Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua penghuni dunia dan bakal penghuni akhirat.
Intro pun dah berbau2 keinsafan gittew. Punya lah lama mommy eez drag nak buat post Tadabbur Juzuk 5 ni. Baru2 ni mommy eez diuji dengan keadaan kesihatan yang tak berapa baik. Seminggu lebih juga nak mengumpul kekuatan baru hari ni rasa kuat untuk menulis, Alhamdulillah.
Jom tanpa kita melengahkan masa, kita mulakan tadabbur kita hari ni dengan bacaan Al-Fatihah buat dua insan yang mommy eez sayang dan telah pergi meninggalkan kami 2 tahun lepas iaitu Along dan Ayah mommy eez, Emy Anneza binti Zakaria dan Hj. Zakaria bin Hj. Mohd. Jana. Semoga segala kebaikan dari nota ringkasan ni diberikan kepada mereka buat saham pahala mereka di sana insha Allah.
Mari kita mulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
RINGKASAN JUZUK 5
disampaikan oleh
Ustaz Syaari Abdul Rahman (Tadabbur Centre)
- Juzuk 5 membicarakan tentang Surah An-Nisa' di mana Allah SWT menciptakan manusia dari Nabi Adam A.S. dan Hawa serta kemudiannya berkembang biak sehingga ke hari ni. Sewaktu mereka berdua tinggal di Syurga, Allah SWT menguji Nabi Adam A.S. sama ada beliau amanah atau tidak dalam menjaga kebajikan isterinya, Hawa.
- Moral dari isi penting di atas ialah, untuk menjadi pemimpin Muslim dunia, bukan setakat perlu fokus pada hal ehwal agama sahaja, tetapi kebajikan terhadap wanita juga perlu dijaga.
- Pada zaman Arab Jahiliyyah, kaum wanita ditindas dan diperlakukan dengan kejam. Jadi Surah An-Nisa' ini diturunkan bagi membela kaum wanita dan menghapuskan sistem Jahiliyyah ini.
- Ayat pertama dalam Surah An-Nisa' ini menunjukkan bahawa lelaki dan perempuan adalah sama sahaja dalam kedudukannya di sisi Allah SWT kerana kedua2nya diperbuat dari unsur tanah yang sama. Namun, setiap kejadian manusia baik lelaki mahupun perempuan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
- Di pertengahan surah An-Nisa' ini terdapat hukum-hakam tentang peperangan. Kepentingan wanita dalam surah ini ialah wanita berperanan melahirkan para mujahid dan para pemimpin Islam.
- Surah ini diturunkan bagi membantu para sahabat Nabi Muhammad SAW dalam menentukan hukum isu anak2 yatim yang ditinggalkan oleh para syahid. Selain itu, terdapat juga hukum pembahagian harta pusaka dan isu kekeluargaan.
- Ada 3 isu utama dalam Surah An-Nisa ini:
- Kesedihan yang menimpa Nabi Muhammad SAW dan juga para sahabat apabila kehilangan para syuhada
- Ketiadaan hukum yang jelas terhadap hak wanita yang menjadi balu/isteri para syuhada
- Kegembiraan orang2 Yahudi dan juga orang2 munafik tentang kemenangan orang2 kafir di Mekah dalam Perang Uhud
- Dalam surah ini juga menceritakan contoh2 kezaliman orang2 Yahudi dan munafik terhadap ahlul kitab yang memegang kitab Taurat dan juga kezaliman yang berlaku ke atas Nabi Muhammad SAW serta para sahabat nabi.
- Para sahabat nabi diperintahkan menjadi adil kepada isteri2 mereka dengan berpandukan hukum poligami.
- Allah SWT melarang menunaikan solat dalam keadaan mabuk semasa para sahabat nabi berada dalam peperangan.
Pendek saja ringkasan tadabbur juzuk 5 kali ni. Semoga ada penambah baikan di masa akan datang insha Allah.
Mommy eez memang ada plan untuk teruskan belajar tadabbur melalui Nota My Quran Time. Insha Allah harap dapat habiskan ringkasan tadabbur mengikut juzuk ni dalam bulan Disember 2022 ni aaameeen. Doakan mommy eez diberi kesempatan masa dan tenaga untuk terus menulis bukan saja untuk kefahaman diri sendiri dan saham pahala buat keluarga mommy eez, tapi juga buat manfaat yang baik bagi yang sudi membaca penulisan mommy eez yang sempoi ni insha Allah.
Semoga berjumpa lagi dalam next post.
Assalamualaikum 💟
Lavvv,
Mommy EEZ