Aktiviti Cuti Sekolah di Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam (PPAS)

Assalamualaikum. 

Kali ni Mommy EEZ nak cerita pasal Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam. Ianya salah satu public library di Selangor bertempat di Seksyen 13, Shah Alam. Kami selalu panggil PPAS je atau nama panjangnya Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Under PPAS ada few library lain lagi tapi Mommy EEZ lebih familiar di sini sebab SANGAT dekat dengan rumah.


Kredit gambar dari senndoh.blogspot.com

Masa cuti sekolah tahun lepas 2018 (pergh lama betul hahaha~) Mommy EEZ bawa kakak Raihan dan adik Wafa pergi meluangkan masa di sana. Memang SANGAT SANGAT SANGAT berbaloi. Mommy EEZ sampai dalam pukul 11am dan balik dalam jam 3pm. Selama 4 jam melayankan kerenah kanak2 riang ni dah cukup membuatkan energy level mommy jadi blink2 merah macam Ultraman. Hihihi~

Masa mula2 sampai Mommy EEZ parking agak jauh sebab ada construction di sekitar perpustakaan tu. Tapi ada SHUTTLE SERVICE disediakan untuk mengambil para pengunjung dari tempat parking dan bawa terussss ke depan pintu masuk library ni. Mommy EEZ rasa jakun sekejap hahahaha~ Kakak Raihan bukan main seronoklah bila dapat naik buggy tu. So kalau nak bawa stroller, pastikan yang lightweight. Mommy EEZ tak bawa stroller pun masa tu sebab tangan dah cukup penuh nak pegang kanak2 riang ni.

Sampai2 dekat pintu masuk dah boleh nampak Zon Kreatif. Zon Kreatif ni memang khas untuk kanak2 saja. Ada lagi bahagian lain di dalam PPAS ni tapi lebih kepada orang2 dewasa dan kanak2 tak dibenarkan masuk.


Kredit gambar oleh http://www.khairunnisahamdan.com (Tahun 2016)

Gambar ni Mommy EEZ ambil dari blogger lain. Kalau ikutkan masa Mommy pergi tu lagi meriah sebab dekat depan tu ada kaunter panjang untuk pendaftaran pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak PPAS. Macam biasalah tangan tak berapa free nak ambil gambar sebab sibuk pegang adik Wafa sambil2 tu nak register jadi ahli perpustakaan dan melihat macam2 aktiviti yang ada pada hari tersebut.

 Masa ni ada banyak pameran dan salah satunya ialah Augmented Reality (AR) di dalam PPAS tu.

Ada macam2 aktiviti yang dijalankan di PPAS ni setiap kali musim cuti sekolah. Kalau nak tahu boleh layari website PPAS di link bawah ni:


Nak masuk ke dalam Zon Kreatif ni perlu buka kasut ya. Ada non-woven bag yang berwarna biru disediakan di situ dan kita perlu menyimpan dan membawa kasut kita ke mana saja kita pergi. Agak leceh jugalah tapi mungkin ada banyak kes kehilangan kasut di situ jadi mungkin sebab tu prosedur macam tu perlu ada. 

Pertama sekali bila menjejakkan kaki ke dalam Zon Kreatif ni, kanak2 riang ni terus menyerbu port pokok gergasi ni...





Port pokok gergasi ni memang menjadi tumpuan bermain buat semuaaaa kanak2 yang datang. Ada yang main kejar2, guling2, smack down (sama la macam dua beradik tu buat). Mommy EEZ pun naik segan juga bila tengok kanak2 riang ni buat macam2 aksi dekat area tu. Dah banyak kali kena sound dengan staff PPAS sebab suasana jadi bising dan agak tak terkawal so ibu bapa kenalah bertanggungjawab untuk menjaga kelakuan anak masing2 kan.

Oh terlupa pula. Sebelum datang ke PPAS, Mommy EEZ dah tau aktiviti apa yang ada pada hari kejadian melalui website.



Yang bertanda bulat tu ialah waktu kami pergi ke sana. Jadi, aktiviti pertama yang kakak Raihan dan adik Wafa join ialah Story Telling Bersama Kak Syafa.



Story telling ni diadakan dalam bilik khas. Kanak2 akan dikumpulkan di situ dan ada pentas kecil untuk Kak Syafa dan pembantunya mempersembahkan story telling. Parents pun boleh join sekali masuk dalam bilik tu, no problem. Bila dah habis story telling tu ada kuiz pula. Kakak Raihan semangat angkat tangan nak jawab tapi tak ada rezeki dia hari tu. Siapa yang dapat jawab semua dapat hadiah. Yang adik Wafa memang tak duduk diam sampai terlepas keluar dari bilik tu. Memang anda kena pastikan stamina anda kena kuat ye mommy and daddy semua. Hahaha~

Lepas story telling, kami terus tunggu waktu lunch dalam pukul 12pm. Mommy EEZ tak sempat daftarkan kakak Raihan masuk Edutainment Tour (maybe blur sangat masa tu sebab baru 1st time datang). Edutainment Tour ni ialah aktiviti membawa kanak2 pergi melawat bilik2 khas atau tempat sekitar PPAS diiringi oleh staf yang bertugas.

