My #QuranTime 1.0 : Halaman 2 Surah Al-Baqarah Ayat 1-5

Assalamualaikum semua...

Walaupun siri My #QuranTime dah masuk siri yang ke-22 semalam, mommy eez masih lagi terkedek2 nak catch-up. Sekali lagi mommy eez tegaskan, biar lambat asalkan konsisten untuk terus belajar kan?

Hokey tanpa melengahkan masa jom kita start.

Eh, kejap.

Minta jasa baik para pembaca untuk sedekahkan surah Al-Fatihah buat kakak sulung mommy eez yang telah meninggal dunia awal bulan June 2020 yang lalu. Mommy eez berharap sangat usaha mommy eez menulis ringkasan ini diterima Allah SWT dan pahalanya boleh juga mengalir buat beliau. Mommy eez betul2 rindukan arwah. Semakin lama arwah pergi, semakin kuat rindu ni.. tak apalah. Hidup perlu diteruskan. Semoga Allah SWT memberikan husnul khotimah buat kita semua. Aaaminnn.

Episod 2 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman


- Halaman 2 ini, Allah SWT tujukan bagi orang2 yang bertaqwa.


- Sebelum memulakan siri ini, Ustaz Fazrul melazimi dengan 2 bacaan doa di bawah:




Doa ini diamalkan oleh para malaikat dan diajarkan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW. Semoga Allah SWT menambahkan kita ilmu yang boleh mendekatkan lagi diri kita kepada Allah SWT. Aaaminnn.


- Hadith Riwayat Ahmad menyatakan ada sahabat Nabi ketika ingin melaksanakan solat, dipanggil oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda mengajarkan beliau surah Al-Fatihah sama seperti apa yang kita baca pada hari ini.

- Kenapa surah Al-Fatihah berada di depan, sedangkan wahyu pertama surah Al-A'laq diletakkan di belakang sampai menjadi surah yang ke-96? Lihat perbezaan 2 perkataan di bawah:
  • بِاسمِ رَبِّكَ (surah Al-A'laq) di mana ada huruf  ا di antara huruf م , س , ب . Maksudnya, "dengan nama Tuhanmu". Apabila ada pertambahan huruf, maksudnya boleh berubah.  Maknanya, bacaan dengan pertambahan huruf adalah lebih sukar.
  • بِسمِ اللهِ (surah Al-Fatihah), tiada alif di antara huruf م , س , ب . Maksudnya "dengan nama Allah". Menunjukkan kita membaca surah Al-Fatihah ini bermula dengan nama Allah untuk memandu hidup kita (membacanya dengan lebih mudah). Dengan erti kata lain, kita sebenarnya memerlukan bantuan Allah SWT setiap masa dalam memulakan urusan seharian. Tanpa menyebut ini, terputuslan segala keberkatan dalam ibadah kita. Jadi, setiap kali kita mahu memulakan sesuatu pekerjaan/perkara mestilah didahului dengan بِسمِ اللهِ . Itulah sebabnya surah Al-Fatihah ini diletakkan di depan sekali di dalam Al-Quran.

Surah Al-Baqarah, ayat 1-5:


- Sinopsis bagi halaman ini:



- Surah Al-Baqarah dinamakan juga sebagai Sanam Al-Quran (puncak untuk mendaki/puncak Al-Quran). Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud RA yang menyatakan, "Setiap benda mempunyai puncak (yang mulia), dan puncak yang mulia bagi Al-Quran ialah surah Al-Baqarah. Dalamnya ada satu ayat yang paling agung antara ayat2 Al-Quran yang lain iaitu Ayatul Kursi (ayat ke-255)"

- Merupakan surah yang paling panjang di dalam Al-Quran iaitu sebanyak 286 ayat.

- Surah Al-Baqarah turun semasa Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah pada tahun ke-2 Hijrah dan selepas 13 tahun diangkat menjadi Rasul. Kenapa surah Al-Baqarah ini disusun menjadi surah yg ke-2? Ini kerana surah2 ini disusun mengikut tawqifi (kandungan ayat yang diterima oleh Rasulullah SAW melalui wahyu dari Allah SWT yang dibawa oleh Malaikat Jibril) maksudnya disusun oleh Allah SWT, bukannya Nabi Muhammad SAW dan ianya disusun khas untuk bacaan umat Nabi Muhammad SAW. Tambahan pula, terdapat perkaitan di hujung ayat surah Al-Fatihah dan di awal ayat surah Al-Baqarah. 

