Review Movie Dongeng Sang Kancil by Lescopaque


Mommy eez saja nak share review cerita movie #dongengsangkancil ni. Ni pendapat persendirian ye so mungkin berbeza dengan orang lain. Ada yang suka ada yang tak suka. Tapi mommy eez cerita yang best2 dulu la ok:

PROS:
- Animasi yang sangat cantik berbeza daripada movie #lescopaque sebelum ni
- Lagu2 pun best dan sangat catchy iramanya
- Jalan cerita yang jelas dan sangat mengarah kepada realiti kehidupan iaitu raintaian makanan haiwan 😏
- Moral cerita adalah memupuk semangat pasukan walaupun berbeza latar belakang (jenis haiwan)
- Durasi 1 jam 40 minit tu just nice tak lama sangat dan tak kejap sangat

CONS:
- Tidak sesuai ditonton oleh kanak2 bawah 7 tahun sebab membawakan tema yang agak ganas. Ada scene berdarah2 yang agak banyak dan nilai dendam yang tidak elok dibawa oleh Sang Kancil
- Cerita ada sikit meleret2 dan pertama kali mommy eez tertidur dalam wayang sebab rasa agak serabut dengan jalan cerita. Sorry sebab mommy eez ada masalah sensori sikit sebab rasa macam overwhelmed sepanjang menonton cerita ni
- Masa dalam wayang, ada anak kecil yang menyuarakan rasa takut sepanjang cerita berlangsung dan tak sabar nak habiskan cerita dan keluar dari wayang

Keseluruhannya, untuk orang yang agak skema macam mommy eez tak berapa favor la cerita ni. Mommy eez sangat berharap cerita ni sama hebat macam movie Keris Siamang Tunggal tapi sangat menghampakan. Mungkin mereka sasarkan pada audience yang lebih besar dan matang berbanding kanak2.
 
Mommy eez tahu ada yang kata movie lain macam Disney or Marvel ada je scene berdarah2 semua tu boleh je kanak2 ni tengok. Mommy eez pun susah nak justify benda ni. Sebelum menonton cerita Dongeng Sang Kancil ni, mommy eez dah terbaca review dari orang lain yang mengatakan cerita ni tak berapa sesuai untuk kanak2 sebab banyak scene berdarah2 dan agak kejam. Mommy eez pun fikir mungkin scene tu sikit je kot dan masih cuba bersangka baik. Tapi bila dah tonton sendiri dan dengar sendiri feedback dari anak2 mommy eez dan kawan2 diorang yang berumur dari 10 tahun sehingga 13 tahun yang menonton cerita ni bersependapat mereka tak sangka cerita ni temanya agak dark dan terlalu banyak scene berdarah2. Mereka pun rasa tak berapa selesa sebab mengharapkan cerita ni macam fun dan happy2. Tapi mungkin dari pihak produksi Lescopaque, diorang nak bawakan kelainan kot dalam siri movie animasi kali ni. Wallahu'alam.

Apa2 pun, mommy eez dah bagi review seikhlas hati. Bukannya nak sabotage our local animation movie cuma harapan untuk menyaksikan animasi sehebat Keris Siamang Tunggal tu tak kesampaian wuwuwu~~~

#reviewdongengsangkancil #moviedongengsangkancil #dongengsangkancil #lescopaque

Selamat Tinggal Tahun 2024 dan Selamat Datang Tahun 2025 | Happy New Year 2025


#bismillahirrahmanirrahim hari ni hari terakhir dalam #tahun2024 Semoga apa yang telah berlaku biarkan berlalu sekalipun mana2 yg pahit ditelan jauh ke dalam jiwa dan yang manis dirasai dan dinikmati selagi boleh. 

Kita dah masuk bulan Rejab 1446H. Ada macam2 amalan yang kita boleh buat dan Allah SWT akan gandakan dalam bulan ni sebab bulan Rejab adalah antara bulan2 yang diharamkan untuk buat perkara2 yang tak baik. Bulan Rejab juga merupakan bulan untuk kita buat persiapan dalam menuju ke bulan Ramadan.
 