Kafe yang ada dalam PPAS sangat luas. Sangat selesa walaupun tak berapa banyak pilihan makanan yang ada. Mommy EEZ selalunya akan spend dalam 1 jam untuk bagi kanak2 riang ni makan sebab selalu akan ada drama. Drama nasi/air tumpah, drama tak nak makan, drama minta suap, main2 makanan dan sebagainyalah.

Dalam pada nak menuju ke Kafe, kami jalan2 di tingkat bawah. Ada macam2 booth yang promote educational toys and books

  
Inilah dia kafeteria PPAS Raja Tun Uda. Sangat luas dengan pemandangan yang sangat hijau. Kalau waktu berangin memang layan betul. Tempat makan yang ada air-cond pun ada tapi tak berapa besarlah. Pilihan makanan pun tak berapa banyak tapi bolehlah setakat nak melayan kanak2 riang ni makan. Mommy EEZ order nasi ayam penyet dan nasi ayam. Rasanya Alhamdulillah ok. Portion standard orang makan dewasa untuk 1 pinggan makan. Tak banyak sangat dan tak kecil sangat. Harga pun standard sepinggan tak sampai RM10.

Lepas habis lunch, kami tunggu aktiviti membuat kinetic sand. Untuk masuk ke kelas DIY Kinetic Sand ni perlu membayar RM5 bagi seorang peserta sebab nanti hasil kinetic sand tu boleh dibawa pulang ke rumah.




 
Kakak Raihan ni agak penggeli sikit orangnya. Masa mula2 nak buat tu kena buat slime dulu. Mommy EEZ sempatlah catat apa bahan2 yang penting untuk buat kinetic sand tu. So, lepas ni dah boleh buat sendiri dekat rumah.

Bahan2 yang diperlukan:
1. 2 sudu gam
2. 1-2 sudu sabun dynamo
3. 2 sudu pasir pantai yang halus (kata staff PPAS mereka gigih kumpul pasir halus2 ni dari Pantai Remis. Mommy EEZ pun tak pernah sampai sana. Hahaha~)

Cara2:
1. Campurkan gam dan sabun dynamo tadi ke dalam bekas
2. Gaulkan dan kacau rata guna sudu sampai jadi macam slime
3. Bila dah jadi slime, masukkan pasir halus tadi
4. Uli dengan tangan sampai rasa lembut macam kinetic sand

SIAP!

Next aktiviti terakhir kakak Raihan sebelum balik rumah ialah bermain LEGO! Mommy EEZ rasa main lego ni paling dia suka sebab lama betul nak tunggu dia sudah main dan keluar dari area tu. Tapi sebelum dapat masuk ke area bermain lego tu, kakak Raihan perlu membaca 3 buah buku dulu. Kemudian isi borang dan tulis kandungan buku yang telah dibaca dalam borang tu. Kakak Raihan masa tu baru 6 tahun, jadi kalau nak minta dia tulis memang sampai ke waktu Asar belum tentu siap lagi. Jadi Mommy EEZ lah tukang menulisnya. Tapi Mommy EEZ tetap pastikan dia membaca ketiga2 buku tu. Pilih buku yang nipis2 je. Jangan ambitious sangat ambil buku tebal2. Jenuh nak tunggu kanak2 ni habis baca. Pastikan sesuai dengan tahap pembacaan anak2.


Tak silap Mommy EEZ ada tempoh masa setiap kali dapat masuk Lego Zone. Yelah nak kena bagi peluang pada kanak2 lain juga untuk masuk ke dalam area tu. Waktu ni dah pukul 2pm lebih jadi ramai yang dah bersurai so tak berapa ramai orang dah masa tu. Masa pagi2 kakak Raihan nak masuk area ni penuh sangat, nak queue pun panjang. 

Selain dari aktiviti2 yang kakak Raihan join, ada juga aktiviti Face Painting yang dikenakan caj bergantung pada design painting yang kita nak. Mommy EEZ pujuk kakak Raihan buat, tapi dia tak nak. Haihhh.. sabarrrr je la.

Kemudahan2 lain yang ada dalam Zon Kreatif ni ialah:
1. Bilik breastfeeding
2. Toilet
3. Komputer (kena caj untuk guna)
4. Bilik khas untuk membaca (tak boleh bising)
5. Pentas kecil 

dan ada lagi kemudahan lain yang mungkin Mommy EEZ tak perasan.

Sebagai penutup, Mommy EEZ sempat pinjam 3 buku untuk kakak Raihan.


Kalau anak2 anda semua suka membaca memang PPAS ni tempat HEAVEN untuk mereka. Mommy EEZ sangat sangat sangat suka membaca tapi malangnya kakak Raihan tak berapa suka. Masih dalam proses untuk memujuk dia untuk rajin membaca.

