­

Jangan Tertipu dengan Scammer #1

HIDUP DIHANTUI DENGAN SCAMMER

Dari phone call, whatsApp, SMS, Telegram, FB, email dan mcm2 lagi tempat memang dah berlambak2 scammer ni. La ni berani masuk ke group2 official sekolah/kelas anak2. 

Jangan tekan apa-apa link dari nombor whatsApp (walaupun nombor yang anda kenal) yang menawarkan :
1. Rumah Mesra Rakyat 
2. Rumah PPR
3. Semakan Bantuan Rakyat
4. Tawaran Biasiswa atau kemasukan ke institusi pengajian
5. Tawaran Kursus
6. Jemputan kahwin 
7. Grup tazkirah 
8. Bantuan Madani
9. Kredit phone/internet percuma
10. Kredit Touch N Go percuma

dan seangkatan dengannya.

Nombor telefon anda akan diciplak dan akan digunakan sebagai akaun keldai tanpa anda sedari, membawa pelbagai risiko kewangan terhadap diri anda. Berhati-hati semua.

**Kongsi peringatan ini kepada rakan dan keluarga serta jiran tetangga sebagai tanda keperihatinan kita

Mommy eez copy paste dari group whatsApp siang tadi. 

Kredit gambar #kosmomalaysia

Tips mudah habiskan bacaan Surah Al-Kahfi dalam 1 hari

SALAM JUMAAT 4 ZULKAEDAH 1446 HIJRAH

Hari ni mommy eez nak share tips untuk mudahkan kita habiskan Surah Al-Kahfi dalam 1 hari Jumaat:
 


 
1. Bahagikan kepada 4 bahagian (setiap 10 ayat lebih sikit):

Lepas Subuh: Ayat 1–30

Lepas Zohor: Ayat 31–60

Lepas Asar: Ayat 61–82

Lepas Maghrib/Isyak: Ayat 83–110

Senang nak hadam dan tak terasa berat.
 

2. Guna Al-Quran audio atau aplikasi

Kalau susah nak duduk baca, boleh dengar sambil baca atau ulang ikut. Guna apps macam Quran.com, Muslim Pro atau YouTube audio bacaan. Bila dah selalu dengar, lagi pantaslah bacaan kita dan lagi rasa ringan dan mudah utk habiskan 1 surah Al-Kahfi.
 

3. Jadikan habit – masuk dalam jadual hari Jumaat

Contoh:

Pagi: Baca lepas sarapan.

Tengah hari: Lepas solat Jumaat (atau Zohor).

Petang: Baca dalam kereta kalau stuck dalam jem pun boleh.

Malam: Sambil rehat sebelum tidur.
 

4. Niat & doa awal-awal

Niat nak amal sunnah, minta Allah bantu kita istiqomah. Kadang-kadang niat pun dah cukup kuat untuk gerakkan kita.
 

5. Boleh juga kita mula baca surah Al-Kahfi ni pada malam Jumaat (Khamis malam) jadi tak terasa beban sangat nak habiskan pada hari Jumaat.
 

6. Kalau tak sempat baca 1 surah, boleh juga baca 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir dari surah Al-Kahfi. 

Semoga kita semua dilindungi dari fitnah dunia dan akhirat insha Allah. 
 

p/s: kalau korang mencari Al-Quran terjemahan dalam bahasa melayu mahupun English, mommy eez ada jual ya. Ada yang siap bertagging macam dalam gambar. 
 
Follow je The Kiddie Oasis - Quran, Islamic Books and Toys ya utk info lebih lanjut 💚🐳
 
 
Lavvv,
 
Mommy Eez

Selamat Hari Pekerja 2025

#happylaborday semua. #selamatberehat dari kerja hakiki. Ada yang sambung bercuti smp weekend. #selamatberjalan ke destinasi yg dituju dan #selamatsampai hokey. #drivesafe and #besafe 🫰🏻🐳

 

 

#selamatharipekerja #laborday #labourday #haripekerja #haripekerja2025 #selamatharipekerja2025



Sekarang ni tengah hype pasal Facebook Professional account. Jom sama2 support each other hokey. Boleh follow mommy eez di sini:
 


 

Lavvv,

Mommy Eez

Salam Aidilfitri 2025 dan Buku Viral Terkini

Assalamualaikum semua!


Wahhh… pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan Syawal! Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin dari mommy eez untuk korang semua yang awesome. Moga raya kali ni penuh dengan ketawa, ketupat, kasih sayang, dan kuih semperit yang cair dalam mulut tu 🤤

 

Ni poster official dekat website https://kiddieoasis.my-online.store/ . Poster kita sauk dkt Canva je la nak jimat masa punya pasal. Muahahaha~~~

 

Bila raya, mood memang sakan. Tapi dalam sibuk-sibuk beraya tu, jangan lupa isi masa dengan benda yang bagi manfaat jugak. Bukan je untuk tenangkan kepala, tapi boleh cas balik semangat yang mungkin dah low battery lepas mengharungi macam-macam cabaran masa balik kampung hari tu kan. Mommy eez dan famili spent time selama 12 jam + 12 jam pergi dan balik ke utara di kampung Incik Boss. Memang pishang betul dalam kereta.