- 5 surah pertama iaitu surah Al-Fatihah, Al-Baqarah, Ali-Imran, An-Nisa (hukum harta pusaka) dan Al-Maidah (hukum halal/haram makanan) merupakan tunjang pertama di dalam Al-Quran. Ianya membincangkan tentang perundangan yang dibina berasaskan keimanan kita pada surah Al-Fatihah. Jadi, kita perlu ikut dan patuhi apa saja hukum/rules yang Allah SWT dah tetapkan di dalam Al-Quran bagi mencapai maksud ayat ke-6 surah Al-Fatihah iaitu  اهدِنَا الصِّرٰطَ المُستَقيمَ (Tunjukilah kami jalan yang lurus).

- Surah Al-Baqarah dan surah Ali-Imran digelar sebagai Az-Zahrawain iaitu dua surah yang cemerlang atau dianggap sebagai bunga/perhiasan yang menjadikan Al-Quran ini sangat menarik untuk dibaca.

- Surah Al-Baqarah diberi nama 'lembu betina' kerana terdapat kisah di dalamnya yang berkaitan dengan mukjizat Nabi Musa AS. Allah SWT memerintahkan Nabi Musa AS mengetuk tulang2 lembu yang telah disembelih pada mayat seorang lelaki kaya dari Bani Israel bagi mengetahui siapakah pembunuh lelaki tersebut (ayat 73 surah Al-Baqarah).

- Kelebihan membaca surah Al-Baqarah:
    - Dilindungi dari gangguan syaitanirrajim; Daripada Abi Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda,"Janganlah kamu menjadikan rumah2 kamu seperti perkuburanm sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah" (Riwayat Imam Muslim).

    - Mendapat barakah; Diriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahiliy RA berkata, Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda,"... bacalah oleh kamu surah Al-Baqarah maka sesungguhnya mengambilnya adalah barakah, meninggalkannya adalah kerugian dan sihir tidak mampu ke atasnya" (Riwayat Imam Muslim).

- Ayat 1-5 surah Al-Baqarah ini selalu dibaca sebelum tidur ataupun sebelum memulakan apa2 majlis.

- Adab apabila ada orang membacakan Al-Quran, hendaklah diam sebagai tanda hormat.

- Surah Al-Baqarah dimulai dengan الٓمٓ (huruf muqhata'ah/huruf potong). Pada zaman Nabi, orang Arab tahu yang Nabi Muhammad SAW ini seorang buta huruf. Maka, apabila Nabi membaca huruf2 tersebut, ini mengejutkan orang2 Arab. Selain itu, huruf2 ini mungkin dijadikan untuk menarik perhatian orang2 Arab untuk mula memperdengarkan isi Al-Quran. Umpama macam mana kita seronok mendengar anak2 kecil yang baru nak pandai sebut ABC, macam itulah perasaannya. Huruf2 ini memang tidak diketahui maksudnya (hanya Allah SWT saja yang tahu). Jadi, kita bergantung kepada Allah SWT supaya membuka pintu hikmah buat kita untuk mendalami maksud ayat2 yang seterusnya. Ini menjadikan kita lebih rasa tawaduk (rasa rendah diri) dan khusyuk dalam membaca Al-Quran.

- Ayat 2:


Allah SWT menyambung dengan ayat kedua di mana Allah SWT memberikan kita Al-Quran sebagai panduan hidup.
ذٰلِك bermaksud "Itu" tetapi diterjemahkan sebagai "Ini" yang merujuk kepada Al-Quran.

 - Perkataan pilihan:


- Maksud كتب mengikut tafsiran Ulama ialah menjahit kulit dengan kulit. Membawa erti mencantumkan huruf dengan huruf lalu menjadi tulisan. Tulisan dikumpulkan menjadi lembaran. Setiap lembaran dicantumkan akhirnya menjadi al-kitab.