Ok sebagai summary, overall memang BEST sangat pergi PPAS bagi yang suka dan cinta dengan buku. Aktiviti2 yang disediakan untuk kanak2 tak heavy, sangat santai dan lebih kepada ilmiah. Kalau anak2 anda jenis hyper active dan memerlukan aktiviti yang lebih extreme macam main lompat2 ke, main panjat2 ke memang tak berapa sesuai untuk ke sini. Melainkan kita sendiri nak dedahkan anak2 dengan perpustakaan dan budaya membaca. Macam Mommy EEZ agak struggle juga untuk pujuk kakak Raihan membaca sebab dia jenis suka bergerak (kinetic). Tambah2 dapat adik Wafa yang memang free and easy. Dah macam kejar anak ayam je la Mommy EEZ dekat situ. 

So, Mommy EEZ nak list kan apa tips2 yang perlu dibuat sebelum ke PPAS:

1. Check weather forecast. Pastikan cuaca cantik; tak panas sangat atau hujan lebat sebab parking agak jauh. Walaupun ada shuttle service, buggy tu agak open. Kalau hujan memang akan terkena tempias hujan tu. Mommy EEZ tengok ada je orang parking dekat tepi2 jalan depan pintu masuk PPAS tu tapi mind your own risk la ye. Sila standby payung sebagai langkah berjaga2.

2. Datang masa weekdays. Bahagian Zon Kreatif tu agak kecil sebenarnya untuk cater orang yang agak ramai. Masa Mommy EEZ pergi hari biasa pun agak penuh juga dalam area tu tapi masih selesa lagilah.

3. Sila pakai stokin untuk lebih selesa sebab no shoes are allowed inside the Zon Kreatif.

4. Plan well your visit. Check dekat website PPAS apa aktiviti yang ada pada hari tersebut sebab setiap aktiviti ada waktu2 tertentu. So kalau datang main pakai belasah je takut terlepas program2 atau kelas yang best.

5. Kalau nak bawa stroller, pastikan stroller jenis lightweight untuk senang letak dalam buggy.

6. Kalau datang nak pinjam buku, siap2 bawa beg/paper bag dari rumah untuk isi buku yang dipinjam. Kita dibenarkan untuk pinjam maksimum 10 buku pada satu masa. Tarikh pemulangan dalam masa 2 minggu dari tarikh pinjam. Kalau nak panjangkan tarikh pinjam boleh dibuat secara online 1-2 hari (tak sure) sebelum tarikh tamat.

7. No food is allowed tapi bolehlah nak bawa botol air untuk kita minum. 

Hokey, itu saja review dan tips dari Mommy EEZ. Insya Allah kalau ada masa dan kekuatan, kami akan datang lagi ke PPAS pada cuti sekolah hujung bulan ni Insya Allah.




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*UPDATED*

Mommy EEZ nak update sikit benda2 yang Mommy EEZ baru discover dekat PPAS ni. 5 benda menarik yang mungkin ramai tak perasan di bahagian dewasa ialah:

1. Bilik Meeting
2. XD/6D Animation Teater
3. Life Sketch Book
4. Bilik mengaji Al-Quran - Rumah Ngaji
5. Gymnasium

1.  Bilik meeting / Bilik Perbincangan

Masa nak masuk ke animation teater ni, Mommy EEZ agak ragu2 sikit sebab tempatnya ialah di kawasan membaca dewasa. Kanak2 tak dibenarkan masuk. Jadi Mommy EEZ tanya pada guard dulu, dan beliau direct kami sekeluarga untuk jalan di kawasan yang dibenarkan saja iaitu di laluan kiri yang ada bilik2 meeting/bilik perbincangan. Wowwww... bilik2 meeting ni boleh disewa dengan kadar errr.. tak ingat plak rate nya. Boleh refer link PPAS di bawah:

Bilik ni sangat sesuai bagi mereka yang nak buat study group (mostly students) ataupun SME biz group/team untuk discuss pasal biz planning ke bagi yang tak ada office macam Mommy EEZ hahaha~... Bilik ni dah siap ada meja dan kerusi. Nak kata besar tu bergantung pada kapasiti oranglah. Taklah terlampau besar macam dalam corporate meeting room. Just nice saja.

2.  XD/6D Teater

Mommy EEZ SUKAAAA sangat animation teater ni sebabnya bila kita tengok, boleh rasa lebih kurang macam real gitu. Ala.. movie yang kena pakai cermin mata 3D dan duduk atas seat goyang2 ikut cerita (kalau naik roller coaster, seat pun gegar sama macam naik roller coaster. Still rasa scary jugakla).

Incik Boss a.k.a Abah kakak Raihan pilih untuk tengok the Haunted Mine sebab kata staff PPAS, movie tu paling kurang takut. Kami saja beli tiket untuk kakak Raihan sekali sebab ingatkan dia boleh tahan walaupun sebenarnya dia tak cukup ketinggian lagi sebenarnya. Dia baru 125cm tapi ketinggian yang sepatutnya ialah 140cm. Tapi sebab orang tak ramai jadi staff PPAS tu agak lenient.