 

So hari ni mommy eez nak share~~~

 

TIGA BUKU VIRAL YANG TENGAH HOT SEKARANG!

 

yang memang ramai tengah borong, dan feedback pun padu. Kalau korang tengah cari buku yang best untuk baca time baring lepas makan lemang, haaa ini dia:

 

📘 Jalan Tegak – YB Syed Saddiq

 
Buku ni bukan pasal politik semata-mata. Syed Saddiq cerita pasal jalan hidup dia – dari budak biasa, masuk debat, jadi menteri muda, kena fitnah, jatuh bangun semua ada. Yang best, dia cerita jujur gila. Banyak pengajaran, especially untuk orang muda yang tengah cari arah. Confirm buat kita rasa, "eh aku pun boleh jadi kuat macam ni." Kalau korang peminat #teambass dan juga pelakon dan penyayi Bella Astillah, mesti korang seronok nak beli buku ni untuk kenal lebih dekat orang yang berjaya mencuri hati Bella Astillah ni.. chewaaahhh!



 

📕 Alfu Sanatin – Ibnu Rijal

 
Buku ni rare. Kalau korang minat sejarah Islam, wajib baca. Tapi jangan risau, dia tak boring langsung. Cara penulis tu tulis, memang syahdu, rasa macam tenggelam dalam cerita. Dari zaman para sahabat sampai isu umat hari ni, semua dia kupas dengan gaya yang menusuk jiwa. Sesuai sangat nak baca time malam lepas semua orang dah tidur. Healing secara berilmiah gittew!

 




 

📗 Bounce Back Better – Dr Alizi Alias, Dr Ahmad Rostam & Dr Rozanizam Zakaria


Ini buku self-help Islamik yang sangat relatable. Untuk korang yang rasa down, letih, burnout, atau lost, buku ni datang tepat pada masanya. Tiga orang doktor ni bagi tips dan nasihat yang bukan je praktikal, tapi penuh empati dan kasih. Tak judgemental langsung. Rasa macam kawan tengah nasihat kita, tapi dengan ilmu. Memang patut ada satu kat rumah.


 


 

🎁 Promo Raya 2025

 
Sempena Raya ni, kita buat promo kaw-kaw. Sesuai sangat kalau nak hadiahkan kat diri sendiri (self reward gitu), atau surprise orang tersayang. Tak tahu nak bagi apa? Bagi buku. Ilmu ni tak basi, dan boleh buka hati orang. Trust me.

 

📦 Klik sini untuk order 

👉 Shopee Kiddie Oasis Online Store

👉 Lazada Kiddie Oasis Online Store 

👉 TikTok Kiddie Oasis Online Store


 

So sementara tengah cuti, tengah kenyang, tengah rehat… isi masa dengan benda yang tenangkan jiwa. Buku-buku ni semua bukan je viral, tapi ada isi, ada nilai. Jangan tunggu lama, stok bukan banyak pun 😜

 

Selamat Hari Raya korang & happy reading! 💛

 

Lavvv,

 Mommy Eez

Review Movie Upstream (China Movie)

 
 
Hola semua!
 
Hari weekend selalunya adalah waktu untuk kita berkemas2 dan bersiap sedia utk hari Isnin kan. So alang2 nak berehat selepas berkemas, bolehlah layan #movieupstream ni. Mommy Eez baru tengok Ahad yang lepas. Sangat2 sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Moral daripada movie ni pun sangat bagus. Mommy eez bagi sinopsis pendek je ye takut banyak sangat spill spoiler.

Cerita tentang seorang ayah yang diberhentikan kerja dan bukan saja menanggung famili dia saja, tapi beliau menanggung ibu dan ayahnya yang tinggal serumah dengannya. Selepas berhenti, beliau join menjadi food #deliveryguy dengan usia beliau yang dianggap agak tua untuk membuat kerja tersebut. Movie ni membuka realiti kehidupan sebenar #deliveryguy dan macam mana beliau survive dalam gig industri untuk menanggung famili beliau. Famili beliau yang asalnya agak mewah terpaksa bertahan dengan perubahan yang sangat drastik. Background movie ni di China dan kita boleh lihat macam mana kehidupan harian yang dipaparkan di sana serta keadaan kawasan bandar yang sangat compact dan crowded.


#selamatmenonton 🫰🏻 #moviereview #movieupstreamreview
 
 
Lavvv,
 
Mommy Eez

Popular Posts