BUKU PAPAZOLA THE MOVIE - 3 BUKU DALAM 1 HARGA SAJA

 

BUKU TERHANGAT DI PASARAN SEKARANG!

✨ Papa Zola The Movie – Edisi 3 Dalam 1! ✨

Anak suka tengok movie Papa Zola?

Sekarang 3 kisah dalam 1 buku pula! 📚😍

Baca boleh, tengok boleh, ulang 10 kali pun anak tak bosan 💛

✔️ Jalan cerita best
✔️ Ilustrasi warna-warni
✔️ Sesuai untuk bonding ibu ayah & anak

⚠️ Stok terhad, yang lambat confirm menangis 😆

👉 DM / komen “PAPA ZOLA” sekarang!

Beli di 👉 SHOPEE

Beli di 👉 TikTok









Kalau ada apa2 pertanyaan jangan malu dan segan. Komen saja di bawah tau


Lavvv,

Mommy EEZ

#kiddieoasisonlinestore

CUTI SEPANJANG TAHUN 2026 DI MALAYSIA - PUBLIC HOLIDAY CUTI SEKOLAH

 


Mak ayah sekalian 📢📢📢

Cuti panjang 2026 ni banyak betul port boleh ambil cuti keluarga ❤️ 👨‍👩‍👧‍👦

Nak tanya sikit:
✈️ Team travel
🏡 Team duduk rumah
📚 Team isi aktiviti anak

Korang team mana? Cer Komen 👇

Selamat Tahun Baru 2026 / Happy New Year 2026

 Assalamualaikum semua.


Selalunya setiap kali tahun baru, mommy eez akan ada list recap dari tahun sebelumnya dan azam tahun baru. Tapi kali ni mommy eez seperti biasa semangat tu rasa biasa je. Sebab lebih kepada nak menghadap rutin harian, persediaan sekolah anak2 dan kesihatan diri sendiri. Nak mengharap lebih2 pun takut frust bila hasrat tak kesampaian. Jadi kita just go with the flow saja. 


Namun ada sedikit yang mommy eez ingin sampaikan di bawah. 

Sesungguhnya jujur dari hati sendiri


Ameeen Ya Rabb.

Moga tahun 2026 menjadi tahun di mana setiap doa yang kita bisikkan dalam diam, dijawab dengan cara yang paling indah. 

Menanti setiap pelangi selepas hujan, dengan penuh tawakkal. 🤍

#AllahKnowsBest


Selamat Tinggal Tahun 2025

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ

Setahun sudah berlalu dan tiba masanya kita menyambut tahun yang baru. Azam lama yg masih belum penuhi, kita bawa ke tahun baru ini. Jangan mengalah dan menyerah. Semoga Allah SWT menerima amalan kita sekalipun tidak sempurna mana.

Jom sama2 kita baca doa ringkas ini dan kita akhiri tahun 2025 ini serta mulai tahun baru 2026 dgn menyebut nama Allah SWT. 🤲🏻



Kredit gambar dari Waktu Solat Malaysia



Lavvv,

Mommy EEZ

Didik Anak ikut Cara dan Gaya Rasulullah SAW

Assalamualaikum semua...

 

Dalam parenting ni tak ada yang betul dan salah. Semuanya trial and error. Mungkin cara A sesuai dengan anak kita tapi tak sesuai dengan anak orang lain. Mungkin cara B sesuai dengan anak orang lain tapi tak sesuai dengan anak kita. 
 
Walaubagaimana pun, setiap langkah kita mendidik anak2 bolehlah berpandukan sunnah Nabi Muhammad SAW. Pasti setiap cara dan langkah ada hikmah yang terbaik di sebaliknya sekalipun kita kurang memahaminya. Bukankah Rasulullah SAW merupakan contoh teladan terbaik untuk kita ikuti?

Jom kita tengok cara mendidik anak2 mengikut tahap umurnya...
 

0 HINGGA 7 TAHUN


 
Untuk mak2 yang senang sungguh bertukar2 menjadi singa mahupun dinasour, diharap kita boleh ambil iktibar dengan cara didikan Rasulullah SAW ini. Memang kalau ikutkan hati, beso kecik beso kecik je tengok kanak2 ni bergembira menyepahkan rumah, berparti conteng dinding, buat lantai banjir dan macam2 lagi tapi itulah fitrah kanak2. 
 
Play time is the best learning process for them. So do not hold their curiosity and let them explore!

 
7 HINGGA 14 TAHUN


Mommy eez sedang menghadapi peringkat ini pada masa sekarang. Bukan senang tapi tak mustahil. Mommy eez percaya, lebih mudah kita bentuk anak2 seawal mungkin berbanding bila dah besar. Pastikan hati anak2 mudah lembut mendengar dan mengikut cara didikan kita yang berdasarkan sunnah Rasulullah SAW ini supaya nanti bila mereka dah meningkat dewasa, mereka tahu ke mana arah mereka patut tuju jika mereka lost dalam hidup mereka insha Allah.
 

15 TAHUN HINGGA 21 TAHUN


Semakin meningkat usia mereka, semakin besarlah cabaran dalam mendidik anak2 ni kerana zaman mereka sangat2 berlainan berbanding zaman kita dibesarkan. Zaman mereka yang penuh hiburan, internet yang berleluasa dan tanpa sempadan yang membolehkan mereka mengakses maklumat yang tak sepadan dengan usia mereka. Pastikan kita ibubapa yang menjadi tempat rujukan mereka bukan kawan2 sebaya mereka yang masih mencari2 identiti dan tujuan hidup mereka.

 


21 TAHUN DAN KE ATAS


Masa inilah jiwa dan minda anak2 akan teruji. Kita terpaksa melepaskan anak2 pada saat ini untuk mereka belajar pengalaman hidup yang kadangkala ada gembira dan ada duka. Mereka perlu belajar cara untuk survive dan memilih jalan yang terbaik buat mereka dengan berpandukan jalan yang Allah redhai. 

 

Kalau korang ada apa2 pengalaman atau soalan untuk dikongsi boleh tinggalkan komen korang di ruangan komen ok. Sekarang ni macam2 isu yang tular sampai mommy eez tak terkejar dan ada masa tak terluah dengan kata2 disebabkan kes2 yang sangat melampau batas. Bukan hanya kes buli sehingga menyebabkan kematian, kes social issue S-Trend Line (S-Sex) yang viral untuk menunjukkan berapa kali seseorang itu telah melakukan s***... Allahuakbar... semoga anak2 kita dijauhkan dari fitnah akhir zaman yang semakin bahaya ni.. .Nauzubillahiminzalik..

 

Mommy EEZ 

https://kiddieoasis.my-online.store/ 

Popular Posts