Kakak Raihan plak baru tengok poster je dah takut. Mommy EEZ cuba pujuk dia dengan bagitau yang Mommy EEZ akan duduk sebelah dia nanti. Harga tiket RM10 untuk seorang. Staff PPAS benarkan kami 4 beranak semua masuk dalam teater tu walaupun bayar untuk harga 2 orang saja. Tapi yang dapat duduk dekat tempat duduk yang boleh bergerak2 tu 2 orang je la. Mommy EEZ dan adik Wafa duduk dekat seat yang tak bergerak. Semua pun dapat pakai cermin mata 3D tu kecuali adik Wafa sebab dia lalok baru bangun tidur. Bila movie start je kakak Raihan dah bising nak turun. Mula Mommy EEZ biar je tapi bila tengok badan dia dah shivering melampau, terus buka belt dan bagi dia duduk atas Mommy EEZ. Ooohh terasa kejam pada anak sendiri hahaha~. So jenuhla bertahan selama 15min-20min dengan memegang dua kanak2 riang tu. Hadoi. But no worries, kakak Raihan cepat je recover dari perasaan takut tu sebab next activity memang favourite dia. Refer point no. 3.

So, untuk orang dewasa memang BEST lah! Siap ada angin2 lagi dari atas siling sambil merasai segala hentakan dan bunyi bising dari movie tu. TAPIIII untuk ibu mengandung, orang yang ada sakit belakang, sakit jantung dan sebagainya TAK BOLEH tengok movie ni sebab hentakan dan gerakan seat tu agak ganazzzz. Itu pun kami tengok yang PALING kurang takut. Kalau yang PALING horror tak taulah gerakan seat tu terhuyung hayang macam mana kan... So ada 4 movie yang available untuk tayangan buat masa ni:


Mommy EEZ datang hari Sabtu masa tu tapi boleh je nak pilih nak tengok movie yang mana. Bergantung pada budi bicara staff PPAS yang bertugaslah ye.

3. Live Sketch Book

Live Skecth Book ni ialah touch screen monitor yang kanak2 boleh mewarna di atasnya. Tapi bukan pakai pensel warna la. Pakai jari jemari yang comel itu saja.




Dalam bilik Live Sketch Book ni, ada juga permainan VR (Virtual Reality) disediakan untuk kanak2 yang dah bersekolah. Seorang kanak2 dicaj RM10 untuk setiap permainan selama 10minit. Tapi disebabkan hari tu tak ramai orang, kakak Raihan pun main Live Sketch Book dengan sepuas2nya. Muahahaha~




4. Rumah Ngaji

Bilik ni Mommy EEZ tak sempat pergi tengok tapi Incik Boss yang pergi melawat ke sana sebab bilik ni di bahagian dewasa di mana kanak2 tak dibenarkan masuk. Dia kata memang sangat sangat sangat best sebab bilik tu menghadap tasik di sebelah PPAS tu. Rasa sangat tenang dan pelbagai jenis Al-Quran boleh dibaca di situ.


Kredit gambar dari www.ppas.gov.my

5. Gymnasium

Whaaattt??? Library ada gym???? Seriously??? Mommy EEZ memang jealous betul laaaa dengan generasi sekarang. Macam2 kemudahan dah ada dalam library zaman sekarang ni. Zaman belajar Mommy EEZ dulu tak ada pun isk isk isk.. bila dah letih2 bersenam di gym boleh terus lepak2 sambil baca buku... Waaaahhh nikmatnya! Nak tahu lebih lanjut silalah datang sendiri ke PPAS. Hihihi~

Ada banyak lagi kemudahan dalam PPAS ni yang ramai tak tahu. So rajin2kan lah diri anda untuk explore dan ternyata memang berbaloi2 bagi mereka yang sangat sangat sangat sukakan buku dan aktiviti2 ilmiah bersama keluarga.

Jumpa lagi in next post! Wassalam.

Love,

Mommy EEZ

My 1st born - Wan Nur Raihan

Tetiba post kali ni nak fefeeling lebih sikit... 
(lama betul pending post ni... hahaha~! Yang penting dah siap!)

Mommy EEZ tak pernah nak cerita personal life dekat sini. So, this post is specially dedicated to my 1st born named Wan Nur Raihan. Jom flashback what happened in 7 years ago at the moment when Allah planted a life inside my womb.

Panjang nak cerita sebab hadirnya Raihan tanpa rasa ada perasaan bersedia untuk menjadi seorang ibu sebenarnya. Bila dah kahwin untuk beberapa bulan ramai yang menanya - bila nak ada anak? Rasa stress jugalah sebab memang tak ready langsung masa tu untuk get preggy apetah lagi menjadi seorang MOMMY. Masa tu tengah feeling2 baru kahwin dan sangat aktif main netball. I played netball since I was 12 years old until I got married. I just play for fun and for my own health la of course.

Few days before I knew I was preggy, I had my last netball game at Kompleks Sukan Kg. Pandan. Ingat lagi masa last game kena marah dengan coach sebab slow dan bola banyak kali terlepas. Tak tau rasa badan sangat tak bermaya masa tu but I still push myself to play. Then, it was my last game until now. Masa tu tak datang period dalam 3-4 hari dari tarikh sepatutnya. So, pergi beli indicator Clear Blue tu dapatlah result...