- Dari sudut psikologi, bila kita menulis nota, ianya akan menguatkan lagi ketetapan/keinginan apa yang kita baca/belajar. Jadi, apabila kita membaca/belajar Al-Quran yang ditulis ini, akan meninggikan lagi keinginan untuk berbuat kebaikan yang dinyatakan di dalam Al-Quran. 

- ذٰلِكَ الكِتٰبُ : Kitab Al-Quran ini bukan kitab biasa2 (sebab ada sebutan al) dan tiada keraguan di dalamnya ( لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ). Al-kitab bermaksud kitab tertentu (spesifik) yang merujuk kepada Al-Quran.

- هُدًى لِّلمُتَّقينَ : menjadi petunjuk bagi orang2 yang bertaqwa. Ini merupakan jawapan Allah SWT kepada ayat 6 surah Al-Fatihah ( اهدِنَا الصِّرٰطَ المُستَقيمَ ) iaitu tunjukilah kami jalan yang lurus melalui Al-Quran, kitab panduan buat manusia menjadi orang2 yang bertaqwa.


- Ayat 3 :


Ayat ini merupakan sinopsis bagi keseluruhan surah Al-Baqarah. Bukan itu saja, malah jika diperhatikan kandungan 3 juzuk pertama dalam al-Quran ini juga disimpulkan di dalam ayat ke-3 ini:
  • Juzuk 1 menyentuh tentang al-Quran dan keimanan.
  • Juzuk ke-2 membicarakan tentang hal berkaitan solat, hal2 perundangan dan perubahan kiblat.
  • Juzuk 3 (di bahagian hujung) menyentuh hal menginfakkan harta ke jalan Allah SWT.

- Bila dah terlalu lama mempelajari Al-Quran, kita akan memperhatikan ada 1 pattern dalam mentadabbur Al-Quran (dicapai pada tahap tadabbur/kajian yang lebih tinggi).

- Ayat ini menceritakan tentang perkara al-ghaib contohnya seperti beriman kpd Allah SWT, malaikat, rasul dan etc. Kebanyakan kejayaan di dalam dunia ini, bukannya kerana perkara yang boleh dilihat dengan mata tetapi lebih kepada perkara yang tidak nampak. Contohnya, kita percaya kita mampu menyelesaikan suatu masalah di masa hadapan sedangkan pada waktu itu, kita belum ada lagi solusi untuk menyelesaikan masalah itu.

Initipati ayat ke-3 seterusnya ialah tentang solat dan infak yang merupakan perkara praktikal. Solat ialah berhubungan dengan Allah SWT manakala infak ialah hubungan sesama manusia. Kedua2 perkara praktikal ini haruslah dilakukan bersama contohnya seorang ibu telah menunaikan solat, jadi beliau haruslah mengajak anaknya untuk solat bersama (dikira sebagai infak - mengajak melakukan ibadah). Infak boleh jadi dalam pelbagai bentuk, seperti memberi semangat, senyum, duit, bagi kata2 baik, sebar positif vibes etc. Makin kuat kita percaya kepada perkara ghaib, makin kuat/mudah kita solat. Makin kuat kita solat, makin mudah kita menolong orang lain/kuat bersedeqah. Jika ada orang yang kuat/rajin solat tapi tak suka bersedeqah/kedekut, orang itu ada masalah dengan keimanannya terhadap perkara ghaib. Kenapa ada masalah untuk percaya kepada perkara ghaib, sebab ini berbalik kepada ayat ke-2 iaitu tak mendapat hidayah daripada Al-Quran seperti orang2 yang bertaqwa (yang terpilih). Kenapa ada orang tak mendapat hidayah daripada Al-Quran sedangkan mereka sudah banyak kali khatam Al-Quran, mereka mungkin ada masalah dengan الٓمٓ iaitu mereka membaca/belajar Al-Quran dengan tiada rasa rendah diri/tawaduk.

- Orang Arab di Madinah sangat bangga mereka mempunyai kitab tapi mereka sendiri tidak tahu pun isi kandungan kitab mereka. Contohnya, seperti Bani Israel yang tidak tahu isi kandungan kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa tetapi mereka bangga adanya kitab tersebut bagi kaum mereka.

