Where is our COMMON SENSE?

We live in a sick world. This post is more on ranting so please bear with me. 


Intro bunyi macam nak cakap pasal Palest1ne, tapi mommy eez percaya yang ramai rasa helpless sebab kita tak mampu nak berjuang bersama2 secara fizikal dekat sana. Tapi insha Allah, kita ada kekuatan di media sosial jadi boleh sebarkan segala berita terkini yang berlaku dekat sana. Selain tu, kita guna juga kuasa doa dan penuhkan ilmu di dada tentang peristiwa akhir zaman. Percayalah peristiwa akhir zaman ni dah banyak sangat berlaku sekarang dan semakin dekat dengan kita. 


Ikutkan dari segi kekuatan dan kesihatan mommy eez tak boleh nak didedahkan sangat banyak2 video yang sangat disturbing ni, tapi mommy eez anggap itulah ujian dekat dunia dan cuba sedaya upaya bertahan insha Allah.
Sebenarnya nak cerita yang mommy eez baru lepas dapat threat dari customer nak lodge police report dan sue konon barang tak sampai on time. Barang belum hilang lagi tapi lagak gaya macam kena scam. Bila beli barang online, memang kena expect barang sampai paling lewat seminggu. Susah nak dapat on time melainkan memang rezeki Allah mudahkan barang tu sampai cepat. Dahlah kena threat, kena tabur plak dengan perkataan2 yang kurang enak. Dia ingat polis ada masa nak layan kes beli barang online tak sampai on time??? Tracking status parcel terang2 tunjuk parcel dekat sorting center. Apalah daya mommy eez sebagai online seller untuk bagi parcel yang berada di antara jutaan parcel2 lain dekat sorting center tu terbang terus sampai kepada customer, kan??? 


Jadi mommy eez nak berpesan kepada semua orang kalau nak beli barang urgent, jangan beli online. SANGAT TAK DIGALAKKAN. Barang online ni nak beli masa santai2, tak rushing atau rasa bila2 nak sampai pun ok je. Atau beli 2 minggu awal kalau plan nak bagi hadiah pada orang. Cuma mommy eez terkilan sebab sikap orang kita makin lama makin tak sabar dan perkataan pun makin ke laut. Dah la tu, asal marah je terus speaking English. Sebab dalam English boleh caruts2 ye. Takpe lah kita redha. Siapalah kita hanya online seller bilisan kan. Even kalau dapat rating 1 star pun insha Allah tak ada effect sebab rating 5 star lagi banyak dan boleh cover up balik rating yang sikit tu insha Allah.


Tu je la nak bebel. Dah lama tak sharing dekat sini sebab konon busy dengan 1 projek ni. Tapi semua on hold siap account kena suspended. Maka, termenunglah lagi mommy eez dengan masa depan online shop Kiddie Oasis ni. Siap instructor ukulele mommy eez suruh ambil exam so mommy eez boleh jadi instructor macam dia juga. Hohoho... masih tak terbuka hati lagi sebab rasa masih amatur dan takut nanti buat orang lain lagha plak. Mommy eez belajar pun sebab nak bagi diri sendiri rasa ada achievement dan sebagai hobi je. 


Tengoklah mana hala tuju mommy eez lepas ni. Kita serah pada Allah je...


Tawakal saja... yang penting jalan terussss~~~


Lavvv,

Mommy EEZ

Antara maruah seorang ayah VS perspektif anak-anak

Saja nak share random post for today. Selalunya mommy eez post dekat Facebook atau Instagram. Tapi selalu terlupa nak post dekat sini juga. Dah alang2 membebel2 panjang dekat sana, kita save juga dekat sini. Mana tahu ada yang sudi membaca dan jadikan sebagai pengajaran apa yang mommy eez nak share ni.

2 hari lepas mommy eez post dekat Intagram @kiddie.oasis pasal status kawan sekolah menengah mommy eez seorang ni. Mommy eez sangat tak sangka sampai boleh dapat 179 likes. Selalunya post mommy eez sendu je.



Tapi, mommy eez bukan nak cakap pasal likes dekat sini. Pasal kesedaran yang masalah anak2 ni memang dah jadi macam normalisasi. Ramai lelaki fikir yang seorang ayah tak boleh buat kerja rumah dan jaga anak2 nanti jatuh maruah seorang lelaki. Dibiarkanlah mak yg buat kerja rumah dan uruskan anak2 sampai lebam sampai burnt out. 