Yes, it was positive. I was sooooooooo in dilemma at that time because I was about to do medical check-up for my visa application to work in Perth. I had a 3-month work assignment but my condition didn't allow that to happen. Untuk apply visa perlu buat X-ray. Jadi, bila dah termengandung memang tak dapeklah buat X-ray itu. Makanya, assignment pun dipendekkan menjadi 2bulan++.

My first time being a preggy mom with terrible morning sickness and had to be far away from home - it was really tough for me. Mommy selalu doa, you (Raihan) will be tough for me too. Banyak juga tempat Mommy pergi sekitar Perth dan selalu doa Raihan will get to travel around the world someday too. 1st time juga dapat merasa apa perasaan kena sambut Hari Raya di perantauan without any friends sebab masa tu baru sangat sampai di Perth. Nak pergi ke embassy pun tak larat sebab demam and still struggle with morning sickness. Abah (Raihan's father) was there to accompany me for 2 weeks then my parents came to look after me after the Hari Raya. Kira macam pass baton la menjaga mak buyung ni di perantauan. Wuwuwuwu~
 
Mommy tak banyak gambar sangat dekat sana sebab rasa macam mak penguin yang dibaluti sweater with maternity pants. I love the weather and also the environment. Rasa sangat sihat dan luaaassssss unlike KL. I wish someday all of us can visit there again - plus Wafa now. 

Masa ni tengah 5 months preggy. Rupa macam tak preggy kan. Pipi gebu gebas sampai terkeluar tudung.. hihihi~ (The only photo that I had with Mama & Ayah at Perth. The rest of the photos - gambar mereka berdua je laaa~)

Then when I got back to KL, mommy sempat jumpa Abah for a week before he went for Hajj together with Mak Tok and arwah Tok Wan. Another ~2months to not seen each other again and I had to bear being lonely again with you in my tummy. I stayed at my brother's house in Kelana Jaya while Abah was far away. There was one incident when my car broke down at Federal Highway. I was on my way to work in KL. Alhamdulillah nothing bad happened and my brother came to help me and called the tow truck. Masa tu Allah je yang tahu perasaan bersama dengan perut memboyot dalam kereta comel si Kancil and I was all alone on the road. Sounded so pathetic kan. Takpelah. Ujian tanda Allah sayang =).

After 9 months of waiting, the time came. On saturday morning, 11th February 2012, I was jokingly said tomorrow (12th) will be a nice date to deliver the baby. Masa tu Mama and Ayah were around and we attended a wedding at Putrajaya. Tiba2, Ayah rasa tak sihat and Mommy terpaksa drive and bawa Ayah balik ke Shah Alam (my sister's house). Masa tu dah start rasa tak sedap badan sebab rasa macam ada 'benda dah slide jatuh ke bawah'. Bila dah sampai Shah Alam, check dekat toilet - hokey dah start bleeding. Perghhhh nervoussssss sangat masa tu. Then terus pergi ke Hospital Pusrawi and warded dalam labour room. Masa tu opening baru 2cm tapi sebab first baby, Dr. Asmah terus tahan untuk warded dalam labour room. Then esok pagi tu buka 4cm je. Still tak rasa apa2 lagi. Siap ada nurse tak puas hati dengan Mommy kenapa tak rasa sakit. Sebabkan macam lambat lagi nak bersalin so Mommy tawaf 1 wad dan barulah opening jadi 8cm. Then doktor datang terus pecahkan air ketuban and mulalah sakit contraction dari pukul 1pm sampailah tepat pukul 3pm, lahirlah seorang baby girl bernama...

Wan Nur Raihan bt. Wan Ahmad Hamdi

Mommy tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan masa tu. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Alhamdulillah, proses untuk melahirkan Raihan sangat mudah. Raihan menangis sama macam baby lain masa dia baru keluar. Tapi, kegembiraan tu hanya sementara bila doktor perasan Raihan dah start demam kuning (jaundice) less than 24 hours after she was born. This was NOT a good sign at all. Risiko untuk newborn baby yang terkena jaundice terlampau awal ialah boleh memberi kesan pada sel otak (in detail boleh google). So Raihan terus diletakkan di bawah lampu untuk buat rawatan fototerapi. Banyak juga drama masa tu. Dari Hospital Pusrawi, kami bawa Raihan ke HKL sebab risau kos rawatan di hospital swasta mahal. Sampai saja di HKL, Raihan dimasukkan ke NICU dan dipantau rapi oleh nurse dan doktor sebab kes Raihan classified as severe jaundice. Mommy masa tu belum habis penat bersalin dah kena warded sekali dengan Raihan untuk monitor keadaan dia.