- Tidak ada amalan ibadah yang lebih tinggi daripada solat. Allah SWT berfirman "dirikan solat" bukan "buatkan solat". Ini bermaksud kita hendaklah solat mengikut cara Nabi Muhammad SAW dan para sahabat mendirikan solat seperti yang kita lakukan sehingga ke hari ini. Rukun solat ada 13 perkara:
    1. Niat
    2. Berdiri tegak
    3. Takbiratulihram
    4. Baca Al-Fatihah
    5. Rukuk dengan tomaninah
    6. I'tidal dengan toma'ninah
    7. Sujud 2 kali pada setiap rakaat
    8. Duduk antara dua sujud dengan toma'ninah
    9. Duduk tahiyyat akhir dengan toma'ninah
    10. Baca tahiyyat akhir
    11. Baca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam tahiyyat akhir
    12. Beri salam yang pertama
    13. Ikut tertib (mengikut turutan)

- Ayat 4: 


Menyatakan bahawa kita jangan beriman hanya kepada orang2 tertentu saja seperti orang Yahudi iaitu Bani Israel. Mereka ini bersifat racist di mana hanya percaya kepada bangsa mereka sendiri saja. Percayalah apa yang diturunkan sebelum (iaitu kitab Zabur, Taurat dan Injil) dan selepas (kitab Al-Quran) Nabi Muhammad SAW. Kesan daripada ayat ke-4 ini ialah bila kita beriman/percaya dengan kesemua ciri2 di atas, kita akan rasa lebih yakin dengan Hari Akhirat (yang asalnya ghaib tetapi akan menjadi kenyataan di depan mata kita bila sampai waktunya).

- 3 kitab sebelum Al-Quran dan telah diubahsuai oleh orang Yahudi dan Kristian adalah:
    1. Kitab Zabur - Nabi Daud AS
    2. Kitab Taurat - Nabi Musa AS
    3. Kitab Injil - Nabi Isa AS


- Ayat 5: 


Menerangkan orang2 bertaqwa yang mendapat hidayah dari Tuhan mereka akan menjadi orang2 yang beruntung/berjaya di dunia dan di akhirat.

- Macam mana nak tahu kita mendapat hidayah? Kalau kita merasa seronok membaca Al-Quran seperti rasa macam nak dapat hadiah, maksudnya hidayah itu is on the way!

- Allah SWT berfirman dalam ayat 29-30 surah Al-Fathir yang mempunyai kaitan dengan 5 ayat terawal surah Al-Baqarah ini iaitu balasan bagi orang2 bertaqwa:




-  Hukum tajwid:
  • Ada 2 tanda 3 titik pada ayat ke-2 surah Al-Baqarah ini yang merupakan tanda waqaf dan kita boleh pilih untuk berhenti pada salah satu tanda 3 titik tu.
  • Faedah mempelajari hukum tajwid:


- Taqwa ada 2 tahap:
  •  فَأَلهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقوَٮٰهَا  dari ayat 8 surah As-Syams (surah yang lebih awal turun dari surah Al-Baqarah). Sebenarnya, Allah SWT telah mengurniakan ilham kepada semua manusia di bumi ini (tak kira muslim atau bukan muslim) tentang taqwa dan kejahatan. Semua manusia mempunyai sifat taqwa, namun telah dirosakkan sendiri oleh hawa nafsu masing2 dan pengaruh dari syaitanirrajim.
  • Apabila seseorang itu telah bertaqwa, kemudian beliau belajar mendalami Al-Quran, maka jadilah beliau Al-muttaqin (orang yang benar2 bertaqwa - tahap lebih tinggi dari taqwa biasa)
- Kesimpulan dari episod kali ini:


- Penutup episod ini diakhiri dengan doa:


بسم الله الرحمن الرحيم

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Jadikan kami ini hamba2Mu yang mana imannya teguh Ya Allah. Hamba2Mu yang mana menjaga solat2nya, yang mendirikan solat2nya Ya Allah. Ringankan tangan kami Ya Allah. Bersihkan hati kami Ya Allah agar kami ini menjadi hamba2Mu yang ringan dan suka berinfaq pada jalanMu Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhan kami, 5 ayat yang kami baca, yang kami belajar pada hari ini, Ya Allah, jadikan ia sahabat kami, kekuatan kami dan keberkatan buat kami, mudah2an Ya Allah kami terus mendapat petunjuk dan hidayah daripadaMu jua Ya Allah. Mata kami suka melihat kalamMu Al-Quran, menangis membacanya. Lidah kami, lidah yang fasih menuturkan kalamMu Al-Quran. Telinga kami Ya Allah, telinga yang tidak pernah jemu mendengar lantunan bacaan kalammullah Al-Quran. Tangan kami, tangan yang membelek mushaf Al-Quran, mencatat ilmu2 daripadaMu Ya Allah.

آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ


Itulah saja ringkasan yang tak berapa nak ringkas dari Episod 2 My #QuranTime kali ni hahahaha~... Puas mommy eez ulang beribu2 lemon kali video Episod 2 ni bagi nak memahamkan jalan cerita 5 ayat terawal surah Al-Baqarah ini. Sangat3 cantik Allah SWT susun kalimah2Nya. ماشاءالله تبارك الله

Pengajaran yang mommy eez dapat dari Halaman ke-2 ini ialah:

1. Al-Quran merupakan petunjuk bagi orang2 yang bertaqwa. Ini juga merupakan jawapan kepada ayat ke-5 Surah Al-Fatihah

2. Sentiasa merendah diri dan menyerah diri kepada Allah SWT apabila membaca Al-Quran kerana ilmu itu datangnya dari Allah SWT. Tak perlu rasa diri hebat kerana semuanya atas ihsan Allah SWT yang memberikan kefahaman kepada kita tentang Al-Quran kalam Allah. 

3. Ada 5 ciri2 orang yang bertaqwa untuk berjaya di dunia dan di akhirat yang dinyatakan di dalam ayat 3, 4 dan 5:
  • Percaya kepada perkara ghaib, (Allah SWT, malaikat, syurga, neraka, jin, syaitan dan lain2)
  • Mendirikan solat 
  • Menafkahkan rezeki yang kita dapat tak semestinya dalam bentuk harta saja tetapi dalam bentuk yang lain juga seperti ilmu, senyuman, tenaga, idea dan lain2
  • Percaya kepada kitab Al-Quran dan juga kitab2 sebelumnya seperti kitab Zabur, Taurat dan Injil
  • Percaya kepada Hari Kiamat

4. Allah SWT menjanjikan orang bertaqwa yang berjaya memenuhi 5 kriteria tadi bahawa mereka akan mendapat petunjuk/hidayah dari Allah SWT dan tergolong menjadi orang2 yang beruntung untuk dimasukkan ke dalam syurga.

5. Maksud TAQWA ialah takut dan menjaga hukum. Dengan erti kata lain TAQWA ialah memohon pertolongan hanya daripada Allah SWT, mengerjakan perkara2 yang mendatangkan keredhaan Allah SWT dan meninggalkan perkara2 yang mendatangkan kemurkaanNya. Sikap orang2 bertaqwa adalah mereka menunaikan hak2 Allah SWT dan hak2 sesama makhluk.

6. Perkara ghaib seperti Malaikat, syurga, neraka, jin, syaitan dan juga kisah2 umat yang terdahulu adalah berdasarkan Rukun Iman. Dalam Rukun Iman, 5 daripadanya adalah perkara ghaib - beriman kepada Allah, Malaikat, Rasul, Hari Kiamat, Qada' dan Qadar. Beriman kepada Al-Quran membawa kita kepada maklumat tentang 5 perkara ghaib tadi. 

7. Perlu menulis untuk sentiasa ingat apa yang kita belajar - perkataan pilihan di halaman ini ialah كتب


Nak tengok video Episod 2 ni boleh terus tekan link di bawah hokey:
Nantikan ringkasan Episod 3 (<--- klik sini) insya Allah dalam masa terdekat hokey. Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita dan ilmu kali ni bermanfaat buat semua.