Tahu tak apa kesannya bila ayah tak nak tunjuk contoh yang baik pada anak2?

1. Anak2 akan layan mak sama macam cara ayah melayan mak mereka.

2. Anak2 hilang kepercayaan pada ayah.

3. Anak2 akan cari kawan yang belum tentu elok atau tak untuk luahkan perasaan.

4. Untuk anak perempuan, mereka akan cari teman lelaki untuk luahkan kasih sayang sedangkan kasih sayang itu sepatutnya diluahkan kepada ayah.

5. Anak2 hilang rasa hormat pada ayah sebab sikap malas dan tak peduli (ignorant) seorang ayah.

6. Anak2 akan pendam segala cerita yang berlaku sepanjang hidup dia dan takkan berkongsi bersama ayah. Jadinya, ayah atau mak pun tak tahu anak buat apa di belakang mereka. Tahu2 dah kena panggil dengan guru besar sebab anak bermasalah. Itupun mak juga yg kena hadap, bukan ayah.

7. Anak akan berdendam dengan ayah sebab sikap ayah yang kuat marah dan kasar pada mereka.

Banyak lagi kesan yg mungkin boleh jadi tapi cukuplah setakat yang ni mommy eez share. Korang nak tambah boleh letak dekat komen. #kitasamasamabelajar


Lavvv,

Mommy Eez

Review Gigi Coffee : Mommy EEZ dan Kopi Siri #5

Assalamualaikum gaisss...

 

Review ni dah long due lama sangatt... mommy eez cuba coffee ni bulan Julai hari tu tapi biasalah penyakit M (m.a.l.a.s) dan P (p.r.o.c.r.a.s.t.i.n.a.t.i.o.n) menghantui dan baru sekarang gigih nak menulis di sini. Mommy eez selalu akan review dengan cepat dekat Google Map sebab boleh terus upload dari phone. Kalau nak menulis di blog ni, mommy eez suka buat di lappy sebab boleh membebel dengan lebih panjang lagi. Muahahahaha~~

 

Ok abaikan reason di atas. Kita terus nak cerita pasal coffee apa yang mommy eez dah cuba hari tu.

 

Lately tekak mommy eez macam suka benda masam2. Tapi tak nak masam2 sangat sebab tak boleh nak handle masam macam air lemonade tu. NOPE! Korang jangan fikir bukan2 ye. Mommy eez belum ada rezeki lagi nak menambah ahli keluarga dan mungkin dah pencen wuwuwu~~~... so mommy eez tak preggy ye. 

 

Hokey back to the story. Bulan Julai lepas, mommy eez pun saja nak cuba...

 

 

PINK FRIDAY COOKIES LATTE

dari...

 GIGI COFFEE~~~

 

Selalunya standard coffee mommy eez ialah Hazelnut Latte, tapi kali ni tekak nak cuba yang masam2 sikit. So harapan mommy eez rasa coffee yang berperisa strawberi ni akan ada masam2 lemak manis gittew. Tapi... tak kesampaian rasa ittew. Isk isk isk... Rasa strawberi tu sangat light dan ada rasa serbuk. Mommy eez ingatkan dia pakai yang jenis liquid dan lebih tebal rasanya so bolehlah blend dengan rasa bittersweet coffee tu kan. Masa ni rasa macam menyesal order dan baik order praline or sea salt coffee. Tapi, takkan nak membazir plak tak minum. So, boleh je lah telan cuma rasa frust sikit. Hihihi~ Yang agak turn-off tu sebab ada rasa serbuk. Maybe memang standard kot guna serbuk sebab sebelum ni mommy eez pernah cuba red velvet coffee dekat kedai lain. Diorang pun guna serbuk red velvet dan masuk dalam coffee tu. Errr... tak feel betul.

 

Masa beli coffee ni, mommy eez lepak dekat Gigi Coffee Seksyen 13, Shah Alam. Dekat area tu memang berderet cafe hipsturrr macam Zus Coffee, Celcius Coffee, Bask Bear, Kopi Daun, Hirup Kopi, Mios Coffee dan macam2 lagi. Itu belum masuk area dekat dengan AEON Mall Shah Alam. Dalam AEON je ada Starbucks, Coffee Bean, GongCha, Tealive dan luar AEON (area MSU) ada The Great Coffee (TGC) dan Family Mart. Berlambak2 wey... tu pasal mommy eez memang selalu high dose of coffee. Tapi sebab tahap kesihatan dan kewangan yang tak mengizinkan so kena lah limit diri sendiri dari selalu minum coffee ni. 