Ada lagi 59 hari lagi #menujuramadan . Jom kita sama2 membuat persiapan apakah aktiviti2 yg ingin kita lakukan pada #bulanramadan nanti. Sebelum tu, esok kita bakal masuk ke #tahun2025 . Semoga Allah SWT menjadikan tahun #2025 lebih baik dari tahun2 sebelumnya. #selamatbercuti dan selamat menuju ke destinasi pilihan. #jagadiri semua🫰🏻
 
Mommy eez cuba untuk kembali menulis walaupun sudah beribu2 kali mencuba untuk menulis secara konsisten tapi malangnya masa sangat terhad dan ianya berlalu bak air yang mengalir deras tanpa menghiraukan kepayahan dan kesengsaraan kita melalui hari2 yang penuh mencabar.


Alhamdulillah, Allah SWT masih lagi memberi kekuatan kepada mommy eez untuk meneruskan bisnes comel #kiddieoasisonlinestore untuk terus beroperasi. Sales masuk setiap hari adalah 1 pencapaian yang sangat memuaskan bagi mommy eez di hujung2 tahun 2024 sebab selalunya sales sangat sendu masa musim2 cuti sekolah dan perayaan. Walaupun sales tak sebanyak dulu, mommy eez percaya kita bersyukur yang sedikit, moga Allah SWT tambahkan lagi rezeki di masa depan insha Allah.

Terima kasih kepada yang sudi membeli buku2 agama, Al-Quran, toys dari Kiddie Oasis Online Store. Mommy eez just nak menumpang secebis pahala dari jualan produk2 tersebut mana tahu ada di antara buku2 atau Al-Quran yang dibeli oleh customer2 membawa manfaat kebaikan dan perubahan yang lebih dekat kepada Alllah SWT. Allahumma ameeen.

Jom kita sama2 berjuang mengharungi tahun baru 2025 dengan harapan tahun ni menjadi lebih baik berbanding tahun2 sebelumnya insha Allah


#selamattinggal2024 #selamatdatang2025 #selamattahunbaru2025 #happynewyear2025
 
 
Lavvv,
 
Mommy EEZ

LATEST CAT CAFE IN KLANG VALLEY THAT WORTH TO VISIT

Assalamualaikum kepada para pencinta kucing. Post ni memang khas untuk korang yang suka melayan kucing tapi tak mampu atau tak ada masa nak membela makhluk paling comel di atas muka bumi ini.

 

Mommy eez ialah seorang peminat kucing tegar. Dari kecil memang suka bela kucing sampailah mommy eez pregnant kakak Raihan. 2 kucing terakhir yang mommy eez bela ialah Lilo dan Anetchan. 

 

                          Anetchan

 

                          Lilo

 

Lilo ni kucing jantan jenis baka mixed Ragdoll manakala yang Anetchan ni pure DLH (domestic long hair). Mommy eez sempat bela Lilo selama 6 bulan saja sebabnya masa tu mommy eez kurang ilmu. Tak tahu yang kucing jantan boleh dimandulkan. So, bila sampai masa dia on heat, mommy eez terpaksa lepaskan dia sebab dia dah mula tak dapat kawal tahap stretttttt streetttt dia dalam rumah. Bila dah lepaskan ingatkan boleh jumpa balik, sekali hilang terus. Sedih betul. Yang Anetchan plak mommy eez sempat jaga dalam masa 9 tahun tapi akhirnya hilang bila mommy eez termarah dia sebab kacau mommy eez tengah nak solat. Masa tu mommy eez tengah sarat pregnant kakak Raihan. Hilang dekat rumah juga dan gigih mommy eez turun tangga mencari dia dari tingkat 19 sampai ke ground floor sambil menangis2. Siap ketuk pintu rumah orang lain sebab ingatkan ada orang ambil dia. Rupanya pelanduk dua serupa je. Tapi owner rumah tu tak marah pun mommy eez sebab dia faham perasaan bila hilang kucing. Anetchan hilang masa lebih kurang seminggu sebelum Incik Boss nak pergi buat haji dengan mak dan ayah mertua mommy eez. Memang sangat2 mencabar la masa tu sebab mommy eez pun baru je balik dari Australia sebab ada assignment kerja. Jadi gap jumpa Incik Boss masa tu seminggu je dan dalam masa tu lah Anetchan hilang buat selama2nya. 