#myqurantime #qurandisisibacasetiaphari #tadabburquran

Lavvv,
Mommy Eez

My #QuranTime 1.0 : Halaman 1 Surah Al-Fatihah Ayat 1-7

Assalamualaikum semua..

Mommy eez kembali lagi di sini bagi memenuhi saham2 akhirat mommy eez hahaha~. Walaupun agak terlambat (sebab siri My #QuranTime dah bermula sejak bulan Ramadhan hari tu) tapi better late than never kan. Mommy eez tulis ni sebab mungkin ada orang yang lebih suka membaca dari menonton video yang mengambil masa yang agak lama dalam 1 jam. Membaca mungkin ambil masa kurang dari 30 minit kan. Sebenarnya mommy eez dah lama start mentadabbur Al-Quran tapi secara santai je la. Tak ambil mana2 course specific pun. Mommy eez rasa seronok dan sangat enjoy bila dapat tahu isi kandungan Al-Quran yang sangat berkait rapat tentang tujuan hidup kita, tentang dunia, tentang Pencipta kita dan macam2 lagi. Ye lah Al-Quran ni kan mukjizat Nabi Muhammad SAW yang Allah SWT kurniakan buat kita. Satu2nya 'harta' yang mommy eez percaya boleh dibawa ke akhirat esok insya Allah.

Sebelum tu mommy eez nak minta jasa baik anda semua utk bacakan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Emy Anneza binti Zakaria, kakak sulung mommy eez yang baru pergi meninggalkan kami pada pagi Rabu, 3 June 2020. Semoga Allah SWT merahmati, menyayangi, melindungi dan mengampuni beliau di alam sana. Aaaaminn. Salah satu sebab yang buat mommy eez kuat nak menulis ni pun sebab nak berikan pahala mommy eez belajar siri My #QuranTime ni kepada arwah kakak mommy eez supaya diberi ganjaran pahala yang sentiasa mengalir buat beliau di sana insya Allah.

Jadi mommy eez akan terangkan ringkasan sepanjang mommy eez menonton siri ni. Mommy eez ambil siri yang bermula pada 8 June dulu. Ada kesempatan nanti mommy eez akan lihat balik siri2 yang terdahulu yang release masa bulan Ramadhan hari tu ok. So, stop membebel panjang, jom kita start.

Episod 1 ini disampaikan oleh:

Ustaz Al-Fadhil Fazrul Ismail

Ustaz Ahmad Tarmizi Abd Rahman

Ustaz Al-Fadhil Tirmizi Hj. Ali


- Al-Quran mengandungi:

  • 30 juzuk
  • 114 surah
  • 6236 ayat
  • 604 mukasurat
  • 77,437 jumlah perkataan / kalimah
  • 323,671 jumlah huruf Al-Quran
  • 150,681 jumlah titik dalam Al-Quran 


- Bagi permulaan siri ni, kita haruslah berniat untuk mengkhatam membaca dan mentadabbur kesemuanya insya Allah.


- Erti tadabbur ialah berfikir dan memahami makna ayat2 Al-Quran. Manakala erti tazakkur ialah hati mengulang2 apa yang dipelajari agar tertanam kuat di dalam hati.


- Bermula dgn surah Al-Fatihah yg dibaca sebanyak 17 kali setiap hari semasa solat wajib 5 waktu.


- Surah Al-Fatihah (Surah Pembukaan) ini ialah lambang rasa kehambaan kita terhadap Allah SWT. Merupakan induk Al-Quran iaitu as-Sab'ul Mathani (7 ayat yang berulang2 yang dibacakan di dalam solat) yang diterangkan dalam ayat 87 surah Al-Hijr.

- Nama lain bagi Surah Al-Fatihah:
    1. Umm al-Quran
    2. Umm al-kitab
    3. Al-Azhim
    4. Fatihah al-Kitab
    5. Al-Hamdu
    6. Al-Ruqyah
    7. As-Solah
    
- Hadith Qudsi menyatakan Nabi Muhammad SAW bersabda, Allah SWT membahagikan solat terbahagi kepada 2 bahagian - untuk Allah SWT dan hambaNya. Dan ini merujuk kepada surah Al-Fatihah.

- Nabi Muhammad SAW dan sahabat Baginda tak pernah jemu membaca surah ini dengan penuh rasa kehambaan.