 

Hokey itu saja review kali ni. Nanti mommy eez nak review coffee dari cafe lain plak. Bosan lah plak asyik Gigi Coffee je kan. So see you when I see you 😄

 

Lavvv,

 

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

Where have you been? I'm going nowhere. Still alive and CHILLAX saja~

 Assalamualaikum semua~~~

 

Mommy eez menghilangkan diri buat kali yang ke-187 hahaha~ disebabkan masalah Google Adsense yang tiba2 padam semua ads yang dulunya keluar dekat blog ni. Baru nak excited dalam dunia blog sekali diuji macam tu plak kan.

 

Punca ads ni dihentikan sebab mommy eez tak dapat nak buat address verification di Google Adsense. Entah apa yang mengada2 sangat sampai Google Adsense siap nak hantar code bagai sampai ke rumah untuk proses verification ni. Pada mulanya, dah berkali2 request untuk hantar ke rumah mommy eez sendiri tapi tak dapat2. Lepas tu, mommy eez cuba2 nasib dengan menggunakan alamat rumah kakak mommy eez dan tiba2 hari ni kakak mommy eez bagitahu ada surat dari Google baru sampai di rumahnya atas nama Kiddie Oasis Enterprise. Mommy eez apa lagi, terus masukkan code dari surat tu untuk verification dan WALLA! Verified sudah account Google Adsense mommy eez.



Tapi...

 

Ada pula masalah baru. Ada notification error pasal ads.txt plak. Katanya file ads.txt file not found. Haiyaaa... adakah mungkin disebabkan ads dah tak appear dekat blog ni, jadi mungkin keluar error tu kot. Wuwuwu~~~ memandai je kan. Satu hal pula nak godek2. Takpe, mommy eez bagi tempoh bertenang dalam 1-2 minggu untuk blog ni update dan semoga bila mommy eez buka balik account di Google Adsense, error tu dah hilang. Bukan tu saja tu, ads pun dah kembali appear dekat blog ni. Aaameeen.

 

Tolong doakan tau!

 

Atau korang ada cadangan lain, boleh drop di komen ye. Mommy eez ni memang nubis kubis la bab2 coding ni. Tazaba nak banyak membebel di sini dan share segala pjalanan hidup yang tak agak happening lately ni. Chewahh... Happening la sangat sedangkan memang tak travel ke mana pun. Duduk je la di bawah ceruk Shah Alam nan indah dengan asap kilang di sana di sini dan di sinun. 

 

Hokey. Tu saja nak update. Kalau tiba2 korang ternampak ada iklan wujud dekat blog ni terus je komen dekat post ni atau dekat comment bar sebelah kanan blog ni ya. Dapatlah secebis passive income buat mommy eez hihihi~

 

Bye.

 

Lavvv,

 

Mommy EEZ

www.kiddieoasis.com.my

My #QuranTime 1.0 : Halaman 6 Surah Al-Baqarah Ayat 30-37

Aik...


Kenapa throwback nota My #QuranTime musim pertama? Sebabnya mommy eez tak sempat khatam lagi nota My #QuranTime musim pertama dulu muahahaha~~~ betapa laid back nye mommy eez ni. Dia bila semua benda pun kau nak buat macam ni lah jadinya. Nota My #Quran edisi ke-2 siap dah beratus2 episod dah, mommy eez masih lagi terkedek2 nak belajar. Last post untuk nota halaman ke-5 untuk My #QuranTime edisi 1.0 ialah pada tahun 2021. 2 tahun selepas tu baru nak sambung. Dahsyat betul laaaahh dia punya pending tu hahahaha~~~


Takpe. Biar lambat asalkan berterusan. Moga Allah SWT terima usaha mommy eez untuk belajar tadabbur al-Quran dan berkongsi pahala buat seluruh keluarga mommy eez terutama untuk arwah Along dan arwah Ayah mommy eez insha Allah. Aaameeen.


Jom kita start dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...


Episod 8 ini disampaikan oleh:

Ustaz Fazrul Ismail

Ustaz Tirmizi Hj. Ali


- Sinopsis bagi episod kali ni ialah:


Dalam episod ni akan menyentuh tentang kisah Nabi Adam dan Hawa (Eve) di mana mengikut kepercayaan agama lain, perkataan 'evil' itu datang dari perkataan 'eve'. 

Propaganda barat memang suka memutarbelitkan fakta yang sebenar. Apa salah Hawa ataupun kaum wanita untuk dikaitkan dengan 'evil'???


