereka. Pastikan kita ibubapa yang menjadi tempat rujukan mereka bukan kawan2 sebaya mereka yang masih mencari2 identiti dan tujuan hidup mereka.
Masa inilah jiwa dan minda anak2 akan teruji. Kita terpaksa melepaskan anak2 pada saat ini untuk mereka belajar pengalaman hidup yang kadangkala ada gembira dan ada duka. Mereka perlu belajar cara untuk survive dan memilih jalan yang terbaik buat mereka dengan berpandukan jalan yang Allah redhai.
Kalau korang ada apa2 pengalaman atau soalan untuk dikongsi boleh tinggalkan komen korang di ruangan komen ok. Sekarang ni macam2 isu yang tular sampai mommy eez tak terkejar dan ada masa tak terluah dengan kata2 disebabkan kes2 yang sangat melampau batas. Bukan hanya kes buli sehingga menyebabkan kematian, kes social issue S-Trend Line (S-Sex) yang viral untuk menunjukkan berapa kali seseorang itu telah melakukan s***... Allahuakbar... semoga anak2 kita dijauhkan dari fitnah akhir zaman yang semakin bahaya ni.. .Nauzubillahiminzalik..
Mommy EEZ