- Kandungan Surah Al-Fatihah:
    > Ayat 1-4 merupakan pujian bagi Allah SWT dan sifat-sifatNya
    > Ayat 5 menunjukkan agama/ibadah ini mempunyai syariat/rules
    > Ayat 6-7 menunjukkan lifestyle seorang mukmin

- Kalau rasa hidup ni sukar, amalkan surah Al-Fatihah.

- Semoga Allah SWT memberikan kesihatan, rezeki masa dan ruang kepada kita untuk mempelajari Al-Quran. Aaaminnn.

- Surah Ar-Rahman (surah ke-55) ada menyebut عَلَّمَ الْقُرْءآن bermaksud Allah SWT yang telah mengajarkan Al-Quran.

- Perkataan pilihan Episod 1:


- Perkataan ٱلحَمدُ dibaca sebanyak 68 kali sepanjang di dalam Al-Quran.

- Bila kita membaca ٱلحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلعَـٰلَمِينَ, kita memuji dan bersyukur atas segala nikmat atau ujian yang kita dapat pada hari ni. Bukan setakat dapat pada kita saja, tapi pada orang lain juga.

- Al-Quran ini telah mengejutkan dunia sejak 1400 tahun yang dulu dan sehingga kini dipegang oleh kita.

- Bila kita sedar kita ini hamba, Allah SWT akan membuka potensi diri kita. Seperti Nabi Muhammad SAW menjadi hamba yang bersyukur, Allah SWT memimpin hidup Baginda ke jalan yg lurus.

- Perkataan بِسمِ اللهِ, Ar-Rahman, Ar-Rahim, رَبِّ ٱلعَـٰلَمِينَ merangkumi 12% di dalam Al-Quran.

- Allah SWT menjawab setiap ayat di dalam surah Al-Fatihah berdasarkan Sahih Muslim, Kitab As-Solat, Hadith No. 395:
  • Ayat 2 - HambaKu telah memujiKu
  • Ayat 3 - HambaKu telah memuliakanKu
  • Ayat 4 - HambaKu telah mengagungkanKu dan telah menyerahkan segala urusan mereka kepadaKu
  • Ayat 5, 6 dan 7 - Ini antaraKu dan hambaKu, untuk hambaKu apa yang dia minta  

- Sifat orang2 yang Allah SWT murkai ada dinyatakan dalam surah Al-Baqarah (ayat 6-20 surah Al-Baqarah)

- Sifat orang2 yang Allah SWT sesatkan ada dinyatakan dalam surah Ali-Imran. 

- Dalam ayat 4 surah Al-Fatihah, Allah SWT menekankan 'sense of the end' dengan memberitahu bahawa Allah SWT yang memiliki/menguasai Hari Pembalasan/Hari Akhirat. Allah SWT juga menegaskan hidup ini hanya bertujuan mencari redhaNya. Bukan setakat fokus pada dunia saja tapi perlu mengumpul saham pahala sebanyak mungkin buat bekalan di akhirat nanti.

- Ayat 6 Surah Al-Fatihah ini, dijawab oleh Allah SWT dalam surah Al-Baqarah yang diturunkan selepas 13 tahun Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul. 

- Nabi Muhammad SAW telah mengajarkan satu doa yang maknanya hampir sama dengan ayat 6 surah Al-Fatihah iaitu:


- Orang2 yang dikurniakan nikmat pada ayat 7 surah Al-Fatihah dirakam pada ayat 69-70 surah An-Nisa':



- Dari ayat 7 juga kita tahu ada 3 golongan manusia:
    1. Orang yang dikurniakan nikmat - orang2 bertaqwa
    2. Orang yang dimurkai - Bani Israel yang dijelaskan dalam surah Al-Baqarah
    3. Orang yang sesat - Orang yang beribadah tanpa ilmu sahih yang dijelaskan dalam surah Ali-Imran

- Surah Al-'Alaq adalah surah pertama/wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

- Awal2 surah Al-Baqarah (ayat 6-20) ialah teguran Allah SWT terhadap orang2 Yahudi di Madinah.

- Selain dari tadabbur, kita perlu belajar hukum tajwid yg betul.