- Ayat 30: 

Allah SWT menyatakan dalam ayat ini bahawa Dia mahu menjadikan seorang khalifah (yang berfungsi sebagai pemimpin) di atas muka bumi ini bagi menggantikan makhluk/pemimpin yang terdahulu (sebelum Nabi Adam AS diciptakan). Sudah tentu kejadian ini berlaku semasa Allah SWT ingin menciptakan Nabi Adam AS; rujuk perkataan ( ÙˆَØ¥ِØ°ْ) yang membawa maksud perkara yang sudah terjadi. Namun, pada waktu itu malaikat bertanya kepada Allah SWT, adakah benar Allah SWT mahukan manusia untuk menjadi pemimpin di bumi ini sedangkan manusia ni saling membuat kerosakan dan berbunuhan sesamanya. Ini menunjukkan bahawa mungkin terdapat makhluk sebelum manusia yang pernah mendiami bumi dan membuat kerosakan. Ada sesetengah pendapat ulama, makhluk yang terdahulu itu boleh jadi sama ada:

  • manusia (wujud Adam sebelum Adam)
  • ataupun jin.  

 

Soalan yang malaikat ajukan pada Allah SWT ini bukanlah bermaksud untuk mencabar keputusan Allah SWT, tapi lebih kepada perasaan ingin tahu. Mengapa Allah SWT ingin menciptakan manusia, sedangkan malaikat sudah ada dan selalu bertasbih memuji dan mensucikanNya? Namun, Allah SWT menjawab persoalan malaikat bahawa Dia lebih tahu apa yang malaikat tidak ketahui. Allah SWT mengetahui suatu rahsia di sebalik penciptaan manusia. Apakah rahsia itu? Ianya akan diceritakan dalam ayat seterusnya.

Rahsia ini melibatkan bagaimana ada wujud manusia yang boleh bertindak bukan seperti sangkaan malaikat. Maksudnya, malaikat sudah sedia maklum yang manusia berpotensi untuk melakukan kemusnahan dan kerosakan di atas bumi ini berdasarkan pengalaman lampau. Namun, apa yang malaikat tidak tahu ialah ada di kalangan manusia yang mampu untuk patuh dan mengikut suruhan Allah SWT berdasarkan ilmu pengetahuan yang Allah SWT kurniakan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki. 


- Ayat 31:

 

Lalu dalam ayat ini, Allah SWT mengajarkan ilmu kepada Nabi Adam AS yang malaikat sendiri tidak tahu akan ilmu tersebut. Menurut perbincangan para ulama, ilmu yang diajarkan oleh Allah SWT terus kepada Nabi Adam ini ialah terminologi/istilah kata nama bagi semua bahasa untuk semua ilmu yang ada di dalam dunia ini. Itulah rahsia yang tidak diketahui oleh malaikat. 

Ilmu tersebut ada pada setiap diri manusia, namun kita haruslah belajar dan mengkaji kerana ilmu itu tidak datang dengan sendirinya.

 

- Ayat 32:

Setelah malaikat melihat kebolehan Nabi Adam AS, maka malaikat pun menjawab seperti di dalam ayat ke-32 ini dengan mengakui kehebatan dan kebijaksanaan Allah SWT. Perkataan ( سُبْØ­َÙ€ٰÙ†َÙƒَ ) ini merujuk kepada maksud 'terapung' ataupun melangkau. Maka, malaikat menyebut ( سُبْØ­َÙ€ٰÙ†َÙƒَ ) bermaksud ilmu Allah SWT ini melangkau melebihi segala2nya. 

 

- Ayat 33:

Lagi sekali Allah SWT menegaskan dalam ayat ini bahawa Dia Maha Mengetahui segala yang ghaib/rahsia di langit dan di bumi serta apa saja yang hambanya nyatakan dan sembunyikan di dalam hati mahupun terang2an. 

Oleh itu, kita harus pastikan apa saja perkataan yang keluar dari mulut kita adalah selari dengan apa yang ada di dalam hati kita kerana Allah SWT itu Maha Mengetahui. Dengan erti kata lain, kita perlulah bersikap jujur dalam percakapan kita seharian.