Sedih sangat masa ni bila tengok wayar dekat badan Raihan. Baru nak happy2 dapat anak 1st sekali Allah duga macam ni. Mommy EEZ sangat salute dan kagum pada ibu bapa yang Allah pilih untuk menghadapi dugaan yang lebih hebat dari Mommy. Mommy EEZ ni hati tisu lemah lembut gemalai. Baru diuji macam ni terus haru biru. Selama 3 hari 2 malam Raihan dan Mommy stay dekat wad NICU tu. Alhamdulillah Raihan responded well to the treatment (tak ingat nama treatment tu tapi macam masukkan fluid dalam badan Raihan. Bukan buat blood transfusion tapi nama lain). Kemudian lepas discharge dari HKL, Raihan STILL lemah. Sangatlah panik sebab dia langsung tak bergerak. Terus bawa dia ke Hospital Pantai Ampang. The reason tak nak bawa semula ke HKL sebab mommy sendiri tak mampu nak warded sekali dengan Raihan. Too exhausted. Too stressful and dissapointed. Masa tu dah start fikir pelik2. Ramai saudara-mara suruh calm down sebab takut mommy meroyan. Alhamdulillah sampai dekat Hospital Pantai Ampang, Raihan dapat bilik khas. Phototherapy treatment by Hospital Pantai memang terbaeeekk! Lampu dia siap ada TIGA! Compared to previous hospitals:

1. Hospital Pusrawi - Raihan siap kena share lampu fototerapi tu dengan baby lain sedangkan she was diagnosed as severe jaundice. Mungkin kemudahan tak cukup so terpaksa berkongsi.

2. HKL - Mommy kena buat phototherapy sendiri dan monitor sendiri progress anak (what do you expect from government hospital?) Anak menangis pun nobody cares. Sampai pernah sekali mommy terlampau letih tidur mati langsung tak dengar Raihan menangis then neighbor katil sebelah yang kejutkan mommy. Nurse yang ada sekitar memang tak ambil peduli langsung. Tapi esoknya tu, ada je nurse yang baik hati bila sanggup offer tengokkan Raihan menangis dan bagi masa untuk mommy makan. Masa tu masih tak biasa lagi dengan letih, sedih, nak breastfeed lagi, nak uruskan diri sendiri lagi, baby lagi.. Alhamdulillah, selain ada nurse yang baik, tak best dan garang, Raihan dipantau 3 kali sehari. Mula2 doctor pelatih. Kemudian doctor HO (guessing je sbb umur lebih kurang mcm sebaya mommy) then the last round done by doktor pakar. Ingat lagi masa tu doktor pakar perempuan yang agak berumur. Muka garang sangat siap bebel2 lagi dekat doktor pelatih tu tapi bila borak2 dengan mommy, suara dia terus jadi sangat lembut. Apa2 pun dari segi fasiliti hospital gomen ni memang kena banyaaakkk bersabar sebab nak pergi toilet je dah kena menapak ke bilik lain. Rezeki masing2 lah kan.

Lepas warded dekat Hospital Pantai Ampang, Alhamdulillah Raihan beransur2 pulih. Dekat sebulan juga lah naik turun reading jaundice dia. Sebenarnya rawatan phototherapy tu memang sangat sangat sangat memenatkan untuk baby. Tu pasal Raihan tak responsive masa baru lepas discharge dari HKL. Manalah nak tahu masa tu. Memang dah panik sangat bila tengok Raihan tidur setiap masa dan tak menyusu langsung. Dah angkat tangan dia pun jatuh melepek tanpa sebarang response. Sampai ingat Raihan ni pengsan ke tapi dia masih bernafas la cuma agak slow.

Lepas drama jaundice tu bermulalah episod warded di hospital. Raihan boleh dikatakan agak weak in her first two years. Series of high fever, tonsil, cough and flu. Rasa macam sepanjang 2 tahun tu, dia sangat bergantung kepada ubat. Baru baik demam/flu/batuk seminggu dah kena balik. Back to back to clinic/hospital. Kena pneumonia la. Tonsil la. Batuk and flu every 2 weeks macam tu. Baru nak baik tak sampai seminggu kena balik batuk and flu. Doctor kata Raihan ada rhinitis (early sign of sinus). Hypoallergy to dust. Umur 3 tahun kena pneumonia. Then masa umur 5 tahun paling worst kena H1N1.

 Masa ni umur Raihan tak sampai lagi setahun. Warded sebab tonsil dan ulcer. Dia refuse susu dan makan.









Yang ni last dia warded di Pantai Hospital Ampang due to H1N1.

Ada banyak lagi siri demam Raihan ni. Pernah sekali mommy tengah seronok pergi pasar pagi di Bandar Sri Permaisuri, tiba2 Raihan lembik. Suhu badan dia naik mendadak. Apa lagi, mommy terus siram dia dengan air mineral. Memang sangat fobia bila setiap kali badan Raihan jadi panas. Takut jadi fit dan affect otak.
Ubat centrizine, venthamol, Avamyst, Sterimar memang dah jadi macam BFF dia. Hokey Mommy EEZ tau ada kanak2 lain lagi parah dari Raihan malah sampai ke tahap terminal illness. Tapi bila sakit dia berterusan, ibu mana yang tak sedih. Tambah2 bila pakar pediatrik bagitahu kesan jangka panjang untuk Raihan kalau dia on and off batuk dan flu boleh jadi asthmatic. Dia kata lung Raihan sempit dan cepat penat. Raihan masa tu kalau tengah seronok sangat bermain berlari2 sikit je pun dah mula batuk2. Lepas tu dia akan jadi slow dan senyap. Maksudnya, dia dah start rasa penat.