Sorry tercerita kisah sedih plak. Doakan suatu hari nanti ada rezeki mommy eez dapat kembali membela kucing2 comel ni insha Allah.

 

So kalau korang nak cari port lepak best sambil layan kucing2 comel dengan baka2 mahal, jom usha tempat2 di bawah ni. Ada yang mommy eez dah pergi dan buat review so korang boleh je usha dulu sebelum pergi.

 

1. Furry Palace Catfe, Bandar Sunway, Petaling Jaya ---> (Klik sini)

2. Rocky's Cat Club, Taman Dagang, Kuala Lumpur --->

3. Cemeon Cat Cafe, Bangsar, Kuala Lumpur --->

4. Yugicat Cafe, Kota Damansara, Kuala Lumpur

5. Cat's & You Cafe, Puchong, Selangor 

6. Mao Catfe, Seri Kembangan, Selangor 

7. Cuffymeow Cat Cafe, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

8. Puchi Marry Cat Cafe, Lalaport Store, Kuala Lumpur 

9. Purrfect Cafe, Wangsa Maju, Kuala Lumpur

10. Poppy Kat, Cheras, Kuala Lumpur

11. Ragdoll Catfe

12. Seri Talam Cat Cafe, Sri Rampai, Kuala Lumpur --->

 

Mommy eez akan sentiasa update list ni bila mommy eez sendiri dah sampai ke tempat tu dan buat review. Kalau korang ada lagi tempat menarik untuk cat cafe boleh je komen dekat ruangan bawah ni hokey. 

 

Semoga membantu 😻

 

Lavvv,

Mommy EEZ 

Review Cat Cafe : Furry Palace Catfe in Bandar Sunway, Petaling Jaya

Hi semua, mommy eez kembali berblogging selepas rasa much better daripada tak sihat beberapa bulan ni. Biasa lah.. usia semakin lanjut ni memang ada je la masalah kesihatan kan. Jom, kali ni mommy eez nak share tempat para pencinta kucing boleh melepaks~~~


Cat cafe ni baru je buka sebulan sejak launching. Sekali masuk untuk seorang adult atau remaja (min. umur 12 tahun) RM20/pax selama 1 jam saja. Untuk anak2 umur bawah 12 tahun boleh masuk FREE. 
 
 
 
Dia ada juga admission fee sekali dengan set makanan dan air jadi RM30/pax tapi macam berbaloi lagi kalau buat order makanan asing sebab additional RM10 tu setakat dapat beberapa ketul sosej, fries dan air saja. Rasa makanan average saja tapi mommy eez tak ambil main dish dia lagi la. Kalau korang setakat nak lepak2 dan tak rasa lapar bolehlah ambil set RM30 tu.
 
 
*sorry gambar semua panjang2 sebab pakai camera phone. Mommy eez sejenis tak rajin nak edit huhuhu~

Tempat Furry Palace Catfe ni berada di tingkat 1 betul2 sebelah dengan kedai Barber Sky. Naik tangga sebelah dengan restoran nasi kandar tu. Mula2 kitorang ingat pun macam salah tempat tapi masa mula2 masuk tu memang akan jumpa Barber Sky dulu. Kemudian dah masuk dalam Barber Sky, belah kiri tu baru Furry Palace Catfe. Dari segi parking agak senang juga nak cari walaupun keadaan dekat situ agak crowded. Just bayar parking fee pakai apps Smart Selangor Parking je ataupun mana2 apps yang applicable. 