 

- Perkataan pilihan bagi episod ini ialah:

 

Perkataan di atas ialah kata terbitan dari perkataan ( Ù‚َالَ ). Maksud perkataan di atas bukan sekadar perkataan yang dicakapkan (berkata), tetapi perkataan ini haruslah diamalkan menurut konsep dari Al-Quran. Apatah lagi, perkataan ini datangnya dari Allah SWT dan perkataan ini menjadi sumber ilmu bagi manusia. Itu sebab, bila kita berkata2/bercakap, perbuatan itu membina kesungguhan dalam hati kita. Maka, bila kita membaca Al-Quran, hati kita dikuatkan dan diteguhkan lagi dengan perkataan yang baik2. Dari situlah, segala perbuatan yang baik2 akan lahir dari hati yang baik dan disebarkan kepada ahli keluarga kita dan orang lain. 

 

- Ayat 34:

Apabila Nabi Adam AS dikurniakan ilmu, ini merupakan ujian buat para malaikat dan iblis kerana Allah SWT memerintahkan supaya malaikat dan Iblis memberikan penghormatan kepada Nabi Adam AS. Malaikat seperti yang kita maklum adalah makhluk yang sangat patuh kepada Allah SWT, maka malaikat lulus dengan cemerlang ujian tersebut dengan tunduk sujud memberikan penghormatan kepada Nabi Adam AS. Namun, perkara yang bertentangan terjadi kepada Iblis di mana Iblis enggan tunduk ( Ø£َبَÙ‰ٰ ) kepada Nabi Adam AS kerana merasakan dirinya lebih besar (takabbur/sombong) dan lebih 'senior' / lebih baik dari Nabi Adam yang 'junior'. Selain itu, Iblis berasa bangga yang dia asalnya dari api, manakala Nabi Adam AS berasal dari tanah lumpur. Maka, disebabkan Iblis enggan tunduk kepada perintah Allah SWT, lalu Iblis pun tergolong dalam golongan kafir.
 
 
- Ayat 35:
 
 
Selepas Iblis tidak melepasi ujian yang Allah SWT berikan, diberikan ujian pula kepada Nabi Adam AS. Allah SWT memberikan kebebasan kepada Nabi Adam AS dan isterinya, Hawa untuk tinggal di dalam syurga dan makan apa saja makanan yang mereka sukai, tetapi tidak dibenarkan sama sekali untuk dekati satu pohon ini. Jika mereka ingkar, mereka akan tergolong di kalangan orang2 yang zalim. 
 
Malangnya, Nabi Adam AS dan Hawa tidak lulus ujian tersebut kerana terpengaruh dengan pujukan syaitan seperti yang dinyatakan di dalam ayat ke-36.
 
 
-  Ayat 36:
 
Terdapat dakwaan dari agama Kristian yang menyatakan bahawa semua manusia pada hari ini dihukum atas sebab kejahatan yang dilakukan oleh Hawa yang menggoda Nabi Adam AS untuk ingkar dengan perintah Allah SWT. 'Eve' lah puncanya mengapa manusia terpaksa dibuang ke dunia dan menjalani hidup yang sukar di atas dunia ini. Namun, berdasarkan ayat ke-36 ini, tidak benarlah dakwaan terbabit kerana sumber kejahatan yang menyebabkan Nabi Adam AS dan Hawa dihukum sehingga terkeluar dari syurga adalah berpunca dari syaitanirrajim. 
 
Allah SWT menyatakan di sini, sebagai hukuman, apabila mereka berdua diturunkan ke bumi, sebahagian daripada mereka akan menjadi musuh kepada sebahagian yang lain. Terdapat 3 sudut pandangan tentang 'musuh' di sini, iaitu:
 
1. Lelaki bermusuhan dengan perempuan (contoh seperti kaum lelaki mempersoalkan kewujuan Kementerian Hal Ehwal Wanita)

2. Perempuan bermusuhan dengan lelaki (contoh seperti gerakan feminism)

3. Iblis bermusuhan dengan manusia dengan melaga-lagakan kaum lelaki dengan kaum perempuan (contoh seperti mengganggu hubungan suami isteri)

Oleh itu, kita harus membuktikan bahawa kita tidak mudah terpengaruh dengan Iblis dan syaitan untuk membuat kerosakan di bumi ini dan sekaligus berusaha menjadi pemimpin terbaik yang patuh dengan perintah Allah SWT.


- Ayat 37:
 
 
Setelah Nabi Adam AS gagal melepasi ujian, Allah SWT mengajarkan Nabi Adam kata2 taubat lalu Nabi Adam AS pun bertaubat. Allah SWT pun menerima taubatnya dan mengampunkan dosa Nabi Adam AS atas kesilapannya itu.