Masa Raihan diagnosed kena H1N1, Mommy EEZ dah 9 months preggy adik Raihna, Wafa. Doktor pakar paediatrik yang handle Raihan siap warning Mommy EEZ tak boleh direct contact dengan Raihan malah kena pakai mask setiap kali jumpa dia. Sebab risiko ibu mengandung kena jangkitan H1N1 sangat tinggi. Masa tu rasa macam patah hati, luruh jantung semua ada. Berdoa sangat masa tu keadaan Raihan masa tu not so serious. Alhamdulillah. Lepas 5 hari warded, Raihan dapat discaj tapi sambung quarantine lagi dekat rumah. Jusssttt few weeks Raihan dah discharge, tiba2 keluar dekat berita - ibu mengandung maut disebabkan H1N1. Masa tu barulah tahu betapa bahaya dan berisikonya ibu mengandung kalau terkena H1N1. Yang Mommy EEZ pula tak tahan rindu siap peluk2 dan cium2 Raihan lagi masa tu..hmmm... Ajal maut di tangan Allah kan.

Raihan start masuk kindie masa umur 4 tahun di Little Caliphs. Mommy EEZ memang sangat2 suka silibus Little Caliphs sebab bila tengok progress Raihan dari belajar membaca, mengira, buat aktiviti sains, lawatan all in all memang bagus. Sebenarnya Raihan start masuk kindie dari umur 3 tahun di Brainy Bunch. Tapi sebab ada history yang tak berapa best, terpaksalah keluarkan Raihan dan Mommy EEZ sendiri jaga dia di rumah.

So fast forward cerita Raihan sampailah dia dah graduated from Little Caliphs masa umur 6 tahun.
  
Masa graduation day tu agak sebak juga bila tengok Raihan buat persembahan, siap pakai jubah semua dan beratur ambil scroll. Terasa diri semakin meningkat usia. Wuwuwu~ Lepas tu bermulahlah episod baru dalam hidup Raihan (dan mommy dia juga!) bila dah enroll masuk sekolah Tahun 1!

Masa hari pertama sekolah Tahun 1 tu pun ada sedikit kesedihan juga. Mommy EEZ tak dapat nak saksikan sendiri Raihan pergi sekolah hari pertama tu sebab warded di Hospital SJMC due to food poisoning. Agak kelam kabut jugalah sebab persiapan barang2 sekolah Raihan pun tak complete sangat masa tu. Tapi at least uniform sekolah semua lengkaplah.



Mula2 agak risau juga boleh ke Raihan ni nak adapt 2 sesi persekolahan. Pagi sekolah KAFA, petang pergi sekolah kebangsaan pula. Mommy EEZ dan Abah Raihan decide untuk monitor dulu keadaan Raihan dalam masa 3 bulan pertama ni. Alhamdulillah so far Raihan boleh adapt dan nampak dia happy. Awal2 bulan tu biasalah kena buli sampai Mommy EEZ pun jadi stress. Hahaha~. Bila dah report pada guru kelas Raihan Alhamdulillah things getting better. Since dah tukar kaedah pembelajaran untuk Tahap 1 ni, homework dah tak banyak. Homework jadi banyak bila dah nak masuk cuti sekolah. Alhamdulillah Raihan still boleh cope. Hafazan yang dia belajar masa di Little Caliphs masih lagi diteruskan sebab sayang kalau ditinggalkan. Mommy EEZ la tukang peringatkan dia. Kena perang dunia dulu dengan dia siap drama nangis2 lagi barulah Raihan dapat buat hafazan dia. Cara mengajar Mommy EEZ ni memang ala2 tentera sebab bila buat gaya relax cool, dia naik lemak pula. 

Itulah dia cerita serba sikit pasal kakak Raihan. Mommy EEZ ambil keputusan untuk quit dari career sebab tak sanggup tengok Raihan menderita sakit yang berpanjangan. Tambah2 dengan kerja yang sangat pressure dan kena travel selalu menambahkan lagi rasa nak quit. Ada jugalah suara2 makcik dan pakcik bawang cakap macam ni:

1. "Anak baru seorang dah quit. Lainlah anak ramai tak terjaga ke..."

2. "Ruginya belajar tinggi2 tapi duduk rumah"

3. "Ruginya kerja dah bagus, tapi quit awal"

4. "Carilah kerja yang senang sikit yang tak perlu travel. Boleh tengok anak tu sekali"

5. "Tak nak sambung belajar buat masters ke? Duduk rumah tak buat apa pun. Membazir masa je"

6. "Kalau apa2 jadi antara suami, tak takut ke sebab tak ada punca pendapatan?"

7. "Duduk rumah saja nanti menyusahkan suami je"

8. "Boleh ke survive suami je yang bekerja?"

and the list goes on...