So macam biasa la mana2 tempat mesti ada rules dia kan.


Masa kitorg datang tu memang family mommy eez je yang ada. Tempat dia sangat selesa cuma pada mereka yang tak selesa dengan bau kucing memang akan agak turn off sikit. 
 
 
Biasalah kalau dah ada lebih kurang 10 kucing memang kuat la sikit bau kucing tu tambah2 closed area sebab air-conditioned kan. Tempat dining dia adalah tempat yang sama kita nak main2 dengan kucing so kebarangkalian untuk kucing kacau masa kita makan tu agak tinggi. Mommy eez rasa kucing2 ni bukan nak makan pun makanan kita, cuma kucing2 situ agak excited supaya kita selalu main2 dengan diorang. 
 
 
 
Kucing baka maincoon warna hitam tu paling friendly. Dia ikut je mana kita pergi asalkan dapat main2. Paling menjadi favourite kitorang ialah British Short Hair golden ni. Ada 3 ekor dan semuanya aktif2 belaka. Memang kucing2 situ tak takut orang kecuali si princess ragdoll yang terbaring atas kusyen merah tu. Itu paling sombong. Sejak kitorang sampai dan dah nak balik memang bolayan kitorang. Kitorang tak ambil hati pun sebab memang dah masak sangat dengan perangai ragdoll ni. Hihihi~
 
 
Kucing2 yang ada mostly baka mainecoon (besar gila mcm anak singa pun ye sedangkan baru umur 2 tahun). Ada juga BSH Blue, N95 (orange), ragdoll (paling sombong) dan domestic short hair (mcm stray cat yang dijaga dengan penuh kasih sayang sampai melimpah ruah lemak perutnya). Semua pun nampak happy dan seronok melayan kitorang. Mommy eez, Raihan dan Wafa memang macam orang kemaruk melayan kucing2 tu sebab masing2 rindu nak ada adik. Huhuhu~. Takpela.. mommy eez yang tak ready nak bela kucing lagi. 

Semoga terbuka la hati ni satu masa nanti untuk membela kucing aaameeen~~~
 
Lepas dah lepak dekat situ selama 1 jam, kitorang pergi makan dekat Murni Discovery yang terletak betul2 dekat depan bangunan Furry Palace Catfe tu. Makanan boleh tahan juga sedap Alhamdulillah. Mommy eez order Nasi Goreng Tomyam, Raihan order Chicken Chop, Wafa order Cheese Nan dan Incik Boss order Burger.
 
 
Bentuk piramid ye nasi goreng tomyam ni hahaha~. Alhamdulillah.. itu saja yang mommy eez nak kongsikan dalam post kali ni. Jumpa lagi dalam next post insha Allah.


Lavvv,

Mommy EEZ

Selamat Tinggal www.kiddieoasis.com.my ~~~

Hi semua, mommy eez ada satu pengumuman nak dibuat berkenaan dengan Kiddie Oasis Online Store. Setelah hampir 9 tahun online shop ni beroperasi, mommy eez dengan rasa rendah diri nak maklumkan yang kedai ni...


MASIH BEROPERASI SEPERTI BIASA!!!


MUAHAHAHAHAH~


Sajaaaaaaa nak bagi poyo je ingatkan Kiddie Oasis Online Store dah kena tutup. Sebenarnya, sales sejak mula tahun lepas lagi sangat2 tak memberangsangkan. Berbanding masa tahun 2020 sehingga 2022, mommy eez masih lagi mampu nak maintain official website Kiddie Oasis dengan SiteGiant. Tapi mulai tahun ni mommy eez terpaksa hentikan subscription dengan SiteGiant dan opted for other alternative. Profit semakin ke laut dalam dan mommy eez sendiri semakin terkapai2.