Di sini kita dapat lihat, terdapat 3 potensi bagi seorang manusia:
 
1. Kita mampu belajar dan mengajarkan ilmu kepada orang lain.

2. Kita diuji dan ada masanya membuat kesilapan. Sekalipun kesilapan itu adalah sesuatu yang negatif, namun ianya boleh dijadikan sebagai pengajaran dan meningkatkan lagi ilmu yang sedia ada pada diri kita.
 
3. Kita diberikan keampunan oleh Allah SWT atas kesilapan yang telah dilakukan.

Point ke-3 ini yang membezakan antara kita manusia dengan Iblis kerana Iblis dilaknat oleh Allah SWT sehingga Hari Kiamat, manakala kita masih lagi diberikan peluang untuk bertaubat selagi masih hidup di atas muka bumi ini. Nabi Adam AS apabila melakukan kesilapan, dia terus bertaubat tanpa berlengah. Jadi, kita harus ikut contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Adam AS ini dalam bertaubat. Bertaubatlah setiap hari kerana kita tak pernah lari dari melakukan dosa dan kesilapan.


- Resolusi bagi episod kali ni:
 
 
 

- Hukum tajwid kali ini menyentuh tentang tahap/tingkatan bacaan dalam Al-Quran iaitu maratib/kelajuan bacaan.

Ada 3 tahap iaitu:

  • At-tahqiq - bacaan yang paling lambat dan perlahan
  • At-tadwir - bacaan yang sederhana
  • Al-hadr - bacaan yang pantas

Episod kali ini menerangkan tahap kelajuan bacaan yang pertama iaitu At-tahqiq.

 
Bacaan at-tahqiq tidak boleh terlalu perlahan sehingga kedengaran seperti melengah2kan bacaan. Contoh seperti bacaan anak2 yang baru nak belajar mengaji yang selalunya mengikut lagu adalah tidak dibenarkan. Namun, sekalipun kita berasa susah nak membaca Al-Quran dan bacaan pun merangkak2, Allah SWT tetap memberikan ganjaran seperti yang dinyatakan di dalam hadith ini:
 

 
 Maksud 2 ganjaran dalam hadith ini ialah:
  • Ganjaran pertama - pahala membaca Al-Quran
  • Ganjaran kedua - pahala kerana menghadapi kesusahan dalam membaca Al-Quran
 
 
Alhamdulillah selesai sudah nota Episod 6 dari My #QuranTime 1.0 ni.

 
- Pengajaran yang mommy eez dapat dari episod kali ini ialah:
 
1. Jangan pernah berhenti belajar terutama belajar tadabbur Al-Quran. Bila dah belajar kena sebarkan ilmu yang kita dah dapat. Jangan simpan untuk diri sendiri saja. Ini yang mommy eez tengah buat sekarang insha Allah. Kalau ada kesilapan dalam mana2 nota mommy eez, silalah komen di post ya.
 
2. Jangan pandang rendah pada mana2 makhluk Allah SWT. Setiap makhluk yang Allah SWT jadikan ada hikmah di sebalik kejadiannya dan kita tidak layak langsung untuk mempersoalkan apa yang Allah SWT dah tentukan.
 
3. Sikap Iblis yang suka membanding2kan, suka pandang rendah dan rasa bangga diri/bongkak wajib dijauhi. 
 
4. Tanamkan dalam diri ni yang dosa kita umpama buih2 seluas lautan. Bertaubatlah dan minta ampunlah kepada Allah SWT setiap hari untuk memupuk rasa rendah diri dan rasa kebergantungan hidup kita dengan Allah SWT. Kita manusia tak pernah lari dari dosa sama ada kita sedar atau tidak sedar. 
 
5. Jangan saling bermusuhan kerana bermusuhan itu adalah pengaruh dari syaitanirrajim. Kalau bermusuh pun, apa yang kita dapat? Sakit hati, hati tak tenang, rasa marah yang tak bertepi dan macam2 lagi. Buat penat badan, buang tenaga dan emosi je nanti. 


Itu saja nota yang mommy eez mampu kongsikan pada kali ni. Jika ada sebarang kekurangan, boleh tegur-menegur, insha Allah mommy eez usahakan untuk buat semakan #kitasamasamabelajar . Link video ada disertakan di bawah ye:
 
 
 
 
Sambungan nota seterusnya boleh klik dekat link ni ya ---> Episod 9 


Semoga Allah SWT memelihara hati dan tutur kata kita dengan penuh kebaikan dan rahmat. Aaameeen.



Lavvv,

Mommy Eez
 


Popular Posts