Ni jawapan Mommy EEZ untuk statement di atas:

1. Bila anak tak sihat, siapa nak jaga? Takkan nak harapkan orang lain yang jaga setiap kali Raihan sakit?

2. Bagi Mommy EEZ, tak semestinya belajar tinggi tak boleh diaplikasikan di rumah. Tahap pendidikan tu sendiri yang membantu kita cara untuk membesarkan anak2, menjaga rumah dan keluarga. Kenapa mesti nak fikir belajar tinggi mesti kena kerja hebat2? 

3. Buat apa kalau kerja nampak hebat di mata orang luar tapi diri sendiri merana? Terpaksa korbankan keluarga semata2 untuk mengejar cita2 sendiri? Ada orang yang Allah beri rezeki untuk mencapai kedua2nya. Tapi Mommy EEZ diuji untuk memilih salah satu saja. So Mommy EEZ redha dan move on.

4. Yup Mommy EEZ dah jumpa kerja yang tak perlu travel, boleh duduk rumah sambil tengok anak. Sekarang bekerja jadi kuli dan boss untuk Kiddie Oasis Enterprise. Walaupun masih dipandang enteng (buat online shop) bagi sesetengah orang, tapi Mommy EEZ rasa gaji yang dapat setiap bulan melalui sales adalah lebih berkat dan lebih suci dari gaji yang Mommy EEZ dapat masa masih bekerja sebelum ni walapun nilai gaji antara keduanya sangat jauh bezanya. Sebab I cannot bring numbers to the grave. I can only bring Allah's blessings that may save me in the hereafter. 

5. Mommy EEZ rasa proses pembelajaran tak semestinya kena sampai dapat scroll degree, masters dan PhD. Di mana2 saja boleh belajar. Bagi Mommy EEZ lebih suka belajar perkara yang boleh dibawa masuk ke dalam kubur e.g. belajar mendalami Al-Quran dan praktikkan dalam hidup. Bukan Mommy EEZ kata tak boleh belajar bidang2 lain. Boleh, apa salahnya. Setiap orang diberi pilihan oleh Allah untuk pilih jalan hidup masing2. So, I have chosen mine and I am happy with it. 

6. Jodoh dan rezeki atas kuasa Allah. Bukan manusia yang tentukan.

7. Suami Mommy EEZ yang bagi quit so segala kepayahan tu kena tanggung bersama2 lah. Hihihi~

8. Jawapan sama dengan nombor 6.

Kalau ada statement2 lain yang mommy2 lain nak kongsi just komen je dekat post ni. Insya Allah Mommy EEZ akan bagi jawapan BAEK punya. Hahaha~

Disclaimer: Mommy EEZ tak jawab pun macam jawapan di atas bila makcik/pakcik bawang tanya. Mommy EEZ lebih suka diam, angguk dan mengiyakan apa saja teori dan telahan mereka. Selalunya bila kita cuba terangkan, argument akan terjadi. Mommy EEZ jenis malas nak cari pasal dengan orang2 macam ni dan mostly yang bertanya ialah orang2 yang lebih tua/veteran. So jawapan di atas tu ditujukan khas bagi mommy2 yang rasa down bila selalu sangat orang mempertikaikan keputusan yang kita dah buat untuk quit kerja demi keluarga.

Hidup ni bukan untuk meraih perhatian manusia. Hidup dan mati hanya untuk Allah SWT. Memang bunyinya poyo dan sangat skema. Ada yang tak boleh terima dan ada yang rasa Mommy EEZ hanya nak sedapkan hati saja. Awal2 memang bertujuan untuk sedapkan hati. Tapi bila makin lama makin nampak hala tuju hidup yang sebenar, Mommy EEZ rasa lebih yakin. Kejayaan yang sebenar bukan diukur dari segi pangkat dan harta tapi dinilai dari segi pengakhiran hidup kita sama ada diterima Allah ataupun tidak. 

Ayat 4 dari Surah Ad-Dhuha:

A004
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

Itulah sebabnya bagi Mommy EEZ segala cakap2 orang (walaupun hingga sekarang masih terasa sakitnya) takkan pernah berhenti. Manusia takkan pernah berpuas hati. Selagi kita tak berada di dalam trend mahupun tak ada harta yang berkoyan2, selagi tu kita akan sentiasa dipandang rendah. Sedangkan, dalam surah At-Takaathur, Allah dah bagi warning yang kita ni manusia selalu dilalaikan dengan berlumba2 nak kejar harta, pangkat dan keturunan. Sedangkan perkara yang sebenar kita kena buat ialah kumpul sebanyak mana amal kebajikan di dunia ni untuk dibawa ke next level seterusnya.

Sorrylah termelalut sampai ke sini pula. Patut post ni untuk meraikan kakak Raihan. Wuwuwuwu~ Apa2 pun mommy doakan semoga satu hari nanti kakak Raihan mampu menjadi insan yang berguna buat agama dan manusia. Sebaik2 manusia ialah manusia yang mampu memberi manfaat kepada manusia2 lain insya Allah. Aaaaminnn. 


Till we meet again in the next post.


Lavveyewww,


Mommy EEZ



Popular Posts