 

Goal mommy eez untuk online shop ni ialah beroperasi tanpa mengeluarkan modal besar yang melibatkan duit. Maka, bermulalah mommy eez mencari website developer yang boleh offer FREE e-commerce website. Survey punya survey, terjumpalah mommy eez dengan freewebstore yang ada free plan untuk buat e-commerce website. Walaupun developer website ni dari US, tapi mommy eez rasa requirement untuk free plan ni agak berbaloi. Cumanya buat masa ni mommy eez tak dapat nak transfer domain www.kiddieoasis.com.my direct ke website baru yang under freewebstore ni sebab still perlukan bayaran tahunan untuk maintain dengan domain asal tu. Takpelah yang penting website baru ni mampu berfungsi seminimal yang boleh. Payment gateway yang available hanya menggunakan Paypal. Bagi mommy eez dah cukup sebab sales yang datang dari website agak jarang dapat. So website ni perlu ada dengan tujuan brand awareness dan dapatkan trust daripada customer. Dan benda paling tak best, mommy eez kena start from ZERO balik nak design dan masukkan produk2 yang masih relevan. Korang boleh usha2 website terbaru untuk Kiddie Oasis Online Store di sini:

 

 Official Website Kiddie Oasis yang baru!

dengan domain yang baru...

 https://kiddieoasis.my-online.store/

 

Alhamdulillah, mula2 agak ragu2 juga lah nak bermula semula. Tak sangka mommy eez ambil masa dalam 2 bulan lebih untuk develop semula website Kiddie Oasis Online Store berbanding masa guna Sitegiant tu dalam 4 bulan lebih sebab nak setup payment gateway dan macam2 setting tu semua agak leceh juga. Malah interface dia sangat mudah dan senang nak maneuver. Kalau korang teringin nak ada website e-commerce yang free macam ni, boleh la try dekat freewebstore tu ok. Paling best, kita boleh upload UNLIMITED PRODUCT dekat situ. Hohohoho~

 

TAPI...

 

Kalau korang nak dapatkan nama domain cun2 akan ada bayaran dan bayaran dalam USD. Pakej website dia range dari harga lebih kurang RM100/bulan ke RM1250/bulan. Mahal kan sebab mommy eez kena convert price dari USD ke MYR. So, kalau kata mommy eez nak upgrade website baru ni untuk dapatkan lebih banyak features memang kena bayar. Boleh refer dekat link bawah ni untuk pakej website:

 

FREEWEBSTORE PLANS PRICING

 

Ada juga website developer yang lain dengan harga berpatutan macam Woo Commerce dalam lebih kurang RM500/setahun ataupun Easy Store tapi mommy eez tetap pilih ZERO COST. Selain itu ada juga yang pakai Wordpress, Weebly, Blogspot sebagai landing page website bisnes yang mana FREE juga tapi mommy eez lebih suka website yang berbentuk e-commerce. Di samping create trust dan branding, kadang2 ada customer yang suka nak place order direct dekat website. So website berbentuk e-commerce sangat2 membantu.

 

Hokey, itu saja yang mommy eez nak inform dekat korang semua. Walaupun 6  bulan pertama tahun ni mommy eez agak lost dalam hala tuju Kiddie Oasis Online Store ni, insha Allah mommy eez tengah kick-start balik dan walaupun progress agak slow and steady, mommy eez tetap teruskan dengan niat dapat sebarkan kebaikan melalui buku2 yang mommy eez jual. Semoga Allah SWT terima segala usaha mommy eez dan permudahkan segala urusan dalam urusniaga bisnes comel ni.. Allahumma ameen.

 

Opsss, mommy eez nak bagitahu juga Kiddie Oasis Online Store masih valid di Shopee, Lazada dan yang terbaru di TikTok. So jom follow dekat link bawah ni ya:

 

TikTok Kiddie Oasis


Lavvv,


Mommy EEZ

Popular Posts