- Kalau tanpa tajwid tiada siapa yang dapat membaca Al-Quran dengan betul. Jadi ulama2 telah membangunkan kaedah tajwid standard supaya semua orang dapat membacanya.

- Bacaan mujawwad iaitu bacaan tarannum: tidak sesuai dibaca ketika solat berjemaah sebab agak mengambil masa.

- Episod 1 ini ditutup dengan bacaan doa seperti dibawah:


بسم الله الرحمن الرحيم

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Banyaknya kurniaan nikmatMu kepada kami, Ya Allah. Banyaknya Ya Allah kurniaanMu kepada kami, Ya Rahman. Namun kami kadang2 ingkar kepadaMu Ya Allah. Bahkan kadang2 menyebabkan kami makin jauh daripadaMu Ya Allah. Maka, kami menadah tangan memohon ke hadratMu Ya Allah. Ketuklah pintu hati kami Ya Allah. Cuitlah hati kami kembali Ya Allah. Untuk mata kami melihat kalamMu Al-Quran. Telinga kami2 memperdengarkan bacaan Al-Quran. Lidah2 kami yang boleh menyebut kalimah2Mu Al-Quran. Tangan kami yang membelek lembaran mushaf Al-Quran. Ya Allah Ya Tuhan kami, saat ini kami bermula, justeru kami memohon kepadaMu sesungguhnya sebenar2nya kekuatan daripadaMu Ya Allah agar kami dapat bersahabat dengan kekasih kami ini, Al-Quran pagi, petang, siang dan malam. Ya Mujib, perkenankan doa kami Ya Allah. Tunaikan hajat kami Ya Rahman, agar akhir hidup kami ialah akhir hidup yang diredhai olehMu jua"

 آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

Hokey itu saja ringkasan yang mommy eez dapat daripada menonton Episod 1 ni. Kalau ada yang nak tambah info silakan tulis di ruangan komen.

Pengajaran buat mommy eez sendiri untuk Episod 1 ni ialah:

1. Perlu selalu mulakan sesuatu dengan bacaan بِسمِ اللهِ . Kalau tak baca nanti, takut hilang keberkatan dari Allah SWT dalam sesuatu pekerjaan. Selain itu, membaca  بِسمِ اللهِ  merupakan adab yang diwahyukan. 

2. Wajib sentiasa bersyukur dalam apa jua situasi - gembira, sedih atau marah sebab semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya yang tak tercapai oleh akal manusia.

3. Bila kita dapat 1 nikmat, sebutlah  ٱلحَمدُ لِلَّهِ supaya bila ada orang dikurniakan nikmat yang lebih dari kita, kita tak rasa dengki.

4. Allah SWT bersifat Ar-Rahman (yang Maha Pemurah) kepada semua makhlukNya tak kira Islam mahupun yang bukan Islam. Namun, sifat Allah SWT yang Ar-Rahim dikhususkan kepada mereka yang beriman kepada perintahNya.

5. Tujuan hidup kita ialah untuk beribadah kepada Allah SWT (ayat 5 surah Al-Fatihah). Maka, kita perlukan pertolongan Allah SWT dalam nak mencapai tujuan hidup ini.

6. Perkataan ٱلحَمدُ لِلَّهِ ialah gabungan antara memuji Allah SWT dan rasa bersyukur. Perbezaan antara al-hamdu dan al-syukru ialah:
    - Al-hamdu ialah pujian khusus untuk Allah SWT
    - Al-syukru ialah apabila dilafaz selepas mendapat nikmat. Kesyukuran itu terbit hanya selepas mendapat sesuatu nikmat.

7. Adab berdoa ialah memuji Allah SWT dengan pujian2 yang indah sebelum menyatakan hasrat doa kita mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW.


Rasa macam tak puas baca nota ni, bolehlah tonton siri ni pada link di bawah:



Bagi yang nak menyambung belajar boleh terus ke nota Episod 2 (<--- klik sini).

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita. Semoga bermanfaat buat semua.

#myqurantime #qurandisisibacasetiaphari #tadabburquran

Lavvv,
Mommy Eez


Popular Posts